Salam untuk semua,
Dah masuk minggu terakhir untuk Auntie berkhidmat.....yeyeyeyeyeye!!
Auntie dah pun menyusun beberapa 'projek' untuk Auntie layan nanti.
Projek pertama adalah seperti berikut :-
Ha!...ha!...selama ini Auntie hanya ada 3 bijik pasu yang ditumbuhi rumput dan lalang saja. Setiap kali Auntie buka mulut nak mulakan projek tanam menanam ni, Cik Din terus je tukar topik, tanda tak setuju. Dia memang tak minat langsung dengan gardening ni. Untuk tidak menghampakan Auntie, dia akan kata, "nanti, bila you pencen, boleh le mulakan hobi you tu"....so, hari Sabtu lepas, Auntie pun menuntut janji. Terpaksalah dia setuju. Kami pun pergi le ke satu nusery di pinggir Putrajaya, pilih punya pilih Auntie hanya beli 4 biji pasu, 3 jenis bunga...tah apa nama pun Auntie tak sure...hantam sajalah kan?.....Auntie beli jugak beberapa beg tanah. Ada tanah baja dan tanah bakar. Sukanyaaa hati Auntie dapat yang dihajati walau pun tak setara mana.
Buat permulaannya tak boleh le banyak-banyak sangat, nanti kalau tak menjadi, kena gelak dengan Cik Din je.
Pagi hari Ahad tu bermulalah projeknya....
Yang Auntie kenal, pokok duit-duit tu sajalah.
Insyaallah, nanti Auntie nak tanam juga pokok-pokok yang kita guna harian macam, pokok kesom, ulam raja, kunyit, daun pandan dll. Semuanya kena tanam dalam pasu.
Insyaallah, dalam masa terdekat ni, Auntie akan tambah lagi bilang pasunya. :-)
14 comments:
ok lah tu AY..saya pon, ada la kut 3-4 pasu jek..satu tanam kuchai..yg lain2 tu, pokok-senang-idup..hahaha..takleh menanam psl tgn jenis panas..
Cik Yan, sama lah hobi kita....terapi berkebun ini. Mula dengan 4 pasu nanti tengoklah, nanti akan multiply! Cik Yan belilah majalah LAMAN...banyak idea dan ilmu perkebunan, Tunggu tarikh 'keramat ,ye?
Salam Yan,
Rasanya you telah membuat pilihan yang tepat for a beginner. Semoga berjaya dalam projek baru ni.
Salam Oren,
Tak pe Oren, mentara anak kecik-kecik ni, baik le ngadap depa dulu...:-)
Salam Kak Nora,
Saya pun harap, dari 4 pasu akan jadi 8, dan seterusnya. Tuh dok ada 3 pasu yang berisi lalang, nanti akan saya ganti dengan tanaman pualk :-)
Salam Siti,
Projek pertama nampak dah mula jalan..cadang nak menjahit ke pulak lepas ni, tapi.....mesin jahit pun dah berkarat! :-)
wah gardening... suker suker
Alhamdulillah, menanam memang seronok selalunya saya start pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Trim2, sapu2 daun kering di laman. So at least dpt lah sinaran matahari..berpeluh2 dibuatnya..
Teruskan hobby tuh..
yan, dah plan macam-macam projek ni yan.
Apa kita pagi2 kita joging kat tasek yan..haha..
Salam AY,
Saya ni selalu komen hujung2 je. Hari ini, bersiaran dari Ipoh. Bestnya balik ke kampung halaman. Tapi kebanyakan pokok bunga yang ditinggalkan, telah hampir layu dan ada yang dah tinggal pasu jer.
Cantiknya pokok2 yang di dalam pasu tuh. Kalau balik utara, boleh singgah di Jalan Kuala Kangsar. Macam2 perhiasan taman yang ada.
Salam Zar,
Memang best, dah lama sangat berangan nak gardening,apa nak buat sokmo dapat bantahan. Kata Cik Din, tak pekdah tanam bunga. Dia mana tahukan...itu semua sebagai terapi jugak...ha!ha! nasib baik dia setuju jugak akhirnya. :-)
Salam Kak Pah,
Projek tu macam-macam lah dalam kepala ni, bimbang takut tak tercapai je...:-)
Saya ni nak berjoging memang out le...pala lutut dah ada bosi eh...takat brisk walking boleh le...
:-)
Salam Kak Nani,
Yang penting, kita tak kesunyian. Saya ni laman pun ada sekangkang kera je...melayan tanaman dalam pasu saja le gayanya.Yang penting berpeluh dan kena sinaran matahari pagi. Katanya vit. D tu...
Salam TT,
Wah dah ada kat Ipoh ye?..bestkan balik kampung.
Tanaman ni kalau tak berjaga memang mudah sangat layu, naknya pokok bunga. Tak tanam pokok buah ke?
Masa saya beli pasu hari tu, memang teringat kat Jln. K. Kangsar, kat sana rasanya lagi murah. Kata kawan saya, kalau nak beli anak-anak pokok, elok beli kat Jabatan Pertanian di Serdang, harganya lebih murah berbanding dengan yang dijual di nursery biasa.
Post a Comment