Sabtu dan Ahad lalu macam biasa Auntie kat rumah saja. Menghambakan diri kepada urusan rumahtangga. Jim ke sekolah sebab ada kelas tambahan. En. Amir ada balik, tapi dah minta nak ke Cochrane nak jumpa kenkawan lamanya, Auntie ok saja. Patut le dia bangun awal, ada planning rupanya.
Cik Din tak pergi exercise pagi tu, katanya kaki dia tak sihat…actually kaki dia terseliuh sikit, dah lama dah, so dia nak pergi buat urut reflexsologi.
Kami tinggal berdua kat rumah. Kain siap dimesin dan dah pun di ampaian. Auntie memang lama tak berexcercise sejak sakit lutut…macam dah lama tak keluar peluh, so, Auntie cuba potong rumput (guna gunting besar) kat lama yang sekangkang kera tu.Buat sambil duduk atas stool kecik. Best juga, berpeluh jugak..Cik Din cuma kawankan Auntie sambil sembang-sembang kosong.
Adalah sejam lebih kurang dok membega laman tuh. Matahari dah mula naik Auntie pun masuk rumah…tak tahan panas.
Bila sibuk mengemas laman, nak masak dah tak sempat le pulak. Auntie beli saja lauk pauk dari restoren dekat rumah. Nasi masak lah. Jim balik dari sekolah kami pun makan. Hari dah mula redup "Jimmmm, angkat kain di jemurannnn " Boleh diharap jugak anak bujang Auntie tuh. Memang hujan lepas tu, membawa ke malam. Esoknya hari Ahad, seharian mendung…
Dah lama Auntie tak gosok baju-baju Cik Din dan uniform Jim…sebabnya tugas menggosak Auntie subkan pada Cik Din. Auntie gosok baju sendiri je. Hari tu rasa macam nak menggosok baju le pulak, habis le segala baju-baju Cik Din Auntie gosok…banyak jugak rupanya baju Pakcik tuh…
Auntie ada dua pasang baju yang baru yang siap dijahit…he..he…lama sungguh tukang jahit tu ambil masa. Bayangkan, baju tu konon-kononnya Auntie tempah untuk pergi makan kenduri sorang blogger kat Senawang pada bulan March lagi…hempeh!...baru saja siapnya…rasanya idak le Auntie nak tempah kat tailor tu lagi ..:-( letih menunggu!!!
Errr..Auntie pun menggosok le baju tu, kenkonon nak pakai pergi kenduri anak seorang blogger yang akan berkahwin weekend ni.
Hari Isnin sorang blogger tepon Auntie …”pergi tak kenduri tu?”…dia tanya.
“eh…kenduri hujung minggu ni laaa…”….kata Auntie, "Laaa…KY!!!..kendurinya dah selesai laa….”
“haaaaaaaaaaaaa!!!! Bukan hujung minggu ni ke?”…adui!!!! rupanya, kenduri dah terlepas!!!...frustnyaaaaaaa.uwaaaaaaaaaaaaaa!!
“ya, ampunnn Wynnn…KY terlupa tarikh!! “ Begitulah bila usia sudah menjelang senja…
4 comments:
salam bertemu kembali kak yan,
banyak yang saya terlepas, ini dah habis baca semua dari lutut ke gigi hehehe.
Saya ada buat dedikasi lagu utk kak yan dan "hero tamil" dalam blog saya. Nak buat dedikasi kat blog kak yan tak boleh, jadi saya buatlah kat blog saya tapi bukan nak naikkan stats tau. Dedikasi ini hanya utk kak yan saja...kaw-kaw punya.
Reraaaaaaaaa!!!!!
Salam kembali. Jangan putus lagi hubungan kita ini hendaknya..biar pun hanya di alam cyber
memang banyak kita dah ketinggalan, lela pun dah ada nama baru :-)..memula tu terpikir jugak, sapa pulak Jahrera ni...
He!...he!...berbanyak terima kasih atas didikasi lagu itu...Kak Yan tak pandai le nak berpantun bersajak bebagai...
Susahhh susahhhh je ah!! :-)
adeiii..tergelak besar Jin baca komen jhaera.bab dari lutut ker gigi tuh..Adeii..
sorry kak, betul tak der niat nak gelak tapi hehe..tergelak.
Pastu gelak kat kakak aku yg tak berapa muder nih..boleh lupa tarikh..nasib baik tak sempat pergi minggu depan tu, kalau tidak depa jamu teh kosong ngan karipap jer...hahahahaha
Ampun kak..terlebih gelak.
Jin, tak pe...gelak le..Akak pun gelak sakan jugak...dah tak berapa nak muda ni kena gelak bebanyak...ru rah sia awet muda!!...;-)
Jin, kenduri tu depa buat kat dewan...kalau Akak pergi minggi ni, surenya sunyi sepi!...tak pun gi bantai makan kenderi orang lain le jawapnya...:-)
--------------------
Post a Comment