Tuesday, June 05, 2007

Nak jumpa dentist.

Sabtu dan Ahad baru ni Auntie tinggal berdua saja dengan Jim. Amir tak balik sebab nak study katanya.Dia mula berexam minggu ni. Cik Din pulak pergi ke Kota Bharu, ikut rombongan ofis dia meraikan perkahwinan staf . Memang rasa sunyi je rumah Auntie.

Dah tinggal berdua, mulalah penyakit malas datang...malas nak memasak. Rasa tak berbaloi pun. Jim cuma makan lauk ayam, Auntie pulak kalau boleh malas nak makan nasi. Tapi kesian pulak kat Jim. So, malas-malas pun Auntie paksakan jugak diri untuk memasak.

Pagi Sabtu tu lepas b/fast je terus Auntie keluarkan ayam dan buat rendang sekaligus sekor...boleh tahan dua tiga hari.Untuk Auntie, Auntie bukak saja sadin setin dan buat sambal...save tenaga untuk memasak dua hari.

Bila Si Hero Tamil tak de di rumah, inilah masanya Auntie boleh buat banyak aktiviti lain...cuci kipas angin, cuci bilik air, bongkar baju-baju yang perlu di jahit butang dan kancing yang dah tercabut. Sesambil tu Auntie dok memantau jugak Si Jim buat latihan menjawab soalan...letih le Auntie dengan anak manja sekor ni...macam pahat dengan penukul...kita leka je, dia buat benda lain....dia lari naik ke bilik petik gitar le, dia bukak komik Ujang le....tak pun dia mengadap cermin menilik jerawat kat muka dia...tak pun, dia boleh lena sambil pegang pensil.....

Letih jugak rasa badan bila banyak benda nak dibereskan, apa lagi dengan keadaan Auntie yang tak berapa fit ni...buat sekejap, berenti sekejap. Tapikan, seronok jugak...banyak keluar peluh...terutama peluh malas!...

Malamnya pulak lepas maghrib Auntie ajar si Jim ngaji. Ajar sebaris, terangkan makna. Auntie guna Quran yang ada makna.Sambil tu dapat jugak diri sendiri mengulang kaji. Jim ni tak habis sekolah Agama. Dia belajar takat darjah empat saja...jadi Quraan nya pun sekerat jalan. Dulu masa Auntie dok kat KL memang hantar dia mengaji dengan Ustazah, dah kat BBB ni ingat nak hantar kat Ustazah dekat rumah ni je, dia malulah pulak...so, tak pe le, Auntie ni boleh le jugak ngaji sesikit...dapat le ajar dia tuh mengulang baca.

-----------------------------

Semalam Auntie cuti begitu jugak Cik Din. Banyak urusan nak disettlekan. Nak ke Bank le, nak Ke Tabung Haji le, Pejabat Pos...dan pergi jugak ke kelinik gigi.
Dah berzaman Auntie tak ke kelinik gigi. Last sekali, kalau tak silapnya, mungkin 6 tahun lalu....
Auntie ni memang tersangatlah phobianya dengan dentist, kalau tak betul-betul terpaksa, memang tak pergilalah....kirim salam sajalah dengan doktor gigi tuh!

Kali ni memang Auntie tersangat terpaksa pergi...sebab..keadaan memaksa...
Sebenarnya gigi yang dah hampir 30 tahun bertampal...dan dah agak setahun tampal tu terkeluar sedikit demi sedikit...dek kerana takut nak jumpa dentist, makin lama makin banyak yang terkeluar atau lekang.....gigi tu pun makin reput seiring dengan usia emas Auntie ni...
...tah macam mana Auntie tengah makan terasa sesuatu...tengok-tengok...gigi tu dah patah. Tunggulnya masih ada...so, nak kena keluarkan. Takut jugak jika dibiarkan lebih teruk pulak jadinya nanti.
Lepas selesai urusan di bank pergi lah pulak menuju kelinik gigi. Nampak macam tak de orang. Yang Auntie tahu kelinik ni kepunyaan dua orang adik beradik, yg. sorang doktor perubatan biasa dan sorang lagi dentist. Auntie jumpalah receptionist di kaunter...rupa-rupanya, punya lah ramai pesakit (gigi) hingga Auntie hanya boleh buat appoinment saja, tu pun hanya pada hari Isnin 11 haribulan!!

Ingatkan kelinik gigi kerajaan saja berappointment bebagai, kelinik swasta pun gitu jugak.
Kalau dah begitu ramai patients doktor gigi ni, gayanya kelinik dia mendapat sambutan...dan insyaallah service dia bagus, dan yang pentingnya tak sakit!

Hemmm...minggu depan lah pulak baru nak berkisah jumpa doktor gigi sekali lagi...

9 comments:

Anonymous said...

saya plak, suka sgt kalo bleh jumpa dentist..kalo buleh, nak polish balik gigi2 hat dok ada nih..berkarat dah rasanya...

~adeQ~ said...

hehehe...sama macam kak oren. tapi memang lah tak berkesempatan, lagi pulak nak tunggu q kat sepital tuh. wah...11 hb tu besday saya, ingat nak celebrate mkn2 ngan AY, tapi kene gi bengkel kat shah alam pulak 3 hari...takpe, balik tuh kite dating yek...

pB said...

Adik ipar pB dentist. pB pun dentist gak ... dentist untuk anak anak jer terutama untuk gigi gigi yang dah longgar tu ...

Tukang cabut ....
Rasanya dah lima batang gigi anak pB , pB cabut ....

Tak jadi dentist betul, pun tak per lah kan ....

Btw, profesen doktor gigi ni memang menjanjikan pulangan wang yang banyak ... tapi doktor swasta lah ....
Kalau doktor kerajaan macam adik ipar , biasa biasa aja ....

Sorri..terpanjanglah pulak

AuntieYan said...

Oren:...AY memang phobia sangat dengan dentist, dah terpaksa kena lah jugak serah diri..
-------------

Adeq :...kawan AY kata kelinik gomen(gigi) Putrajayan pun OK..dokternya bagus...tapiii...AY tak beranilah..
Dua tiga hari ni Ay dok melayari internet berkenaan dengan dentistry...interesting jugak...dan Ay jumpa satu blog yang ditulis oleh seorang dentist
(http://www.ismile.com.my), macam bagus je...sure bayaran dia mahal.Tu yang tak sanggup tu..!
----------------

pb:...ingatkan ia, ia lah pb ni dentist!!!...:-)
Betul pb, AY dok tengok harga dia...amboi! mak...sekali rawata ada sampai RM700 - RM 800...memang boleh buat duit!.
----------------

Mama Rock said...

auntieyan, dulu mama ni berangan nak jadi dentist. dapat offer gi obersi langsung lupa! kalau tak sekarang ni boleh buat practice sendiri...waiting list dah seminggu ni - fulusmania!

Eddie Putera said...

Andehhhh... Pbbbbb, bawak mai playar tu. Cuci sikit ngan dettol. Andeh pegang kak yan, Pb pegang kaki orang tua ni.. Saya nak cabut gigi tuh. Senang tak yah apoinmnet poiment... REady ?? 1 2 3 cabutttttttttttttt.... Mama Rock siapkan kapas. Oren ngan Adeq tepuk tangan reramai...

Anonymous said...

Tersedak haku tengah makan tosei nih. Oh, dah habis cabut dah ?

Kak Yan - saya ada jumpa sorang dentist yang very good kat KL ni- so much so the appointment tu kena months in advance. Kalau walk in pun by 8.30 dah berbelas2 org tunggu. Injection pun tak rasa, so much so anak-anak saya dok nganga ajer pergi jumpa. (Mak dia masa kecik-kecik lari jumpa dentist - nak lintas klinik gigi pun trauma).

Rega yang 700-800 ratus tu kalau nak pasang crown or bridge kot - cabut biasa cuma 30-40 hingget aje.


Normally boleh klinik swasta ni boleh byr ansur-ansur kalau dlm rawatan (yg panjang - mcm otodontik)- tak pun charge je kat credit card tu.

Bergen said...

Hello, Auntie Yan.

AuntieYan said...

Mamarock:..kalau Mama jadi dentist kan senang???..AY terus je gi jumpa!..ramai bloggers akan ke kelinik Mama tuh...tentu bisnis pun kencang!
--------------
Adikku Jin:....Kah!..kah!...kah!...ni bukannya nak menolong...nak kasi mati lagi ada!!!..siap ada orang tepuk tangan lagi!!!...:-)

p/s: kalau dia jadi dentist macam ni...tak sampai seminggu bisnis tutup!!!

------------------
Mak Andeh:...harap-harap, dentist yang K.Yan nak jumpa ni oklah..melihatkan buku appointmentnya yang dah penuh tu, menunjukkan ramainya patients dia...insyaalah good kelinik + good dokter...

Ya...yang rega RM 700/800 ratus tu memang nak buat crowing...tapi kat kelinik tu, dia kata crowing dalam RM 4oo...ok lah kot kan???

ppssttt...boleh bayar ansur-ansur yang nak dengo sangat tuh!...;-)
------------------

Bergen:...Hai salam....AY macam biasa je....ni dok phobia nak jumpa dentist hari Isnin nih...
-----------------
---------------