Last day!!!!
Salam untuk semua,
Syukur pada Allah, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun sampai jugak. Hari ini hari akhir Auntie berkhidmat untuk negara... (keh!...keh!...keh!)
Semalam majlis perpisahan telah pun dibuat. Selain daripada Auntie ada lebih kurang lapan orang lagi yang diraikan. Mereka semua ni adalah mereka yang bertukar ke ofis-ofis lain ada jugak yang tukar ke Sabah.
Majlisnya serba ringkas. Ucapan Dato' Pengarah, ucapan kami-kami yang diraikan....
Cer tengok tu, Auntie tengah bagi ucapan...skrip ucapan di sediakan oleh Cik Din. Auntie takmo cakap sendiri, takut ter sedih pulak, so, Auntie baca saja apa yang Cik karangkan...he!...he!
Selesai ucapan, depa sampaikan hadiah pulak, ni hadiah untuk Auntie. (ppppsssstttt..depa beli kat Jusco ) ;-)
Ni isi kat dalamnya......alhamdulillah, Auntie pun memang perlu sangat set periok ni, walau tak mahal mana, ianya sangat berguna. Terima kasih le.
( Jangan banyak-banyak komplen lagi.)
Lepas ni tak tahu le samada rajin atau tidak Auntie nak berblog....insyaallah...Auntie akan buat entry bila ada masa dan ada mood.
......dan, sekejap ni, ada pulak sorang kawan bagi Auntie ...ini....:-)....alhamdulillah, katanya untuk birthday nanti....jutaan terima kasih Yati...(semoga cepat dapat jodoh!)
Sekian kisah Auntie.
22 comments:
yan, hadiah tu untuk yan bersilat-silat pulak di dapur lepas ni. Dah banyak masa dah nak main masak-masak kehkeh..
selamat bersara auntie..syoknya :)arapnya autie masih rajin berblog..citer tentang hobi baru selepas bersara
selamat bersara Yan...:-)
tutup satu pintu, terbuka pula pintu2 lain yang melambai2.
...semoga pintu pilihan Yan nanti akan di berkati Allah jua.
saya akan menyusul tak lama lagi...menunggu hari bersara juga!
...selamat bersara sis...
selamat memasuki ke duania baru..semuga pengisiannya nanti akan membawa keberkatan...
uuurrmmm,i have another 10 years to run..................
Selamat datang ke alam persaraan !
Selamat Hari Ulang Tahun Cik Yan. Juga Selamat bersara. Selamat menjadi ahli POP. Periuk dan adik beradik, ada makna tu...tapi berblog jangan lupa. Semoga Cik Yan gembira dan sihat selalu.
Selanat Bersara Auntie Yan (Axion ke Azian?? keh keh keh)
KSU
Salam AY,
Akhirnya tiba juga detik itu...tak terkata apa yang tersirat.
Yang pasti, untuk hari-hari akan datang AY tak perlu rebut-rebut untuk ke ofis....menikmati ketenangan dari pelbagai perkara.
Juga Selamat Menyambut Hari Lahir.Semoga terus bahagia....amin
Kak Yannnnnnn.....!
Hilang la sudah teman meronggeng ku di PUJ.... :-(
Tak apa, dapat set periok tu sudah cukup cantik untuk kita main pondok-pondok kat Bangi ler pulak...:P
Selamat Menuju Alam Persaraan. Nanti petang nak balik, jangan lupa posing tepi mesin punch card...Mulai besok, lepas Subuh boleh tarik selimut sampai dagu pulak....:P
Kak Yan,
happy birthday and selamat bersara,jangan lah stop berblogging ye,belilah satu netbook yang comel untuk kak yan berblogging dengan aman sentosa.
and hopefully jangan jadi macam makcik-makcik jana bersara je. semuanya jadi penunggu setia drama drama di TV bukan drama melayu je,sinetron Indonesia dan drama filipina pun mereka layan juga he he .
Take Care and enjoy alam persaraan
Wah... sudah bersara, is it?? Tahniah and terima kasih kerana sudi berkhidmat untuk negara selama ini. Lepas ni, jaga cucu le pulak! Hee hee..!!
Salam Kak Pah,
Memang elok sangat dia orang bagi periok tu...sejak berzaman saya hanya guna periok vision saja, bukan besar mana kan? Kami jarang masak banyak, kecuali kalau raya.
Tak tahu le rajin ke tidak nak masuk dapur ni...w/bagaimana pun, Kak yan sukaaaaa sangat.
Salam Nuni,
Terima kasih, harap-harap Auntie akan lebih seronok bila berada di rumah
Masa Nuni pun akan sampai juga satu hari nanti.
Salam Pak pin,
Terima kasih sudi melawat blog saya.
Memang saya berharap pintu-pintu yang baik akan sentiasa terbuka untuk saya dan untuk Pak Pin juga bila tiba masanya nanti.
Salam Mamaijat,
Terima kasih. Harap-harap dunia baru akan lebih baik. seminggu dua ni nak relax-relax dulu. :-)
Salam Kak Hjh. Zainab,
Terima kasih.Moga-moga saya dapat banyak masa untuk diri sendiri.
Salam Kak Nora,
Terima kasih. Insyaallah kena rajin memasak pulak gayanya, tapi, weekends sajalah...:-)
Berblog pun insyaallah akan diteruskan, cuma tak tahu le rajin ke tidak, terpulang kepada mood juga.
Salam KSU,
Ha!..ha! takkan nak samakan Auntie dengan bahan pencuci pinggan tuh? :-)
Auntie, adalah Auntieyan!!
Salam TT,
Ya, saya rasa sungguh gembira bercampur terharu meninggalkan kenkawan. Apa yang penting, rasa segala beban dah terlepas :-)
Terima kasih...atas ucapan harijadi tuh....hari jadi saya pada 21/3 ni...genap 56, insyallah.
Salam MA,
Kata orang patah tumbuh ,hilang berganti. :-)
Jangan bimbang, bagi Kak Yan masa sebulan dua untuk rehat rehat dulu, lepas tu kita beronggeng semula.
Bila Kak Yan dah keluarkan set periok tu, Kak Yan akan calling2...:-)
Salam Jana,
Berjuta terima kasih atas segala pertolongan Jana.
Terima kasih juga atas ucapan hari lahir.
Insyaallah Kak Yan tak le nak ngadap TV saja, kena pilih-pilih jugak. Kalau asyik ngadap TV je tak jadi kerja. Kak Yan dah pun siapkan "time-table" harian, insyaallah akan dibagi samarata dunia dan akhirat....(ceh!)
Program agama dan ilmu memang banyak, kena pandai memilih.
Salam Mrs.N,
Lamaaaanya tak lawat Kak Yan ....sedih tauuuu!!!!
Ada masa tu up-date le blog, nak jugak tahu apa cerita Yati...
Memang dah bersara ni last Friday, adalah last day berkhidmat untuk Negara (...hemmm tak tahu le apa yang Kak Yan buat....keh!!..keh!)
Post a Comment