Wednesday, March 16, 2011

Resam Dunia

What?????...

.....lagi dua hari??...........

Salam untuk semua,


Betul, kira punya kira, maka tinggal dua hari saja lagi nak kerja (tolak hari ini, ok)

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII....................

....bos macam tak faham, ke depa tak perasan??? yang last day Auntie adalah hari Jumaat ni...kerja tetap juga sampai atas meja...tak pe le Auntie buat takat mana yang mampu...

(jadi orang kecik ni memang gitulah gamaknya...kalau orang besar, tentunya dah sibuk booking hotel 5, 6 bintang untuk buat farewell dinner.....)

ppssttt..dengarnya depa nak buat jugak farewell ni esok, tapi bukan le khas untuk Auntie saja...ada beberapa orang pegawai yang bertukar, jadi buat le sekali....(jimat belanja)
hemmmm...kalau dengan orang bawah depa berkira sangat....maklumlah orang bawah tak banyak sumbangan, kerja pun ala-ala je...cer kalau bos-bos...nak beli hadiah pun sakan pi cari sampai KLCC...gitulah resam dunia.

(apa le makcik lorat ni...adui laaa!!...oppsss teremo pulak)

6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Cik Yan,
Bukan apa, bos cik yan nak menguji ketahanan diri, hampir-hampir nak bersara .apa-apa pun dah siap ucapan selamat tinggal, farewell speech kata orang. Juga dah siap tuala atau kertas tisu ,mana tau tersebak nanti. Kalau di sekolah seronok, di send off oleh warga sekolah!

oren said...

waahhh...jumaat nih last ek??

mcm tak caya jek..

saja ja kut bos tu..nak uji AY..hikhikhik..sangka baik ja lah..

Zareda Norman said...

alahai dah tiba masanya... tak sempat nak jumpa kak yan... :(

sebak pula baca entry kali ni.. sabar ya kak yan... mungkin boss besar tu terlepas pandang agaknya

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Bos besar memang sibuk memanjang, jarang ada kat ofis pun, lagi pun, siapalah saya pada dia. Yang heran tu immediate bos...he!...he!...kalau setakat ujian ketahanan tu, memang saya dah lulus lama dah...;-)

Harap-harap saya tidak lah mengalirkan air mata..majlis perpisahan pun bukan untuk saya saorang, kalau tak silap ada 8 orang lagi yang diraikan. Mereka semua ni bertukar ke tempat lain.

Jadi Cikgu ni memang untung...ramai memurid sayang.:-)

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ya, Jumaat ni dah last...dalam dok excited tu, rasa sedih tetap ada. Sedih nak tinggal kenkawan yang dekat dihati. Nasib baik masih ramai kawan cyber yang tetap menghiburkan.

Bos nak uji?....tak de maknanya...!

AuntieYan said...

Salam zar,

Insyaallah, satu hari kita tetap akan berjumpa juga....

Dah tinggal esok je lagi ni...hemmm baru le rasa sayu walau pun teramat le excitednya...

Jadual dah penuh ni.