Thursday, July 19, 2007

"See the leg laa..."

Malam tadi, macam biasalah lepas makan Auntie dok teman Jim buat ulangkaji. Budak bertuah ni, kalau kita tak teman, susah dia nak fokus.

Masa berlalu begitu pantas. Minggu depan Jim dah nak mula trial exam PMRnya...entah le anak sekor ni...Auntie tak menaruh harapan sangat. Kalau dia lulus semua mata pelajarannya pun dah berjutaan syukur pada Allah.

Dengan baki masa yang ada ni Auntie tidak le nak biar berlalu begitu saja Auntie tetap berusaha agar dia seboleh mungkin mengulang kaji. Takkan lah satu pun tak masuk dalam pala dia.

Auntie ni walau pun tak pijak kaki masuk kelas kat universiti, takat pelajaran form 3 tu boleh le gagah pi lagi. Tapi, kenalah baca dulu...dan pelan pelan ajar. Jim memang suka kalau Auntie ajar. Senang faham katanya.

Malam tadi Auntie ajar dia maths. Jarang benar dia nak tanya pasal maths. Selalunya dia akan bertanya cikgunya kat sekolah. Tak percaya dia yang mak dia ni (walau pun dok kutip kueh lepas meeting) boleh gak selesaikan beberapa equation yang mudah-mudah tu. Ada dua soalan yang dia tak faham so, Auntie tolong solvedkan....berseri-seri muka dia bila dia checked jawapannya betul. "Wah! cayalah mak!!! macam mana mak boleh buat?" "...La...ingat cikgu saja ke yang tahu?..mak pun sekolah jugak tau" kata Auntie kat dia. :-)

Tulah bebudak ni, depa ingat cikgu depa saja pandai.

En. Amir pun gitu juga. Kalau ada apa-apa masalah belajo ni, takmo dia tanya dengan kita, sibuk dok phone kenkawan yang 2x5 dengan dia jugak. Satu kali tu Auntie terdengar dia dok tanya kenkawan dia pasal "Slump Test", kawannya pun tak tahu...so, Auntie pun bagitahu dia apa itu"Slump Test"...he!...he! telopong dia. "lain kali tanya mak dulu, baru tanya orang lain..." kata Auntie. "alah, ingat mak tak tahu"....katanya. Oi!..see you mama's leg laaa...! (don't see my knee aaaa, already condem!)

Ada masa tu kita ni kena tunjuk terror gak dengan anak-anak ni, baru depa respect...he!..he!

12 comments:

pB said...

Abe Djin...

pB sapa dulu umoh anty yan ..


Yang kat umah tu pun macam nie gak.
Ingat cikgu dia jer yang pandai ..
Kdg kdg langsung tak nak dengar pendapat mama ini..

asyik asyik cikgu
asyik asyik cikgu cakap macam tu ...

Queen Of The House said...

Auntie Yan .... betul tu, kena see the leg! Anak2 I especially yang the 2 youngest percaya Mama ada mata kat belakang kepala (sebab Mama selalu tahu apa diorang buat kat belakang Mama, hehehe)dan Mama lebih terror dari cikgu2 depa .... kena terapkan ni supaya depa respect dan bangga dengan kita :-)

Sya said...

Kak Yan... (tepuk tepuk tepuk) see the leg arrr... (walaupun lutut sakit) he he he mintak ampun kak yan.

Anyway bebudak ni kekadang ingat mak dia cikai sangat..

eh kak yang tukang kutip kuih sya ni tukang beli kuih..

Peace said...

Hi Auntie Yan, I come here from LaoZhaoBo blog. Saw your comment and thought want to know you. But looks like there is communication break down here. I cannot read malay. I think that should be malay since your are from Malaysia. Anyway, nice to meet you, auntie yan. : )

Anonymous said...

Saya tengok anak2 buah tu selalu jugak bertekak ngan my siblings kononnya cikgu dia la yang betul yang pandai. Diorang ni lupa, parents diorang tu kalau ada peluang, jadik lecturer pun boleh! ehehehehee..

Anonymous said...

huhhu..anak saya plak, ingat mak dia nih tau segala menda..maybe dia tak pi skolah yang formal lagi, so, semua jawapan nak depend kat saya..kadang, kalo tgk tv, bleh plak tanya napa gitu, napa gini, padahal saya pun tak tengok tv masa tu...

tapi, baguih gak AY buat gitu..baru depa mau 'see the mama's leg'...

AuntieYan said...

pb : Anak-anak memang teruja dengan cikgu depa.Eloklah tukan...tapi yg. frust tu, macam tak percaya yang kita juga tahu apa yg dia orang belajar.Mungkin kita jarang tunik skill kita...:-)

------------------

Queen:He...kelakar anak Queen percaya Mama ada mata kat belakang. Memang dia orang macam heran kalau segala 'tricks' depa kita boleh baca...:-) sesekali kita tunjuk skill...ha, terlopong!!
-----------------
Sya :...looo..Sya jugak jadi tukang beli kueh???...:-(
Kak Yan, ada masa tu kena tolong order kueh...siap le, aku order cukup-cukup je....:-)
-----------------

Peace: Its sad thing that you can't understand B.Malaysia.Anyway thanks for visiting my blog.
-----------------

Audra: AY dulu memang minat nak jadi cikgu...tapi tak kesampaian sebab masa ofer cikgu datang, AY dah pun masuk belajar kat temapt lain, sayang pulak nak tinggal.
Kalau tidak harus dah jadi cikgu yg, didikasi dan disyangi murid!...:-)

AuntieYan said...

Oren : Ha...Mira tu belum ke sekolah lagi...so, yg dia tengok hari-hari mak dia saja...so, mak dia jadi tempat merungkaikan sekala kemusykilannya...tunggu le dia masuk sekalah nanti, kalau langit tu cikgu dia kata warna merah pun dia akan percaya...:-)
-------------------------

Anonymous said...

Kak Yan :

Anak-anak saya pulak terbalik. Diorang have more confidence in me - mana tak nya, kalau depa tanya sepatah, I jawap dengan panjang lebar, siap bukak dictionary,Google, encyclopedia bagai...


Sampai satu ketika dulu Abang and Kakak suruh I jadi cikgu kat sekolah dia - hehehe...dia kata I boleh explain tak marah-marah. Cikgu depa bengkeng, so diorg takut nak tanya banyak2.


Kalau saya jadi cikgu - cuma boleh jadi cikgu PE ajer ler....suruh budak lari keliling padang.

Jo Kontan said...

Kak Yan,

Slump test tu amender..

Mender2 ngajor-ngajor cam nii Jo outsource ker Maam ajer.

Jo ajar diorang naik basikal ker or Swimming ker.

Jo looks at the Bigger Pictures (yelah tuuu)

AuntieYan said...

Mak Andeh,bagus tu, you should be proud of yourself!!!Bole bukak kelas tuition kalau lagu tuh!!!
Cikgu PE...he!..he!..anak-anak lari keliling padang, cikgunys terlena bawah pokok!!!!:-)
--------------
Jo..."Slump Test" kalau Jo involved dengan Civil Engineering kena tahu le...:-)
Meh, Kak Yan explaining sikit kay mu....
" Ujian Slam Test ini dilakukan ditapakbina untuk menentukan kandungan air (water content)bagi bancuhan concrete dan memastikan tidak ada air yang berlebihan atau bertambah yang akan melemahkan concrete yang dihasilkan"...

Bole faham kan??...:-)
Sekian terima kasih.

demonsinme said...

Madam AN:

No comments just a gift for you to share with your loved ones.

DARLING

Neither diamonds nor golden rings,
even crowns of a king,
or the breasts of queen,
shall mend this lonely sting,
if you whom my heart sing,
hid like the moon in morning,
and shy like the sun in the evening,
leaving me forever yearning,
for the kiss from the one I call darling.