Tuesday, May 22, 2007

Berita Gembira.

Alhamdulillah! akhirnya berita gembira yang ditunggu tunggu menjadi kenyataan.

Terima kasih Pak Lah. Semoga panjang umur, sihat walafiat (dan cepat mendapat jodoh !)

Memang gembira sangat maklumlah kenaikkan gaji telah lama tidak berlaku. Bagi Auntie yang dah bergaji maksimum ni memang berharap sangat mata gaji itu berganjak Ini bermakna, bila Auntie pencen nanti, pencen bulanan adalah lebih sikit. Harap umur panjang dan dapat merasa rezeki ini. Amin.

Tengahari semalam kami yang tak de TV kat ofis memang rasa resah gelisah. Pak Lah buat pengumuman di PICC secara live…so, kami pakat pasang telinga kat radio saja. Punya le panjang lebar ucapan Pak Lah tu…berbelit-belit…kami malas dah nak dengar semua tu….dan diakhir ucapan tu barulah berita gembira disampaikan…% kenaikkan adalah 7.5 % bagi JUSA, 15% -Gred 41-Gred 54, 25% - Gred 16 –Gred 40 dan 35% - bagi Gred 1 – Gred 16…dan yang paling tak sangka COLA juga dinaikkan sebanyak 100%!!!...(mahap kalau Auntie ada bagi fakta yg. tak berapa tepat…untuk yg. lebih tepat sila refer kat s/ khabar…ok?...)

So,,,gamaknya apalah nak dibuat dengan rezeki yang dapat tu.???

Angan-angan tu macam-macam lah… tapi yang lebih penting dan utamanya nak menyelesaikan hutang-piutang terlebih dahulu…

So, lebih kurang macam nilah…

- upkan sikit bayaran untuk creditkan
- upkan sikit duit bulanan untuk mak Auntie.
- upkan sikit duit poket untuk Jim & Amir.
- upkan sikit simpanan tabung haji
- upkan lagi simpanan kecemasan.

Yang Auntie dok berangan-angan :-

1. - nak beli h/phone baru – yg.sedia ada tu model jaman purba.
2. - nak beli jam tangan hak lawa sikit..hak sesuai dengan makcik-makcik – yg. sedia
ada…dah lama beno…dah 10 tahun daaa…!
Kalau nak listkan lagi memang banyak…tapi setakat ni, Auntie rasa yang lain tak penting sangat. kena belanja dengan berhemah.

Syukur Alhamdulillah!!!

8 comments:

Anonymous said...

pg td pun depa dah pakat kira berapa nak naik..huhuhu...

saya cuma mampu ucap syukur alhamdulillah..hat ada nih rasa2nya cukup dah, tp dgn baby baru yg bakal datang, kenaikan nih mmg satu rezeki ler..

ps: dah bukak blog baru..bwk meh email add AY, nanti saya invite...

pB said...

jeles nyer ....

tahun ni, tempat kerja pB ni baru bagi elaun COLA.
Nak tau berapa....limer puluh hinggit jer...

nak beli mineral water pun tak lepas...

jelesnyerrrrrr

Anonymous said...

Hello AY..
Saya suka anti climaks..rancangan bagus AY ada tuh..tapi rancangan kerajaan dan kesan sampingan kenaikan harga barang mungkin akan melupuskan 50% dari keupayaan membeli dari kenaikan yang baru anda perolehi!Kenaikan tersebut memang patut, anda semua deserve it..!

AuntieYan said...

Oren: Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran. Hendaknya kita berbelanja dengan berhemah.

e-mail AY : azyan_abdullah55@yahoo.com.
-------------

pb: Jangan le nak jeles-jeles...orang keje gomen nak 'gegaq' je lebihnya...

Naik RM50/ pun kira dah ok...beli beras dah dapat 20kg...makan 2 bulan pun tak habis!...
Bersyukurlah kita.
---------------
En.Ari: Memang benar, bila dengar je gaji naik, harga barang pun naik...harap-harap tidaklah menjejaskan kenaikkan gaji yg. belum pun dapat dinikmati...

Anonymous said...

nonie pun gumbira gak dgr naik gaji... cik abg jeles je hehe tula sapa soh takmo jadik org gomen heheh...

AuntieYan said...

Nonie...untuk meredekan kejelesan Ed tu, cakaplah kat dia ni semua rezeki anak dan suami...:-)

Anonymous said...

seronoknya dapat naik gaji. Ini kes macam saya belum rasa lagi duittu,angan-2 dah lebih.Macam-2 dalam kepala nak beli.Anyway ibu bapa tak dilupakan.Alhamdulillah.

AuntieYan said...

Easylady : alhamdulillah! syukur sesangat!

Biasalah kita ni...angan-angan dulu..kadang-kadang tak buat pun apa yang dirancang...ke lain pulak jadinya.