Friday, March 04, 2011

Mari berdiet.


17 hari lagi.....betui ke???
macam tak percaya je kan?


Salam untuk semua,

Wah!...ramai geng blogger tengah dok berdiet ni. Ramai yang sangat teruja dengan penurunan berat badan masing-masing. Auntie salah sorang daripada ramai-ramai tu. Sibuk juga mencebur diri. Selitkan juga diri ni bersama-sama orang-orang muda. Pssst...kalau orang tua macam Auntie ni boleh berjaya, you all orang muda tak kan tak boleh kan?...Auntie ni ha, dengan kadar metabolisam yang sangat rendah pong boleh...jangan putus asa ye.

Bermula dari teruja membaca blog Sya, dari situ pegi pulak blog Dzul, adik kita yang satu masa dulu sangatlah "comel" kini telah bertukar menjadi pemuda yang hensem katanya....cer pergi kat blog dia..." Saya nak Kurus"...( oppss..sori, makcik tak pandai nak link ke blog dia.) kalau tak teruja jugak, tak tahulah Auntie.

Pandai Adik Dzul ni mengexplain pasal Diet Atkin yang dia ikut..akhirnya dia berjaya.
Kalau tak faham, nak kasi lagi faham, pergi masuk blog Ahkak P-Nut....dia buat entry pasal diet ni sampai ber part-part....baca saja, tak kena duit pun.

Rasanya, kalau doktor rambut kejung tu tahulah ramai yang dah ikut cara Sya, Adik Dzul dan Ahkak P-Nut kita...susah hati dia....! mau merosot jualan produk slimming dia tu.

Kita tak rugi apa-apa pun. Satu sen tak payah bayar, malah kita lebih berjimat.

Masa nak mula tu, Auntie pun rasa tak konfiden boleh ke tidak, maklumlah selera besor, nampak je nasi terus ambik pinggan.

Hari pertama dan kedua, memang rasa pening-pening jugak...maklum le otak dok fikir tak boleh makan nasi...air kosong pulak adalah musuh ketat Auntie, tapi..gambar-gambar Adik Dzul membuatkan Auntie bertahan....bila rasa lapo, teguk air, lapo je, teguk air.....la ni Auntie dah boleh minum 3 litre air kosong setiap hari....yeyeyeyeyeeyyyy!!!!

Auntie bukan le ikut strictly, buah Auntie makan juga walau pun dalam list yang TAK boleh makan. :-) (...degil makcik ni, jangan ikut)
Malam, memang Auntie tak ambil nasi langsung....minum air, makan buah....tu saja...dah jadi biasa, dah tak rasa lapo.......

Minggu depan ni rasanya nak berdiet betul-betul le....no cheating, cheating...

Ha, semalam punya bacaan bp....masih tinggi....148/94

8 comments:

pB said...

Kak Yan


balik blender batang saleri dengan epal hijau. amalkan. insyaallah , tekanan tu akan turun.

mak pB amalkan selalu.

AuntieYan said...

Salam pB,

Terima kasih. Petang ni kena beli apple dan batang celery lah.

azieazah said...

Wahhh kalu begitu, leh gak ler join the club.

Sebab saya pun memang kategori besar dan debab.

Setakat ini, lum ada penyakit serius, tapi bila umur meningkat, risau juga..



Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang...!

oren said...

waahh..baru marin baca testimoni yg ada dlm blog ahkak p-nut tuh..saya siap copy-paste-print dan dok compile..marin ada baca sikit2..semangat sungguh :)

mlm tadi hirup la tomyam..kunu2 tak mkn nasik..tp pagi nih pnya lah lapaq, belasah nasik lemak 2 bungkuih..hahaha..pastu time lunch amik sayur2 jek..

rasanya mmg nak kena study lagi lah pasal atkins..mmg betui kata ahkak p-nut, part paling susah ialah tang nak mula tu..mcm saya, dok besa mkn nasik n heavy meal waktu bekfas, so, mcm susah..pelan2 kurangkan..pelan2 belajaq minum ayaq masak byk2..

AuntieYan said...

Salam Azie,

Meh le kita beramai-ramai kata tak nak pada "GUMUK"....macam you all yang muda-muda memang cepat kesannya...mula-mula memang mencabar, dah dua tiga hari try, pas timbang badan...terujalah.

Selamat mencuba.

AuntieYan said...

Salam Oren,

Auntie pun sehari dua mula...rasa macam puasa je maklum tak dapat nasi...adalah 4 hari kot tak sentuh nasi langsung. La ni, siang makan gak nasi sejemput dengan sayuran. Breakfast pula, minum air suam dengan biskut Jacobs je..petang minum teh makan biskut kosong. Malam makan buah. ;-)
Bukan nak kurus sangat, cuma nak kasi buang itu lemah yang berlebihan supaya sihat.
Selamat mencuba.

Zareda Norman said...

zar pun blender salery dengan epal hijau tambah lagi dengan peria katak tu= hazab.. hehehhe

tapi zar ada LBP ler pulak.. part diet ntah bila nak insap ni tapi dah turun 3 kg sebenarnya.. ehhehe

AuntieYan said...

Salam Zar,

Wah! lagi kena tambah peria katak??
Peria katak, selalunya Kak Yan buat ulam..rebus dulu le, cicah sambal belacan, memang sedap.
Kalau epal hijau+celery, boleh tahan jugak rasanya.

Kalau ada LBP, kena banyak makan yang boleh tambah darah. Kak Yan dulu pun ada LBP....dah tua-tua dah jadi HBP pulak. :-(