Macam-macam perangai orang. Perangai sendiri pun apa kurangnya. Ada masa kurang asam. Masa-masanya terlebih garam.
Auntie dok perati dari dulu lagi. Ada satu perangai yang kita mungkin tak berapa nak perasan atau mungkin kita tak kisah sangat pun.Tak jadi hal langsung. Tapi, entah kenapa, Auntie tak berapa sukalah atau lebih tepat lagi rasa rimas!!!
Perangai suka meminjam!. Bukan pinjam duit, tapi pinjam barang /alat-alat stationary – kegunaan pejabat contoh: pen, pensil, stapler, puncher, ruler, calculator dll. Dan tentunya perkara ini berlaku di ofis. Rasanya semua pun sama je, bila kita kat ofis kita dibekalkan dengan peralatan pejabat bagi memudahkan kita menjalankan tugas. Mintalah apa saja semua boleh dapat. Komputer, of course le dah tertonggok atas meja. Kat pejabat kerajaan sekarang ni semua orang ada komputer sorang sebijik….dari big bos sampai le ke peonnya…semuanya ada talian internet lagi…e-mail ke, g-mail ke, semua dah lengkap. Talian telefon pun macam tu jugak, cuma ada yang dapat talian jenis A, ada yang jenis C.
Yang jadi masalahnya ada yang tak pandai nak jaga barang memasing. Tahu nak merembat barang orang, selalunya kata nak pinjam yang mana akhirnya jadi harta sendiri. Auntie bukan le nak berkira sangatkan…semua pun barang gomen…tapi, tulah, hari ni kita minta stapler dari kerani stor, esok stapler dah tak ada ditempatnya…dah kita pulak dok meminjam dengan jiran sebelah…ada masa dia pun nak guna jugak.
Apa yang Auntie buat ialah, menandakan segala barang Auntie tuh…tulis nama dan lekatkan kat barang tuh…pensil pun ada nama…so, kalau Auntie nampak je pensil tu ada nama Auntie, terus le Auntie ambil balik...kenkadang, pensil tu boleh berada kat bilik bos pun!!! bila pulak dia ambil????...ke pensil tu ada kaki???
Satu lagi caranya, barang yang orang suka ambik, Auntie taruk dalam laci…so, kalau dia nak, kena mintak dulu, jadi Auntie boleh sound direct je…”lepas guna kasi balik jangan buat harta!!!...garangkan Auntie nih?....Bila Auntie bercuti, ha, semua barang Auntie simpan dalam laci dan berkunci lagi…selamat!...ada masa tu terlupa juga, itu yang kalau balik dari bercuti…banyak barang missing…dahh nak kena minta kat kerani stor lagi. Auntie ni walau pun barang gomen, Auntie rasa sayang le…guna sebaik mungkin, jaga macam harta mak bapak tau! Ada juga alat keperluan yang Auntie beli sendiri supaya senang nak kenal.
Dari permerhatian Auntie le, tak ramai yang menggunakan harta pejabat ni dengan berhemah. Nak nya kertas . Main rembat je..dalam sehari kertas tu entah berapa rim selesainya. Bila buat photo stat…sesuka hati sajalah..hemmm nak ditegur pun rasa serba salah…tetapi kenkadang mulut ni ringan je menegur. Entah le bebudak kat ofis ni pun agaknya naik boring dengan makcik sorang ni…asyik dok menegur je semuanya tak kena!...he!...he!...apa nak buat orang tua!
Satu lagi, perasan tak ?...ada orangkan dia suka pinjam barang personal…umpamanya ketip kuku, pin tudung, cermin muka (hak kecik)
Ppstt…pad pun pinjam gak. (kalau emergency tu, mahap jugak le…tapi kan ke ‘benda’ tu kita dah tahu masanya….bersiap sedialah…)
Bagi Auntie, benda-benda ni tak le seberapa reganya dan kalau nak pinjam pun bukanlah masalah beso, ambik le, pinjam le…
Yang buat Auntie rimas nak habaq mai!...nih kenkawan Auntie ni suka beno dia orang minta pinjam ketip kuku dari Auntie..Auntie pulak, memang ketip kuku sentiasa ada dalam h/beg…kalau kat rumah, Auntie belikan semua ahli keluarga sorang satu ketip kuku. Senang, tak payah nak rebut sebijik ketip kuku tuh!
Bebalik kepada bebudak kat ofis ni, ada le sorang dua yang kerap sangat meminjam ketip kuku Auntie nih…selang dua tiga hari, (orang yang sama). ” Kak, pinjam ketip kuku”….sat lagi mai sekor pulak…” kak pinjam ketip kuku”….ooooo…rimas makcik tau!!!
Rasa ringan je mulut Auntie nak kata…”beli le….bukan mahal mana RM 1.30 sen saja, ada jual kat book store bawah tuh”…Jangan silap faham, bukan Auntie kedekut…..Auntie hairan je…benda lain boleh beli….beli kasut rega ratus-ratus, beli h/beg pun ratus-ratus….beli ketip kuku tak mampu????
Semalam yang sorang tu, mai kat Auntie…”kak , pinjam ketip kuku”….selamba je Auntie kata…”ketip kuku tinggal kat rumah…”
Walahal, ada kat dalam h/beg, malas nak ambik …Auntie pulak masa tu tengah sibuk dengan kerja…ha, padan muka dia! (tapi rasa jugak bersalah tu…)
So, Auntie dah ambil keputusan nak beli satu ketip kuku, ikat dengan tali dan sangkut kat paku…ha, sapa nak ketip kuku pergilah kat situ…amacam??...ok tak???
(apa punya entry le hari nih….)
----------------------------------------------------
14 comments:
Kat Opih Jo nii, kalkulator Jo ajer ada kaki.
Ia merayap ke tempat lain. Kalau pergi ker meja Katija Ok jugak. Ada jugak line nak bborok...
Kak Yan :
Barang-barang ofis saya seperti calculator, stapler, puncher, pen, pembaris dan lain-lain, saya tulis besar2 - STOLEN FROM ANDEH.
Hehehe...sapa-sapa tak reti bahasa tu, kalau terjumpa bendalah kat meja masing-masing akan tersipu2 ler.
:-)
Jo:...kalau gitu, Jo tentu suka sekiranya Katija yang nak pinjam...he!..he!...adalah sebab nak kemeja dia...;-)
----------------
Mak Andeh:...rasanya cara tu berkesan sekali. Tentu depa tak suka dikata mencuri...he!...he!...boleh try trick ini....bagus!!
----------------
baguih gak idea AY (part last tuh)..err..nanti nak apply la jugak idea MA tuh..
Kak Yan :
Memang terjamin berkesan - barang-barang I tak pernah hilang dah. Kalau orang pinjam pun, diorg tahu halmilik sapa (sebab sorang jer yang kepala sewel yang buat macam tu he he he...) and diorang akan letak balik atas meja I.
I tulis dengan marker pen lagi so tak leh padam :P
adoi...guling guling Jin gelak..hahaha... Ketip kuku punya hal.. HAHAHAh HAHA HA adoi..
Jin terasa ler..hahah .. masa kerja dulu ada gak makcik kerani tuh...selalu kena kasi jin pinjam ketip kuku.Sekali tu hilang, bila dia mintak , saya cakap
"alaa kak, dah entah mana saya letak.."
Haha.. dia cakap
"tak per nanti akak beli lain"haha...
Next month tu nak pinjam, HAHAHAHa.. dia kata tinggal kat umah .. HAHAHAHAhhaha terkena aku..terkenaaa..GAHAHAHAHA
. Jin tak pernah beli ketip kuku seumur hidup... hahaha.. adeii..kena atas batang hidung kali nih..
Macam lighter kat kedai mamak lah, ada ikat tali rapia kat counter. Siapa mau cucuh rokok pergi kat counter... Siapa mau ketip kuku, pergi kat meja Kak Yan.. Hahahahaha haha...
Oren: memang kena apply cara Mak Andeh tu, selamat barang-barang kita. Bukannya apa sangatkan...yang rimas, bila barang kita dah tak ada, kita pulak terpaksa meminjam.
-----------------------
Mak Andeh: K.Yan pun nak buat perangai sewel jugak...lantak le..kalau itu saja caranya....he1..he!...nak kena cari marker pen kala merah ni gayanya!!...:-)
------------------
Adikku Jin :....Loooooooooo..........idak le Akak sangka terkena pulak ke atas batang hidungmu!!...aiseh!..mahap le....!!!
Actually le kan....ketip kuku ni, apa lah sangat...tapi penting sungguh nooo...Gamaknya makcik kerani tu...he!!..he!!!...macam Akak le....:-)
pssttt: Apa kata Akak suggestkan Farah suruh dia hadiahkan Jin ketip kuku masa b/day nanti!!!....tak gaduh nak cari dah....ketip kuku tu letakkan sekali dengan kunci kereta....gerenti tak hilang dahhh! :-)
p/S: Kenanglah daku semasa mengetip kuku! ;-)
-----------------
i guess you to be a very maticulous and neat person....table and laci and almari..all contents susun dengan elok and this makes it easy to find things. so to those less neat and less tersusun mia, it's always the easy way out lar....go look for AuntieYan....she has everything.
auntieyan...kalau dah sangkut ketip kuku tu kiranya macam community service la tu. siap buat poster besar2 lagi...with best complimetns from auntieyan :)
Hahaha...ye lah kak Yan...gantungkan aje...ikat...jgn tak ikat..nanti ketip kuku tu pun berjalan...
Kak yan....kita sama...ketip kuku tu memang ade dalam handbag aje...sebab lady jenis rimas kalau terasa ada bahagian kuku yang terkeluar atau panjang sikit...mesti nak ketip...tak kira siang malam...dlm kereta ke...masa jenjalan ke...
Nyonya...I'm not that neat also...at times sepah-sepah jugak..Only, I like my things to be all in order so that easy for me to find when they are needed.:-)
-----------------
Lady: Sama le kita, K.Yan ni tak boleh tengok kuku tu panjang sikit, rasa rimas, mesti nak trim elok-elok...almaklum le, kenkadang kuning je buat dek kunyit...tak sempat ketip kat rumah, dalam kereta pun jadi!...he!...he!...:-)
hehhe...syok tau pinjam barang org, pastu buat harta...
tak bagi mengata, bila bagi buat harta...
hahha ...
salam makcik,
tersesat mai melilau kat sini...
have a nice day!
13may: Thanks for visiting...:-)
------------------
Salam AY,
terpanggil utk buat entry nie.
Saya kurang pasti dimana saya terbaca ada satu article mengatakan ketip kuku tidak seharusnya berkongsi dengan orang lain kerana dikukulah kebanyakannya kuman2 'berumah' Kekadang kita kurang pasti yg peminjam mempunyai penyakit yg mudah berjangkit....kemungkinan kuman itu jugak tersangkut kat kuku kita pula. especially cha ya nun alif. sekadar memberi pandangan. eloklah jgn berkongsi.
it's me shy
Post a Comment