Monday, May 14, 2007

Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal menjadi ibu.

Auntie tak tahu pulak sejak bila Hari Ibu disambut di Malaysia ni. Auntie hanya terperasan adanya sambutan Hari Ibu mungkin sekitar 10 tahun kebelakangan ini atau pun kurang daripada 10 tahun.

Bagi Auntie memang baik sangatlah sambutan Hari Ibu ni. Satu hari dimana ibu-ibu akan diberi penghormatan dan penghargaan serta diraikan oleh yang tersayang.

Betul ke tu???

Tujuan dan matlamatnya macam tu lah. Tapi, adakah setiap ibu di beri penghormatan, diberi penghargaan dan diraikan???....jawapnya tak semualah….
Sambutan sebegini selalunya bermula dari budaya orang Barat…semua ada harinya semua nak disambut…Hari Bapa, Hari Kekasih…dan bermacam hari lagilah…

Bagi Auntie walau pun ianya mungkin budaya Barat, kalau baik apa salahnya kita ikut…kita ikut hak baik, yang jelek kita tak payah ambil pot…

Memang bertuahlah ibu-ibu yang diraikan pada Hari Ibu. Mungkin ibu-ibu jenerasi muda lebih bertuah kerana anak-anak didedahkan dengan sambutan Hari Ibu sejak mereka kecil lagi, tidak macam Auntie.yang baru terperasan adanya Hari Ibu…Auntie pun taklah meraikannya…cuma sekadar mengucapkan Selamat Hari Ibu pada mak yang tersayang.

Auntie sendiri sebagai seorang ibu, langsung tak kisah pasal sambutan Hari Ibu nih….anak-anak pun tak tahu keujudannya….Cik Din pun tak ambil pusing…habis, macam mana nak celebrate bebagai???? Tahun ni ada jugak Auntie bagi tahu Jim pasal hari Ibu ni…Auntie tanyalah dia tak de ke dia nak bagi kad ke hapa…dia kata..”hemmm…tak payah le mak….hari-hari pun Jim cakap Jim sayang dengan mak, hari-hari pun Hari ibu”….bertuah punya anak…habis camno??...

Walau bagaimana pun Auntie tetap mendapat ucapan Selamat Hari Ibu dari rakan handai tolan melalui SMS…terima kasih nooooo…..
---------------------------------

5 comments:

Mama Rock said...

happy mother's day auntieyan!

pB said...

Hijau nyer .....

Ingatkan dah tersalah masuk umah tadik..

Selamat Hari Ibu ...

Anonymous said...

insyaallah kita bakal jadi jiran. nanti kalau gula abih boleh pi pinjam kat rumah auntie yan :)

-atenah

AuntieYan said...

Mama Rock:...Happy Mothers Day to you too...Semoga terus menjadi ibu yang baik. :-)
-------------

pb :...:-)...oppsss..hijau sangat ke??...AY sedang nak repair-repair sikit blog ni...dah lama beno tak tukar wajah. Nak buat lebih-lebih, kurang ilmu pulak...sooo...buat saja apa yang termampu.
-------------
Tenahhhhhhhh .......Amboi!...amboi!....amboi!...dia dah sampai dahhh rupanya! :-)...Selamat kembali ke tanah air..
Bertambah le jiran Akak nampaknya...nak pinjam apa pun boleh eh......:-)
--------------

Anonymous said...

selamat hari ibu untuk AY...