Salam untuk semua,
Semalam, berjam-jam jugak kami kat ofis tak dapat masuk internet. Dari pagi sampai membawa ke tengahari. Zaman sekarang ni, kalau tak ada internet, macam dah tak boleh nak buat apa- apa semuanya macam terhenti.
Alhamdulillah, hari ni hari terakhir sebelum menjelang Ramadan. Ceramah Ramadan pun dah dengar, jamuan sambut Ramadan pun kami dah buat Jumaat lepas (kat ofis). Meriah sungguh dengan makanan yang kami buat secara 'pot-luck', Auntie ingat malas nak bawak apa-apa, sebab selalunya memang ada macam-macam. Akhirnya Auntie bawak lah jugak agar-agar, ala-ala orang malas je...
Petang karang orang dah nak tengok anak bulan. Tak macam dulu, bila tengok anak bulan, kalau tak nampak tak puasa....sekarang ni, nampak ke tidak, tarikh puasa dah ditetapkan. Yang dok teropong jugak anak bulan tu, hanya formaliti sajalah setahu Auntie.....lagi pun, budget nak pergi tengok bulan memang dah ada, maka pergi sajalah para Ahli Falak tu ke tempat-tempat yang telah dikenal pasti......[kalau tidak depa macam tak jalankan tugas pula...kan?]
Ha, masa dalam perjalanan ke ofis tadi pun Auntie dah terserempak dengan gerai jual daging kat tepi jalan...gelap-gelap buta dah ada daging bergantungan. Nak sambut puasa ni memang meriah. Macam-macam ada. Tengok le petang karang kalau tak percaya. Pasar-pasar akan penuh dengan umat-umat Islam.
Auntie pun tak ketinggalan bersiap. Dah beli se tong gas hari Ahad lalu. Gas yang sedang diguna dah macam ringan je, takut jugak, kang masa bersahur habis gas. Petang ni pulak nak cari telur kasi banyak sikit. Nak cari daging burger dan roti burger. Daging fresh tu tak payah le. Buah kurma dah beli semalam. Air zam-zam pun dah ada sikit.
Auntie sepakat dengan Cik Din, nak berbuka ala kadar je tahun ni. Masa berbuka, makan kurma, makan buah, minum air dan solat maghrib. Lepas terawih baru makan berat sikit. Nasi makan waktu sahur saja. Isyy...kalau menjadi kami punya plan ni, tentu berat badan turun sikitkan. Auntie tengok perut Cik Din pun semakin naik...dah macam orang ngandung 6 bulan!
Auntie pun sama saja....
Untuk semua yang rajin berkunjung ke blog Auntie ni, Auntie ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadan, selamat berpuasa, selamat beramal di bulan yang mulia ini.
16 comments:
Yan,
Berbuka puasa ala kadar, alas perut, amalan yang bagus. Perut tak terperanjat!! Saya suka agar-agar, pencuci mulut. Selamat berpuasa, Yan.
kak yan
besnya daging fresh, buat rondang pun sodap ni..zar berbuka mesti makan nasi tapi bersahur hanya kurma yang direndam dengan susu malamnya..
Salam Kak Nora,
Salam Ramadan, selamat berpuasa.
Tak tahulah, boleh tahan tak berbuka macam dicadangkan tuh...tah, tah, sehari dua je...keh!, keh!
Salam Zar, Salam Ramadan dan selamat berpuasa.
Kak Yan pun sangat suka dengan daging ni, apa lagi yang fresh, selain buat rendang, buat masak hitam ...lagiiiii best!
Kurma rendam dalam susu memang best, nak nak susu segar...
selamat menyambut puasa.. semoga puasa kali ini akan lebih berkat buat auntie yan.
Salam En. Endiem,
Ya, sama-sam kita mengharap dan berdoa semoga kita semua beroleh 'kemenangan' pada Ramadan kali ini.
Amin.
salam Untie Yan..
selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. maaf salah silap..
semoga ramadhan kali ini disambut dgn bahagia dan redha..
bersama kita mengejar ganjaran di bulan seribu rahmat ini dan mencari redhanya Illahi... amiin..
Selamat berterawikh malam pertama...
Salam AY,
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak...semoga segala amal baik kita diterima Allah
Selamat berpuasa buat kak Yan.Bagus juga tak makan berat masa berbuka,senang buat soalt tarawih.
selamat berpuasa untuk yan dan keluarga.
Salam Tini,
Ya, Ramadan datang lagi semoga kita semua dapan menjalankan ibadah puasa kali ini dengan penuh penghayatan.
Selamat berbuka.
Salam Cik Lah,
Terawikh pwrtama dah selesai semalam. Auntie buat kat rumah saja..kalau nak ke surau..aisehman payah le pulak nak ngusung kursi...jadi lebih selesa di rumah saja.
Selamat berbuka.
Salam Tun Teja,
Puasa pertama TT tak payah nak rushing ke ofis lepas sahurrr...bestnya!!!..bolehlah tambah banyak amalan lagi...ahhhh! jeles pulak rasanya.
Selamat berbuka.
Salam Eton,
He! he!...cadangan je tuh...tapi, harap-harap dapat di patuhi.
Selamat berbuka.
Salam Kak Pah,
Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Kak Pah ada keluarga besar, tentu meriah masa berbuka...naknya ada pulak Si Faris yang akan terus menjadi tumpuan.
Menu apo la gamaknya eh berbuko nanti?
Post a Comment