Tuesday, June 19, 2007

Satu panggilan..

Bersemangat pulak rasanya pagi ini. Alhamdulillah!

Sampai ofis agak pagi juga. Agenda harian telah Auntie rancang sebelum balik semalam. Tugasan tak le banyak mana setakat nak menyemak maklumbalas saja.
Kalau rajin nak kemaskini rekod-rekod Pengaduan Awam yang diterima sejak bulan Januari lalu, itu pun tak le mana masalahnya sebab dah up-todate. Lain-lain cuma nak kemas sikit meja Auntie ni dah beserabut dan serabai, lemas pulak menengoknya.

Bos Auntie kini berada di Langkawi. Esok adalah. Meeting apa tah…
-------------------------------------

Sementara tunggu pukul 8.00 sempat le Auntie bertegur sapa dengan Si Melor, sambil mengopi dan makan bihun goreng yang dibawa dari rumah.

Tetiba telefon dimeja sebelah berdering. Tuan punya meja turun b/fast kat café, dia ni time masuk keja dia pukul 8.30 pagi.
Mulanya rasa malas jugak nak angkat, tetapi kenangkan tanggungjawab, Auntie angkat juga. Suara lelaki memberi salam….dia memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat ****
Nama, dia tak bagi tahu, terus dia nak bagi tahu nak bercakap dengan En.@@@

Dia : Saya nak cakap dengan En.@@@ bin &&&

Auntie : (tiada nama ni dari bahagian kami). Ooo…En.@@@ bukan dari bahagian ini
Encik.


Dia : …Tapi ni MOA kan?

Auntie : Ya Encik, memang MOA. Ini Bahagian ABCD…En. @@@ ni dari bahagian mana??

Dia :….dari Jabatan Pe*********….ha, berapa nombor dia???....(suara dia dah mula tinggi)

Auntie : Saya tak tahu nombor dia, tapi……(tak sempat nak cakap lagi, dia dah celah)

Dia :….ha, ini le pegawai Kerajaan , semua tak tahu, makan gaji buta, apa yang dibuat kat ofis tu…..esok, bila anak you besar isap dadah baru tahu , makan gaji buta….semua tak tahu…apa yang dia tahu?....bla..bla…bla….bla…bla….bla….

Auntie :….??????....(sian aku, pepagi dah kena maki) sabar dulu Encik, saya boleh tolong carikan nombornya, biarlah saya tengok Buku Panduan Telefon dulu…

Belum habis Auntie cakap dia dah letak telefon…habis camno??? Terkedu Auntie sekejap.

Tak semua penjawat awam kurang sopan, tak semua penjawat awam tak tahu apa-apa, tak semua penjawat awam makan gaji buta.

Tak dinafikan ramai juga penjawat awam yg. kurang sopan, yang selamba macam badak. Yang langsung tak bagi kerja sama, kerja sambil lewa, sombong. Yang ni memang yang jenis tak makan saman…yang jenis inilah yang membawa nama buruk yang melibatkan orang lain.

Niat Auntie sungguh ikhlas nak membantu, nak carikan nombor telefon. Takkan lah kita boleh ingat nombor telefon semua orang di satu Kementerian yang ada 2 blok bangunan setinggi 17 tingkat dan 2 blok lagi setinggi 4 tingkat…operator pun tak ingat weh!!!

Lain kali kalau nak telefon make sure sesaorang tu tahu nama orang yang nak dihubungi, tempat atau bahagian dia bertugas. Paling senang boleh tanya dengan operator sesuatu ofis tu. Atau, kalau dah termasuk ke bahagian lain, boleh tanya dulu semada pegawai yang nak dihubungi memang ada bertugas disitu. Kalau nada suara sentiasa dapat dikawal, tentu tak jadi masalah.

Kenkadang yang membuatkan kita bersifat kurang sopan adalah disebabkan ‘input’ nya pun kurang sopan, macam mana yang ‘output’ nak bersopan?

Setiap hari berbagai panggilan yang kami terima. Tak tahu hujang panggal masalahnya. Bila telefon marah-marah, habis macam mana kita pun tak menyirap darah.

Contoh:

i) Hello! Bercakap dengan Puan Siti?
(Siti mana?...semua orang kenal Siti ke?…lain le Datuk Siti)

ii) Hello! cek saya dah siap ke?...apasal check saya belum clear?
(Cek apa???...ingatnya satu donia ke tahu yang dia akan dapat cek? terangkan dulu...)

iii) Tak pelah…nanti saya akan hubungi PM…(trik lama..macam kita tak tahu, elllehh!!!)
(laaaa…nak hubungi PM lak…ingatnya PM tu ada masa ke nak settle perkara remeh macam tu…)

iv)…….apa ni? bila telefon tak de?...bukan kerja saya?...apa ni??
(ni pun satu hal juga)

Banyak lagi contohnya.

Kami di ofis bukan semua orang buat kerja yang sama, lain unit lain kerjanya…mana boleh kita senang-senang je beri jawapan, kang salah silap sapa nak jawap???...kami orang gomen ni…selain tugas , ada masa kena pergi dengar taklimat, ceramah, bengkel, kursus…ada masa kena berlatih sukan…ada masa nak ke toilet, nak makan, berbincang dengan bos, meeting. Semua ni bukan sesuka hati saja nak pergi…arahan weh!...suka tak suka kena patuh. Rasanya orang kerja Swasta pun samalah...

Tak sangka di satu pagi yang penuh bersemangat, dapat pulak satu panggilan yang boleh mematahkan semangat.

P/s : Kepada Encik yang pepagi lagi memaki Auntie tuh, terima kasih sajalah....semoga anak-anak dia tidak bersikap seperti dia. Semoga Allah lindungi anak-anak Auntie daripada doa jahat seorang manusia yang mungkin malam tadi tak dapat layanan dari isteri seperti yang diharapkan…..

Sekian.
-----------------------------

12 comments:

~adeQ~ said...

siannya AY, pepagi lagi dah kena menjawab panggilan En. bangang tu. Apa dia ingat kakitangan kerajaan ni teruk sgt ke? Ishh..dia tak tau lagi kalau kakitgn kerajaan tu kena buat sume benda kengkadang walaupun luar bidang tugas kan? Tak sume kakitgn kerajaan ni teruk, malas...ada tu memanglah ada, biasalah..lumrah kehidupan. tapi tgk jugak la, kalau org dah cakap elok2 tuh, jgn lah memarah! isyyy..boleh naik darah tinggi tau..banyak2 bersabar jek lah..kan AY.

Anonymous said...

alahai auntie, experience auntie ni terbalik la plak dari experience nonie... just wrote an entry on that... lepas letak tepon rasa pissed off sgt...

Lee said...

Hello Auntie, Ni Uncle Lee dari Canada. Terima kaseh datang blog saya.
My Bahasa suda karat macham kena ayer laut, ha ha. I learned my Bahasa in Form 3 in KL sebelum Tunku Abdul Rahman shout tujuh kali "MERDEKA" (this cherita in one of my earlier postings).
But now slowly like old kereta Morris I'm picking up again from my many Malay friends who visit me.
I enjoyed reading your this post, very slowly and noticed quite a few words never seen before.
I guess saya suda Jurassic re Bahasa modern, ha ha.
Anyway, you have a nice day and terima kaseh sekali lagi datang ke blog saya. UL.

Lee said...

Hello Auntie Ya, Can you tell me where is Putrajaya? Seremban or Shah Alam? I have not seen these places since 1979! Da lama la.
My last trip balek kampong was in 2002, went to S'pore, KL, Ipoh and Penang.
KL has changed so much I just couldn't recognise the places.
My Malay friends took me for makan at Petronas Towers 4th floor I think, as my wife and I love Malay food. I love ayam percik and ikan percik...these from my old days working and doing business projects all over the country. Wa, sedap betul makan the delicious food there. Bila kita balek kampong again, mesti pergi disana makan again.
We were in my friend's car in KL and I asked him, "di mana jalan Ampang"? He laughed so loud, "Lee, kita sekarang on Jalan Ampang la"!
Later I could recognise Hilton and Promet buildings.. BUT, I could not recognise Subang Jaya where I stayed 2 years in 1982.
Ahh, but Ipoh, no problemos, Penang too...BUT KL? Terok, I sure get lost! And to think my young days hantu besar in KL, ha ha.
Best regards, UL.

pB said...

Dia berani lah sebab dia tak nampak muka auntie.
kalau dia berdepan, mesti dia tak berani...
Layu jer ....

AuntieYan said...

adeq:.....memang Auntie naik darah betul pagi semalam, tapi apa nak buatkan dah nasib. :-(
---------------
Nonie: Itu adalah antara penjawat awam yang Auntie maksudkan yang membawa "lumpur dan habis semua yang lain terpalit". Selalunya pegawai atasan akan menjawap macam tu....mungkin dia rasa dia diganggu dengan panggilan yang tiada kaitan dengan dirinya.Auntie kata macam ini sebab pegawai Auntie pernah menjawap telefon macam tu...
----------------
Uncle Lee,

Thanks for coming to my blog.T'm very pleased.No doubt the Bahasa Malaysia now has changed tremenduosly in terms and spelling. I myself use to make mistake...but I could't careless...janji I faham, orang pun faham.
Uncle, you were in form 3 before Tunku shout MERDEKA????...he!...he!..that was longggg time ago...(pppsstt! betul ke ni??...macam tak percayalah! I was about 2 years old then).
My bahasa pun not that good...my Engish even worse. I really admire those who can write good English like you Uncle...
For the past few days, I had been reading your archives, as if I was reading novel!!!and I even cried when I read about the late Irene.
I enjoy reading your romance with Rose...how beautiful!!
---------------

Uncle,

Indeed our country has changed a lot. I am very well versed with KL & Putrajaya but not with Shah Alam & Seremban. I am working with government department in Putrajaya, a very modern new settlement. You must make sure you pay a visit here when you balik kampung nanti.
Please tell us more about yourself and how you choose to settle in Canada.
Thanks. :-)
----------------

pb :..sampai pagi ni masih terdengar-dengar makian orang tu...
sedih betulll! :-(
---------------

Lee said...

Hello Auntie Yan, like we say here in Canada, I am North of 6o...ta'lama lagi enam puluh lima. Infact just applied for my Canada old age pension.
Sini EVERYONE dapat pension. Employment pension lain. But, still admiring beautiful women, ha ha. My isteri more worried if I stop admiring women, that means ta'lama lagi, ha ha.
Oh, you read Irene punya cherita? Actually I had posted 12 postings of her cherita last December, took satu bulan, every few days satu episode. What you read was the last episode.
I had deleted all the episodes as it made my friends cry. But decided to repost again her last chapter.
There's also one about 'Merdeka' period, me with my kampong friends.
Re my being here, came here for holidays, fell in love with this HUGE country, love the snow as well the BIG cars...itu la dia, spent stengah of my life in Malaysia, now balance enjoy the weather here.
Terima kaseh for your compliments re my English, tetapi saya kala to my friends Ruby Ahmad, Loveujordan, D, Rad, Simah and others who are all very eloquent in their English language.
But my Bahasa is slowly improving reading your posts as well the other friends.
Yes, I certainly bila balek kampong will visit the places you mentioned.
Especially Kota Bahru and Trengganu as I really love the people, the beaches and especially the delicious East Coast food (and of course the many memories).
Its a real pleasure chat with you.
You have a nice day, UL.
ps. Auntie yan..which State are you from? Selangor?

AuntieYan said...

Uncle Lee,

Thanks God my bos is away for yet another meeting.I finished all the tasks given...so, I had all the time to read and read all your entries.
Aiyah!..some of it make me laughed...and some make me cried. The Jeremy story was a sad one!
Wah! ruginya I tak dapat baca more episode about Irene... :-(

I'm from Perak & my husband from Pahang. :-) and, already 30 years being KL citizen!

P/s : Uncle, The Bahasa spelling has changed a lot compare to our schooling time. Please note that, no more 'ch' & no more 'sh'

eg. chinta = cinta
chawan = cawan
chantek = cantik

sharat = syarat
sharikat = syarikat

and...remember, no more "ayer" it is spelt as 'air'

Thanks.

Lee said...

Hello Auntie Yan, alamak, the new Bahasa now ada short cut spelling? Then I should say, 'alama'? Ha ha. Just joking.
Ohh, you dari Perak? I used to travel extensively around Perak, from Tanjong Malim to Taiping, to Sitiawan, Pantai Remis, to Lenggong, Grik.
Infact I have been to every corner of Malaysia, stayed at the smallest towns too,(some haunted!) i.e. Grik, Gua Musang, Kuala Krai etc.
I would always stop at Betong where Tunku Abdul Rahman held talks with the then Communist leader Chin Peng. That place got history.
Oh ya, I think I must have travelled the East West Highway more than 40 times both ways in the early 80's.
I would arrive at Grik police checkpoint just before they roll the barb wire across as curfew across the highway then starts at 5.30pm. I will arrive at 5.20pm from Alor Star. The police will tell me, "Incik, lagi sepuluh minute curfew, jangan berenti mana mana sampai Jeli, okay"? They will take down my car number for safety reasons incase I don't sampai Jeli. Kelantan.
Oh ya, one time I had stop for makan at a small kampong town for lunch, then half way across EW Highway, kena perut sakit, so stop the car lari masuk hutan tepi jalan. (Those days I carry lots of emergency stuff in my car, from toilet paper, axe, candles, first aid, bottles of water, etc etc.)
Few minutes later a military convoy stopped beside my car and shouted for me,"HOI! MANA DRIVER ALFA ROMEO"? They thought uncle suda kena ambushed by communists as curfew already start. So me 30 feet dalam hutan shouted back what I was doing, ha ha. They waited for me to finish my business.
The soldiers laughed see me come out carrying small pail and toilet roll and when I told them, "saya makan rojak la..kena perut sakit incik"! Arhaaa ha ha.
Another time it was raining heavily, monsoon time I crossed the EW highway, it was getting dark, curfew already started...I was driving very fast as road empty, satu kali rounding a bend, I saw got no more road!!
ALAMAK! 3/4 of the road had gone down the mountain, landslide!
Wa Anutie Yan...if you have never seen a kereta climb up a hill 60' angle then slide back down on the mud, that was me! Terperajat betul, plus my cigarette (I smoke to keep awake!) had fallen on my carpet burned a hole got smoke come out!
Wa, baik pun appointment naik atas ta'jadi, ha ha.
In KB, the petrol station boy charged me extra Rgt 5, he had never seen a car covered with mud all over, ada lallang growing on my windscreen too, ha ha.
Yes Auntie Yan, I have many memories of Malaysia, some you read in my posts already.
Terima kaseh la auntie spend time read my posts.
You have a nice day, Auntie Yan. UL.

AuntieYan said...

Uncle Lee.

I think you better write all the experienced in your blog so that the youngsters could benefit, all very memorable one.By the way I came from one of the small towns you mentioned>:-)
I used to pass the police checkpoint when I travelled balik kampung from Ipoh. I was studying in Polytechnic Ungku Omar, at that time.Ya, the bus stopped ang the police came checking everyone in the bus including me...they always mistaken me as a Chinese Ah Moi!!!
Uncle, thanks for your long information here. Sorry I've stolen your precious time...

Don't forget, write the experienced in your blog...I'll be one of your ardent reader for sure!!

Have a nice day uncle!

Eddie Putera said...

apsal semalam dah komen tapi tak keluar nih..Saya cakap Haram Jadah, Haiwan Haram Pegang punya manusia yang kurang ajar tuh... Semuga ketiak dia berulat ulat dan berlendir.

AuntieYan said...

Jin : laaaa....siap dah naki hamun balik ...:-)

Tak pe...masih kuat iman...sabo jelah!