..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Tuesday, June 22, 2010
Macam Siti.....
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. (APC). Sesiapa yang bekerja dengan Gomen dah tahu sangat apakebendanya ni.
Meh Auntie cerita sikit. APC ni diberi kepada pegawai/kakitangan yang telah dinilai prestasi mereka oleh bos-bos dan seterus oleh penal APC.
Bagi mendapat anugerah tersebut, adalah garis panduan atau ciri-ciri yang boleh melayakkan sesorang tu untuk dinilai dan dianugerahkan APC tersebut. Antaranya, markah mesti tinggi.....at least 97/100 atau 98/100. Ganjaran bagi yang dapat ialah duit seribu ringgit dan sijil...
Cuti?...tak tahu pulak dapat ke tidak.
Kalau dulu, agak lumayan juga, duit boleh dapat sebulan atau setengah bulan gaji. Gaji pulak naik ke beberapa anak tangga (tangga gaji, bukan tangga yang nak panjat-panjat tu), dapat cuti seminggu (tak sure, seminggu ke tiga hari dah lupa), duit dapat RM300 dalam bentuk barangan elektrik. Rasanya dah beberapa tahun (10 tahun kot) ganjaran sebegini diubah.
Kalau Auntie silap fasal info ni, mahap ye, tolong betulkan sape yang tahu.
Ok, dah faham gamaknya semua yang baca ni.
Semalam adalah hari penganugerahan APC ni. Macam biasalah setiap tahun bila result keluar, maka ramailah yang tak puas hati. Auntie pun join sekaki jugak bab-bab tak puas hati ni.
Untuk bahagian Auntie ni, penerima APC adalah seramai 5 orang.Memang sah le depa ni hebat...rajin buat kerja, dedikasi, bermotivasi, berwawasan (2020).............................................
Tapi,......... ada tapi ok? yang buat ramai tak puas hati, ramai yang dok bising (dari belakang saja) .
Antara 5 orang penerima APC tu, 2 orang saja yang belum pernah dapat APC. Yang 3 ekor lagi tu...baru saja setahun dua dapat. Tu yang membuatkan ramai tak puas hati. Apalah salahnya bagi pada orang lain......depa sajakah yang rajin dan hebat??...ohhh...bos...tak perasan ke??..kalau diikutkan, katanya at least selepas 3 tahun, baru boleh dapat lagi, walaupun prestasi sesorang tu hebat, atau dapat markah 100 ! (ada ke?)..mosykel betul!.....tambah mosykel, yang sorang tu, last year dia berMC hampir 3 bulan punnnnn boleh dapat.
Entahlah, yang dapat tu tak boleh nak disalahkan dah bos rekemen.......terima sajalah.......rejeki depalah, apa lagi nak katakan.
Semalam, majlis penganugerahan di adakan di dewan kebanggaan kami. Pak Menteri dijemput untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Majlis bermula dalam pukul 3.00 ptg lebih kurang. Semua di jemput hadir. Annoucement di buat melalui PA sistem. He!...he!...memula tu kata, semua dijemput hadir...dua tiga kali buat panggilan. Mungkin dewan tak penuh-penuh juga....akhirnya announcement di buat mewajibkan semua untuk hadir...sah le dewan tak berapa nak penuh. Auntie sah le tak pergi, walau pun wajib. (tak buat berdosa) ada banyak lagi kerja nak diselesaikan.
Adaku kisah????...tahun depan dah nak pencen pun!!
Pagi ni Auntie dapat tahu, bukan saja dari bahagian Auntie yang tak puas hati, rupa-rupanya, bahagian lain pun sama juga. Balik-balik muka yang sama dapat anugerah...macam Siti Norhalizalah agaknya, tiap tahun dia saja yang dapat.
Auntie nasihatkan kawan-kawan Auntie, tak pelah, tak dapat anugerah pun, Allah sentiasa melihat apa yang kita buat walaupun mungkin bos tak berapa nak nampak kita. Kerjalah dengan ikhlas dan jujur kerana Allah. Insyaallah, ada banyak masa lagi.
Monday, June 21, 2010
Ole-ole
Tuesday, June 15, 2010
Cermin mata.
Salam untuk semua,
Monday, June 14, 2010
Jalan-jalan makan kenduri.
Maaf kepada yang datang ke sini tetapi masih dengan entri lama.
Hari ni ada entri baru.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kawin. Tidak macam dulu, kenduri kawin bermusim. Sekarang semuanya dah tak bermusim lagi. Tengok saja buah durian. Masa Auntie kecik-kecik dulu, kalau musim durian, bukan main suka lagi maklumlah, bila musimnya tiba baru ada durian. Tidak sekarang...nak makan durian, sepanjang tahun ada...dah tak heran lagi.
Hari Sabtu lalu, setelah sekian lama dok pikir nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak, akhirnya Auntie dan Cik Din sepakat bersetuju menghadiri kenduri kawin anak si Maznah. Seorang kawan lama kami. Maznah ni, dulu sama-sama masuk kerja dengan Auntie. Auntie masuk awal sikit. Orangnya, putih, tinggi, manis dan kuat gelak...cakap sikit gelak, cakap sikit, gelak. Asalnya dia ni dah pun training nak jadi jururawat...tak habis training dia mengambil keputusan tak nak teruskan....sebabnya, jaman tu, uniform jururawat masih dengan bergown...dia tak sanggup nak bergown katanya.
Maznah dah lama bersara. Bersara awal masa usianya 40. La ni, kalau tak silap umur dia dalam 50 an...muda sikit dari Auntie. (Auntie dah tak berapa nak muda....)Dia ikut suaminya bekerja ke Johor. Jadi suri rumah sepenuh masa. Anak dia ada 5 ke 6...gitu lah...ada sepasang kembar. Yang bongsu pun dah 19 tahun...seorang anak istimewa. Yang kawin ni anak lelaki.
Maznah ni orang Melaka. Kampungnya nama Kg. Melangkan. Dia dan suami dah bina rumah kat kampungnya. Kenduri pun dibuat dikampung le.
(En. Amir dan Jim tak ikut. Dia orang kerja)
Dari rumah Auntie bertolak pukul 9.30 pagi...he...he..memang tak pernah sampai ke sana. Ingatkan jauh benau...dalam pukul 11.30 sampailah kami ke rumahnya...Besar rumah dia kalau dibandingkan dengan rumah Auntie. Maklumlah, rumah dibina atas tanah sendiri. Rumah dia, betul-betul di seberang jalan opposite dengan tanda nama kampung tu. Tak susuah nak cari.
Macam biasa, sampai je terus dijemput makan dulu. Lepas makan sempatlah Auntie dah Maznah sembang-sembang kejap. Nak sembang lama tak boleh le, Si Maznah sibuk melayan tetamu.
Dah salam-salam ( sesambil salam kokot) kami pun beredar. Terus menuju Bandar Melaka yang dah lama kami tak kunjungi. Mana lagi nak pergikan?...Banda Hilirlah. Cuaca bukan main panas lagi. Orang pun ramai, bas-bas banyak di tempat parking. Cuti sekolahlah katakan. Yang ramai, rombongan Cik Kiah dari Kedah, tak pun Penang...dengar loghat depa Auntie dah tahu depa mai dari mana.
Sempat jugalah Auntie membeli sesikit barang. Tak sah le kalau tak membeli.
Maaf le gambo tu gelap sikit...lupa nak onkan flash.
Tengok tu, ada sos cucur udang, cincalok, paste asam pedas, kueh sepit (dalam balang tu) dan jugak 2 bungkus dodol. Yang lapik barang-barang tu, pun di beli kat Melaka juga.
Selain daripada tu...baju tak kan tak beli kan?.. baju kelawar untuk Auntie, sebelahnya t-shirt untuk Auntie jugak, Cik Din belikan...dan dua helai T-shirt untuk Jim dan En. Amir.
Seronok jugak, sekali-sekala jalan-jalan ni. Jadilah, jalan-jalan ke Melaka saja pun. Janji happy...
Tuesday, May 18, 2010
Senyuman
Yang kita selalu dengar ustaz-ustaz, uztazah-ustazah dan jugak bijak pandai agama ada berkata " senyum itu sedekah" Jadi, marilah kita rajin-rajin senyum. Tapi jangan pulak dok senyum sorang-sorang atau senyum yang tak kena tempat, kang orang ingat kita ni 'sesuatu' pulak.
Sungguh pun senyum tu sedekah, kena jugak tengok tempat dan keadaannya. Jangan dok senyum tak tentu pasal, silap hari bulan kena maki hamun pulak.

Auntie ni boleh dikatakan murah dengan senyuman walau pun rasanya senyuman Auntie tidaklah semanis dan semenarik senyuman Fasha Sandha atau senyuman Lisa Surihani mau pun senyum Si Monalisa kat sebelah ni yang dikatakan senyum yang memberi berbagai pengertian yang menjadi misteri hingga ke hari ini.
Dah katanya senyum tu sedekah, jadi mudah sajalah nak dapat pahala ni...senyum saja. Ada masa senyum Auntie dibalas mesra, ada masa tu hampeh...
Kalau dah kenal mengenali, sah-sahlah kena beri senyuman bila bertemu. Tapi, ada kalanya senyum yang diberi tidak dibalas....tengah bad mood gamaknya orang tu. Tak pe....
Kerap juga Auntie melemparkan senyuman kepada orang-orang yang tak dikenali, umpamanya tetamu-tetamu yang datang bertamu di pejabat kami. Selalunya tetamu akan membalas senyuman dengan baik, maklumlah diaorang datang ke tempat kita.
Ada masanya dalam lift pun Auntie akan memberi senyuman kepada umat-umat yang sama-sama naik lift, walau pun mereka ini tidak Auntie kenali secara lebih dekat, hanya 'cam' muka saja.
Senyum ni pun ada berbagai macam, ada senyum mesra, senyuman ikhlas, senyum menggoda,senyum ada makna, senyum sinis,senyum terpaksa, bahkan ada jugak orang kata senyum kambing!...entahlah, kambing senyum ketidak??...ke muka kambing memang dah macam tersenyum saja.
Jadi, bila kita senyum, pastikanlah senyuman kita tu...hendaknya biarlah ikhlas dari hati.
Semalam, ramai jugak tetamu datang ke pejabat Auntie atas sebab urusan tender. Auntie yang dok lalu-lalang akan memberi senyuman pada depa ni, tanda kita hormat tetamu. Tapi, Auntie sungguh keciwa, bila Auntie memberi senyuman pada seorang gadis dia langsung tak membals senyuman Auntie tu. Nak kata dia tak perasan, tak kot, sebabnya hanya Auntie dan dia saja...mukanya Auntie tenong, dia pun merenung muka Auntie......sekali nak tahu apa Auntie cakap kat dia...." dek, saya ni senyum dengan awak...susah sangat ke nak balas senyuman saya ni? ".....dia boelh buat derkkk je...geramnyaaaa....hilang nak dapat pahala, dosa pulak yang Auntie dapat.
Nak tahu kat mana Auntie bertemu dia????...hemmmm...kat pintu nak masuk toilet!!
Monday, May 17, 2010
Kau pergi jua....
Hari Sabtu malam, Auntie terima berita Cik Nor yang bergelut dengan kanser usus sejak enam bulan lepas akhirnya pergi juga mengadap Illahi.
Auntie sempat melawat dia di HKL awal Februari lalu. Pada masa itu, kakak yang menjaganya telah pun maklum pada kami yang Cik Nor cuma ada hayat sehingga April saja. Alhamdulillah, Allah melanjutkan usianya hingga ke 15 Mei 2010.Hilanglah seorang kawan yang begitu disenangi oleh ramai yang mengenalinya. Dia masih belum berkahwin, insyaallah Allah menyediakan jodohnya di kehidupan yang lain nanti.
" Ida, permergian mu Kak Yan iringi dengan berjuta doa, selamatlah Ida di sana semoga Rohmu sentiasa dicucuri Rahmat Allah.
Ya Allah, Engkau terimalah hambaMu itu, Engkau lindungilah dia, terimalah segala amalan baiknya, dimata kami dia adalah seorang insan yang sangat baik jujur dan ikhlas.Selamat jalan Ida."
Al-Fatehah.
Tuesday, May 11, 2010
SMS
Auntie dengan Cik Din boleh dikatakan jarang sangat berbalas SMS. Selalunya Cik Din lebih selesa telefon saja, senang sikit boleh dengar suara dan terus je cakap apa yang nak dicakapkan. Auntie pun macam tu jugaklah.Nak berSMS ni, slow lah sikit, terkial-kial mencari huruf dan nombor....kadang-kadang tu belum habis taip perkataan, tertekan apa tah...dah tersend...akibatnya ayat-ayat jadi tergantung, maksud pun tak sampai. He!...he!...ada masa ejaan pun salah. :-)
Gitulah bila dah masuk kategori wargamas ni.
Baru-baru ni Cik Din anto SMSnya pada Auntie
.
.
.
.
.
.
.
Cik Din : I lewat sikit hari ni. Ada meeting.
Auntie : OK darling! (saja nak usik dia...tak pernah pun cakap cam ni)
Cik Din : Eeee...geligeleman la!! (hemmm... tak sporting langsung! terkejut gamaknya)
Auntie : Ciss!....
Cik Din : Apa ciss...cisss ??? baik kiss...kiss!!!!
Auntie :???????...LOL!!!
....jangan marah ye...gitulah gayanya warga emas bergurau senda...!:-) dah lepas 30 tahun kawin.....kekekekekekeke!
40 tahun....
Dah beberapa hari tak buka blog ni. Risau hati sebab lama tak buat entry. Entah apasal nak risau, sendiri jugak tidak tahu.
Rasa amat malas, rasa macam nak tutup saja blog ni. Tapi, rasa sayang le pulak. Lantak lah kalau lama tak up-date pun.Malas up-date, tapi rajin pulak meneroka blog-blog....dah banyak pulak yang Auntie jumpa blog-blog yang patut dibaca. Ada yang berunsur ilmiah, ada yang unsur politik....dan banyak yang sungguh santai yang dapat menenangkan jiwa.
Terbaru Auntie terjumpa satu blog yang tuan punyanya adalah senior Auntie masa kat sekolah dulu....melihatkan gambar-gambar dia diblognya, membuatkan Auntie teringat balik akan wajah seorang gadis yang Auntie selalu curi pandang setiap kali kami makan di dining hall sekolah. Meja dia tak jauh dari meja Auntie.Dia tinggi lampai,memakai mini skirt (feshion kegilaan ramai)almost setiap hari, bercerminmata besar (fashion terkini masa tu)...dalam hati, Auntie selalu berkata..."isyyy...cantik betul kakak senior ni"...kebetulan dia baru join sekolah kami, masuk lower six. Kalau tak silap Auntie, batch dia adalah batch pertama lower six, sebelum tu sekolah hanya ada setakat form five saja. That was 40 years ago!....
Dalam kunjungan Auntie ke blog dia, dia terperanjat yang Auntie masih kenal dan ingat wajah dia lagi. Kak..tak payahlah Kak nak pecah kepala cuba ingatkan saya....sah-sah Kak tak ingat langsung...sebabnya, saya langsung tak femes masa kat sekolah dulu....hanya femes kat kelas saya saja....ke...ke....ke...!
Kak Siti Roffini, kalau tak silap saya, antara yang sama-sama masuk lower six adalah, Ainon Mohamad, Maria (yang pandai nyanyi sambil main gitar tu)dan...ingat tak ada sorang tu nama dia Asmara....:-)
Itu kisah 40 tahun yang lalu.
----------------------------------------
p/s : Melihatkan ada "followers" kat sebelah tu semangat untuk berblog naik semula...terima kasih sudi jadi follower Auntie.... :-)
Tuesday, April 20, 2010
Tiga Puluh...
Dah tiga empat hari rumah Auntie dikampung dipenuhi sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.Masing-masimg dengan wajah ceria, penuh gurau senda. Emak Auntie pun sama walau pun mungkin dalam hati dia amat risau. Ayah Auntie pun begitu.Dia yang terkenal dengan wajah serius dan garang, kini hanya mampu tersenyum panjang.
Persiapan dah hampir 100%.Malam tadi majlis akad nikah dah selesai. Lega satu bab.
Menjelang tengah malam, pakar masak @ tukang masak "the best in town" bersiap sedia untuk mula menumis rempah ratus yang telah disiapkan seharian secara gotong royong.
Khemah telah siap didirikan kerusi meja dah siap di susun atur.Bilik pengantin indah dihias. Pelamin tersergam indah.Pengantin pompuan hatinya berbunga-bunga. Kini telah menjadi milik suami sepenuhnya.
Menjelang subuh, aroma masakan menusuk hidung semerbak mewangi. Nasi minyak mula ditumis, kari daging di naikkan ke kuali. Ayam rancak di goreng.Tukang masak mula riuh mengarah sekelian pembantu untuk mula mengidang lauk pauk.
Pengantin pompuan disuruh siap sedia untuk disolek. Jam satu akan disandingkan. Pengantin lelaki akan tiba dari rumah persinggah pada jam dua belas setengah.
Songket merah hati berbunga raya pilihan pengantin.Lawa bukan main-main.
Berdebarnya....dup-dap-dup-dap!!
Tepat jam satu rombongan pengantin lelaki sampai. Riuh rendah sambutan di beri. Pengantin pompuan sedia menanti.
Akhirnya keduanya disandingkan.
Kata orang macam pinang dibelah dua...
Pengantin tak kira itu semua....
Hati dah terpaut...tak kiralah belah dua atau berbelah tiga
yang penting selamt semuanya....
Semuanya berlaku 30 tahun yang lalu.
Alhamdulillah...dah pun menjadi suami isteri.....dah pun 30 tahun!!!
Selamat Ulang Tahun Cik Din.....terima ksih telah menjadi suamiku selama 30 tahun yang penuh suka duka. :-) :-) :-)
Friday, April 09, 2010
Forum Perdana.

Lisa Surihani. Manis wajah budak ni.
Assalamualaikum.
Drama Na-O-Mei dah habis. Kesimpulannya, cerita dan jalan ceritanya bagus, tapi lembab dan agak boring. Auntie tengok jugak sebab ada beberapa pelakon yang jadi kegemaran Auntie. Keciwa juga. Ending pun hampehhhhh....
Anyway, ada cerita baru yang bermula pada hari Selasa lalu, tajuknya "Adamaya" (Adam & Maya)Tak mahu ketinggalan, Auntie pun ikutlah. Nak tengok Lisa Surihani yang manis tu berlakon, sebelum ni tak pernah tengok dia berlakon. Lakonannya lebih kepada filem. Auntie pulak bukan kaki wayang. (Dah tua-tua ni rasa seriau pulak nak masuk panggung).Baru 3 episod...boleh tahan ceritanya, taklah lembab. Kelakar pun ada. So, sapa ada masa time petang lepas kerja tu boleh le ngadap. TV3, jam 6.30 sampai 7.30 ptg.Habis cerita terus solat maghrib. Time iklan boleh sesambil hiris bawang atau menumis. Iklan kat TV3 tu panjang...sempat kalau nak mandi pun(mandi kerbau)
Sekarang ni kalau ada masa, memang banyak drama bagus-bagus di beberapa channal. Yang mengarut dan merapu tak payahlah kita hadap, buang masa saja.
Malam Tadi Auntie nonton Forum Perdana di RTM 1. Program ni, adalah satu-satunya program Agama yang masih bertahan dan mendapat sambutan. Macam biasa, Auntie tengok dulu penceramahnya. Malam tadi tah tajuk apa...tapi lebih kurangnya...tajuk pasal didikan anak-anak dan rumah tangga.Bagus tajuk ni. Penceramah pun ok. Yang tak sedapnya ada pulak iklan menggangu...ahhh buang masa saja.
Kata ustaz, dalam r/tangga ada 3 situasi yang kita nak kena jaga.
Satu.....ketika marah
Dua......ketika letih
Tiga ....ketika lapar
Dalam situasi ketiga-tiga di atas tu, jikalau tidak di jaga, rumah tangga akan jadi kacau bilau. Katanya, talak terjatuh, semasa pasangan di dalam keadaan marah. Isteri kuat berleter semasa sedang keletihan, dan suami pulak muram dan tak bermaya semasa kelaparan.
Memang benar, mana ada talak dijatuhkan semasa dalam keadaan riang gumbira.
Isteri pulak akan tersenyum bila hilang rasa letih.
Suami jugak akan mempamirkan wajah ceria bila perut dah kenyang.
Satu lagi yang Auntie tertarik, Ustaz tu kata, suami-suami kena banyak bersabar kalau isteri-isteri ni kuat bercakap (i.e berleter)....sebabnya katanya lagi, orang pompuan ni kat tekak dia tak de "bumper" untuk memperlahankan dia bercakap, sedang orang lelaki ada "bumper" di tekak mereka."bBumper" yang dimaksudkan ustaz tu adalah buah khalkum.... :-) walallahualam.
Tuesday, April 06, 2010
Monday, April 05, 2010
Template
Auntie ni yang benonya dah jemu betul dengan template blog ni. Berangan-angan nak buat template baru. Baru dok terhegeh-hegeh mencuba. Cuba buat banner...ada kal jadi, ada kali tak jadi...ayoooo! tengah sedap try sana, sini, bos panggil pulak...baru nak brouse gambar, tepon bunyi...adui! bila gamaknya nak siap nih...
Bila le gamaknya nak pandai buat template lawa-lawa nih...?? Ada sapa sapa boleh tunjuk ajar makcik??
Thursday, April 01, 2010
Tak de topik
Hari ni dah masuk bulan April. Dah satu April. Rasanya populariti "April Fool" dah semakin kurang, malah boleh dikatakan ramai yang dah lupa pun pasal April Fool, apa lagi jenerasi sekarang. Elok lah tu...benda tu semua bukan budaya kita. Auntie memang tak suka sangat dengan April Fool ni. Bagi Auntie ianya lebih kepada nak mengena dan menjatuhkan air muka orang..apa tidaknya, macam-macam cara dilakukan untuk memeriahkan April Fool ni...koonnyalah!...aaaahhhh..lupakan saja. :-)
----------------------------
Dua tiga minggu kebelakangan ni, tah apa silapnya, sakit lutut Auntie datang semula. Lutut kiri. Lutut kanan yang dah dimasukan besi tu, alhamdulillah tak de masalah. Hmmmm...risau gak ni, takut kena operate pulak nanti. Last appointment, doktor dah tanya., tapi Auntie kata nanti dulu..harap-harap tak payah lah nak operate, tak sanggup rasanya mengharung masa terlentang atas meja operation selama 6 jam dan mendengar segala bunyi drill, ketuk bebagai. Yang tak tahan tu bila dengar doktor kata " pass me the blade...the saw..." ngeri tau.
----------------------------
En. Amir dan Jim masih lagi tekun bekerja di 7-11. Tak sangka,rajin pulak depa. Kalau masuk kerja pukul 11, pukul 10 dah nak pergi. Semalam hari gaji. Sian Jim, pagi lagi dia ke bank, penat beratur, duit belum masuk. Dah petang barulah on.
En. Amir pulak bukan kepalang excitednya menerima gajinya...dia terkejut badak/berok. Dia dok agak gaji dia hanya masuk sebanyak RM700, sekali dia tengok, ada RM1700....senyum dia sampai ke telinga. Gitulah, orang tak pernah dapat duit sebanyak tu dan duit titik peluh sendiri.
Masa Auntie nak masuk tido, Auntie tengok bilik dia masih terang.."kenapa tak tido lagi?" Auntie tanya. " Ha....excited lah mak....otak tengah pikir ni...nak buat apa dengan duit ni"...Adui anak ku!....ha!...ha!
Dua hari lepas Jim pulak ambil ujian undang-undang jalan raya untuk lesen moto. Alhamdulillah dah clear setelah dua kali ambil. Kali pertama dia dapatmarkah 39, 3 mata saja lagi untuk lulus. Kali kedua dia dapat 44 markah. Melayanglah juga RM50. Tak tahu apasal mesti bayar. Bagi Auntie yang penting semasa kita memandu atau bawak moto undang-undang mesti dipatuhi. Rasanyalah, yang dok kena saman dan melanggar undang-undang bebagai tu pun semuanya lulus ujian undang-undang. Betul tak?
Sekarang Jim berangan nak beli moto....(biarlah dia pasang angan-angan dulu)
Monday, March 22, 2010
Dah 55....
Thursday, March 18, 2010
Konvo..
Friday, March 12, 2010
Result SPM.
Macam mak-mak yang lain jugak, hati Auntie berdebuk-debab sejak dengar berita kata result SPM nak keluar. Auntie, tidaklah excited macam ibu-ibu yang anak-anak mereka "berprestasi tinggi". Bagi Auntie kalau Jim berjaya lulus semua subjeknya alhamdulillah....kalau dia berjaya lebih dari itu....berganda-ganda Auntie bersyukur pada Allah. Tidaklah nak harap sangat, maklulah dah masak benar dengan keupayaan akedemiknya. Walau bagaimana pun jauh di sudut hati tetap memanjatkan doa semoga dia dapat result yang memberansangkan untuknya.
Result keluar pagi semalam. Auntie pulak macam biasa pergi ofis. Kebiasaannya anak-anak memang tak mahu mak-ayah ada bersama masa depa ambil result. Puas le Auntie merayu nak ke sekolahnya, tapi, kata Jim takpe, dia boleh handle....kalau sedih, biar sedih sendiri katanya...(sebab atas angkara sendiri )
Puas le kita tunggu kabar berita....senyap sunyi saja. Cik Din call Auntie bagitahu Jim ada SMS dia, ...tapi haram diberitahu resultnya cuma sepatah perkata......>>>>>> "Rahsia".....adui! boleh gitu pulak.
Auntie pulak cuba nasib. Itu jugak jawapannya.
Dah agak petang barulah dia SMSkan resultnya. Alhamdulillah....tidaklah seteruk yang ditakuti....he...he....tidaklah "A" berderet-deret sampai penat nak membilang....alhamdulillah adalah "A" yang tersangkutnya. Yang penting semua subjek terasnya dia dapat B.....syukur pada Allah. At least terbayar penat lelah Auntie berleter dan berpot-pet kat dia. Dia sendiri pun macam tak percaya akan result yang di pegang itu adalah atas nama dia. :-)
Alhamdulillah sekali lagi. Harap-harap dapatlah dia sambung belajar pulak.
Pada semua anak-anak kita yang berjaya Auntie ucapkan tahniah!
Wednesday, March 10, 2010
Drama
TV Auntie dah ok. Seperti yang techinician tu janji, petang Isnin dalam pukul 6.45 petang dia datang. Letak semula dekodernya, sambung wayer.....tadaaaaa....OK semua. Dapatlah Auntie tonton Na-O-Mei, walau pun terlewat 15 minit. Tak jadi masalah sangat sebab jalan ceritanya agak lembab...dalam masa satu jam, tolak iklan yang panjang meleret ( yang sempat masak air secerek) masih tidak ketinggalan lagi. He!...he!..dalam masa sejam tu, ceritanya asyik berkisar kat hospital...eeeeeeeeeee.... adengan Si Na-O-Mei berjalan kat koridor spital pun dah dekat lima minit!
Adui!...peminat Na-O-Mei sekelian, perasan tak?...kat spital tu takde orang lain pun!...pelakon yang berapa kerat tulah jugak pi mai, pi mai!...isyyyy!
(Sapa suruh tengok???)
Menonton drama-drama ni tak boleh dimulakan, apa lagi kalau drama bersiri. Mesti nak ikut sampai habis. Dulu-dulu banyak drama yang Auntie ikut. Bukan saja drama kita, drama Philippine, Cina, Tamil habis Auntie tengok. Tiap kali habis satu drama, Auntie pun berjanji takmo tengok dah, tak jadi kerjalah kan?.....hemmm...tapi, bila balik kerja, sesambil memasak tu, rasa macam boring pulak, tulah yang jadi tertengok jugak drama-drama ni (walau pun kenkadang, ceritanya pun tah apa-apa...merepek dan meleret-leret.....
Antara siri drama yang melekat di ingatan Auntie ialah dua buah drama Philippine yang dah tak ingat tajuk nya, satu drama Latin, ingat La Soy Betty...(lebih kurang le tajuknya)....Awal dari tu, beberapa buah drama Cina. Tahun lepas Auntie sibuk dengan "Little Nyonya"...cerita ni best sangat. Kalau cerita kita, Nur Kasih, Matahari, Bella....Na O Mei ni kiranya nak penuhkan masa saja...ceritanya ok, cuma lembab je.....Beberapa tahun dulu ada satu drama kita yang best, tak ingat apa tajuknya, ni, depa ada berlakon kat India, Taj Mahal . M.Nasir ada, Umie Aida (Yang dok sibuk nak menikah diMekah) Vanida Imran. Cerita ni memang best....isy...apa tajuknya...Salam Taj Mahal ke apa ek????.... dah lupa lak makcik. :-(
p/s nanti kita cerita pasal program yang berpekdah lak ok....
Monday, March 08, 2010
Na-O-Mei.
Sabtu dan Ahad yang berlalu begitu lama kami rasakan. Bukan Auntie saja yang rasa, Anja pun kata "sungguh boring, waktu berjalan begitu perlahan". En. Amir dan Jim, tidak sangat terasa kesannya maklumlah dia orang lebih banyak berada ditempat kerja.
Rasa sangat 'kehilangan' dan 'kekosongan'.
Petang ini insyaallah semuanya ok, semua akan macam biasa semula.
Banyak yang kami tertinggal, tak tahu news terbaru, nasib baik hari Ahad, macam biasa Cik Din beli berbagai papaer untuk dibaca.
Apa kesnya??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!
.
.
.
.
Decoder Astro terbakar!
Hari Sabtu tu, dalam pukul 10.30 gitu, bekalan letrik terputus. Nasib lah hari siang. Kalau malam tak tahulah, dah le cuaca panas.
Dalam pukul 12.30, api dah ada semula. Elok dia sampai je, kipas-kipas dalam rumah pun mula berpusing. Masa terputus tadi tak pulak di offkan begitu juga TV... TV elok je menyala beberapa saat, kemudian terus padam...check sana-check sini, check sini, rupa-rupa, decodernya tak nyala langsung. Terus hubungi ASTRO...hah!...nasib baik sungguh, cepat dapat respon, kalau tak tuh....disuruhnya tekan no1, tekan no2, tekan no 3.....tah berapa kali tekan dan tunggu baru dapat, alhamdullilah, depa janji nak datang dalam masa 48 jam !! adusss duss, duuus,,,dusssss!
Hari Ahad dalam pukul 3, sampai le techniciannya..sah le dicodernya dah kong. Mula tu dia ganti dengan board (dia kata board) lain, masuk dalam decoder...dah ok...baru nak happy, dah gelap semula, so, dia kena angkut benda alah tu balik dan hari ini akan datang lagi....harap-harap dia datang sebelum 6.30...dapatlah Auntie tengok sambungan Na-O-Mei.... :-)
Monday, March 01, 2010
Kancil.
Kancil ni katanya binatang yang cerdik. Cerdik ke kancil??...ikut cerita penglipurlara zaman Auntie kecik-kecik dulu, memang benarlah. Dia saja yang menang. Dia saja yang dapat. Habis semua binatang lain ditemberangnya untuk dia melepaskan diri.
TAPI!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa ye?...gajah sama gajah berjuang pelandok @kancil yang mati di tengah-tengah!!!!
dimana kecerdikan kancil untuk melepas diri?????
Siapa kancil ni?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Siapa lagi??...Auntielah!!!! arrghhhhhhhhh!
Thursday, February 18, 2010
Doa Untuk Mereka.
Lama sungguh tak update blog. Awal-awal tahun ni banyak betul kerja. Macam tak menang tangan. Waktu rehat yang sejam cuma sempat baca-baca blog saja. Ni dah agak lega sikit. Bos-bos sibuk meeting RMK 10. Auntie pulak ambil peluang menyiapkan apa-apa yang tergendala. Ada masa tengah sibuk buat kerja bos panggil pulak. Tanya itu, tanya ini, discus itu , discus ini.
------------
Ingat dengan Datin M?...kawan Auntie yang baru dapat cancer tu?...Alhamdulillah, dia ada telepon Auntie semalam. Baru balik dari mengerjakan umrah. Suara dia ceria saja. Katanya dia dah bersedia mengahdapi ujian Allah. Bulan depan dia akan menjalani radioterapi dan juga kimoterapi. Mudah-mudahan dia selamat sejahtera.
Selain Datin M, ada sorang lagi kawan Auntie yang sedang bergelut melawan penyakit canser ni. Cik Nor (bukan nama sebenar). Dia sekarang berada di wad Radioterapi HKL. Minggu lepas Auntie dah melawat dia setelah kami begitu cemas mendapat berita yang dia sedang nazak. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan, dia beransur pulih. Masa Auntie melawat dia, dia begitu ceria malah boleh buat lawak pulak. Cik Nor ni seorang yang ceria. Cantik manis orangnya dan menjawat jawatan senior engineer, masih single walau pun sudah melewati 50an.
Begitulah ketentuan Allah. Doktor dah bagi tahu kakaknya yang hayatnya hingga bulan Mac saja...kebanyakkan organnya termasuk blood stream dah kena kanser. Apalah yang yang kita mampu buat?....hanya doa, doa, doa dan doa saja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Sama-samalah kita berdoa untuk mereka dan juga mereka yang sedang menghadapi penyakit yang sama.
