Friday, June 08, 2007

Wati.

Lupa nak cerita kisah yang buat Auntie rasa tersentuh hati. Sabtu lepas, dah hampir pukul 10.00 pagi baru Auntie nak sidai baju di ampaian. Ampaian memang kat depat rumah dekat dengan pintu pagar.Kononnya ampaian tu sementara saja, tapi dah setahun lebih masih guna yang tu juga. memang tak de tempat pun nak buat ampaian, almaklum rumah teres yang keluasan tamannya hanya sekangkang kera.

(ni nak cerita amapaian ke, nak cerita kisah sayu mayu tuh?)

Baru Auntie nak mula menyidai, tetiba Auntie nampak sorang gadis berjalan menuju ke gate rumah sebelah, nampak macam dia pakai tongkat..memang nampak macam tongkat...la, memang ya pun, ....Allah!...rupanya kakinya hanya sebelah!!
Auntie terus jelah sidai kain sambil pasang telinga, tapi tak dapat tangkap apa yang dia cakap kat anak jiran. Tak lama lepas tu dia bagi salam kat Auntie pulak.

" Salamualaikum Makcik, saya Wati, nak minta derma sikit, saya nak beli kaki palsu baru"

"W'salam...kenapa dengan kaki kamu?"

"Saya kena langgar dengan lori....dah lama, dah 7 tahun..."

" Tak dapat claim insuran ke?"

"Apa pun tak dapat Makcik...saya kena langgar lari...bapa saya meninggal on the spot...kami naik motor..."

Ya Allah!...kesian betul nasib budak ni. Auntie tengok masa dia cakap tu, air mata dia bergenang dikelopak matanya..Budaknya manis Auntie tengoklah dokumen yang dia bawak, memang dia masih muda baru 22 tahun...

"Makcik, saya malu terpaksa meminta macam ni, tapi apa nak buat dah terdesak..."

"Makcik faham.." Auntie pulak yang rasa macam nak nangis...

Menurut Wati harga kaki palsu adalah RM14,000.00/- (ada tercatat dalam salah satu dokumen yang dia bawak). Alhamdulillah, Kerajaan sponser dalam RM10,000. Dia perlukan lagi RM4,000/.

Setelah Auntie menghulurkan sedikit sumbangan, Wati berlalu ke rumah jiran yang lain pulak.Hingga ke malam wajah Wati bemain difikiran Auntie...nasib malang seorang gadis!

Sedih betul mengenangkan nasibnya.

Ada orang, setakat RM4,000/...apalah sangat. Wati pulak terpaksa, berusaha gigih untuk mendapatkannya. Bukan mudah dia nak melenyapkan perasaan malunya, tapi apakan daya...Isyy...kalaulah Auntie ada banyak duit...tentunya Wati tak payah nak bertongkat ke sana sini...terus je dapat dari Auntie...

Auntie harap dengan sedikit sumbangan dari Auntie pada hari itu dapat menambahkan dananya dan yang penting sekali Wati akan dapat kaki palsunya secepat mungkin.

7 comments:

Eddie Putera said...

Semuga sedikit yang diberi itu, besar ganjaran dan hikamh disisi Allah. Subhanallah.

AuntieYan said...

Adikku Jin:..semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah. Amin.
------------------

Anonymous said...

Kak Yan :

Ni musykil sikit. Dengan kaki sebelah macam tu - macamana dia boleh sampai ke area rumah Kak Yan jalan from house to house? Mestilah ada someone yang bawak dia kan?


Bukan apa - takut dia ni jadi mangsa sindiket aje. Kalau sebuah rumah bagi sepuluh ringgit - dapat 100 rumah, dah 1000 ringgit.


Saya ni dah pernah 2-3 kali orang cuba nak kelentong - so selalunya in cases like this saya akan soal siasat habis-habisan. Tapi kalau kes Wati tu genuine - boleh minta media hebahkan - setakat 4 ribu tu, sekejap aje org boleh donate.


p/s bukan kes kedekut nak derma, tapi tak nak duit derma saya disalurkan ke benda lain :P

pB said...

Salam ..

AuntieYan said...

Mak Andeh: Memang dia datang sorang ...naik teksi.Kampung dia on the way nak ke PUJ..Kg. Sg. Merab..memang tak jauh dari BBB. KY pun ada jugak terfikir pasal sendikit ni...tapi menengokkan cara dia tu memang tersentuh hati sungguh.

Memang kita patut waspada. Macxam-macam cara orang nak menipu ni.
--------------

pb: Wa'alaikumsalammm...:-)

--------------

pB said...

Antie...

Cam ner appt dengan doktor gigi tu ..??

Dah ok ker ??

AuntieYan said...

pb:...alhamdulillah..semua dah ok.
Baca entry atas tu...