Selain daripada tabiat 'membuang sesuka hati' tu, lagi satu tabiatnya kucing-kucing ni suka benor panjat ke atas boot kereta...bila bangun pagi, boleh nampak jejak-jejak tapak kaki dia tu....itu memang menjadi kemarahan Cik Din...tiap pagi dia asyik ngomel pasal tapak kaki kucing!


Memang comel....
Satu ketika dulu Auntie pun ada juga membela kucing. Kalau ada sesapa yang dah lama mengikuti blog Auntie, memang ada Auntie ceritakan kisah kucing-kucing yang menjadi kesayangan anak-anak Auntie.(dalam blog lama) .
Kebetulan, jiran Auntie pun ada membela kucing. Anak-anak dia sayangkan kucing. Tapi, peliknya dia orang tak benarkan kucing masuk rumah. Pintu rumah dia orang sentisa bertutup rapat. Rumah Auntie pulak pintu rumah sentiasa dibuka. Rimas rasanya kalau asyik bertutup je. Makanya kucing dia merayau-rayau ke sana sini dan ada masanya tersesat masuk ke rumah Auntie...kalau takat termasuk tak pe lagilah...ada masa dia 'melepas' sekali!....aduiiiii!....marah pun tak guna, binatang apa tahunya. Nak cakap kat tuan dia pun rasa serba salah jugak, takut bermasam muka dek kerana kucing...tambahan pula jiran Auntie ni, memang baik orangnya.
Kami banyak bersabar dengan kerenah kucing-kucing jiran ni. Tiap pagi Cik Din membebel pasal tapak kaki kucing sambil mengelap dengan kain. Bila buka gate saja sudah berbau 'aroma taik kucing' yang berlonggok betul-betul depan entrance tu....Cik Din jugak kena buang...tak dibuang nanti terlanggar pulak dengan tayar kereta..baunya nanti boleh membawa ke dalam rumah. Yang jiran Auntie tu pulak, dia orang boleh buat sadin je kucing-kucing dok membuang depan gate tu...
Dua minggu lepas, satu petang, dapatlah Auntie bersua muka dengan jiran tu, gebang-gebang tepi pagar....dia bagitahu ibu kucing dia telah dilanggar oleh suami dia dengan tak sengaja....tinggal lah anak-anak dia 3 ekor tanpa ibu...patut le anak-anak kucing tu berkeliaran.
Yang pelik tu suka benor anak kucing tu bertandang ke rumah Auntie...Cik Din kata dia rasa macam nak tangkap dan buang saja kat mana-mana. Auntie banyak sabarkan dia. Kita memang patut jaga hati jiran.
Rupa-rupanya, bukan kami saja mengalami nasib begini, kawan Jim pun sama. Dia bagitahu Auntie, kawannya dengan ayahnya mengambil tindakan menangkap dan membuang kucing jiran mereka....mana tahan kata kawannya satu pagi dia bersiap nak ke sekolah, tengok-tengok, selonggok taik kucing dalam kasut dia!!!...Di hari yang lain pulak bapanya terpijak taik kucing yang berlonggok depan pintu...mana tak naik angin!.......ha!..ha!...harap-harap kami tak mengalami peristewa begini.
Oleh itu, kalau sesapa nak bela kucing ke anjing ke, belalah betul-betul jangan sampai menyusahkan jiran-jiran.
12 comments:
kak..suruh cik din hendap memalam..stabdby lastik satu..bila nampak kucing nak melepas jer, kasi lastik bontot.. sure lepas ni dia tak berani melepas kat umah kak yan dah.
Adikku Jin :...he!..he!..ingat tu memang nak lastik le..tapikan, memandangkan jiran sebelah rumah je risau jugak...tapi anak Akak dok tuju jugak dengan batu kalau kucing masuk kawasan rumah kami...:-)
umah parents nonie kat dengkil tu bukan saja "stray cats" yg memang abah selalu berulang buang kat pasar... ayam la, beruk la, biawak la, tikus la... huhu sumernya stray.. & semuanya bukan jiran punya.. yerla umah kg, tepi hutan kelapa sawit lak tu... kdg2 rasa cam zoo pun ada, tu yg afifah suka balik kg tgk macam2 binatang hehe...
Actually kucing boleh di-train untuk melepas di tempat2 tertentu. Itu tanggungjawab tuan punya kucing tu la kan.
Apa-apa pun kucing memang comel dan manja.. hehehe.. I love the Cat species - right from the cute cats until the tigers, lions etc.. ;)
Nonie:...isyy...macam-macam binatang ada noo..kalau tidak menyusahkan tak pe lah...ada binatang boleh buat kawan, banyak jenisnya yang mendatangkan bahaya pulak.
--------------
Audra:...t.kasih sudi datang, Auntie selalu gak merayau ke blog Aundra tu, cuma tak tinggalkan komen.
Betul tu Audra, masa Auntie ada kucing dulu, memang kami trained dia melepas dalam toilet...senang sungguh dan tak menyusahkan, cuma susah sikit nak mula ajar tu...dah dia faham, senang kita.
----------------------
Kak yan...lady ni memang pantang dengan taik kucing ni...bau dia yang tak tahan tu...biar pun sedikit tapi bau dia semerbak...
Kat umah lady pun ade kucing mendatang...tapi 1-2 ekor je...yang menyakitkan hati bukan beraknya...tapi dia suka terbalikkan tong sampah....asalkan bangun pagi je...mesti mulut ni membebel marahkan kucing tu...ermmm...gerammm...tapi sabo aje lah....
Salam Auntie Yan, I drop by to say hello. It's been a long time since I've been here. Salam sejahtera, ma'am. You have a nice day now, y'hear?
Kat umah tu ada gak sekor dua yang sesat ..
tapi setakat ni , alhamdulillah sebab tak masuk umah lagi..
anjing tak der tuan , ada banyak.
risau gak, takut datang meleseh kat anak anak masa mereka main kat luar umah ...
Lady, memang, taik kucing ni bau dia, mak oii! pening kita dibuatnya. Kencing dia pun sama jugak..bab menyelongkar tong sampah pun satu hal le jugak. Lady, Kak Yan ni, senyap-senyap, kalau ada makanan lebih K.Yan sedekahkan kat kucing-kucing yang berkeliaran tu...kesian jugak!...
---------------------
En.Bergen:Thanks for dropping by...
Alhamdulillah I'm fine.:-)
----------------------
pb: Jaga sikit dengan anjing-anjing ni bahaya. Kucing kira ok lagi.
-------------------------
Kami pun ada bela kucing, tak kasi masuk rumah gak. Sebabnya mula2 dulu 2 kali dia membuang kat tilam anak dara. Sejak tu kena duk luar. Saya geli kat kucing, suka menggeleser kat kaki. Kucing tu anak yg mintak, sikit punye janji nak take care. Last2 mama jugak kena ambil alih duty. Alahai....
my dad suka betol kutip kucing2 terbiar bawak balik rumah. dulu2 derang bebas berkeliaran dalam umah tp sal kurang berdisplin, kencing merata last2 my dad wat sebijik zoo kucing. tp sian, skg xde orang jaga since my sis dh fly. mom plak bz ngan tanaman2 dia. my dad lagi la.. tau kutip je. xtau apa jadi kt kucen2 tu skg.
mamamia:..memang! anak-anak, dia orang suka kucing untuk buat main, tapi bila dah berak atau kencing, kitaaaa pulak jadi tukang cucinya!
-----------------
sitilina:Thanks for coming.
Kalau nak diikutkan kesian, memang kesian bila tengok kucing tak bertuan ni...merayau sana-sini geledah itu ini untuk dapat makanan. Nak menjaganya bukan mudah, hanya yang betul-betul minat saja yang boleh komitted.
Post a Comment