
Petang semalam jam 6.30 petang sebagaimana yang dijanjikan, walau pun dalam keadaan ketakutan, ketaq lutut bebagai…akhirnya selesai jugak masalahnya yang dah lama menghantui fikiran…
Sebaik saja nama dipanggil masuk, Auntie buat macam berani sajalah. Menunggu di dalam seorang doctor muda..muka dia nampak separuh saja sebab dia dah pakai mask.
Melihatkan kelengkapan di sekeliling lagi le rasa kecut perut.Tapi apakan daya Auntie kuatkan jugak semangat.. kat luar tadi pun My Tamil Hero tu dah bagi berbagai kata perangsang..:-)….psst..yang sebenarnya dia pun bukan berani mana!..
Auntie explained lebih kurang kat dia. Rasanya tak payah explain pun tak pe dah, dia lagi tahu …kan ke kerja dia tu..?
So, dia suruh Auntie baring, dia check gigi Auntie. Tak perlu buat operation, just cabut secara biasa. Lega lah sikit bila dengar macam tu. Dia start bagi bius…tak rasa apa pun.Then dia bagi tahu dia nak mula cabut dah. Sebelum tu, dia test dulu samada bius tu dah jalan atau tidak…
Alhamdulillah!...langsung tak rasa sakit…Cuma rasa seriau sebab dok dengar bunyi ‘kriok-kriok’ semasa dia nak cabut tu….Tak sampai 5 minit semuanya selesai..He!...he!...tak sakit langsungggg!!! Best!..best!!!...
Lain kali boleh datang lagi.
Kat luar Cik Din sedia menanti. Nampak saja Auntie keluar, dia cepat-cepat datang…” ok ke?...ok ke?”….dia pulak nampak risau. Mungkin macam tak percaya.
Dokter bagi ubat tahan sakit dan anti-biotik. Bayaran perkhidmatannya RM 45/- oklah kan servicenya bagus dan yang penting tak sakit…
Insyaallah lepas ni Auntie akan rajin melawat dentist…dah hilang phiobianya.
-------------------------------------------
14 comments:
Bila dah cabut gigi, nak kena cari gigi palsu la pulak ....
Rm45 .. standard la tu.
Kalau pergi klinik kerajaan, singgit jer ....
cabut kat mana nih? murah jer...saya harituh kena RM90++ klu tolak x-ray rm30...still lagi kena RM60 mahalnyer kat tpt saya...lepas nih nak kena operate gigi susu plak..doktor ckp RM400 - RM500 bila saya buat muka terkejut doktor tuh cakap jgn risau nnti dia bg diskaun...yer lah klu takat diskaun 50 hengget jer still mahal lagikan.....company cover smpi 250 jerrr...uwaaa mahalnyer nak cabut gigi!!!
pb:...cadang tu nak buat 'bridge'(crown)..agak mahal juga dalam RM2000/...kena himpun duit dulu gayanya. :-)
--------------
Anon: Pada AY dah mahal dah tu...sebab dah berkurun tak cabut gigi...30yrs back baru RM10/...he!..he!..
Kelinik gigi banyak ..harga dia mungkin berlainan based on traetment la kot...Area kelinik pun satu hakl gak...kalau Damansara, PJ atau Bangsar mungkin mahal le. Yang Auntie pergi ni kat Bandar Baru Bangi...dentist Melayu.
Rasanya kalau dia cabut gigi susu pun tak mahal sangat kot...kalau operate mungkin le mahal sikit...
--------------------
rugi jer bayar memahal..Kau Saya ngan Andeh cabut hari tuh, belanja roti canai jer...rugi rugi..
Apa apa pun, tahniah..hehe
Kak Yan baca posting ni.. tang mana tau sya rasa seriau.. tang "keriok keriok" tu
murahnya auntieyan...kat tempat mama ni scaling je dah rm 80, belum cabut lagi!
Kak Yan...lady ni dah lama tak cabut gigi....last sekali masa sekolah dulu...
Pergi dentist ade lah 2 tahun lepas ...membetulkan tampalan yang berusia puluhan tahun yang rosak...hehehe...
Kalau cabut buat masa sekarang belum lagi lah...takut jugaklah rasaya
Adikku Jin :...ramai yang kata tak mahal apa!
Belanja roti canai???..mai la...but, lately Akak tersuka makan tosey pulak...:-)
-----------
Sya:...masa dia 'berkeriok' tu memang rasa seriau...doktor tu kata 'tak dapat nak tolong, sebab dekat beno dengan telinga'....:-)
-------------
Mamarock : Murah dibandingkan dengan tempat lain....ha, kalau nak cabut gigi, boleh le pergi kelinik tu...habaq kat AY, Ay bagi addressnya.
-------------
Kak Lady: Bila usia meningkat, gigi pun semakin reput. Kes Kak Yan tu sebab tampalannya dah lekang dibiar saja...akhirnya gigi tu patah sendiri...ha...baru le nak cari dentist...
-------------
adoi....oucchh....mesti kena cabut ke? tak ade cara lain nak salvage gigi tu ke?
sometimes, wish i can be just like the crocodile...gigi jatuh...gigi tumbuh lagi and tumbuh lagi...
thanks so much for dropping my by blog.
you have a nice day, auntie yan :)
Nyonya:...actually, the tooth already patah!!!..so, tinggal a bit to be seen...memang kena cabut, or else...it will damaged the other teeth...:-)
Cabut gigi punya hal, udah jadi cerita Tosey.
Kalau pekena Tosey, Jo nak itot..
Jo...tosey ni memang sodap...dulu memang tak gemo...tah macam mana ada satu kawan tu dia paksa suruh rasa...he!...he!..sedap rupanya..:-)
Kak Yan, saya kalau boleh postpone pi dentist, sure postpone punyalah. Sebab tu gigi memang teruk lah. Kalau nak ikutkan, gigi saya ni kena buat major "makeover" tapi mana nak cari duit. Bridge saja dah RM2000, kalau nak senyuman "colgate" tukena lah buat implant yang satu gigi can cost RM5000. Mak oi, harap2 ada anak sorang yang nak jadi doktor, boleh suruh jadi dentist atau eye specialist, cepat sikit kaya kut hehehehe.
Kak Yan apa habaq?
N, pasai kita dok pospone tu lah yang gigi makin teruk....
Kak Yan dok berangan nak buat bridge juga, memang dentist tu cakap dalam RM2000...boleh bayaq pelan-pelan...
Dentist ni boleh buat duit jygak noo...:-)
Post a Comment