Tuesday, August 05, 2008

Kursus Practical English.

Hari ni Auntie kena menghadiri kursus. Tahun ni, memang satu kursus pun Auntie tak pergi. Nak diikutkan dalam satu tahun setiap pegawai gomen ni wajib mengahdiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari, lebih tak pe.

Memang sejak dari dulu lagi, Auntie malas betul nak berkursus ni. Bukan apa boring yang amat dok dalam kelas dan fokus kat penceramah...ramai yang memboringkan tersengguk-sengguk kami yang terpaksa dengar apa yang dia ceramahkan. Ada tu langsung tak de skill sebagai penceramah...main baca nota je atau dok pasang slide...oooo boring sungguh. Itu dulu...jaman 8o an, 90 an. Masuk tahun 2000, ramai penceramah dipanggil dari syarikat-syarikat yang offer service berbagai topik kursus eg. pengurusan dan motivasi.

Bagi Auntie yang dah esok lusa saja nak pencen, lebih suka kursus-kursus yang bukan berkaitan dengan tugas...he!..he!....(errr...tugas2 sumua dah terrer!!)

Ha, hari ni Auntie nak pergi kursus yang bertajuk " Practical English For Frontliner"...walaupun Auntie ni bukanlah bertugas di frontdesk atau seangkatan dengan nya... he!...he! saja nak tengok apa yang yang depa ajar...yang penting, dapat le 3 hari kursus. Kena cari 4 hari lagi untuk cukupkan 7 hari.

Wokeh, Auntie nak pergi dah ni, kursus start pukul 8.00 pagi...Tempatnya kat bangunan sebelah je.

Pssstttt....makan minum disediakan ......tu yang bestnya!!!!

Friday, August 01, 2008

Sub-Tittle

Dah 1 haribulan Ogos rupanya hari ini. Pepagi lagi Auntie dah wish Happybirtday pada adik Auntie yang telah mencapai usia 50 tahun. Alhamdulillah!.....ada orang tak sempat nak sampai usia 40, dah di jemput Allah. Sama-sama kita doakan agar usia kita dilanjutkanNYA. Amin

Auntie baru saja balik dari Dewan ni. Ada ceramah sempena Israk & Mikraj. Seorang Ustaz dari Pejabat Agama di jemput untuk bagi ceramah berkenaan. Ceramah ini adalah dalam program Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diadakan sebulan sekali.
Sedikit sebanyak ceramah yang diberikan itu dapatlah juga memberi keinsafan dihati Auntie ni. Hati pun sebenarnya memerlukan 'baja' barulah dia akan subur..sekali dengar ceramah, sekali rasa insaf...dah lama tak dengar, balik semula tak sedar diri Auntie ni...(Ya Allah ampunkanlah dosa aku ni!)

---------------------------

Ni cerita lain pulak.

Auntie ni kan , sejak sakit lutut dan sejak lepas operation dulu lebih banyak berehat dan buat kerja-kerja ringan saja kat rumah.( kerja rumah yang berat??...mungkin: mengemop lantai, menyuci kipas angin--yg tergantung kat siling tu.membasuh bilik air menyental toilet dll.) So, kerja Auntie masak, yang senang-senang, sidai baju, gosok baju, lipat baju...menyapu rumah...cuci pinggan mangkok. Semua ni kerja ringan sajakan?...yang mana boleh di buat sambil duduk, Auntie duduk lah.

Sambil lipat baju atau gosok baju, sambil lah nonton TV. Masa MC lama dulu, puas le Auntie menjegilkan mata kat TV tu...sampai...kalau TV tu boleh bercakap, mungkin dia akan kata" makcik tak penat ke tengok TV nih?? Tapikan, kalau tak tengok TV, sure Auntie tidolah pulak kan??...At least, tengok TV lebih baik dari tido lah kan? Tengok le program yang memberi manafaat, jangan asyik tengok hiburan je....

Antara yang Auntie suka nonton, tentulah drama-dram ni...berbagai slot le pulak, Akasia lah, cerekarama lah, cinetron lah berbagai. Sekarang ni pulak, drama-drama Indon ni punyalah banyak. Buka satu Channel, Indo, bukak lagi Indo...RTM* TV3#, ASTRO* ...sama saja. Patut le maid-maid Indon makin malas nak buat kerja!.Pagi pun ada cerita Indon ni, ibu-ibu pergi kantor, bibik-bibiknya nonton cinetron.

Tadi, masa sessi soal-jawap lepas ceramah, adalah sorang hamba Allah bertanya Ustaz minta pandangan Ustaz tentang program TV...katanya terutama TV3#. Kadang-kadang, Auntie pun heran le apasal le orang suka tanya macam tu...tak payah tanya Ustaz le kalau itu bentuk soalannya. Auntie pun boleh jawap.
Jawapan Ustaz...(macam jawapan Auntie rupanya)...."TV ni sekarang, bukannya ada satu channel saja....berchannel-channel..tepuk dada, tanyalah selera nak tengok yang mana? kalau rasa tak suka tengok hiburan, ubah saja channel lain...tak pun onkan saja channel CNN tuh...habis cerita" keh!..keh! pandai Ustaz nih.

Laa...Auntie ni sebenarnya nak cerita benda lain, dah merapu ke lain pulak.

Ok....

Auntie ni, bila tengok drama tu Auntie suka jugak tengok sub-tittlenya. Kalau cerita Melayu, tentulah sub-tittlenya bahasa Inggeris kan. So, satu petang , sambil nonton sambil minum...nak tersedak Auntie dengan alih bahasanya:

i) "....oh!....please don't talk in circle..."

ii) "em.... don't worry...just us two".

Apalah gamaknya dalam bahasa Melayunya cuba teka...... :-) :-)

Wednesday, July 30, 2008

Seruan Ilahi.

Semenjak dua menjak ni, malas betul nak update blog. Bukan tak de yang happening yang nak diblogkan, tapi...ya ampunnnn...malassssnya!!!!!

Yang Auntie rajin sesangat ialah blog hopping, merata Auntie pegi, berbagai blog Auntie jumpa. banyak yang menarik rupanya, idak le aktiviti yang kita-kita selalu buat tuh...balik-balik berjumpa, makan. (Habis kalau tak jumpa dan makan tentu tak bestkan)

Semalam Auntie terkejut yang amat sebab baru je nak berkenal dengan tuan punya blog, dia pulak telah pergi menyahut seruan Illahi!...tak sempat pun Auntie tinggalkan komen di blog dia...baru nak selidik-selidik latar belakangnya. Dia meninggal pada 22 Julai 08, last entry dia pada pada 21 Julai 2008, sehari sebelum dia dijemput pergi.

Kalau nak baca kisahnya sila lawat ke chahyacandle.blogspot.com

Sape nak ke blog dia boleh le pergi ke dearshera.blogspot.com--- sheracuppacoffee

Begitulah hidup ini. Hanya Allah saja Yang tahu apa yang akan terjadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarhamah Shera Binti Ghani, Al-Fatihah untuknya.

Tuesday, July 15, 2008

Dah ok....

Jim dah ok. Auntie pun dah ok, dah tak naik angin lagi :-)

Jim mengaku kalah keesokkan harinya.

Masa Auntie balik rumah basikalnya tak ada bermakna dia keluar. Mungkin ada kokorikulum. Hampir maghrib baru balik. Auntie buat tak tahu. Ayahnya tanya mana pergi. "kelas komputer" dia jawap dan terus lari naik ke bilik. Lepas maghrib dia tak turun. Selalunya dia akan mengadap Auntie untuk mengaji quran.

Auntie siapkan makan malam dimeja. Tak lama lepas tu dia turun sambil senyum kat Auntie. "Mak nak minta maaf" sambil hulur tangan dan tanya "boleh peluk mak?"...Auntie hulur tangan dan peluk dia "lain kali jangan buat lagi"

So, tamat lah rajuk si Jim.

Malam tadi dia bukan main happy .......Auntie belikan dia telefon baru. Telefon dia En. Amir pinjam, telefon En. Amir pulak dihantar repair sebab rosak.Dah seminggu lebih belum pulih lagi.
Jim memang susah hati kalau En. Amir guna telefon dia. En. Amir ni ganas sikit. Dia main campak-campak je telefon tu sana sini. Manalah telefon dia tak rosak walaupun lebih baru dari Jim punya. Jim pulak memang cermat. Telefon dia memang nampak masih baru walaupun dah hampir dua tahun dia guna. So, meleret lah senyuman Jim malam tadi. Auntie terbangun ke bilik air pun dia masih belum puas membega telefon barunya.

---------------------------------

En. Amir pulak dah memulakan semester limanya. tinggal lagi satu semestar. Harap-harap dia belajar bersungguh-sungguh supaya GPAnya akan bertambah baik. Dia cuma dapat 2.95 bagi semester lalu. Sodih mak tau!!!...bila gamaknya depa ni nak cemerlang sikit. Mak doa sajalah.
Dengan point yang macam tu pun ada jugak dia berangan dan sambung ambil degree pulak...insyaallah mudah-mudahan termakbul.

-----------------------------------

Dah lama Auntie tak cerita pasal Anja kan?...dia macam dialah...baru saja dia balik semula ke rumah sewanya di Cheras setelah berkampung di rumah Auntie selama hampir tiga minggu. Asalnya dia terlupa bawak kunci rumah, teman rumah 2 orang pergi outstation ke S'pore, terpaksa lah dia balik rumah Auntie. Dah lama duduk dengan Auntie dia kata best pulak...apa tidaknya kenkadang Auntie tolong isi tangki minyak kereta dia. Mak memang lomah dengan anak-anak ni....merayu sikit je dah cair!!! cis!!! Kebetulan masa Anja ada, En. Amir masih bercuti, penuhlah korom kat rumah tu...maka sibuk le Auntie memasak itu ini bila dah ramai.

Sekarang dah sunyi balik, kami tinggal bertiga.

Auntie dalam proses nak pujuk Anja tinggal semula dengan Auntie.Dia macam setuju jugak, tapi tak tahu bila. Insyaallah kalau dia tinggal dengan Auntie boleh le simpan duit sikit. Kalau tak menyimpan macam mana nak kawin kan??...

-----------------------------------

Cik Din???...he!...he!...macam tu lah dia. Tak banyak kerenah. Kesihatannya pun maintain. Tiap petang dia berjalan keliling perumahan kami. Berpeluh la jugak. Kalau Sabtu dan Ahad dia akan ke stadium kecil tu untuk exercise.

--------------------------------------

Auntie pulak??..so, so...lah. Nak kata sakit, sihat jugak, nak kata sihat....kenkadang tu sakit juga.
Lutut kanan yang di operate tu dah ok sesangat. Lutut kiri pulak yang dok bagi masalah....ada masa sakit sangat, ada masa ok. Insaallah Jumaat ni Auntie akan jumpa pakar orthopedik, tengok lah apa dia kata.

Sekian.

Thursday, July 10, 2008

Report Card

Dah lama Auntie tak mengamuk. Bukan le mengamuk bawak parang keliling kampung...oh! tidak.

Auntie naik angin sebab anak manja Auntie Si Jim. Dia ni memang hidupnya happy saja maklumlah tiada apa yang nak dipikirkan selain daripada pergi sekolah, balik sekolah setiap hari year in, year out. Nak duit, kita bagi, nak itu ini kita consider lah...kalau mak ada duit, dapat le....ada masa dia bedek ayah dia, maka, kalau ayahnya ada duit, dapatlah apa kehendak hatinya.

Dia memang anak yang baik...(bukan nak puji...insyaallah terus-terusan lah baiknya tu). Sejak kami pindah ke BBB ni dia memang memerap di rumah saja..main video games atau petik gitar atau nonton TV. Sekali sekali dia main futsal dengan kenkawan sekolahnya. Dalam sebulan sekali dia jamming dengan geng dia kat satu studio dekat dengan rumah.

Kan ke bebudak sekolah ni periksa setengah tahun baru-baru ni...(idak le baru sangat kan?).Kat ofis Auntie heboh juga lah mak-mak dan bapak-bapak minta izin bos nak ke sekolah anak, nak ambil report kad. Auntie pun tunggu masa saja bila Jim nak bagi tahu kami untuk ambil report kad dia. Satu hari Sabtu, sekolah kat depan rumah Auntie pun ada hari untuk ambil report kad.
Auntie pun macam heran jugak...apasal Jim tak bagi tahu bila patut kami ambil kad dia. Bila ditanya dia kata " tah...Cikgu tak bagi tahu lagi"...so, Auntie diamkan saja.

Malam tadi..tah macam mana Auntie teringat pulak pasal report kad ni. Auntie tanya dia bertubi-tubi...memula dia kata cikgu tak bagi tahu lagi...Auntie pun cakap dengan dia .."ok, esok mak akan telefon sekolah dan tanya pasal apa sekolah tak panggil ibu bapa ambil report kad"
Berubah muka dia...dia kata " tak payah le...sebenarnya dah kena ambil pada hari Sabtu masa kita balik kampung"! "habis kenapa tak bagi tahu?...boleh ayah pergi ambil sebelum kita gerak ke kampung?" Terkebil-kebil dia tengok muka Auntie sambil senyum-senyum. Dia jarang tengok Auntie marah...jadi mungkin dia ingat biasa saja. " Jim!!! maka marah ni!" kata Auntie sambil mencapai hanger lalu....kelepok! kelepok Auntie tibai betis dia. Barulah dia tersedar dari lamunan dia. Dia beralih ke meja makan..Auntie pot-pet, pot-pet ikut dia.

Gerammmmmmmnya...!!! rasa dah tak dapat nak kontrol marah. Yang Auntie marah tu sebab dia tak bagi tahu...yang cikgu pun satu hal jugak...dah budak tu report kadnya tak bersign kenapa tak inform parent, call dan tanya sebab apa tak datang. No. telefon parent berkali-kali depa mintak...masa macam nilah nak digunakan nombor tu..kan?? Nak kata depa tak perihatan kang marah pulak. Bila jadi macam ni mak bapak pulak dicop tak ambil tahu pasal anak.

Auntie akui yang salah tu anak Auntie. Sambil Auntie pot-pet tu berderai juga air mata...bukan apa kesal dengan sikap anak. Jim kata dia malu sebab ada subjek dia markah rendah. Bagi diri Auntie ni tidak le nak expect anak-anak mesti dapat A berderet-berderet, jadi pelajar terbaik, jadi pelajar contoh...tidak..kalau anak belajar bersunguh-sunguh, tekun, rajin pun Auntie dah cukup bahagia. Nak buat macam mana kan...anak orang pandai-pandai...anak kita ala-ala je. Auntie bersyukur..kalau nak di bandingkan dengan anak d/syndrom, maka anak Auntie adalah berkali ganda baiknya. Syukur!

Auntie rasa kecewa anak buat macam tu...Auntie katakan pada Jim yang dia seolah-olahnya menganggap dia dah tak ada parent....atau dia malu cikgu tengok mak ayahnya yang dah tua!...isyyy...tu yang buat rasa sayu dan sedih ni...

Lepas makan Jim naik tidur. Pagi tadi, bila bangun dia terus mandi, tak macam selalunya dia akan turun dan b.fast dulu bersama kami. Merajuk le tuh. Pergi sekolah pun lebih dulu daripada kami.

Aduhai! anak ku!

Tuesday, July 01, 2008

Mak.



Auntie balik kampung pada hari Sabtu lalu. Sempat lah tidur 2 malam di rumah mak. Melihat mak yang semakin tua hati rasa sayu dan pilu. Mak Auntie ni, kalau dilihat memang dia agak sihat cuma dia sedikit bongkok dan ada ostoporosis. Ini membuatkan pergerakkan dia agak terbatas. Sihat tubuh badannya. Sihat orang tua tidaklah sama dengan sihat orang muda kan.

Walaubagaimana pun syukur Alhamdulillah, dia masih tidak nyanyuk cuma kenkadang sedikit pelupa (itu, kita pun samakan?) Mata dia ok, tapi kena pakai cerminlah kalau nak membaca. Pendengaran dia tu...ada masa macam dia tak berapa dapat tangkap apa yang kita cakap, so, kena ulang sekali lagi.

Yang Auntie risau ni dia selalu membuatkan fikirannya runsing. Selalu fikir yang bukan-bukan. Teramat risau dengan sesuatu perkara. Tidak yakin dengan orang.

Selalunya, pintu pagar rumah dia adik Auntie atau cucunya yang akan kunci bila malam menjelang...tetapi dia tetap juga nak check samada dah berkunci atau pun tidak. Begitu juga dengan pintu rumah. Kenkadang kita dah nak tidur, boleh dengar tongkat dia tap, tap, tap bergerak menuju pintu nak pastikan benar-benar dah kunci.

Selera makan dia ok. Pagi dalam jam 9.00 dia akan minum kopi dengan beberapa keping biskut ping-pong. Dalam pukul 10, dia akan makan quaker oat pula. Dia suka makan ulam dengan nasi, malam pun macam tu juga. sebelum tidur dia akan menelan beberapa vitamin dan minum segelas susu.

Pada hari Auntie sampai tu, dia memang terkejut sebab Auntie tak bagi tahu dia yang kami akan balik. Riak wajah dia memang gembira walau pun terkejut.

Malamnya Auntie sembang panjang dengan dia. Macam-macam ceritanya.

Mudah-mudahan mak Auntie terus sihat dan dilanjutkan usianya. Amin

Friday, June 20, 2008

Kecurian

Auntie memang sampai awal ke ofis. Selalunya belum pukul 7.00. Sampai je terus onkan PC kemas-kemas diri sikit...touch-up sikit...ada masa tak sempat pun nak berbedak..selalunya berbedak dalam kereta. Tu sebab ada masa, bila sampai ofis, dalam lift baru perasan tudung senget la, tudung terbalik la. Dah selesai semua tu, Auntie baca apa yang patut selalunya baca Quran sementara nak tunggu pukul 7.30 time mula kerja.

Tetiba SMS masuk...eh awalnya...sape pulak ni?...."kete kena curi!". SMS dari adik Auntie yang tinggal kat Cheras tu..macam tak percaya je. Auntie terus talipun dia, dia kat balai polis tengah buat report. Memang pencuri kereta ni pro sungguh. Kete tu park dalam pagar rumah. Gate berkunci, kete pulak siap lock dan beralarm bebagai. Tentu pencuri ni buat kerja memalam sedang kita sedap tidor. Kata adik Auntie dia langsung tak sedar, bila bangun pagi ,buka pintu, kete dah lesap. Gate pulak langsung tak ada bekas kena ketok ke hapa...elok je mangga disangkut semula. Mungkin depa ada sendiket curi kete baru. Kereta tu adik Auntie pakai baru 7
bulan dia beli baru Honda CRV model baru tuh...

Apa nak dikata, mungkin bukan rezeki dia.

Harap kita semua berhati-hatilah. Sebulan lepas jiran kawan Auntie kehilangan kereta semasa dia berhenti sembahyang di R & R Tapah. Hairan jugak ye?...orang-orang yang kerja mencuri ni...depa dapat rezeki atas kesusahan orang lain.

Sama-sama lah kita doa, insyaallah adik Auntie dapat semula keretanya.
-----------------------------------------

Wednesday, June 18, 2008

56.....56....56....



Minggu lepas kami diberi penerangan berkenaan pencen. Option paper pun dah diedar untuk ditanda-tangan bagi sesapa yang nak nak pencen pada usia 58. Yang tak sign bermakna akan pencen pada 56. So, Auntie dah buat keputusan untuk pencen di usia 56.


Lain kali up-date pepanjang , la ni tengah sibuk.!!!!!uuuuwaaaaaaaaaa!


--------------------------




Friday, May 30, 2008

Dalam Dilemma....

56 ke?....58 ke? 58 ke? ...56 ke?...adui! pening memikirkan nya..ada baik ada tak baik nya.

Baru-baru ni kerajaan telah meluluskan permintaan CUEPE*C untuk melanjutkan lagi usia persaraan kakitangan kerajaan daripada 56 tahun ke 58 tahun. Ramai yang suka, ramai juga yang tak berapa happy. Banyak faktor-faktor yang boleh di debatkan. Auntie sendiri sampai sekarang masih dalam dilemma...nak pencen masa usia 56 atau usia 58. Kami masih belum terima option untuk ditanda tangan. Bila Auntie tanya Cik Din, dia kata suka hatilah nak pilih yang mana.

Kalau Auntie pencen pada usia 56 maka :

1. Tak payah dah nak sibuk2 bangun seawal jam 5.00 pagi, memasak bebagai. At times berpeluh2 Auntie kat dapur sebelum nak bersiap ke ofis.

2. Ada banyak masa kat rumah. Boleh le nak buat sesuatu yang tak sempat nak buat ..umpamanya hobi menanam dan berkebun. Menghias rumah dll.

3. Tak payah nak sibuk-sibuk nak pikir nak pakai baju apa nak ke ofis.

4. Tak payah nak beli baju baru selalu.Setahun sekali dah ok.

5. Boleh memasak untuk keluarga dengan sempurna. Tak le main bantai suka hati je nak masak apa. Boleh tanya ahli keluarga depa nak makan apa. (kalau tak, tak berani nak tanya,..kang berbagai menu pulak yang keluar)

6. Boleh le beramas mesra dengan jiran-jiran.

7. Boleh le join aktiviti wanita....macam join kumpulan marhaban, kumpulan nasyid, masuk kelas tajuwid.... kelas Tai-chi dll.

8. Rasa seronok kalau ada kenkawan nak datang rumah...kalau tidak, risau je...bukan apa, bila kawan datang tetiba. rumah tunggang-langgang.....kain tak lipat bertimbun atas sofa, rumah bersawang sana sini...bilik air tak sempat cuci....adui!

9. Boleh le selalu jenguk orang kampung. Tak payah nak pikir cuti tinggal berapa hari.

10. Yang penting sekali....adalah masa untuk buat lebih amal ibadat...idak le , salam mualaikum kanan, salam mualaikum kiri, terus je bangun...malaikat pun terkejut " ai?? tak de doa-doa dulu ke?" katanya.

11. Yang tak bestnya....duit dah berkurangan....

---------------------------------------------------

Mai kita tengok kalau Auntie pencen pada usia 58.

1. Pada usia 58, rasanya kudrat dah kurang, permikiran pun dah lemah, cepat lupa, cepat letih, cepat boring...mood selalu hilang (Auntielah ni...) Kat ofis pun pegawai muda-muda dah ramai, yang senior tiggal beberapa kerat. Ada gap le pulak antara yang senior dengan yg. junior. Tak dinafikan masih ramai lagi yang bersemangat.

2. Tahap kesihatan semakin membimbangkan...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dll....dok bersiap sedia nak attack. Dengan Auntie yang mempunyai besi dalam lutut, aduhai, banyak benda yang terbatas.

3. Yang harunya....kedut-kedut dah penuh muka...bebudak muda dah serba salah..."kakak" ke "Makcik". Nak panggil Kakak...nampak macam dah sebaya mak depa,....nak panggil Makcik...macam tak sesuai pulak...dah orang muda pulak didalam dilemma.

4. Yang bestnya...duit masuk..masa tu hutang -hutang dengan gomen pun dah langsai...dah boleh dapat gaji penuh plus segala elaun...anak-anak dah besar..dah takde nak tanggung sapa lagi.
boleh gi melancong. Insyaallah.

Apa-apa pun semuanya bergantung dengan ketentuanNya, kita hanya merancang. Mudah-mudahan Auntie diberi kesihatan yang baik dan panjang usia...Amin.
----------------------------

Wednesday, May 21, 2008

Bandung/Jakarta


Sejak balik dari Indon, banyak sungguh kerja yang perlu dibereskan. Kalau dulu Auntie hanya bertanggung jawab menjawab segala pertanyaan awam, kini bos Auntie dah bagi satu lagi tugas ia itu menyelaras segala kursus, bengkel dan seminar pulak. Tidak le susuah mana pun, tapi alahai benda remeh temeh. Apa-apa pun dah jadi tugas kena lah pikul jugak kan?


Nak cerita ke pasal lawatan ke Indon dulu tuh? Cerita sajalah kot daripada apa cerita pun tarak.


Ok. Auntie ke Indon bersama rakan pejabat. Ada juga yang bawak spouses memasing, ada bawak anak, kakak, abang dan adik. Auntie pergi secara solo. Kang bawak Cik Din sapa pulak nak jaga Jim kan? Flight kami pukul 4.00 ptg. tapi dah ada kat airport pukul 1.00 tgh. Sebelum pergi Auntie dah isi perut dulu, maklumlah tak mampu nak makan kat KLIA tu semua jenis makanan reganya dah naik berkali ganda.
Kami naik Dutch Airline. Memang besar lah pesawatnya...dua tingkat lagi...first time Auntie naik k/terbang besau..... hampir dua jam di angkasaraya, sampai le kami ke Jakarta. First time juga Auntie mencecah kaki ke bumi Indon. Jauh beno bezanya airport dia dengan airport kita...he!...he!...rasanya macam airport KB saja..... :-) tak besar mana!
Dah namanya pun rombongan...bila sampai, ada saja yang lambat untuk ke tempat berhimpun...puas lagi kami menunggu Pak We sorang ni, tah mana sesatnya...hampir satu jam jugak dok tunggu dia...yg heran tu dia ni bukan tak pernah keluar negeri. Oleh kerana insiden ni, lambat le pulak kami berangkat ke Bandung...pukul 9.00 malam baru le dapat bergerak. Perut memasing dah berbunyi, nasib baik le kami gi makan dulu sebelum begerak ke Bandung.

Aduui!...2 jam lagi nak ke Bandung tu. Hari dah malam, maka tak le berapa nak nampak keadaan sekeliling.

Hampir jam 12.00, baru le sampai ke hotel, check-in...solat, terus le tidur. Indon ni time dia lewat sejam dari time M'sia. Pukul 4.30 dah masuk subuh...5.30 dah kira subuh gajah dah...pukul 6.00 pagi dah terang benderang! Satu yang Auntie tak berapa berkenan about this hotel, ialah banyak sangat di pamerkan patung....atas meja patung, kat dinding patung..kat pintu pun ada patung...Ciss!










Hotel Sukajadi, Bandung Antara patung-patung

Esoknya lepas b/fast kami menuju ke Tengkuban Perahu...satu kawasan tinggi dimana terdapat kawah gunung berapi. Sebaik saja kami turun dari bas, kami telah di serbu oleh para penjual yang bersepah menunggu pelancong. Macam-macam yang depa jual. key-chain, baju, buah strawberry, angkelung kecil, rantai dll. Sebelum kami turun bas, agen pelancong dah pun bagi tahu sedikit sebanyak cara-cara nak menawar barang, tawar sehingga separuh harga.

Agen pelancong kami nama Pak Ali...memang kelakar habis dia ni...dia boleh bercakap tanpa henti..dari hotel sampai destinasi ada saja yang dia cakap...di selang seli dengan nyanyian.

Di Tengkuban Perahu ni cuaca nya sejuk...lebih kurang macam Fraser Hill atau Cameron Highland. Nyaman udaranya..dapat lah kami melihat kawah gunung berapi yang masih lagi berasap. Adalah lebih kurang dua jam kot kat situ. Dari situ kami dibawa kesebuah tempat makan untuk lunch. Kat situ juga ada kolam air panas. Selesai makan dan solat, kami pergi pulak merendam kaki di kolam air panas.


Dalam pukul 3.00 lebih kurang kami ka Kantor Pengairan Bandung..ada sikit taklimat, tukar-tukar cenderahati...lepas tu bos-bos ada perlawanan golf...kami anak buah di lepaskan kat kawasan factory outlet untuk shopping sampai petang. Lepas dinner balik hotel semula.

Dua malam di Bandung.

Esoknya lepas b/fast, kami mula mengangkut beg-beg kebawah untuk check-out. Selesai urusan check-out, kami dibawa ke Pasar Pagi....ingatkan pasar pagi tu macam pasar malam kat tempat kita lah...rupa-rupanya ia adalah tempat membeli belah yang bertingkat-tingkat...macam Pasar Payang kat KT tu lebih kurang tapi tersangatlah ramainya orang. Maka bermula lah acara shopping menyoping... macam-macam ada, dan murah-murah... Auntie ada le membeli sesikit...jeans, jaket, kain, blouse dll.

Selesai kat situ (4 jam shopping) kami bergerak ke Jakarta pulak. Lepas dinner barulah kami check-in hotel Ibis, Mangga Dua. Malamnya kami sibuk pula packed barang, dari satu beg dah jadi 2, 3 beg pula. Esoknya lepas b/fast kami di beri sedikit lagi masa bershopping sebelum berangkat ke airport pada pukul 2.00 ptg. Kami tak melepaskan peluang...di seberang jalan memang dah ada satu komplek untk membeli belah...Auntie pun pergi sama untuk menghabiskan beberapa ribu Rupiah lagi yang tinggal. Beli itu, beli ini...masih ada lagi duit Rupiah ni...



Jam 2.00, kami check-out, terus menuju ke rumah makan dan langsung ke airport. Kami berlepas meninggalkan Jakarta pada jam 6.00 ptg.
Lebih kurang jam 8.00 malam sampai le ke KLIA .
Hotel Ibis Mangga Dua.
Setelahberada di Indon selama 4 hari, Auntie dapat membuat kesimpulan seperti ini :

HUJAN BATU DI INDON,HUJAN INTAN BERLIAN DI M'SIA.... (lu pikir le sendiri)
Patut le ramai PATI kat M'sia ni.




Tuesday, May 06, 2008

Aku seorang Jutawan.

Dua tiga hari ni Auntie dah jadi jutawan....ada duit berjuta...bestnya!

Sayang, juta-juta Rupiah je!

-------------------

Wednesday, April 30, 2008

Tabung Arnab.

Assalamualaikum,

Sejak Auntie dah mula kerja ni, Auntie agak sibuk.Dah ada tambah tugas. Tak kisah le, ada kerja lagi bagus masa tidak berlalu begitu saja.

Minggu depan, insyaallah Auntie akan ke Bandung...ada lawatan teknikal (sambil makan angin dah perabih duit) .Mulanya Auntie tak nak pergi disebabkan faktor kewangan...tapi dah ramai pulak yang dok membatu api suruh pergi, Auntie pun tukar fikiran. Kena pergi juga, rugi kalau tak pergi, depa kata.

Jadi.....sekarang ni Auntie tengah dok korek-korek tabung arnab. Kata kawan Auntie tak perlu bawak duit banyak....janji sampai dan dapat begambo dah le.... :-)

Kalau ada sapa-sapa yang dah sampai Bandung tu, boleh le bagi sekit tips kat Auntie....

------------------------

Monday, April 21, 2008

Happy 28th. Anniversary!!!

Semalam 20/4, genaplah 28 tahun rumah-tangga Auntie. Syukur alhamdulillahm segala ombak dan badai berumah tangga telah diharungi dengan jayanya. Adat berumah tangga ada pahit ada manisnya.

Seingat Auntie le, dalam 28 tahun tu, tak pernah le kami bergaduh besar, walau pun gaduh tetap ada. Selalunya kami cepat-cepat cool down sebelum pergaduhan menjadi lebih besar. Agak-agak dah semakin 'hot' salah sorang mesti kena beralah.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, alhamdulillah...memang dah sangat kurang gaduhnya...mungkin kami dah lebih matang dan dah terlebih memahami perangai masing-masing. Tanyalah pasangan yg. dah kawin lebih drp 20 tahun....memang dah kurang gaduhnya.

Yang kelakarnya, Auntie dan Cik Din langsung tak ingat tarikh tu...dah petang barulah terperasan... jadi, jangan le nak tanya apa celebrationnya...apa hadiah nya....apa pun tarakkkk!.

Siaannn Auntie kan.... :-(

Kata Cik Din, semua tu tak penting...yg.penting semuanya aman dan nyaman....ye leh tu....

Jauh disudut hati : Moga-moga Allah kekalkan kebahgian kami hingga ke akhir hayat. Amin!

Monday, April 14, 2008

Dah kena kerja...

Auntie dah mula kerja hari ni. Rasa excited semacam le pulak, maklumlah dah cuti begitu lama. Memang lama...MC Auntie bermula pada 8/11 hingga 31/1/2008. Kerja dua tiga hari, ambil cuti tahunan...kemudian masuk wad semula pada 14/1/08 bermula lah MC hingga 12/4/08.

Alhamdulillah lutut yg dibedah (lutut kanan) beransur pulih, dah tak bongkok lagi bila berjalan. Harap-harap lutut sebelah kiri tu tak perlu di bedah.

Sampai di ofis pagi ni rasa macam budak baru...nasib baik ingat lagi dengan password PC ni.. :-)
Yang mula sekali di buat adalah menjengok blog kenkawan...dah tengahari baru le buka blog sendiri....kepada yang beri komen tu terima kasih saja. Yang Auntie seronok bila tahu yang blog Tuan Alang masih Auntie dapat tatap...!

Bos Auntie, Tn. Hj. S tak de le pulak hari ni...tah mana dia pergi, cuti kot?...tak pun dia outstation.
Suka hati dia le....Banyak le masa untuk Auntie nak godek-godek apa yang patut....ahhhhh!...nasib baik teringat.....isi borang cukai!...nasib baik le...dengan adanya sistem e-failling ni...Auntie ambil masa tak sampai 5 minit pun.... :-) apa laa yang susah sangatkan...
Ingatkan Auntie yang lambat...rupanya ramai lagi yang buat tak kisah...baru dok tanya macam mana nak dapatkan Pin No... hemmmm... yang bestnya....Auntie macam tak kena bayar cukai saja, harap-harap betul le apa yang Auntie kira tu.....ha..ha...tahun lepas Auntie dapat duit pulak lagi.

Perut dah mula lapar ni....untuk kali pertama selepas cuti panjang, ini sajalah dulu.

Assalamualaikum.

Thursday, March 13, 2008

Rindu weh!!

Lama sunguh Auntie tinggalkan blog ni. Maaf kepada sesiapa yang berkunjung tapi masih dengan cerita lama.

Hari ni Auntie datang ke ofis untuk membereskan beberapa urusan pejabat dan juga nak collect surat-surat. Tak ketinggagalan mengambil kesempatan menjengok blog-blog yang sangat dirindui....mungkin tak de sapa yang rindu kat blog Auntie, tapi Auntie ada banyak blog yang Auntie rindu sangat........

Yang dah kenal Auntie (blog Auntie) tentu nak tahu perkembangan diri Auntie setelah selesai pembedahan lutut kan??..Alhamdulillah, berkat doa sanak saudara sahabat handai, Auntie masih lagi bernafas...macam biasa..Auntie masih lagi dalam cuti sakit (MC) . Insyaallah, Auntie akan mula bertugas pada14/4 nanti. Lama kan??...memang lama sungguh..kalau dikira dari cuti sakit pembedahan pertama dulu, dah hampir 5 bulan Auntie berehat di rumah. Pendek kata hampir lupa hal-hal ofis ni.

Auntie dah boleh berjalan tanpa walking-frame atau pun tongkat, tidaklah terbongkok-bongkok macam sebelum pembedahan dulu. Walau bagaimana pun doktor dah nasihatkan agar tidak "ganas-ganas" sangat. Nak beronggeng sakan belum le boleh lagi....takat nak menari ala-ala Jefri Din, insyaallah le.. :-)

Auntie sebenarnya nak cerita juga pengelaman menjalani pembedahan tu..tapi dah lama rasanya peristiwa berlalu, jadi mungkin jalan cerita dah kurang menarik.. jadi Auntie hantam sajalah takat mana yang Auntie ingat.

Bermula 14 Januari 2008 jam 11.00 pagi Auntie dimasukkan ke wad orthopedik hospital PUJ. Maka bermula segala pemeriksaan kesihatan, ambil BP, ambil darah, air kencing, ECG, X-ray dada, X-ray lutut dll..16 Januari pepagi lagi dah bersiap sedia. Lepas sembahyang subuh dah ready pakai gown bedah...tunggu punya tunggu, jam 11.00 barulah disorong ke biliik bedah. Sempat Auntie bertembung dengan Azean Irdawathy yang nak buat apa tah kat bilik bedah juga...sempat juga berkenalan dengan dia, Auntie dah terbaring atas trolley, dia atas wheel chair.

Jam 11.oo Auntie mula dibius..kejap saja dah rasa kebas bahagian pinggang ke bawah. Sebelum tu Auntie dah pun diberi ubat tido...jadi dah mula rasa ngantuk. Dalam OT tu, ya Allah! punya le sejuk entah berapa helai selimut yang menutup tubuh Auntie. Terbaringlah Auntie hampir 5 jam..penuh seksa, bukan sakit. Rasa lenguh yang amat, tapi tak boleh bergerak. Auntie dengar semua apa yang pakar bedah cakap dan dengar semua segala bunyi macam orang nak tebang pokok je...ada masa macam bertukang ....bergoyang-goyang badan Auntie....alhamdulillah tak rasa sakit sikit pun...doktor-doktor siap pasang CD lagu rancak sambil sama-sama menyanyi...happy je dia orang mengerjakan lutut Auntie. Kejap-kejap dia check samaada Auntie sedar atau tidak, sakit atau tidak. Selesai pembedahan Auntie dibawa balik ke wad. Hampir 1/2 jam barulah kaki Auntie rasa hilang kebas dan barulah boleh digerakkan.
Masa tu....isyyy..kalau sapa tengok tentulah ngeri....wire sana wire sini...tapi, alhamdulillah, Auntie langsung tak rasa sakit. Anyway banyak darah yang hilang doktor terpaksa masukkan 3 pint darah.

17/1, Auntie terbaring saja atas katil tak boleh bangun. Esoknya, bila doktor buat pemeriksaan, dia dah bawak walking-frame untuk Auntie mula bangun dan mula melangkah. Pada mulanya rasa macam takut dan tak confident boleh berjalan...alhamdulillah...dengan tunjuk ajar fisioterapis Auntie dah boleh melangkah dengan bergaya....ke.....toilet yang hanya beberapa steps dari katil.....keh!!..keh!!...keh!!!

Adalah sepuluh malam Auntie berumah tangga kat wad tu. He..he..memalam pun tiada siapa yang teman Auntie. Sungguh pun begitu Auntie rasa sangat selesa...jururawat yang amat mesra alam...begitu juga doktor-doktornya. Terima kasih le buat mereka hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik mereka.

Ramai yang melawat Auntie semasa di wad...terharu rasanya. Paling terharu, ada seorang rakan blogger yang tak sabar-sabar nak melawat Auntie sampai dia tak berkesempatan bertemu...sebab apa???...dia terdatang awal sangat, masa tu Auntie masih lagi dalam OT...bila balik ke bilik Auntie nampak satu hamper cute atas cabinet tepi katil...ada kad ucapan.....yang kelakar tu dia turunkan t.tangan dia saja....OMG!!!...mana le Auntie kenal tulisan dan signature dia kan? selama ni dok baca blog, dok meronggeng dengan dia sana sini, tulisan tak pernah tengok.....Auntie hanya dapat mengagak dari ayat yang ditulisnya saja....he...he..Terima kasih Mak Andeh!!!

OK lah takat ini dulu...kalau masuk sini belum berupdate juga...harap maklum Auntie masih berMC sampai 11/4...wasallam dan salam ceria dai Auntie.

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua yang berkunjung ke blog Auntie ini. Semoga tahun baru memberi seribu/beribu makna kepada kita semua dan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.

Buat diri Auntie samada tahun 2007 mau pun tahun Hijriah 1428 yang berlalu meninggalkan banyak peristiwa pahit manis. Semuanya telah berlalu. Antaranya :-


1) Bulan Januari : Jim naik Tingkatan Tiga, Amir masuk semester dua.

2) Bulan February : ....dah elok-elok pakai MyVi merah yang kuit muit tu, Cik Din pi tukar
ambik Waja yang Auntie tak berapa nak suka sebab rasanya macam tak sesuai dengan saiz Auntie.

3) Bulan March :......happy birthday Cik Din!...happy birthday Cik Yan.....yeyyyy...tua setahun.

4) Bulan April : Happy Anniversery!....yang ke 27 tahun!.....yeyyyyyy!!!!

5) Bulan Mei : .....gatai buat utang baru...pi ambik pulak kereta Wira second hand untuk Anja...mak buat loan, Anja bayar bulan-bulan....(Anja missed bayar...mak le kena bayar...:-( )

6) Bulan Jun : Result Jim & Amir tak berapa memberangsangkan...mak mengamuk....!!!...(nak kena balun budak dua ekor ni....!)

7) Bulan July : Mula buat appointment dengan doktor ortophedik. Lutut dah semakin sakit.

8) Bulan Ogos : Anak saudara Auntie kawin...yg. pertama dalam keluarga Auntie...

9) Bulan September : Bulan puasa..Baru berpuasa beberapa hari dapat kesan ada fibroid pulak....dah terpaksa melalui beberapa test bagi mengesan penyakit.

10) Bulan Oktober :....tension yang amat ...menanti keputusan ujian.....akhirnya, doktor ambil keputusan untuk buat pembedahan.

11) Bulan November : 8/11 masuk wad, 9/11 - pembedahan, 12/11 dah boleh balik rumah...yeyyyyy...dapat MC 50 hari!!!

12) Bulan December :.....He!...he!...bulan madu atas pelangai!!!!...cuti sakit dan berehat!!!!

------------------------

Selamat datang Januari !

Auntie masuk kerja semula pada 2/1. Sibuk pulak mengejar surat permohonan bagi meluluskan pembelian alat ortophedik (alat yang akan menggantikan sendi dan pala lutut).

Last weekend, balik pulak ke Kuantan menjengok adik Cik Din yang terlantar di Hospital Kuantan kerana sakit paru-paru berair. Balik dari Kuantan Auntie dah rasa lemah badan....sakit sana sini, lenguh-lenguh...ambil cuti 3 hari. Hari ni naik kerja balik....nak pastikan surat permohonan diluluskan....alhamdulillah at last...dapat sokongan daripada bahagian Perkembangan Perubatan Kem. Kesihatan.....so, insyaallah hari Isnin ni Auntie akan mula berada di wad ortophedik.Hari Rabu, kalau tiada apa halangan insyaallah Auntie sekali lagi akan menjalani pembedahan....kali ini bedah lutut pulak. Harap dapat le doakan semoga semuanya selamat.

Insyaallah panjang umur, kita jumpa lagi.....mungkin sebulan atau dua bulan lagi.....Amin.

Wednesday, January 02, 2008

Dah start kerja..

Hari ni Auntie dah mula masuk kerja setelah 50 hari berMC. Seronok pun ada nak naik kerja ni, tak seronok pun ada juga. Yang seronok, dapat jumpa kenkawan dan dapat sembang-sembang, dapat le berinternet semula.

Nak tahu apa Auntie buat semasa berMC tu? Minggu pertama lepas operation tu memang terbaring saja atas katil bangun untuk ke bilik air atau bila nak makan saja. Lepas seminggu tu dah rasa letih berbaring, dah mula merayap masuk ke dapur..ada pinggan sebijik dua dalam sink, Auntie basuh. Nampak sampah dan habuk, Auntie mula cari penyapu...Minggu ke tiga, Auntie dah mula keluar ke laman rumah gi betulkan kain diampaian yang di sidai oleh Cik Din atau disidai oleh Jim. Sakit mata Auntie tengok kain-kain tu....herot petot...kain disidai ikut sesuka hati main campur aduk besar kecik nya.....Auntie juga start memasak dah....boring makan lauk beli.

Yang seronok duduk kat rumah ni....he! he!...ngadap TV le..selalunya asyik mengalah dengan Cik Din dan Jim saja...dia orang asyik tengok bola, bola, bola, WWF...! Pagi, seawal 6.30 Auntie dah ngadap TV...pepagi tentulah tengok program agama atau motivasi. Pukul 7.00 - 8.00 pagi tengok drama Tagalog. Lepas tu Oprah Show...pukul 12.30 tgh ....jangan gelak drama Tamil! drama ni Auntie dah ikuti sejak 3 tahun atau 4 tahun lepas...tah bila nak habis gamaknya. Dulu ditayangankan selama 2 jam setiap hari Sabtu...sekarang ni setiap hari, tapi setengah jam saja.
Petang pulak tengok SPA Q..... :-).....dah mula bekerja ni dapat ikut cerita SPA Q sajalah.... :-(

Selain daripada tu...banyak channel Astro yang Auntie explpore...antara yang menarik minat Auntie ialah Channel 702, 703, 707 dan 733.

Yang tak seronoknya dok kat rumah ni...tak de kawan nak bersembang...hari-hari tengok muka Jim saja...tu pun jenuh nak panggil dia turun dari bilik dia...asyik dengan Ps dan memetik gitar.
Alhamdulillah, ada juga kenkawan datang melawat...terhibur rasa hati...

Hari ni Auntie bangun awal lagi....macam biasalah memasak untuk bawak bekal, senang Auntie tak perlu nak cari makan kat cafe' . 6.30 dah keluar rumah. Auntie nak cepat sampai..kalau boleh time orang tak ramai, tak le orang nampak Auntie berjalan terbongkok-bongkok..samapi dalam ofis duduk diam-diam..

Setakat ini dulu....Selamat Menyambut Tahun Baru 2008.

Wednesday, December 26, 2007

Aktif semula

Kepada pembaca blog ini yang telah meninggalkan komen pada entry sebelum ini Auntie ucapkan ribuan terima kasih. Insyaallah, blog ini akan di aktifkan semula minggu depan.Auntie akan mula bertugas pada hari Isnin 31/1/2007

Alhamdulillah! hari ini Auntie ada appointment dengan pakar bedah O & G.
Dari semalam rasa excited nak jumpa dia dan excited dapat keluar rumah setelah sekian lama bertapa.
Memang Auntie tak keluar rumah, kalau keluar pun hanya setakat gate saja.....dah tak larat nak berjalan. Dulu, dalam sakit-sakit pun sekali sekali Auntie gagahkan jugak berwindow shopping kalau dah boring sangat kat rumah. Nak kata tak boleh berjalan tu, tidak le jugak, masih boleh berjalan, tapi terpaksa tanggung kesakitan, jalan dua tiga tapak nak kena cari tempat landing, tu yang buat Auntie tak terdaya nak kemana-mana.

Hari ni dapat keluar ke hospital. Ada wheel chair, so, tak de masalah. Setelah letih menunggu pukul 11.35 barulah dapat jumpa doktor. Terkejut dia tengok Auntie atas wheel chair tu...."eeee...what happen to you?" terbeliak biji mata dia tengok Auntie...dengan muka sedih, Auntie kata "I can't walk after the operation" ...terlopong mulut dia!!! he!..he!..takutt!!
Sian pulak tengok dia macam percaya pulak..."tak le dokter...I sakit lutut la....operation dulu tu dah ok..." " You really make me shocked! " kata dia ...he!...he!.. Sempat le dia checked semula tempat yang di bedah...semua ok...fibroid yang dibuang pun tak de apa-apa...alhamdulillah....so, kena jumpa dia the next 6 months time.

Auntie ada 5 hari lagi untuk berehat di rumah sebelum mula bertugas minggu depan. Nak kata rindu dengan ofis tu rasanya tidak le...dok kat rumah pun best juga...memanjang berehat...
So, insyaallah blog ini akan aktif semula.

Thursday, December 06, 2007

Masih berMC...


Yeyyyyyyyyyy.........!!!!


Alhamdulillah...syukur pada Allah tuhan semesta Alam. Auntie telah selamat menjalani pembedahan seperti yang telah dijadualkan. Masih lagi berMC...hingga hujung tahun. Lama tu..jangan jeles. Memang best dok kat rumah...best! best!..best!...belingkau atas katil...rasa lapar makan, rasa ngantuk tido!...pssstttt! ada masa rasa boring jugak. Banyak masa Auntie habiskan dengan membaca dan menonton TV.


Hari ni Auntie datang ofis, tu yang boleh mengupdate ni...kat rumah internet tarak..nak gi CC macam tak kena le pulak lagi pun CC kat area rumah Auntie tu penuh dengan bebudak je...kang terkejut pulak depa tengok Auntie yang warga emas ni tersesat ke situ. :-) Tak sesuaikan?


-----------------------------


Bagi yang nak tahu perkembangan diri Auntie...well...Alhamdulillah Auntie tidak mengalami apa-apa komplikasi. Pembedahan berjalan lancar. Insyaallah, kalau tiada apa-apa aral pada 16 Januari nanti, Auntie akan menjalani pembedahan lutut pulak. Hari ni Auntie datang sekejap ke ofis untuk uruskan dokumen-dokumen untuk pembedahan tu. Banyak pulak cekadaknya..tapi,...dah kita nak guna duit gomen gitu lah....kalau duit sendiri....aisehman! sendiri jugak kena ingat....wa tak mampu le.... he!...he!...


Ini lah rupa "benda" yang akan dimasukkan ke dalam lutut Auntie nanti....insyaallah...reganya RM10,500/-
Nak cerita pasal pembedahan lalu pun dah basi dah...tapi tak pe le boleh cite sikit-sikit...
Berkat doa semua yang mengenali Auntie, semuanya berjalan lancar. Memang Auntie tersangat takut dan gerun nak melalui saat-saat yang sungguh mendebarkan itu, tapi dah terpaksa, Auntie serahkan diri bertawakal pada Allah saja. Alhamdulillah, akhirnya Auntie selamat setelah hampir empat jam di dewan bedah...fibroid yang dikeluarkan memang besar, tapi tak le berat mana dalam 800gm saja...mungkin dah campur berat dua ovari serta rahim adalah dalam 1 kg lebih atau 2 kg yang dikeluarkan. Yang bestnya terus berat Auntie berkurangan 6 kg.!
Lepas bedah sehingga kini dah 1 bulan, alhamdulillah Auntie tidak le mengalami sakit ditempat bedah tu...cuma rasa macam dalam pantang saja. Kalau tak kerana sakit lutut harus Auntie dah merayap ke sana sini dah...
Auntie kat hospital pun tak lama walaupun doktor kata harus tinggal selama 1 minggu. Adalah 4 malam Auntie tido hospital. Dek kerana semua ok, Auntie pun disuruh balik. Sempat le juga kenkawan datang ke spital melawat Auntie...terima kasih le pada Adeq, Mak Ety, Arc, Nini, Delin dan Melor...awal lagi dah sampai. Terima kasih juga Jokontan dan Maam yang sudi datang.
Yang lain tu nak datang, tapi dah tak sempat oleh kerana Auntie keluar cepat dari spital.Yang datang ke rumah pun ada...terima kasih le semua...doakan Auntie semoga lebih tabah untuk menghadapi satu lagi operation insyaallah.
Semoga kita akan bertemu lagi di lain masa...tahun depan insyaallah.

Wednesday, November 07, 2007

Hingga bertemu lagi..

Pagi tadi Auntie dapat call daripada doktor..."Pn.Auntie Yan ye?....saya doktor Syah dari spital ni...nak comfirmkan.....Pn. datang esok ye....jangan tak datang..." Wakakakakaka! (Pasal pulak Auntie tak datang...Auntie dok tunggu hari je..) " Ok doc, sure saya datang...mana saya nak pegikan..hari raya pun saya tak balik kampung sebab nak masuk spital..."

Insyaallah, berkat doa sanak saudara, kawan-kawan sahabat handai pembedahan akan di jalankan pada 9/11 .

Doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah selamat sejahtera.
Insyaallah panjang umur kita bertemu lagi.

Wasallam.

Yours trully,

Auntie Yan.