Monday, March 28, 2011

Kawan lama.

Salam untuk semua,

Alhamdulillah, Auntie melalui minggu pertama sebagai pesara dengan penuh gumbira. Dek kesibukan dengan urusan rumah tangga Auntie hampir lupa dengan ofis, ha!...ha!, kalau tak kerana ada kawan-kawan yang bertanya khabar, harus le Auntie lupa terus.

Hari Jumaat lepas, Auntie dikunjungi oleh seorang kawan lama. Kawan sekolah masa kat JB dulu, Ros namanya dia ni rapat dengan Auntie sebab kami duduk bersebelahan semasa di tingkatan 4 dan 5. memang kami rapat, maklumlah hampir 3/4 hari bersama, dari pagi sampailah habis prep hour jam 10 malam bersama.
Semasa Auntie mula duduk kat rumah Auntie sekarang ni, adalah beberapa kali terserempak dengan dia kat pasar malam.Dia pun kebetulan membeli rumah ditempat yang sama. Masa tu Auntie baru ada anak sorang, dia dah ada tiga anak. Bila Auntie berpindah tinggal di KL, hubungan kami terputus. Adalah dalam 3 bulan lepas kami dapat berhubung semula selepas Ros terjumpa dengan kawan ofis Auntie yang kenal dengan dia, maka bersambunglah semula persahabatan kami.

Ros set date, lalu datang ke rumah Aunie pada hari Jumaat pukul 10 pagi, Kami bersembang bercerita tak hentii-henti sampai lah pukul 1.30tgh....ha!...ha! Ros pun kebetulan baru saja bersara. Macam Auntie juga, dia bersaorangan dirumah.
Kami dah cadang akan berjumpa lagi.

Minggu ini pulak, rumah Auntie dah macam kapal pecah....baru minggu lepas dah elok berkemas...tak sangka pulak tercepat pulak kami merepair dapur dan bilik air yang memang dah 'teruk'....satu rumah berhabuk dan berdebu. Harap-harap cepatlah siapnya. Nak berblog pun tak selesa.

14 comments:

ibundo said...

yan, sapa kah ros itu? mungkinkah kakpah kenal?

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Duduk di rumah nih, kadang2 kita perlukan juga teman untuk menghilang lelah. Saya pun sekali-sekala ada juga kawan yang datang menemani. Tak cukup masa bercerita...hihi.
Hari ini saya dah berjanji untuk menziarahi teman yang sakit kanser di Shah Alam. Semenjak kunjungan pertama dulu, tak pernah menziaragi dia. Semalam dia call. Harus pergi ni.

Pnut said...

wahhhh seronoknya kak yan sekarang, leh layan drama bersiri ek... drama-drama rtm pagi-pagi best2 kan?? nanti bila saya cuti leh la kita beronggeng bersama-sama...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

He!...he!..kalau Kak Pah tak perasan Kak Yan, maka si Ros ni pun mungkin Kak Pah tak persan jugak. Dia ni orang Melaka, dia kata rasanya dia perasan jugak Kak Pah ni, cuma mungkin kita hanya berselisih bahu....ha! ha!

Twngok le, mana tahu satu hari kami berdua buat 'serang hendap' kat Kak Pah nanti. :-)

AuntieYan said...

Salam TT,

Setakat ni belum rasa sunyi lagi, jiran sebelah ada...seorang makcik yang tinggal dengan anaknya. Pepagi sambil sidai baju dan tengok pokok bunga sempat juga bertanya khabar.

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

He!...he!...belum lagi mulakan aktiviti melayan drama. Layaan yang petang saja, nanti takut tak jadi buat apa...asyik melangut kat TV je...Kak Yan dah sediakan 'time-table' sendiri agar masa tak terbuang begitu saja. (ceh! bunyi macam baguih kan)

pB said...

layan drama hari hari pun boleh boring jugak

oren said...

ok lah tu, dh jumpa geng...hari2 bleh gosspping, pastu atur trip pegi shopping complex, pegi pasar pagi ke..hikhikhik...bestnyaaaa.....

Zareda Norman said...

best best dok rumah.. mesti jiwa tenang aje kan...

AuntieYan said...

Salam pB,

Betul, tak kan nak layan semua drama.....lagi pun sebenarnya drama yang agak ada kualiti sikit tak banyak pun, tambah la ni....asyik cerita serammmmm je, Kak Yan memang tak tengok langsung.

Agak-agak lah jugak kan?....:-)

AuntieYan said...

Salam Oren,

Selain kawan lama tu, Auntie ada beberapa orang kawan blogger yang rapat...jadi rasanya tak le keboringan, cuma, dalam sebulan dua ni rasanya
nak relax sendirian dulu, nak santai-santai sorang-sorang dulu...:-)

Kalau ke shopping komplex tak boleh dengan kaki shopping....kang habis duit begitu saja. Auntie pun bukanlah kaki shopping pun. :-)

AuntieYan said...

Salam Zar...

Ha!...ha!..la ni tak berapa tenang, malah serabut habis. Rumah macam tongkang pecah....dok tunggu bila le kerja nak selesai....

AuntyN said...

Salam RINDUUU Kak Yan

Dah bersara rupanya. Amboi masih dok blogging jugak lagi no. Saya rindu nak blogging, kadang2 rasa nak pecah kepala pasai rasa banyak nak tulis, tapi most of the time tak ada time. Jadi tersentort lah.

Ni pun pasai dok tunggu husband kat hospital, boleh bini dia berinternet sat hehehe.

Rasanya nak start balik. Kalau dah update nanti saya announce kat sini OK?

Apa habaq adik Joe kita tu?

AN

AuntieYan said...

Salam N,

Waduh!!!! tiba-tiba je muncul....jangan le hilang lelama sangat. Heran jugak noooo apalah yang disibukkan sangat sampai blog berabuk dan hampir dimakan anai-anai...sib baik tak reban!!!

Memang ramai yang dah beralih ke FB dan Twitter...tapi Kak Yan tetap setia dengan blog. :-)

JO???...dia dah balik Malaysia...lama jugak dah.....Kak Yan pun ada pi jumpa dia.
Kalau rajin Ann boleh baca entry Kak Yan bulan Oktober 2010 yang bertittle "Sepetang Bersama Jo".