Dah hari-hari dok nampak durian tu, terasa-rasa le sangat nak makan bubur durian/serawa durian, yang sedapnya makan dengan pulut...yang amat senangnya makan cicah dengan roti je.



Macam orang ngandung mengidam lagaknya, Auntie...dok le terkenang-kenang nak makan serawa durian tuh. Dah cadang le nak beli durian nanti. Tup-tup, hari Isnin lalu, ofis mate Auntie telah membawa satu tupperware besar serawa durian dan dua bantal jumbo size roti Gardenia!!! hah!!! pucuk dicita ulam mendatang!!!...senyum le Auntie sampai telinga!! pulak tu tak ramai orang kat ofis, kebetulan bos-bos ada meeting (& eating) kat Tasik Merah, ramai yg. berkerusus...tinggal lah beberapa kerat manusia saja...apalagi yang tinggal ni rejeki terpijak le...kami balun bersungguh-sungguh...(ppssttt...Auntie langgar pantang...lantak le...)
Yang membuatkan Auntie bertangguh nak beli durian ni bukan apa sangat...kenangkan Auntie punya Hero tu suka sangat durian, tapi dia tak boleh makan durian sangat...sesikit bole kata doktor...tapi kalau dah ada depan mata mana boleh control kan??...kang BP naik mencanak macam dulu...ha, panik lak Auntie. Anak-anak Auntie pulak, depa macam tak kisah sangat pasal durian.
Buah durian ni selain kita makan mentah macam tu saja, macam-macam kita boleh buat. Boleh buat cucur durian, bubur kacang taruh durian, dodol durian, kek durian , ice-cream durian, lempuk......satu lagi ...tempoyak. Tempoyak ni femes bagi orang NS, Perak dan Pahang. Orang negeri lain rasanya depa kureng le sikit tempoyak ni.
Kawan Auntie orang Johor, masa kami duduk serumah (jaman anak dara) ...marah beno dia kalau kami balik dari kampung dan bawak tempoyak...dia tak tahan baunya...memang le baunya...eeeeee........!pening sampai otak!....sekali, bila dia kawin, dapat somi orang Pahang...terkeju Auntie, dia boleh jadi tersangat suka pulak dengan tempoyak ni...he!!....he!!! dulu dia tak cuba rasa...dia kata "nyesal aku tak makan tempoyak dulu" kami kata " nasib baik jugak...kalau tidak kami tak cukup tempoyak pulak!"....
"Oh! kome' musim doyan udah tibe..."
12 comments:
aiseh..teringinnya la nak makan serawa durian...ada lagi ka??
Harga durian di Sabah mahal Ikg = RM 5.00 - RM 8.00. sekarang belum musimnya lagi.teringin sangatlah nak makan durian :)
Ahh...durian...taste like HEAVEN, smells like HELL.
Saya pun tak berapa sangat dengan durian ni. Takat jamah seulas dua aje. Anak-anak langsung tak suka. Tapi rambutan, saya boleh ngadap 3 kilo sekali gus.. :-)
Ko ni andeh..tak habis habis ngan mot tan ko.. Eh .. ni blog kak yan ek ? hehe...sorry masuk tak bagi salam..Salam tangan akak ah.
Haha.. now my appetite and tastebud terkena angin lintang pukang, so kalau makan durian tu, cepat kembung perut. 2 minggu lepas ada la buat tempoyak sikit, balance dari durian yang tak habis makan tu, so hubby dah bagi hint suruh buat sambal tumis tempoyak. :)
aaahhh auntieyan, i've been eyeing the durian tapi tak beli- beli lagi. teringat pulak yang bujang sorang kat asrama...so tak tertelan. nak kena tunggu cuti sekolah lah pulak :)
Perrgghhh... Kalau bab derian nih.. maklijah memang tak leh nak control... Tolonglah... tolong... cemana nak stop nih...
Lepas derian, pekena mot tan kunin plak! Jangan jeles mak andeh, adiejin!
Oren, serawa durian memang sedap!..eleh, balik rumah mak kat tanjung tu, pakat masak le..tentu best punya..:-)
----------------
Kate: ..mahal pun tak pe kalau dapat durian baeeek punya..isi bak "kucing tido" lagi pun bukan selalu kita nak beli durian kan?
----------------
Mak Andeh, semalam masa lunch ofismate ajak gi rumah dia ada makan-makan...rupanya durian pun ada jugak...KY makan 3 ulas je...ayooo...bila malam rasa semacam je perut...perut dah 'season'lah katakan!!! (perut tua)....:-)
Mok tan tak le makan banyak le...batuk nanti. KY pun hantu moktan juga.:-)
----------------
Jid...nanti kita suruh Mak Andeh beli je kebun moktan..biar dia berkelah moktan je bila musim buah.
----------------
Audra: Kan Auntie dah cakap tadi, Auntie pun sejak tua ni...bila makan banyak sikit, perut dah tak selesa, apa lagi kalau masuk durian...argggg...bila sendawa pun rasa durian :-)
Psst..tempoyak memang le sedap, kalau Auntie, campur dengan sambal dan cicah ulam...adui!!! takut tak sedar je mak mentua datang..sedap punya pasal!!!!
--------------------
Mama:...beli jelah dulu durian tuh...kesian pulak anak-anak yg. ada kat rumah terpaksa tunggu cuti sekolah....nanti cuti beli lagi...
Auntie dulu pun gitu juga, tapi bila dipikirkan not fair le pulak untuk yg. ada kat rumah.
------------------
Maklijah, memang, bagi yg. minat sangat dengan durian ni, banyak mana pun boleh balun...mak Auntie kata, lepas makan durin, taruh aur kat kulit dia dan minum air tuh...konon sepaya tak le rasa 'meruap' perut tuh.Petua katanya.
------------------
Salam Auntie ...
semalam jer baru makan serawa durian. Cicah roti n pulut kukus.
Kerani kat pejabat ni yang buat.
pB kalau kat umah biasanya makan dengan santan mentah, pulut dan gula.
Tahun ni , alhamdulillah durian memang menjadi jadi. Punyalah banyak.
salam kak yan
Zar balik tepen tu hari, bersepah deroyan. RM10 boleh dapat 8 biji gred A punya. Tapi zar kelip kelip mata ajelah, tengah pantang. Tapi baru ni mertua kirim tempoyak baru.. aduhai.. macam kak yan jugak.. zar langgar pantang.. tapi pueh hati. Serawa deroyan ngan pulut ada 2 bekas dalam esbok, tak berani makan, tengok aje.
pb...rejeki tuh! teringat nak makan dah ada orang bawak, kita tinggal ngap je....:-)
Ni, AY pun tak semena-mena ada kawan lama datang dari Taiping bawak mai durian untuk AY...:-)
Alhamdulillah....kalau rajin nanti AY nak buat serawa le...makan m,entah tak boleh banyak...naik semacam perot ni....
-----------------------
Salmmmmm...Zarrrrr, lama tak nampak kelibat kat coment box K.Yan ni...masih ingat rupanya...
Baru dapoat durian dari kawan lama mai dari Taiping...Kak Yan tak berani nak makan banyak dah...kang pengsan tak pasal sajalah!!!
------------------
Post a Comment