Wednesday, January 30, 2013

Ganu Kite


Assalamualaikum,

Minggu lepas Auntie ke Trengganu, setelah sekian lama tak kesana., hampir lupa dah akan keindahan negeri Ganu Kite ni. Auntie memang tak pernah ke sana dengan kereta sendiri, dulu kalau pergi pun atas urusan kerja, meeting atau site visit, selalunya pergi dengan flight, ada sekali tu naik bas pejabat sebab ada site visit.

Pemergian kali ini adalah disebabkan mengikut rombongan perkahwinan anak sedara Auntie En. Akmal.(Anak adik Auntie) Kami bekonvoi 5 buah kereta melalui lebuh raya Timur Barat.Jalannya berliku, turun naik bukit membelah Banjaran Titiwangsa, udara nyaman pemandangan hutan belantara yang sungguh mendamaikan. Hampir 6 jam, setelah beberapa kali berhenti, barulah kami sampai ke destinasi, rumah Cikgu Yati dan Cikgu Stapa di Kg. Pengkalan  Maras, Batu Rakit. Lebih kurang 22km dari K. Terengganu. Cantik dan besar rumahnya. Setelah dapat minum secawan dua, kami beredar ke homestay yang telah di booking oleh Cik Gu Stapa, dia ni biras kepada adik ipar Auntie, ia itu emak kepada En. Akmal si Pengantin...faham ke? Auntie pulak telah booking Chalet berdekatan homestay tadi. Memang seronok sebab kedua dua tempat penginapan mengahadap laut.

Malamnya kami makan malam dirumah Cik gu Stapa. Esoknya lepas breakfast kami ke KT, menuju Pasar Payang...bestnya pasar ni, macam-macam ada, kalau ada duit banyak harus lah nak diborong apa saja yang terjual. Auntie hanya beli beberapa helai kain batik, baju kelawar, kain telekong.....yang bestnya Auntie terjumpa tali,pinggang besi yang dipakai oleh mak mak kita jaman Auntie kecik-kecik dulu, dah lama Auntie cari tu, terus le beli.

Pasal makanan pulak, puas lah dapat makan keropok lekor yang ori, sotong celup tepung, nasi kerabu dan nasi dagang, dan paling best harga makanan tersangatlah murahnya. Untuk breakfast, makan nasi kerabu dengan daging bakar, mihun dan segala bagai lauk campur air untuk dua orang baru RM7! Adik ipar Auntie beli nasi bungkus dengan lauk baru RM1.50!...terkejut dia.

Hari Jumaat lepas solat Asar, rombongan bergerak ke rumah pengantin perempuan, kampung Lalang ke Sg. Lalang, Tepoh...dlm 10 km dari homestay kami. Lepas Akad nikah ada sedikit jamuat, ingat ke jamuan ringan, rupanya nasi minyak dengan berbagai lauk. Sedap nasi minyak orng Ganu ni.
Malamnya sekali lagi kami di jemput keluarga Cik Gu Stapa kerumahnya....ada...bbq pulak....makanlah kami hingga perut sendat...

Esoknya, sebelum waktu Zuhur, rombongan kami sekali lagui ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan. Kali ini kami dijamu dengan nasi putih dengan lauk kari kambing yang sungguh sedap. Mihun sup pun ada juga. Selesai sessi bergambar dengan pengantin, Auntie dengan Cik Din bergerak meninggalkan majlis menuju Kuantan melalui jalan pantai.

 Memang Terengganu dan jauh berbeza, pesat membangun, negerinya cantik dan sangat bersih, orangnya pun sangat ramah tamah. Insya Allah Auntie akan ke Terengganu lagi.

Na...na...na.....na...na...Ganu Kite eeee...!!

Thursday, January 10, 2013

Tahun 2013


Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2013.

Sekian lama tidak memblog, hampir lupa cara cara nak buat  ' post baru'....adui!

Alhamdulillah, kesihatan lutut Auntie bertambah baik. Syukur sangat2 setelah pembedahan. dah tak ada lagi sakit-sakit dan kualiti kehidupan seharian pun rasanya bertambah ceria, insya-Allah esok ada appoinment dengan pakar orthopedik Hospital Putrajaya. Routine biasa selepas pembedahan. Buat x-ray, check-check lutut, balik. Selepas pembedahan kali ini, Auntie tidak mengikuti pysio-thrapy seperti sepatutnya, malas nak berulang ke hospital, Auntie buat sendiri kat rumah je, setiap pagi buat warm-up, lepas tu cycling dalam 15 minit....petang, buat lagi perkara yang sama, itu dah cukup kata doktor...senang tak payah keluar rumah.

========================================

Cik Din - sedang mengira hari untuk bersara...dia tak sambung hingga usia 60. Katanya nak relax dan nak buat apa yang tak dapat dibuat masa bekerja.

Anja - macam tuuu lah jugak. Kerja, kerja, kerja......entah bila dia nak kawin??

En. Amir - masihhhh lagi keje dengan 7 E...sekejap dulu dah dapat keja yang sesuai dengan kelulusan, tapi tak sesuai pulak dengan setuasi sekeliling, katanya.... walau pun gaji agak lumayan.........pun, entah bila nak kawin ??

Jim -  baru habis praktikal selama 6 bulan, sekarang  dah dalam semester 5, alhamdulillah, nampaknya Jim ni rajin dan tekun belajar ada wawasan...dan yang pentingnya dialah  'baby' Auntie yang masih boleh dipeluk cium, walau pun bermisai berjanggut.....kawin??? oh, tentulah belum lagi, baru nak masuk 21 tahun, tak sesuai ok...

Cukup dulu buat permulaan...

Jumpa lagi, insyaAllah.
 

Wednesday, October 31, 2012

Assalamualaikum.....


Assalamualaikum.

Hampir dua bulan blog Auntie berehat. Alhamdulillah, hari ini tergerak pulak hati nak memblog.

Auntie telah selamat menjalani pembedahan lutut pada 10/10 yang lalu. Jadual asal adalah pada 17/10, tapi telah dipercepatkan disebabkan ada kekosong bilik OT pada hari tersebut. Kini Auntie dah beransur pulih, dah boleh berjalan tanpa menggunakan walking frame. Auntie berada selama lebih kurang seminggu di hospital. Pembedahan kali ini hanya memakan masa 3 jam berbanding pembedahan kali pertama dulu hampir 6 jam. Terima kasih yang tidak terhingga kepada empat orang pakar bedah orthopedik, doktor-doktor serta jururawat hospital Putrajaya yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu cemerlang, hanya Allah sajalah yang akan membalas sekala jasa baik mereka. Amin
Mudah mudahan selepas ini Auntie tak ada lagi masaalah sakit lutut.Insya Allah dapat pula menjalani hidup seharian seperti orang lain.

Sekian.







Wednesday, August 08, 2012


Bertemu Semula.


Assalamualaikum dan salam Ramadan.

Muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri di alam maya. Memang sangat lama meninggalkan blog tanpa ada khabar berita. Terlama dalam sejarah berblog setelah hampir sepuluh tahun menjadi blogger.

Alhamdulillah, Auntie masih bernafas, masih diberi Allah untuk meneruskan hidup, semoga usia terus panjang dan penuh berakah. Banyak yang terjadi sepanjang empat bulan lalu.
Auntie dah rasa sihat setelah setiap pagi melakukan senaman. Malangnya kedaan itu hanya sempat di nikmati dalam masa tiga bulan saja, sakit lutut yang telah dialami hampir sepuluh tahun kembali memperlahankan kegiatan seharian Auntie. Rutin ke hospital bermula semula.

Insya Allah ada rezeki, lepas raya ni Auntie akan menjalani pembedahan lutut sebelah kiri pulak.
Surat kelulusan untuk rawatan baru saja Auntie terima semalam, tinggal nak bincang tarikhya dengan Pakar Orthopedik saja lagi. Jika dingat ingat pasal pembedahan ni memang le rasa seram. Pembedahan akan mengambil masa lebih kurang enam jam dengan biusnya dari pinggang ke bawah......bagi pembaca yang belum kenal Auntie atau baru kenal, Auntie telah menjalani pembedahan serupa untuk lutut kanan pada Januari 2008. Ok, nanti kita cerita lagi bab ini bila sampai masanya nanti.
---------------------------------------------------------------

Hari ini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Sungguk cepat masa berlalu. Zaman kanak kanak Auntie dulu nak menghabiskan satu hari berpuasa rasanya terlalu lama, dah tido, bangun, tido semula masih juga belum berbuka. Sekarang dari hari ke hari langsungtak terasa, macam tak percaya, Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Kita pun belum pasti samda kita akan bertemu dengan Ramadan akan datang...
Seminggu sebelum Ramadan Auntie dikejutkan dengan kematian dua arang kawan yang agak rapat.Pertama, kawan Auntie semasa kerja dulu, (lelaki) meninggal kerana komplikasi jantung (ada jugak yang kata kena buatan orang, wallahu alam) Dia dah hampir dua tahun sakit jantung, salurannya tersumbut, dan telah pun di masukkan sten ke saluran jantungnya. Dia ni beberapa tahun muda dari Auntie.
Selepas tiga hari, kawan belakang rumah pulak meninggal kerana komplikasi buah pinggang.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh kedua dua mereka.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, itu janji Allah.
------------------------------------------------------------------

Minggu lepas Auntie ke shopping komplek, nak cari baju raya untuk dua orang anak bujang Auntie.
kalau ikutkan diaorang, alamat pakai baju lamalah....susah betul bebudak sekarang. apa lagi bila dah besar panjang. Untuk Auntie pulak macam biasalah, tak ada nak baju baju baru, pakai saja apa yang ada, masih elok lagi. Yang penting hari raya dapat balik kampung jumpa mak. Tahun ni giliran kampun Auntie, lagi lah excitednya. Kampung Cik Din kami balik  juga, tapi lambat sikit lah, mungkin seminggu kemudian, insya Allah.

Kueh mueh memang le tak rajin Auntie nak buat....tunjuk tunjuk saja macam selalu. :-)

Sekian wasallam, selamat berbuka.





Thursday, March 22, 2012

Hemmmmm....


Assalamualaikum,

Semalam harijadi Auntie....sian Auntie...dah tua rupanya... :-(

Monday, March 12, 2012

Ada hikmah..


Assalamualaikum,

Alahai! lama tak update..

Cuti sekolah dah bermula, sunyi sikit kawasan rumah Auntie (yang dekat sangat dengan sekolah) terutama time sesi sekolah berakhir, aman sikit rasanya. Tak tahu kenapa ramai mak ayah yang tak perihatin bila meletak kereta semasa nak tunggu anak anak keluar kelas, main redah je, tak kira depan gate orang ke, depan pintu rumah orang ke....yang penting dia nak ambil anak dia walau pun menyusahkan pergerakan orang lain. Sabo je lah!

Auntie terima undangan perkahwinan daripada sepasang pengantin yang dulunya satu ofis dengan Auntie. Mereka ni bercinta dalam diam, ramai yang terperanjat apabila kat diedarkan.
Katanya geng kat ofis langsung tak dapat menghidu percintaan mereka. Bagus lah macam tu.

Majlis di langsungkan pada Sabtu lalu di TTDI sebelah perempuan, pihak lelaki pulak pada hujung minggu ni di Marang Trengganu.
Al kisahnya, Auntie pun excited semacam nak menghadirkan diri ke majlis tersebut, almaklumlah, selain daripada meraikan pengantin, dapat juga bertemu dengan kawan kawan.

Hari Sabtu tu, awal lagi Auntie dah bersiap siap. Auntie kenakan baju kurung warna merah menyala yang Auntie pakai untuk kali pertamanya masa majlis kawin anak buah Cik Din di Kuantan dulu. Kami bergerak awal, maklum le nak ke TTDI yang dah berkurun kami tak pergi.
Jalan agak sesak memanjang. Kami masuk ke Damansara, berpandukan map yang tercatat di kad kawin...rupanya, dah banyak sangat perubahan berlaku, sana sini ada construction works...dan elok ikut map, tapi terus pulak ke jalan mati! jumpa jaga tanya...hampeh, jaga Bangla, mana dia tahu asyik goyang goyang kepala sambil tangan tunjuk sana sini. Lastnya kami cari jugak sendiri, pusing sana, pusing sini, tak jugak ketemu, dah le jem ...jam dah pukul 2.00, perut dah lapo...akhirnya kami giveup, terus cari jalan balik....sampai Bangi, terus saja ke restoren nasi beriani gam.....ha, ha,,,,sedap betul beriani dia, mungkin sebab kelaparan!

Mai hari Ahad, bangun dari tidur saja, lutut macam jem, sakit yang amat, rasanya kalau la tu boleh di operate, la tu jugak nak dibuat. Nasib baik le ada pain killer, telan dua bijik dan rest...tergolek macam dugung, tak boleh nak buat apa apa. Alhamdulillah menjelang tengahari sakit makin berkurangan. Biasa le, bila dah rasa ok je, rasa nak jenjalan, Cik Din ajak ke kedai lampu..tengok-tengok katanya. Auntie pun siap lebih kurang, Cik Din dah kat luar rumah, Auntie keluar dan terus je tarik pintu.....astaga....kunci rumah dan kunci kereta masih kat dalam rumah.....sudahnya nak masuk rumah tak dapat, nak gerak tak dapat. Nasib baik ada h/p, call En.Amir minta dia balik buka pintu...dia pulak ke Alamanda jumpa kawan adalah dalam 40 minit menunggu....

Nasib, nasib....adalah hikmahnya di sebalik kejadian.


Wednesday, February 22, 2012

Warm up saja...


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Auntie masih sihat (walau pun masih sakit lutut) masih tak terasa boring duduk dirumah, walau pun ramai yang selalu bertanya 'tak boring ke' ?.. :-) apa nak boringnya???...tak siapa mengganggu Auntie kat rumah. Banyak dah kitab-kitab yang Auntie beli lama sebelum pencen dah selesai Auntie baca, malah, dalam masa 2 bulan pertama tahun ni saja Auntie dah habiskan lebih kurang 5 bijik novel dan 5 bijik kitab...he...he... ok kan?

Banyak juga perkara/peristiwa yang berlaku, tapi tak semua yang boleh Auntie kongsikan di sini. Antara yang boleh dikongsi....adik Auntie yang sakit tu (Cik Mat) insya-Allah akan menjalani rawatan susulannya di HKL mulai 27 Feb, ni.
Minggu lepas pulak Auntie ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan anak buah Cik Din....di buat besar-besaran...pelamin pun atas pentas besar macam nak berkonsert. Ada penari kebudayaan, ada band dari Indon lagi...sayangnya dalam kelam kabut bersiap, terlupa nak bawak kemera. :-(
Satu lagi berita gembira, En. Amir dah dapat kerja baru, yang setimpal dengan kelulusan dia...happy bukan main budak tu...ha...ha.. kalau dulu kerja dalam air con, la ni kena jaga projek ...kenalah berpanas berhujan. :-)
Masa cuti Maulidur Rasul baru ni Auntie balik kampung, balik dengan Cik Di, (adik bongsu)...mula tu rasa berat juga nak ikut dia,dia ni bila bawak kereta laju yang amat...seriau Auntie...tapi, sebab nak tengok mak punya pasal, Auntie beranikan diri saja.....ha, ha, memang rasa macam terbang saja..apalah lagi dia ni pakai kereta Sport...he...he....Auntie dok ngucap sepanjang jalan... Mak Auntie semakin uzur, pendengaran dah kurang beno, susah nak sembang dengan dia, tapi alhamdulillah ingatannya masih ok, makan ok, tido pun ok.

Takat ni saja dulu untuk 'meng warm-up ' blog ni setelah sekin lama tido.

Saturday, January 07, 2012

" Offer "


Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni nampak macam dah mula nak panas, maksud Auntie cuaca la. Dah agak lama setiap hari kita mengalami hujan saja. Banjir sana sini. Alhamdulillah matahari dah tak malu malu lagi menunjukkan dirinya.

Aktiviti harian Auntie macam biasalah, pukul 8.00 pagi Auntie akan mula berjalan kaki keliling kawasan kejiranan. Kawasan kami ni agak best juga sebab jalan-jalannya ada naik bukit, ada turun bukit dan ada jalan lurus...jalan sekejap saja dah berpeluh. Selalunya Auntie tak lah ambil masa yang lama sangat, cukup le sekadar 30 ke 45 minit...kena ukur dengan tahap kemampuan dan usia jugak. Jalan jalan dan bila sampai round yang akhir tu Auntie terus saja tuju ke pasar, beli paper dan beli apa saja jika perlu....dan kadang-kadang tu....terrrrrr....masuk kedai makan dan termakan nasi lemak dan teh tarik. Lepas makan menyesal...sebab dah penat-penat berexcercise...pi makan le pulak...he, he.

Dua tiga hari lepas, masa macam penuh, ada saja kawan yang datang bertandang ke rumah, kawan baru dan kawan lama. Kadang-kadang tu masa tengah berexcercise tu pun disapa jiran dan diajak bersembang. Ada kala tu masa nak ke pasar pun boleh menyinggah ke rumah jiran...dia orang nak berkenalan dengan Auntie tak kan nak jual mahal pulak. Jadi sekarang Auntie dah ramai kawan.
Hari Khamis lalu Ros (kawan sekolah Auntie yang pernah Auntie ceritakan dulu) telefon dan suruh Auntie get ready dia nak datang jemput Auntie kerumahnya. Bukan dia yang datang, tapi dihantarnya anak bujang dia. Ros baru dapat cucu yang ke dua...excited bukan main dia. Kalau dah berjumpa, memang banyak yang kami bualkan. Terutamanya tentang anak-anak. Ros ada 3 orang anak perempuan dan seorang anak teruna. Yang dah kawinnya baru sorang anak sulung dia. Ros macam agak risau sebab dia ada 2 lagi anak gadis yang belum kawin....dan belum ada calon pun...Auntie pulak belum ada anak yang berkahwin..dan belum lagi rasa 'risau' tu, mungkin sebab anak lelaki...sembang punya sembang Ros cadangkan kami berbesan saja...ha!...ha!...itu sudah bagus....bagi Auntie, Ros kawan Auntie ni sangat le baik orangnya, low-profile, tidak moden sangat, tidak kolot juga...lebih kurang macam Auntie jugak...sederhana sangat orangnya begitu jugak suaminya. Yang jadi masalah teruna Auntie tu mahu ke dia?? Auntie langsung tak konfiden dengan siAnja ni....macam tak matang lagi boleh ke dia nak jaga anak gadis orang...
Auntie pun berlapik le jugak dengan Ros ni...Auntie cakap kat dia anak Auntie ni pelajaran tak tinggi, gaji pun ala ala cukup makan...Ros kata tak masalah...rezeki dari Allah...dah kawin nanti adalah bahagian mereka......ha!!!...ha!!!...bagus sungguh offer ni!! Tu cerita hari Kamis masa Auntie ke rumah dia.

Semalam Ros datang rumah Auntie pulak kami sembang lagi pasal offer tu.....ha, ha,..... mak sama mak, anak tak tahu apa....Isy, kali jadi pun bagus jugak kan????


Thursday, January 05, 2012

Cerita orang sakit.


Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat untuk mengucapakan Selamat Tahun Baru (Baharu, tak suka le dengan ejaan ni). Cepat sungguh masa berlalu, Mac ini genaplah setahun Auntie bersara, rasa macam baru sangat lagi, tapi dah makan tahun rupanya.

Ekoran daripada Auntie agak terkejut, ter stress, ter tekan (mungkin le) dengan berita Cik Mat (adik Auntie) yang sakit mengejut tu bacaan pressure Auntie telah naik mendadak pada hari Selasa lalu....181/105!!!...isy! gila tinggi tu..Kebetulan pada hari tu Auntie ada app0intment dengan doktor, memang terkejut juga, tapi nak buat macam manakan? ikut saja nasihat si pakar...kata dah berexcercise??...macam mana weh? nampak gayanya kena lebih serius jaga kesihatan terutamanya bab bab pemakanan.

Alhamdulillah, adik Auntie dah pun keluar hospital setelah berbagai test dijalankan. Tunggu nak buat satu lagi test kat HKL, tak tahu bila...belum confirm tarikhnya. Sebaik dapat berita hari tu, esoknya (Jumaat) Auntie terus saja ke Ipoh. Walau pun Auntie orang Perak dan pernah belajar kat Ipoh hampir 3 tahun, tapi bandaraya Ipoh, memang Auntie langsung tak mahir...apa lagi Cik Din lah, jadi pada hari tu kami main redah saja ikut sign board. Nasib le Ipoh ni agak 'cool ' sikit, jadi sampai lah jugak kami ke Hospital yang dituju.
Tak tahu le nak cerita macam mana penyakit Cik Mat ni. Katanya dia kerap pening kepala, pergi kelinik dapat ubat, makan, ok..pening lagi, ambil ubat, ok. Tapi pada hari kejadian, dia bangun subuh tu, dia kata semua dah berpinar-pinar, vision dah nampak double dan tripple...dia rasa macam ada urat dibelakang telinga menyentap ke kepala, sakit yang amat. Cik mat kata masa tu, dia dah rasa macam itulah hari terakhir dia, dia hanya mampu mengucap saja...kebetulan pulak dia tinggal berdua dengan anak sulungnya, isteri dia berkerusus. Dalam keadaan yang panik tu dia hanya mampu menarik nafas perlahan, turun, naik...nasib baiklah, tiba-tiba dia rasa berpeluh dan perlahan lahan sakit berkurangan. Dia terus mandi dan ke ofis, dari ofis barulah kawan-kawan dia hantar ke hospital.
Yang Auntie faham doktor kata ada urat dalam kepala bahagian kanan bengkak dan hampir 'burst' tapi dia bernasib baik, sebab seolah ada leaking pulak kat urat tu...lebih kurang macam tulah katanya. Jadi, sekarang kena tunggu rawatan susulan pulak yang akan dibuat di HKL....harap-harap semuanya dipermudahkan. Amin.

Thursday, December 29, 2011

Berita Pagi


Assalamualaikum,

Hari ni Auntie bangun awal sikit dari biasa. Kena masak sambal tumis udang le pulak pagi pagi, subuh subuh, sepie. Cik Din ada buat jamuan kat ofis dia untuk meraikan beberapa orang staf dia yang kerja sementara nak habis kontrak. Katanya makan ringan ringan saja. Nasi lemak dan kueh-kueh. Dulu Auntie dah pernah buat samal tumis udang, gamaknya sedap le depa request lagi. :-)

Macam biasa, jadual Auntie nak " morning walk " tetap on, tapi, kita ni merancang dalam sedikit masa saja planning boleh bertukar pulak. Auntie baru selesai baca beberapa surah selepas solat subuh, dapat pulak berita adik Auntie , Cik Mat dimasukkan ke hospital di Ipoh, katanya salah satu urat dikepalanya membengkak ..Allahuakbar!!! rasa macam nak luruh jantung Auntie ni. Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus, astaghfar banyak2..usia Cik Mat 46 tahun, anak kelima dalam keluarga Auntie, memang dia ada beberapa penyakit, tapi terkawal.

Setakat ini berita diterima dari sorang lagi adik Auntie mengatakan Cik Mat dalam keadaan stabil, bengkak dan surut sikit, tengah menunggu nak buat City Scan Auntie berharap dapat lah pembaca blog Auntie ni sama-sama mendoakan Cik Mat agar pulih seperti biasa Amin.

Thursday, December 22, 2011

Excercise


Assalamualaikum,

He! he! dah lama beno Auntie tak up-date blog ni. Tak tahu kenapa rasa malas yang amat, rasa jemu pun ye juga, mungkin sebab dah lama sangat berblog dah macam rasa tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan. Walaubagaimana pun Auntie tetap rajin membaca blog-blog yang menjadi kegemaran Auntie. Nak jugak tahu apa perkembangan blogger2 ni. Banyak cerita menarik yang dikemukakan.

Dah masuk tiga minggu ni, Auntie mula buat senaman ringan, nak jogging dah macam tak sesuai, so setiap pagi dalam pukul 8.00 pagi Auntie akan keluar rumah berjalan sekitar kawasan perumahan. Kebetulan kat belakang tu ada padang permainan so, dapat dua round dah mencukupi, rasa segar jugak, lutut yang kejang pun rasa sikit longgar, tido malam pun nyenyak rasanya. Pagi ni dah hujan renyai-renyai pulak. Sementara nak tunggu dia reda Auntie sempat le jengok blog yang dah berabuk ni.

Ok, nampak macam line dah clear, Auntie nak mula berexcercise ni...

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Auntie masih bernafas lagi walaupun dah kerap benar badan rasa 'berkeriok' sana sini, sabo jelah kan...kata dah jadi wargamas.. :-)

Auntie nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang terrrrbaca blog Auntie ni. Tak lah terlewat lagi. Malas betul nak up-date blog. Rasanya sejak pencen ni dah tak ada apa yang menarik untuk diblogkan.
Walaubagaimana pun, Auntie cukup seronok duduk dirumah ni, belum le rasa boring lagi. Sekali sekala ada lekawan datang bertandang. Hilang juga rasa kesunyian.

Banyak masa Auntie habiskan dengan membaca. Banyak buku-buku agama yang dibeli dulu masih belum diusik. Penat membaca, tido je lah. Penat tido tengok TV, suka betul Auntie dengan program Master Chef, malam tengok, siang pun tengok lagi. Ada beberapa drama yang Auntie ikuti sekarang. Yang tak mahu Auntie miss adalah cerita Suria di Cardova dan Tentang Dhia...dua-dua drama ni ada Adi Putra. Auntie memang suka sangat kalau mamat ni berlakon.
Satu lagi yang Auntie ikuti adalah telenovela " Bella Calamidades"...jalan ceritanya ok saja, tapi yang penting hero dan heroin dia sangat le kacak dan lawa. Bagi you all yang bekerja tu tak dapat le tengok sebab ianya bermula jam 3.00 ptg..he...he...tengok kat tonton.com sajalah kot...

Isy..jangan le pulak you all ingat Auntie asyik dok tengok benda-benda "laro" takkkkkk..Auntie memang tak miss program Tanyalah Ustaz, Mukadimmah dan banyak lagi program yang berbentuk agama yang disiarkan kat TV Al-Hijrah#...paling Auntie suka cara dan gaya Ustaz Don...sapa yang tak berapa kenal dia ni boleh le ke channel 114 jam 10.30 malam..pasti tak rugi.
(macam Iklan lak)

Sekian dulu.

Friday, October 07, 2011

Jasamu Di Kenang.


Assalamualaikum semua,

Sepatutnya hari Selasa baru ni (4/10/2011) Auntie berada di PICC, Putrajaya. Auntie telah mendapat jemputan daripada Kementerian tempat Auntie bertugas dulu untuk meghadiri " Majlis Jasa Mu Di Kenang"
Majlis sebegini memang diadakan setiap tahun bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang bersara.
Selalunya Kementerian kami hanya buat majlis di Dewan Serbaguna saja, tahun ni dibuat di PICC pulak. Auntie telah pun berkira-kira sekiranya dibuat di Dewan Serbaguna tu, malas le Auntie nak pergi....dah jemu dengan dewan tu...sokmo dah masuk, pi ceramah la, pi perhimpunan pagi le...dah boring rasanya, tup tup tahun ni dia orang ubah pulak vanuenya ke PICC.
Dah dapat surat jemputan yang hantar dengan poslaju tu, Auntie pun terus bagi persetujuan untuk hadir. Benarlah, kita hanya merancang, Allah jugak yang akan memberi ketentuannya.
Hari Isnin malam, tetiba saja sakit gastrik menyerang dengan teruk sekali, makan ubat tahan sakit pun tak jalan, Auntie menanggung sakit sampai ke pagi...serba tak kena dibuatnya, perpeluh-peluh, langsung tak boleh lelap sampai ke pagi.
Sepatutnya Auntie bersiap ke PICC, terpaksa pulak bersiap ke klinik...alhamdulillah dah jumpa doktor, dah dapat ubat, sakitnya beransur pulih, cuma masih rasa lemah dan tak lalu nak makan. Agaknya usia dah semakin tua ni penyakit pun mudah saja datang....

Monday, October 03, 2011

Majlis Perkahwinan Di Pekan Pahang.




Asalamualaikum,

Makan kenduri lagi! kali ini adik bongsu Cik Din pulak yang kawin. Majlis berlangsung di rumah mak Cik Din di Pekan Pahang pada 2/10/2011. Malas le nak cerita banyak, kita tengok gambo sajalah.

Sem (adik Cik Din) dengan pilihan hatinya Ema.
(bukan main senyum lagi Sem ni...)




Pemuda berbaju biru tu anak sulung Auntie, Si Anja bersama sepupu sepupu yang kecik-kecik.

Cik Din bersama adik beradik dia. 12 orang, seorang adik Cik Din meninggal 2 tahun lalu. Sebelah pengantin tu mak Cik Din...Mak Cik Leha.


Dua orang anak buah Cik Din yang manis. Susah betul nak pujuk dia orang utuk bergambar.

Tuesday, September 20, 2011

Kenduri Kawin di Kuala Lipis.


Assalamualaikum,

Kita dah sampai ke penghujung Syawal, tapi, hari yang masih berbaki, masih ada yang mengambil kesempatan untuk majlis sambutan raya.Raya kali ini, Auntie tak banyak menghadiri jemputan ke majlis open-house, maklum dah pencen, kalau tidak ada saja jemputannya. Kali ini Auntie cuma menumpang Cik Din saja ke majlis makan-makan ni.

Hari Ahad baru ini, Auntie ke Kuala Lipis Pahang menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Cik Din. Asalnya kami nak pergi sehari sebelum majlis, tapi di saat akhir Cik Din ubah fikiran untuk pergi pada hari majlis diadakan. Auntie ikut saja walau pun sedikit rasa frust. Kami bergerak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan pukul 1o.30 dah sampai rumah pengantin. Majlis diadakan di Dewan Jubli Perak. Majlis dirumah pengantin pompuan telah pun selesai pada hari Sabtu. Pengantin pompuan tu orang Lipis juga.

Majlisnya meriah sekali. Bapa pengantin lelaki adalah seorang guru, jadi ramai le kenalan dia yang hadir, manakala pengantin lelaki dan perempuan pulak bertugas di Majlis Bandaran Kuala Lipis. Selesai makan, Auntie dan Cik Din pun bergerak balik menuju ibu kota.

Sama-samalah kita doakan agar mempelai hidup aman bahgia hingga ke akhir hayat. Amin.

Marilah kita layan gambar pengantinnya.


Pengantin: Affendy dan pilihan hatinya Zuraida.
........berjalan masuk ke Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis, Pahang.

Pengantin lelaki, Si Fendi adalah anak saudara Cik Din, mak dia (Rozie) adik Cik Din.



Dua orang gadis cilik pengiring pengantin. (dua-dua anak buah Cik Din)







Pengantin tersenyum gumbira didepan sanak saudara.



Adik pengantin lelaki, Dida dan Topek.
ppssst...Dida ni pandai nyanyi, sedap suara dia.




Mak pengantin lelaki (Rozie) dan...errrr makcik pencen ;-)

Monday, September 12, 2011

Tetamu Raya.


Assalamualaikum,

Dah hampir dua minggu kita dalam bulan raya. Masih rancak sana sini beropen house.
Rumah Auntie macam tulah...kadang kadang open, kadang kadang close...he! he!

Semalam Auntie ikut Cik Din pergi ke 2 majlis kenduri kawin. Hostnya, sorang kawan ofis dan sorang lagi geng surau dia. Yang satu tu dekat rumah saja, yang satu lagi kat Sepang. Macam biasalah kenduri kat KL ni dua dua kenduri lauknya hampir sama kalau kita pergi open house pun sama juga...

Auntie ni pulak, kalau jalan sikit, balik rumah dah penat, pada hal pergi makan dan duduk dalam kereta tersandar saja. Sampai rumah terus saja baring. Terlelap le sekejap. Petangnya, Cik Din dah mula berexcersise dengan berjalan keliling taman perumahan. Sampai rumah dia bagi tahu jiran nak datang beraya. (yang datang time Auntie dah masuk tido beberapa hari lalu tu ) ok lah...dalam keadaan yang malas tu Auntie bingkas bangun dan buka peti ais tengok lah apa yang ada. Terus rendam bihun dan sediakan rencahnya. Lepas maghrib kelam kabutlah Auntie menggorengnya. Elok siap je tetamu pun sampai...alhamdulillah...bihun goreng bodo tu sedap juga rasanya walau pun bahannya yang terhad. Tetamu Auntie tak le ramai, cuma 4 orang dewasa dan sorang kanak....he!..he!..budak ni boleh tahan jugak nakalnya walau pun pompuan, dia ke dapur Auntie dan dibukanya segala pintu kabinet dan pintu peti ais....mak dia tengah makan dia boleh melompat dari satu sofa ke satu sofa......sabo je lah...setahun sekali dia masuk rumah Auntie pun! ;-)


Saturday, September 10, 2011

Maya Karin



Assalamualaikum,

Maya Karin memang manis. Senyum dia sangat manis. Kalau nak kata dia lawa, memang ramai lagi orang yang lebih lawa dari dia. Tapi senyum dia yang buat dia menarik dan jelita.

Dia dapat tawaran sebagai duta untuk berbagai produk. Terbaru, tilam Vono* Kebetulan tilam Auntie dah pun habis tarikh gerentinya, malah dah terlajak beberapa tahun pun. Bukan saja gerentinya dah habis, badan pun dah rasa kurang selesa bila berbaring....mungkin kerana tarikan senyuman Maya Karin, Auntie sepakat dengan Cik Din untuk ganti tilam baru....ingat nak beli sebelum raya, tapi, rasa macam "bila raya, tilam pun nak beli baru?"...segan jugak, kang nanti jiran-jiran terperasan bila tilam dihantar ke rumah. Jadi, pagi tadi Auntie pun sampai le hajat nak beli tilam baru....kami beli tilam Vono*...baru sekejap tadi sampai tilam tu.....masa tengok siang tadi langsung tak perasan...dah diletak atas katil kena sinaran lampu, baru perasan ada nama Maya Karin bertaburan kat atas tilam tu.....ha! ha! harap Cik Din tak mengigau memanggil nama Maya Karin!!!

Friday, September 09, 2011

Raya lagi ke?



Assalamualaikum dan salam Syawal.

Alhamdulillah Ramadhan telah pergi insyaallah panjang usia kita bertemulah Ramadan yang akan datang pulak. Kini sibuk dengan bulan Syawal yang katanya akan diraikan sehingga sebulan. Seingat Auntie masa dulu tak lah disambut sampai sebulan. Letih betul beraya sampai sebulan ni. Agak agaklah ye....

Raya Auntie macam biasa saja...dihari pertama terasa juga kelainan maklumlah dah berpuasa sebulan. Lepas solat Raya, kami berangkat balik ke Pahang, kampung Cik Din. Jalan raya tenang saja walaupun sesak sekejap di tok Gombak. Dua hari dua malam beraya di Pekan. Makan, minum, makan minum..sampai naik sebu perut ni. Raya ketiga kami berangkat baik ke Bangi, esoknya kami menuju ke Utara pulak untuk beraya di kampung Auntie pulak. Auntie hanya beraya dalam rumah saja menghabiskan masa bersama mak yang uzur. Alhamdulillah, walau pun di semakin uzur, tapi masih boleh bersembang dan nampak ceria.

Hari Ahad, pagi pagi lagi kami dah berangkat balik ke Ibu Kota untuk mengelak kesesakan.

Dah ada kat rumah barulah nak cari kueh raya...selalunya jiran2 Auntie akan datang bertandang. Nak bertandang atau ziarah ni kenalah juga ikut adabnya, walau pun hari raya, bulan raya, tak semestinya main redah saja. Ada orang, mentang mentang lah raya, sesuka hati saja nak datang, tak kira waktu maghrib atau waktu orang dah nak masuk tidur........

Sana sini sibuk pula dengan open house, Auntie idak le nak beropenhouse....budget pun dah lari nih....jemputlah datang kalau sudi, rumah Auntie memang sokmo terbuka walaupun bukan hari raya....tapi kena ingat le, waktu subuh, maghrib dan time tido tutup le... he...he....


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua;

Lama rasanya Auntie tak masuk blog, bukan kata blog, laptop pun tak sentuh. Nak kata sibuk tak juga. Tahun ini adalah tahun Auntie berpuasa dalam keadaan yang sangat relax, tak de kecoh kecoh tak de tension tension nak bersiap berbuka atau bersahur, semuanya dibereskan dengan tenang dan aman damai.

Syukur alhamdulillah, puasa kali ini juga Auntie ada banyak masa untuk diri sendiri, melakukan apa yang tak pernah/dapat dilakukan di bulan Ramadan yang lepas-lepas. Sebagai hambaNya Auntie hanya berharap redho Allah, apa yang dibuat hanya Dia yang menentukannya, Amin

Pening jugak kepala memikirkan nak balik kampung ni bila anak-anak dah besar, apa lagi anak lelaki. Alhamdulillah, Anja dah setuju nak ikut balik, tapi takmo lama-lama. En. Amir pulak kena bekerja pada hari raya..(.dia suka, sebab tak payah balik kampung ) Jim pun sama macam Abg. Anja dia...nak ikut , tapi takmo lama-lama. Auntie pun tak tahu dimana silapnya...dia orang ni liat betul bila nak balik kampung. Alasan yang selalu diberi adalah....MALU!!!!

Memanglah tak dapat dinafikan, kalau balik ke kampung Cik Din, sepupu sepapat depa ramai gadis gadis remaja yang membuatkan anak bujang Auntie rasa kekok apa lagi dia orang kurang mesra bila dah besar panjang disebabkan jarang bertemu. Satu hal lagi, adek beradik Cik ramai, maka rumah menjadi sendat, nak masuk bilik air nak masuk tandas kena tunggu giliran. Rumah teres, besar mana sangatkan nak menampung anak, menantu, cucu dan cicit. Kalau rumah kampung boleh jugak bawak diri duk bawah rumah atau bawah pokok...

Walaubagaimana pun, balik tetap balik...Insyaallah, lepas solat raya, kami berangkat ke Pahang, tido dua malam, balik semula ke Bangi. Tido satu malam kat rumah, kami balik ke Perak pulak.

Dikesempatan ini Auntie dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, insyaallah jumpa lagi.

Sunday, August 14, 2011

Persiapan.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa. Ada 2 minggu lagi saja, kita masuk ke Syawal pulak. Dah bersiap siaga untuk sambut raya???

Bagi Auntie yang dah tak ada anak kecil ni, persiapan membeli baju raya tak le seronok macam dulu lagi. Jim awal-awal dah kata, dia takmo baju raya, dia nak kasut saja. En. Amir pulak nak baju Melayu, insyaallah esok dah siap. Auntie pulak, cadangnya nak juga beli sepasang dua. Dah lama sangat Auntie tak beli baju raya, ha, dah pencen ni baru rasa macan nak pulak. Yang sebenarnya bukan untuk raya sangat pun , tapi nak simpan pakai masa majlis perkahwinan adik Cik Din dan juga anak buah dia lepas raya nanti.

Semalam Auntie dengan Cik Din ke Parkson Kajang, hajatnya nak tengok-tengok saja. Ronda sana ronda sini, terbeli juga sepasang baju...selalunya gitulah, kalau dari rumah cadang nak beli, puas pusing tak jumpa yang berkenan, tapi kalau tak rancang jadi pulak. Auntie beli juga 2 helai t-shirt untuk Jim dan En. Amir...diaorang ni bukan kisah sangat baju raya, boleh je pakai t-shirt Pagoda di pagi raya...ha! ha!

Kueh-mueh macam mana??..memula tu berangan juga nak buat sendiri, tapi, nak buat apakebendanya????..oven pun tarakkk...ingat nak beli...pikir-pikir balik tak jadilah...time ni le jugak nak beli ovennya..he!!!he!!! tengok le tahun depan kalau ada umur, insyaallah. :-)
Lain-lain tu tak adalah nak disiapkan...pakai apa yang ada, guna mana yang boleh. Kenalah berjimat cermat, maklum le dah pencen, tak boleh main taram saja.
Psssttt....heboh satu Malaya orang gomen dapat bonus raya, Auntie yang pencen pun ada le tempiasnya..alhamdulillah, walau tak banyak, ada lah juga, at least dapat le buat tambah duit minyak dan tol untuk balik kampung. :-)

Petang ni menu apa???...ntah, belum tahu lagi. :-)