Wednesday, May 16, 2007

Ke Kelinik

Hujan turan agak lebat pagi tadi. Terus berlarutan sampai jam 10.00 lebih.

Auntie bangun lewat dari biasa sebab nak ke kelinik dulu sebelum ke ofis. Tak payah nak pepagi sangat.

Dah seminggu Auntie dok rasa pening-pening. Bila tunduk sikit dah rasa berpinar-pinar. Bila baring, gerak je kepala rasa bergoyang-goyang siling dan dinding…rasa macam nak muntah pun ada jugak. Auntie pernah alami situasi macam ni beberapa kali dulu.Memang tak selesa. Serba tak kena. Apa???...ngandung???...he!..he!...tak mungkin…kilang sudah tutup maa..Isyy…(ppsttt…kalau ya pun tak pe…tuannya ada…)

Lepas b/fast lebih kurang Auntie pun pergi lah ke kelinik berdekatan rumah . Kelinik Gomen…Bandar Baru Bangi. Kebetulan pulak Cik Din pun ada appoinmentnya dengan doktor. Lama jugak Auntie tak ke kelinik, ye lah sejak berpindah ke Putrajaya. Fail kat pakar Orthopedik HKL pun dah tutup. Agaknya sebab kami awal lagi dah sampai, maka tak lah lama menunggu. Ramai jugak pesakit yang datang. Melihatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dah tua dan uzur rasa insaf …(.insaf sekejap) insyaallah ,kalau panjang usia Auntie, dalam 10 tahun lagi, gamaknya macam tulah….terketar-ketar terhoyong-hayang dipimpin anak …tu kalau ada anak nak tolong pimpin….

Dah jumpa doktor, ambil ubat, terus je menuju ke ofis. Sampai ofis, senyap sunyi je…rupanya ramai yang pergi bersukan…hemmm…tak habis-habis lagi….minggu lepas sibuk main netball dan futsal, minggu ni main badminton pulak.
Kami yang tak bersukan ni dok le kat ofis buat kerja…Auntie tak de kerja……buat kerja sendiri le gayanya.
-----------------------------------------

5 comments:

anggerik merah said...

Auntie Yan,

dah lama tak mai sini. Pasal yang goyang-goyang tu dia panggil vertigo -- fluid imbalance in the brain. Bila makan ubat dan rehat lega lah tu...Saya pun kena jugak macam tu minggu lepas. Doctor bagi MC 2 hari.

Semuag Auntie Yan & Cik Din sehat selalu.

Catherine Saliman said...

wishing you in a good health

Anonymous said...

Kak Yan :

Makan ubat yer, jaga diri baik2...mintak MC bebanyak sikit, rehat2 kat rumah. Ramai kawan bloggers yang jadi doktor, ada klinik sendiri :P Hehehe....


Saya pun dah mula keriok sana keriok sini. Tulang dah mula nak reput kot. Kena byk2 makan kalsium and minum susu (uwekkk..tak suka!) kasi tulang kuat dah sihat. (mcm iklan lactogen:P)


Bila dah sihat kita pi menebeng lagi yer...

Eddie Putera said...

kak oi, sihat dak lagi ni ? sakit tu bagaikan dapat memo lah, peringatan..

Anyway, di doakan semuga sihat selalu...Jin tunduk sambil bertafakur.

AuntieYan said...

Anggerik:..hari ni macam lega sikit, setelah makan ubat....he!..he!...rest tu memang rest!...terlalu banyak rest gamaknya. :-)
--------------

Kate : terima kasih.
--------------

Mak Andeh :Pening-pening tu dah ada sikit kurang....yang takmo hilangnya sakit lutut ni....sabo je le kan...

Ya, harap kita boleh menjalankan aktiviti menebeng ni dalam masa terdekat.;-)

-------------

Adikku Jin : Nak buat macam mana ...dah tua...cam ni lah...:-)