Wednesday, May 23, 2007

Tak habis habis lagi daa....

Kat ofis Auntie ni tak habis lagi cerita pasal kenaikkan gaji…tak habis lagi excitednya… errrk termasuk Auntie le .... Bila dah sah ada kenaikkan, esoknya (semalam) berita keluar paper, tapi kami masih blurr…samada pengiraan dibuat atas gaji semasa atau gaji permulaan.

Malam tadi bila tengok berita di TV baru jelas…kenaikkan dikira atas gaji yang diterima sekarang…so, kalau gaji RM2000/-, naik 25% jadi RM2,500.00 . Gaji RM1000.00 naik 35%, jadi RM1350.00…yang gaji RM 7,000.00 naik 7,5 %, jadi RM7525.00
Orang pencen pun samalah juga kiraannya. Alhamdulillah!....

Pagi ni, bila paper hari ni sampai je, dah berebut-rebut nak tengok samada apa yang dikhabarkan dalam berita malam tadi betul atau tidak…sah le betul….Alhamdulillah sekali lagi….memang orang gomen teruja sangat sebab tak pernah kami dapat kenaikkan yang begitu drastic……eleh!!!...orang kerja swasta tak heran pun…

Dalam dok happy-happy tu, masih ada yang tak puas hati. Masih ada dok mempertikaikan sebab apa yang gaji above RM5,000/ - naik juga…patutnya bagi kenaikkan 1% sajaa,,,isyyy,,,macam-macam lah perangai manusia ni…dah dia dapat sibuk dok dengki orang lain dapat.
Habis, bos-bos bukan tak buat kerja kan?...tanggungjawab besar…lain le macam Auntie…hanya bertanggungjawap pada bos Auntie je…kalau dia bagi kerja adalah kerjanya…kalau tidak, pepandai le (memblog ke, meng’tag’ ke.. )

Bersyukurlah apa yang kita dapat…tak payah lah nak mempertikaikan apa yang orang lain dapat…rezeki masing-masing.

Kejap ni tadi Auntie terima SMS dari adik Auntie “ Kak…gaji naik…tak de ke untuk kami?...”…insyaallah…dah lama Auntie berniat…kalau ada rezeki, memang Auntie nak membantu adik Auntie yang sorang ni…ibu tunggal beranak dua….dan tak bekerja….selama ni hanya menumpang mak Auntie dan kami adik beradik pakat contribute sesikit setiap bulan. Bekas suami dia………..???...macam kebanyakkan suami-suami yang tak bertanggung jawap…lepas tangan saja…kawin, buat anak….hai!...hai!...good-bye.

Marilah kita sama-sama beringat, dalam keterujaan kenaikkan gaji ni, masih banyak lagi yang kita patut renungkan. Berbelanja dengan berhemah. :-)

--------------------

10 comments:

AuntyN said...

Seronok no depa naik gaji, kita jugak tak dak gaji dah 2 bulan dah. Minguu depan nak pi sana boleh ka makan belanja dari Kak Yan? hehehe

~adeQ~ said...

hehehe...MARILAH KITA BEKOJE SEKUEKNYO!!!! maklumlah...gaji dah naik. syok la org dah lama keje...apa pun..Alhamdulillah...bile nak makan sesama lagi???

AuntieYan said...

N...alhamdulillah!...mailah..insyaallah Kak Yan ada.
--------------

adeq :..pssst...tak de keje nih!...bos kata buat le apa-apa yang patut...:-)

Makan bersama???...anytime any day!..

Anonymous said...

huhuhu..sib baik dah join gomen..kut tak, dok samalah mcm hat keja swasta..dok jeles saja...

yg penting, dengan adanya kenaikan nih, kena keja lebih baik..dan jugak mengutamakan simpanan utk diri dan anak2 di masa hadapan..

Catherine Saliman said...

gaji naik ...bolehlah I bayar hutang piutang :)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.. kak yan.

Kami kat UIA ni pun, tak terkira seronoknya. Ada yang dah merancang nak tukar keta baru. Syukur, alhamudillah.

Liza

Anonymous said...

elo auntie yan...
haritu ternampak kat kafe tapi tak dan nak tegur...:-)

gaji naik bleh la kita buat parti kat kafe tu ek? ajak sekali si sapinat tu..hheheh

AuntieYan said...

Oren...terima kasih kerana membenarkan AY masuk blog..lama juga AY mentelaahnya sebab dah lama tak dapat masuk...sedih dan sayu kenangkan perjalanan hidup Oren...harap terus tabah dan mendapat kebahgiaan akhirnya.
--------------

Kate : Auntie dah rancang...50% drp kenaikkan tu nak langsai hutang dulu...harap-harap hujung tahun ni dapat clear kad goris tu dulu....lepas tu boleh start menabung lebih sikit....:-)
--------------

Liza:...Amboi!....amboi!...amboi!...ingat dah lupakan Akak!!!
Mai le selalu kat sini. Kang lupa terus...

Ya, Akak rasa pun tahun depan ramai yang pakai kereta baru....tak pe lah rezeki...
sama-sama kita terus bekerja dengan lebih berdidikasi....:-)

------------------
Nett:...amboi!...awat tak tegur???
Mai le...boleh kita sembang-sembang.
ppsssttt....si P-Nut tu sibuk sekarang...orang dah jadi tokey cupcakes....(bila gamaknya dia nak bagi kita testing kek dia nooo....)
-----------------

Anonymous said...

Tak mau kacau orang tengah seronok..Saya pun kalau dapat macam tu seronok gak..tak leh jadi nih..

AuntieYan said...

En Ari...bagi peluang saya berseronok...:-)