Hari ini ada perhimpunan pagi. Selalunya Auntie escaped…malas le nak pergi. Perhimpunan pagi ni macam assembly masa kita sekolah dulu le lebih kurang.
Bezanya kat sekolah dibuat setiap minggu, perhimpunan pagi ofis ni dibuat sebulan sekali.
Adalah 2 atau 3 kali Auntie pergi. Bulan lepas Auntie terpaksa pergi sebab bahagian kami jadi hostnya, so kenalah libatkan diri sekurang-kurangnya menghadirkan diri.
Sejak KSU (Ketua Setiausaha ) baru ni, nampak banyak juga perubahan yang dibuat.
Yang sebenarnya bukan lah perubahan pun, cuma disiplin yang sedia ada dipastikan dipatuhi.
Memang ramai yang merungut. Bagi Auntie ianya sesuatu yang baik, kalau dah ada peraturan tetapi tak dipatuhi apa gunanya kan? Yang sangat ditekankan oleh KSU ni adalah ketepatan masa
Opppsss….kena berhenti dulu nak kena pergi ke dewan dah. Auntie nak hadir lah pada hari ni..nak buat azam baru, nak hadir setiap kali ada perhimpunan.
--------------------------------------------------------
Ha…sambung balik. Perhimpunan tadi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 9.15 pagi. Macam biasalah, dimulai dengan nyanyian Negaruku (Auntie nyanyi dengan penuh semangat tau!..lyric semua dah hafal sejak darjah satu lagi…sekali pun tak pernah lupa lyric) . Lepas nyanyi bacaan doa. Bagus isi bacaan doa ni …rasa haru dan sebak pulak. Lepaw berdoa ada bacaan ikrar, lepas tu ada presentation berkaitan dengan aktiviti bahagian yang jadi host perhimpunan. Oleh kerana Auntie duduk di barisan paling belakang (dekat dengan pintu, senang nak keluar nanti) makanya Auntie yang memang rabun jauh dan dekat ni tak berapa namapak apa yang dipaparkan diskrin depan tu.
Adalah dalam 3 mimit kot pertunjukkan slaid tu…lepas tu KSU pun berucap.
Inti pati ucapan adalah berkisar dengan etika kerja, budaya kerja, disiplin,. Tidak ketinggalan juga mengenai penyelenggaraan bangunan yang sedang hangat dibincangkan.
Majlis berakhir selepas memperkenalkan pegawai-pegawai baru.
Ini saja up-date untuk hari ini.
Sekian wasallam.
------------------------
4 comments:
Adeii..kalau sayalah, tetap ponteng punya. Masa kat sekolah dulu , tiap kali perhimpunan, nyorok dan dalam locker.
Adiejin Adikku :...isyy!....isyy!....isy...nakalnya dia...Akak ni semenjak dua menjak ni berazam nak jadi kalangan orang-orang yang baik...auwww!..:-)
------------
Hi .. auntieyan ..Saya Kate blog dlm BM. perhimpunan pagi tu I dah biasa 2 kali dalam seminggu isnin dan rabu. Cikgu lah tu..
komenlah blog I pula tentang hutang piutang ada tips keh nak bayar hutang
Kate :...gaji dah naik ni eloklah kita langsaikan hutang dulu. :-)
Post a Comment