Monday, July 16, 2007

Oh..Lututku!


Pagi tadi Auntie bangun lewat dari biasa, sebabnya Auntie nak ke kelinik dahulu sebelum ke ofis.Kebetulan Cik Din juga ada appoinment dengan doktor.

Kebelakangan ini pulak, sakit lutut Auntie dah rasa macam agak parah juga. Dah hampir dua tahun Auntie tak buat rawatan atau berjumpa doktor. Auntie hanya bertahan dengan makan ubat saja. Agaknya dah berguni ubat yang Auntie telan. Kesannya tak seberapa, makin lama makin parah pulak sakitnya.

Macam-macam makanan kesihatan yang syorkan Auntie cuba, haram satu pun tak menunjukkan kesan yang positif, sakit Auntie macam tu jugak.

Setelah berbincang dengan Cik Din, Auntie mengambil keputusan untuk buat rawatan semula. Langkah pertamanya kenalah pergi ke kelinik kesihatan dulu jumpa doktor dan dapatkan surat rujukkan untuk jumpa pakar Orthopedik.

So, pagi tadi, selesailah sessi jumpa doktor kat kelinik. Dia dah bagi surat untuk Auntie bawak jumpa Pakar Orthopedik di Hospital Putrajaya. Sebelum tu, Auntie jugak buat X-Ray, memang, kalau di lihatkan gambar X-Ray tu, lutut Auntie dah macam kondem dah....terutamanya lutut kanan. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni lah rupanya.


Dah sampai Hospital PUJ, Auntie dapatlah tarikh temujanjinya....lambat lagi bulan Oktober nanti.
Tak pe lah...harap umur panjang insyaallah, dapat le Auntie tentukan apa yang patut dibuat nanti.
Eeee...tak dapat le nak bayangkan kalau doktor kata kena buat pembedahan. Isyyyy....... :-(

10 comments:

pB said...

Salam Anti ...

Kena pergi hospital PutraJaya jer ker??

HUKM tak boleh..??

Lambat lagi tu temujanji ....

Anonymous said...

Lambatnya Oktober baru dapat jumpa specialist? Iskkk... AY pegi ler kat hospital lain plak.. HUKM ke.. PPUM ke. Kena pegi check cepat tu. Nanti melarat pulak.

Eddie Putera said...

Cian akak aku nih..tu lah 2005 dulu suruh operate dia tak nak..tak per, kali ni mesti operate. jgn dok tangguh tangguh lagi..dengar orang cakap ni..degnar tau !!

AuntieYan said...

pb:...Hospital PUJ tu dekat sikit dengan rumah dan dekat jugak dengan ofis senang nak berurusan.
Lambat pun kena tunggu gaklah...errr sementara tu jampi-jampi ke dulu...:-)
-------------

Audra: Gitu le spital gomen...nak gi swasta tak mampu weh...cost pembedahan tu katanya dalam RM25,000/- (kalau dengan spital gomen ni, gomen tanggung le..) Isyyy, AY pun tak tahu le lagi kena bedah ke tidak, mungkin ada option lain.
--------------

Adikku jin: harapnya tak payah le nak bedah-bedah ni...seriau Akak...takut gak kang elok-elok boleh jalan, tempang pulak....hilang le "kevoguekan" ku
....:-)

-------------
------------

aNIe said...

kakyan...rasanya lutut tu kene bedah tu...sementara masih usia 'muda' ni pi lah buat pembedahan...jgn nanti jadi macam MIL lady...doktor pun tak berani nak bedah lagik sebab ada darah tinggi, ade jantung...takut nanti lain problem yang dtang...so dia sekarang tak boleh nak buat aper...kadang2 kene bertongkat jugak bila sakitnya datang.

Memang lah seram dan ngilu bila dipikir2 kan apa yang dia akan buat pada lutut kita tu...tapi nak baik kenelah buat jugak...kakyan jgn tengok rancangan Medik TV tu...nanti bertambah2 takut...heheheh

Anonymous said...

Kak Yan :


Gi lah operate (kalau doktor kata itu jalan terbaik) - sian lak saya dok ajak Kak Yan jalan sana sini.


Operate tu sakit kejap jer, tapi insya allah lepas pasang lutut bionik tu, boleh melenting-lenting jalan.



p/s angkawasan hensem tu doktor orthopedik kat HUKM kan? Nak tunggu dia turun dari bulan dulu pun boleh gak, suruh dia operate. Nanti boleh saya visit sambil main-main mata :-)

AuntieYan said...

Kak Lady..kalau dengar pendapat kenkawan ni berbagai, ada negatif ada positif..alhamdulillah kenkawan Cyber ni semuanya memberi pandangan yang baik-baik belaka...Lady, Kak Yan dah tak takut bila tengok pembedahan lutut kat Medik TV tu......rasanya macam bersemangat pulak!...( ye ke ni??)
Tak pe, kita tunggu apa kata pakar nanti.
---------------

Mak Andeh...he!..he!...macam sonyap je???...sibuk gamaknya. :-)

Ye le. kebelakanagn, rasanya kena 'slow down' sikit aktiviti berjalan ni....sakit weh!...berketup-keletap bila berjalan......tapi semanagt nak 'beronggeng' tu yang membuat masih boleh ke sana sini...

Dr. Angkasawan tuh???...adui!...gamaknya kalau dialah yang nak buat pembedahan tu...."I rela you! anytime, anyday!".....( sabo je le makcik nih!).....jangan mareeeee....!!!!!

:-) :-) :-)

Eddie Putera said...

gedik betullah orang tua nih...ish.. mamat tuh tak gemor pompuan ler kak oi..

AuntieYan said...

Jin...belum coba belum tau daaa!...kang dia tengok lutut gebu terus dia pengsan! ;-)
------------------

Anonymous said...

heheh klako la auntie ni, bukan main lagi yea nak Dr. hensem la plak... yerla biasanya kalau operate lutut ni dia local bius jer kan.. boleh la sambil2 tu cuci mata yea...

tapi nonie pun ingat bedah jerla auntie, MIL nonie pun baru jer bedah last month dedua belah dia dah bedah.. ok dah, takde sakit2 lagi... i'Allah, kalau operate takde apa la... rasanya peratusan utk jadi baik tu lagi tinggi...