Bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita oleh Allah, mudah-mudah kita dapat menghayatinya dan seterusnya menyambut Aidil Fitri pulak.
Auntie hanya bertiga kat rumah. Memang tak semeriah dulu bila anggota keluarga cukup korumnya. Kini, Anja sendiri dengan kenkawannya begitu juga dengan Amir. Pandailah depa membawa diri. Sedari kecil telah diberi latihan berpuasa dan lain-lain ibadah wajib sebagai seorang Muslim. Harap bila dah besar panjang tak payah lagi ibu-bapa mengingatkan lagi.
Pagi tadi Auntie bangun pukul 4.45 pagi. Macam biasa juga tu. Awal beberapa minit saja. Makan sahur ala kadar saja. Sedikit nasi dengan ikan tenggiri masak cili, sedikit sayur. Teh O panas dan oren jus. Jim pulak makan sebijik burger daging dengan telur mata kerbau serta segelas air soya.
Sambil bersiap nak ke ofis sempat jugalah dengar ceramah kat TV berkaitan puasa....sayang tak dapat nak dengar habis, dah nak kejar ke ofis pulak. Auntie masuk jam 7.30pagi. Kat ofis Cik Din parking lot sangat terhad, sapa dulu dia dapat, tu yang dok kejar-kejar...Yang benarnya, kalau Auntie saja yang bawak kereta tak masalah, sebab Auntie dapat lot parking...tapi...apakan daya, Cik Din kan ke tak berapa confiden dengan Auntie...memacam alasan le dia bagi...he...he!
Auntie pun tak kisah le...kalau tak memandu lagi relax, boleh tido sementara nak sampai ofis. :-)
Kepada semua pembaca blog ini diucapkan SELAMAT BERPUASA...dan selamat berbuka (petang nanti....jangan terbuka pulak!)
9 comments:
AY, selamat berpuasa.....nama jek sebumbung tapi tak nampak2 muka pun. hehehe....rindu....
salam kak yan,
selamat menyambut dan beribadah bulan ramadhan, semoga dilimpahkan berganda-ganda pahala, amin
Selamat Berpuasa Kak Yan - masak apa petang ni?
Kak Yan,
Selamat Berpuasa,. Kitaorang di sini di beri pelepasan. 4:30 udah boleh cabooooooooooot.
5:13 udah boleh sampai rumah..
Boleh lagi main geletek2 ngan Ajim dan dilla..
6:30 ronda2 ngan motor, JJC bahan buka puasa.
melompat dari helaian Bergen.
selamat berpuasa buat auntie yan sekeluarga...
Selamat menjalani ibadah puasa! :)
kak yan
salam ramadhan. Tak pergi pasar ramadhan kat PUtrajaya tu ke? Dengan khabar lauk pauknya sedap sedap belaka tapi mahai sikitlah
Selamat Menyambut $ Beribadah untuk ramadhan tahun Kak Yan.
saya nii walaupun pencen tapi laukk beli jugaklah hehehe. Lagipun dah tinggai berlima, 2 orang anak dara tu berbuka kat hostel. Entah2 tahun depan lagi kurang, sbb Ayin dok sibuk nak apply masuk asrama lepas PMR nanti.
Selamat berpuasa Adeq! Nanti, lepas raya insyaallah kita boleh makan bersama.
----------------
Rera...:-)
Selamat berpuasa untuk Rera & keluarga..tentu Rera rindu dengan anak dara yang dah jauh dimata...
-----------------
Andeh..K.yan hanya memasak masa weekends..hari kerja pi tunjuk kat kedai/restoren berdekatan dengan rumah je...:-)
-----------------
Jo:...bagussss majukan Jo. Kak Yan memang balik pukul 4.30ptg bila bulan puasa. Sampai rumah cepat, boleh relax sikit....errr..boleh merayap cari makan lama sikit. :-)
p/s: salam Kak Yan untuk Ma'am.
-----------------
Mad redo1...salam perkenalan.\ & selamat berpuasa.
-----------------
Audra: selamat berpuasa juga pada Aundra & keluarga
-----------------
Zareda : Salmmmmmmm...setakat ni Kak Yan belum lagi melawat pasar Ramadan..ya, kat Putrajaya ni macam meriah le pasar Ramadannya. Tahun lepas paling popular adalah Roti John....katanya bukan main panjang lagi barisan nak mendapatkannya. :-)
-----------------
N, selamat berpuasa.... Kalau N tinggal berlima, Kak Yan pulak tigal bertiga....:-( masak pun ala kadar je...(masak nasi, masak air)
lauk cari kat kedai/restoren dekat rumah...weekend baru masak.
Post a Comment