Tuesday, March 22, 2011

Legaaaaaa.....

Salam untuk semua,

Dah dua hari Auntie berada di rumah. Rasa tersangatlah legaaaaaaaaanya,
Tak payah nak sibuk bersiap untuk ketempat kerja. Namun tetap juga kena bangun pagi, tapi tidak le pagi sangat macam dulu. Cik Din masih bekerja, tentu sekali Auntie kena siapkan breakfast untuk dia. Cik Din memang kena isi perut dulu sebab nak makan ubat, kalau tak makan kat rumah terpaksalah dia bawa ubat ke ofis, sarapan disana kemudian telan ubat.

Auntie memang jarang sangat bangun lewat, kalau lewat pun dalam pukul 6.30, namun sekali sekala ada masa terbabas juga. Kita nak sembahyang subuh kan?...takkan pukul 8.00 baru nak bangun....tu dah kira bersiap nak solat Dhuha le pulak.

Pagi ni hujan pulak turun, ni, masih tak berhenti lagi. Auntie dah siap mesin kain lepas solat subuh tadi. Pagi semalam sempat le Auntie menanam pokok kunyit. Salin cadar katil, kemas-kemas bilik dan basuh bilik air.

Hari ni cadangnya nak nak kemas bilik En. Amir pulak. Dia kemas jugak sendiri, tapi, cara dia lah.

Dah ada kat rumah ni, kena pastikan ada kerja yang nak dibuat bagi mengelak keboringan.

Oleh kerana Auntie bersaorangan saja kat rumah, kerja memasak Auntie buat waktu petang. Itu pun kalau Cik Din kata dia nak makan malam, kalau tidak, Auntie masak ringan-ringan saja untuk kami makan malam, tak pun tak masak langsung....ha!...ha!...makan buah-buahan saja.

Senang hidup makcik kan??

24 comments:

irenewynn said...

Welcome to the world of 'ladies of leisure'.. Kot2 nak g mana2, calling2 lah. Nanti i jemput u and we can go.

Wynn

pB said...

salam


seronoknya


dah tak perlu kalut kalut meredah jem

~adeQ~ said...

heavennya kak yan.....jaga diri, jaga kesihatan....ada masa kita jumpa k...

Sya said...

Bestnya kak Yan... tak yah keja dah .. selamat bersara kak yan

Hjh Noralenna Abbas said...

Cik Yan dah tukar post...jadi Home Manager pula! Selamat menjalankan tugas!

aNIe said...

Kak Yan... hari tu anie kat Melaka...nak komen kat entry lepas skali tengok internet dah padam...

HAPPY BELATED BIRTHDAY kak...

Selamat bersara... dan selamat berehat kat umah...hehehe

Pnut said...

nanti bila cuti leh pi tengok wayang dengan kak yan... kan..kan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

selamat bersara kak Yan, moga-moga kehidupan baru ini tambah mengembirakan ya..

oren said...

jeles..jeles..

AuntieYan said...

Salam Irene,

Wah! mengoffer diri...ha!...ha!...terima kasih. Insyaallah at least, kalau emergency, Kak Yan tahu where to turn to. :-)
Buat masa ni tengah pening-pening lalat lagi. Ada banyak benda nak settle kat rumah ni. Ada part rumah yang perlu direpair. Dulu susah nak buat sebab tak ada orang kat rumah nak monitor.

Thanks Irene.

AuntieYan said...

Salam pB,

Ya, memang seronok, tak payah nak bersilat setiap pagi.
Tak payah nak pening dengan hal ofis....yeyeyeeeyyy!

AuntieYan said...

Salam Syidah,

Insyaallah nanti kita jumpa ok?

AuntieYan said...

Salam Sya,

Terima kasih. Kalau dah kat rumah sibuk hal rumah pulak, tapi tak pe boleh buat bebila suka...kalau malas, tak payah buat langsung!!! ha! ha!

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Saya sekarang sedang nak suaikan diri dengan jadual baru. Kalau tak buat jadual, mau saja masa berlalu sia-sia, tu yang saya rakut.

Saya dapat hadiah buku dari sorang kawan, bagus buku tu.Harap saya dapan gunakan masa dengan baik.

AuntieYan said...

Salam Anie,

Terima kasih.:-)

Rasa lega sangat ni, harap Kak Yan lebih sihat dan gumbira hendaknya.

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

He! he! tak tahu le boleh masuk panggung ke tidak lagi nih?...dah lama sangat tak tengok wayang.
Senang-senang call le, kalau ke Bangi tu mai singgah. :-)

AuntieYan said...

Salam Yatie,

Alhamdulillah, otak dah kurang serabut, kepala dah rasa ringin.Insyaallah rasa lebih tenang.

AuntieYan said...

Salam Oren,

Ha! ha! jangan jeles, Auntie dah 34 tahun kerja...la ni masa untuk berehat & beronggeng! ;-)

Nek Rock said...

Cak AY, salam,

Selamat bersara and wish you a happy belated birthday AY, muahh

AuntieYan said...

Salam Nek Rock,

Wah!!!! terharu rasanya dapat ucapan dari orang jauh...terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan Nek sentiasa bahgia dan busines bertambah maju.
Saya selalu jugak pi cuci mata..ha!...ha!

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Tak cerita lagi apa hadiah dari Cik Din untuk birtday AY nih...hihi

AuntieYan said...

Salam TT,

Ha!...ha!...dia belum bagi apa-apa pun...AY tak kisah, dia kata belum gaji la....hemmmmmm...tapi malam tadi kami pi makan satay...:-) tu pun dah ok bagi AY.

ibundo said...

sekarang ni hujan je pepagi kan. Mintak2 sukan tadika nanti cuaca baik..
yan, releks nampak..

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Pagi ni pun hujan lagi. Kejap redup, kejap panas.

He!he!...banyak jugak kerja kat rumah ni...tak habis-habis. :-(