Sekarang ni, mana-mana kita pergi, kita boleh nampak berkeliaran ' tukang minta derma'.
Selalunya mereka ini terdiri daripada anak-anak sekolah (kalau bersekolah le) yang berusia sekitar 12, 13, 14, 15 tahun. Tak kurang juga yang lebih dewasa, malah yang masuk kategori warga mas pun ramai. Baik lelaki, mau pun wanita.
Kita yang nak hulur derma pun jadi macam serba salah. Nak hulur ke, nak buat derk saja.
Masa dulu Auntie selalunya hulur le jugak, apa lagi bila dia orang ni dok hulur surah-surah Al-Quran. Rasa macam bersalah kalau tak derma seringgit dua.
Sekarang ni pulak, dermanya atas tiket nak bantu anak yatim, tak pun nak bina masjid atau surau, nak bantu orang Pelastin, bantu orang Selatan Thai, orang Islam Rohingya. dll.
Ada satu grup ni pulak, nak minta bantuan perubatan. Nak bedah jantung, nak bedah buah pinggang, nak bedah bijik mata, nak beli kaki palsu dan sebagainya.
Genuine kah tujuan mereka ini? Ini yang menjadi tanda tanya kita semua. Kadang tu, kita kat kedai makan baru nak suap, depa bagi salam dan tunjukkan surat "tunjuk sebab" Adui!
Kalau kanak-kanak yang datang, kesian le jugak, serba salah kita dibuatnya....nasib-nasib le. Kalau mood Auntie bagus, jatuh le seringgit dua, kalau tidak, buat derk sajalah.
Penggunaan kanak-kanak bagi tujuan minta derma ni patut dihentikan. Banyak yang kata ada sendikit disebalik semua ini. Ada juga yang buat tektik menjual buku. Dikerahnya bebudak ni menjual buku, ke pejabat-pejabat dan dimana tempat ramai orang. Kesian budak-budak ni. Pernah juga dia orang datang ke ofis Auntie, Auntie tanya adik sekolah tak?..saya sekolah petang, ini adalah salah satu daripada ko-korikulum..macam mana datang?...Ustaz hantar dengan van, nanti Ustaz akan jemput la. Dah b/fast? belum..Ok, macam ni, makcik takmo beli buku tu, anak makcik semua dah beso, dah tak baca buku Sang Kancil....mai ikut makcik ke kantin, kita makan....
Sian...ceria nampak muka mereka (2 budak lelaki dalam 12 tahun) Auntie bayangkan depa macam anak Auntie. Auntie tanyalah nak makan apa. Apa2 pun boleh, so, Auntie belanja depa makan nasi lemak dan minum milo ais. Laju je depa makan. Kesian, katanya anak yatim. Wallahualam.
Ada sekali tu pulak, Auntie ternampak sebuah kete besau apakenamanya capnya kete tu..Alfard, Alfasad..gitu le lebih kurang menurunkan beberapa orang buta dan pengiring untuk minta sedekah kat beberapa restoran yang berdekatan. Orang buta pun dah bersekongkol dengan depa ni...kita tak tahu lagi...buta sungguh ke???....Kesian orang yang betul-betul buta yang memang menyara keluarga dengan menjual tisu bakul dan sebagainya.
Masa Auntie kat ofis lama dulu, orang awam memang senang sangat nak masuk. Sapa-sapa pun boleh. Maka boleh dikatakan setiap minggu ada sajalah yang datang untuk tujuan kutipan derma ni. Bayangkan kalau seminggu 3 kali datang sebulan dah berapakan?? kalau yang betul-betul memerlukan tak pe le. Kalau yang kelentong saja?
La ni pulak, bila pungut derma ada resit, jangan nak kedekut nak bagi RM1, tak de dibuat RM1 punya resit. Paling rendah RM5. Pelik!...kan? bukan ke sedekah tu ikhlas?? Suka hati kita le nak bagi berapa....?
Pernah le juga Auntie dengar ceramah daripada seorang Ustaz popular ni (sedikit masa dulu, sekarang dah jarang nampak) dia kata, " kita ni, kalau nak derma berkira sangat, tanya itu ini, tanya mana surat izin bebagai, kalau nak bagi, bagi sajalah..." Bagi Auntie kita patut tanya jugak, duit kita punya, maka kita kena tahu mana perginya duit kita. Kang dia pi beli dadah atau pi buat aktiviti tak senonoh macam mana?? Senang-senang kita hulur, akan menggalakkan lebih ramai lagi orang macam tu.
Jangan tak tahu, sekarang orang luar negeri pun dah ramai datang ke M'sia Permai ni nak kutip derma. Baru-baru ni satu mamat bermata kelabu dengan berjubah putih datang menghampiri Auntie nak minta derma..oh!..tengokkan kehensomannya, cairlah jugak makcik..nasib baik teringatkan pakcik yang ada kat sebelah...kami tunjuk 'no' sign saja. Kalau betul kita nak derma, ikut sajalah saluran yang betul insyaallah selamat.
Satu peristiwa yang tak dapat nak dilupakan masa kat ofis lama dulu, boleh dikatakan kerap sangat satu Achi ni dengan kusut masai datang minta duit kat kami. Bila nampak dia masuk ofis, kalau sempat lari, kami lari masuk toilet. Dia ni, kalau kita bagi seringgit dia bising marah, apa lagi kalau kita buat derk saja siap dia maki hamun. Sungguh memalukan. Dia memang licik, dia akan masuk ke ofis kami bila jaga kat pondok bersebelahan gate tu leka atau meninggalkan pondok tu.
Yang kelakarnya, kawan Auntie pernah terserempak dengan dia berbaris kat Maybank...haruslah dia nak masukkan 'pendapatan' dia...
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Bersara.
Sedar-sedar hari ini dah pun sampai penghujung bulan Oktober. Minggu depan dah masuk bulan November, kemudian Disember dan berakhirlah tahun 2009.
Semakin pantas masa berlalu. Auntie pun dah tak sabar rasanya menunggu masa untuk bersara. Semoga Allah memanjangkan usia dapat pulak menikmati waktu santai tanpa rasa tertekan mengejar masa setiap pagi untuk bekerja. Lama dah berulang-alik dari rumah ke ofis, dari ofis ke rumah...dah hampir masuk ke tahun yang 33! Dah letih rasa badan ni.
Minggu lepas Auntie dah pun terima surat daripada Bahagian Sumber Manusia meminta Auntie untuk melengkapkan beberapa borang dan membuat salinan-salinan dokumen berkaitan diri. Ini semua adalah untuk tujuan persaraan nanti. Antara dokumen yang diperlukan adalah
1. Salinan k/pengenalan sendiri
2. Salinan k/pengenalan suami
3. Salinan K/pengenalan anak di bawah usia 18 serta salinan sijil lahirnya.
4. Salinan surat nikah.
5. Salinan surat cerai (jika berkaitan)
6. Salinan penyata pendapatan.
7. Salinan penyata cukai
8. Salianan m/hadapan buku bank.
9. Salinan penyata pinjaman perumahan.
10. Alamat tetap apabila bersara.
Semua di atas telah pun disiapkan. Rasa macam excited pulak. Rasa macam dah tak sabar.
Setelah sekian lama bekerja, sampai jugak penghujungnya insyaallah.
Ramai kawan sebaya Auntie yang mengambil option untuk bersara pada usia 58. Buat diri Auntie dah cukup rasanya. Di ofis ni pun dah tak ramai yang sebaya dengan Auntie. boleh dikatakan dah hampir 95 peratus dipenuhi dengan pegawai muda, semuanya yang dah boleh di panggil anak-anak. So, eloklah Auntie berundur diri. Bagi peluang kepada yang muda membina kerjaya mereka pulak.
Ramai yang tanya, tak takut boring ke nanti? Bagi Auntie, pandai-pandailah menggunakan masa
Jangan pikir-pikir sangat.

Friday, October 16, 2009
Majlis Raya.
Assalamualaikum,
Harapnya malam ini berakhir sambutan majlis hari raya untuk tahun ini. Insyaallah, dipanjangkan usia, tahun depan ada lagi.
Malam ini, majlis hari raya akan diadakan diperkarangan rumah Auntie macam tahun-tahun yang lepas. Pot-luck style. Auntie dah target nak masak nasi lemak dengan lauk sambal sotong kering. Senang dan cepat dimasak. Balik kerja nanti terus letak nasi dan tumis sambal sotong, rebus telur, potong timun dan goreng ikan bilis. Dah. Selalunya tak payah nak masak banyak-banyak pun. Setakat satu periok.(Rice cooker size medium tu) Mula-mula, rasa macam nak goreng mee, tapi dah dua tahun berturut-turut dok goreng mee, kang jiran perasan pulak...macam tahu nak masak benda lain. Mungkin nanti Auntie tambah pulak dengan buah-buahan..
Yang telah lepas, majlis kami ni macam meriah juga. Kami tak pasang kemah pun. Masing-masing bawak kerusi meja dan susun bawah sinaran lampu TNB je.... :-) ok apa??...samar-samar..disamping sinaran bulan dan jugak bintang. Harap-harap tak hujan le. Kebetulan jugak. lorong belakang rumah Auntie pun buat majlis juga...ha, tambah meriahlah nanti. Kalau-kalau ada sesapa terlalu kat area tu, jemput le singgah, join sekali.

Monday, October 12, 2009
Jamuan Raya 2009.
Friday, September 18, 2009
SELAMAT HARI RAYA
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
SELAMAT HARI RAYA &
MAAF ZAHIR BATIN.
DRP: AUNTIE & FAMILI
NORDIN - Cik Din
AZYAN - Auntieyan
ANJA - Alif Abd. Naser*
EN. AMIR - Amer Abd. Hakim**
JIM - Adeb Abd. Nadzim***

Assalamualaikum,
Puasa dah sampai ke penghujungnya. Dah terasa suasana hari Raya. Ofis dah mula lenggang. Ramai dah mula bergerak meninggalkan kota menuju destinasi mesing-masing.
Auntie masih lagi bekerja hari ini. Hemmm...mentang-mentang la dah nak habis puasa, boleh terbabas pulak pagi ni, terlewat bangun, nasib baik ada sikit masa untuk hangat-hangat makanan, kalau tidak harus le tak bersahur.

Persiapan raya kali ni macam biasa jugak, ala kadar saja. Tak de langsir baru, tak de perabot baru, atau kueh mueh penuh kabinet. Yang ada kelainannya ialah, tahun ni Auntie dan Cik Din ada baju raya!!!! yeyyyy... selalunya kami berdua tak de baju raya, pakai saja apa yang ada.
Tahun ni juga kali pertama Anja dan Jim ada baju Melayu yang ditempah khas. Selalunya beli saja yang dah siap. En. Amir pulak, dah dibeli kain untuk buat baju dia tak berkenan warna pulak, nak tempah dah tak sempat, so, Auntie beli sajalah yang dah siap.
Tahun ni giliran berhari raya di kampung Cik Din...senyum je dia maklumlah.....
Auntie tak kisah sangat dah memang rutin untuk kami. Insyaallah lepas bersahur esok, (kononnyalah!) kami akan berangkat. Rasa excited jugak...he!..he! mungkin kami akan beraya 2 hari di sana, kemudian balik ke rumah. Rest semalam, kemudian kami akan beraya di kampung Auntie pulak selama 2 hari jugak.
Auntie ni, kueh raya pun hanya ada dua jenis...tengok lah, kalau ada kesempatan, malam ni nak gi cari...mana tahu ada orang lelong ke. Kalau tak ada, ha, itu lah saja yang akan di sajikan.
So, sapa yang akan travel hari ni , malam ni, esok ke...hati-hati lah dijalan raya. Insyaallah jumpa lagi kita.
Friday, September 04, 2009
Kueh Raya.
Esok dah masuk 15 Ramadan. Dah 14 hari kita berpuasa barulah ada kesempatan masuk blog sendiri.
Harap yang masuk ke blog ni sihat walafiat dan tekun menjalani ibadah puasa yang hanya setahun sekali.
Hari ni Auntie rasa begitu lapar...uhhhh...sakit rasa ulu hati. Mungkin sebab Auntie telan sebijik pain killer masa bersahur pagi tadi. Selalunya ok saja...puasa ni bukan satu masalah pun.
Tak tahu kenapa puasa kali ni selera makan sungguh berkurangan walau pun rasa macam nak makan banyak, tapi bila masuk air saja dah rasa macam tak selera dah.
----------------
Ramai yang dah mula nak membuat kueh raya. Masa anak-anak masih kecil dulu, boleh dikatakan Auntie ni rajin jugak buat kueh raya. Tidaklah banyak jenis, setakat dua atau 3 macam saja. Memang kalau kita buat sendiri lebih menjimatkan dan rasa pun kita sendiri lah yang tahu.
Kat ofis Auntie ni, belum puasa lagi sample kueh dah sampai untuk di order. Satu pun Auntie tak order. Tak tahu le, setakat ni belum ada cadangan nak buat sendiri. Pssstt...nak buat apakebendenya?????...oven pun tak de!!! Cik Din cadangkan Auntie beli saja oven...isyyy...semuanya nak dibeli masa ni...? Adui!
Rasanya, bila keadaan terdesk nanti, main kueh tunjuk sajalah jawab nya!
Selamat berbuka. :-)

Thursday, August 20, 2009
Don't Play-play!
Alhamdulillah....Cik Din dah tak demam lagi begitu jugak dengan En Amir.
Sana sini orang demam, hospital & kelinik penuh dengan orang nak dapatkan rawatan kerana diserang demam ni. Pelik jugak rasanya mangsa H1N1 ni banyaknya orang kita, (rasanyalah...tak pulak Auntie tahu angka sebenar) mungkin terjadinya wabak ini Allah nak ingatkan kita semua yang dah terlena dibuai mimpi-mimpi indah.
Banyak benda-benda yang melanda dunia sekarang...yang jelek dan yang pelik. Antaranya :-
Yang lelaki suka dengan lelaki. Yang pompuan bernafsu dengan pompuan.
Yang pompuan nak jadi lelaki dan sebaliknya.
Manusia melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa bersalah, malah berbangga pulak.
Bebaru ni ada dua kelahiran yang ganjil...bayi berkepala dua. Perasaan kita pun dah tak keruan.
Sedih ke? terkejut ke?...takut?..seram??? Entah lah.
Berbalik kisah orang demam kat rumah Auntie... nasib le kami tak ramai kat rumah tu...Auntie dengan Cik Din saja yang share bilik. Bujang tiga orang tu ada bilik masing-masing. So, masa Cik Din demam, Auntie kuarantinkan dia dalam bilik tu begitu jugak si En. Amir. Depa pakai topeng, walaupun dalam rumah. Alhamdulillah tak lama depa demam.
Dalam kita sibuk dengan penyakit flu babi ni, ada pulak pihak nak kaut untung....topeng yang kita langsung tak terpikir nak beli tu dah naik harga sampai sekeping RM1/ kelinik pun kedekut taik idung masin....depa bagi sekeping je. Bukan itu saja...kos rawatan pun naik juga. Selalunya kat area rumah Auntie, kalau takat demam harga rawatan dalam RM25-30 saja...
Cik Din kena bayar RM30...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk dan MC dua hari.
En. Amir pulak kena bayar RM56...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak dan MC 2 hari . Hanya lebih satu item saja, bezanya sampai RM26 ???gila ape???? kelinik berlainan, kelinik yang Cik Din pergi masih belum buka masa Cik Din bawa En. Amir. Memang terasa sangat mahalnya. Tapi apa nak dikata, bayar sajalah...
Auntie dengan famili ni, kalau tak terpaksa, memang kami akan ke kelinik kerajaan saja...tunggu sajalah sejam dua...nak ubat free kan...ubat pun lebih kurang sama saja...cuma kalau kelinik kerajaan dia kasi Panadol, pergi kelinik berbayar depa bagi Uphamol...kalau kita beli sendiri reganya dalam RM2.50....disebabkan penyakit yang sedang merebak ni, terpaksalah kita ngadap doktor dan check apa yang patut, tak bolehlah main hantam ambik ubat sesuka hati je.
Kepada semua, jagalah kesihatan masing-masing...cuci tangan, bersihkan persekitaran. Don't play-play!!

Tuesday, August 18, 2009
Semoga bahgia....
Lama tak up-date. Dah macam nyawa-nyawa ikan blog ni, mungkin kena virus H1N1 gamaknya.
Rasa macam perlu di kuburkan saja. Bila dipikir balik, biarkan saja dia koma lebih baik dari terus mati..
-------------
Banyak kejutan sejak kebelakangan ni. Memula MJ meninggal, kemudian Yasmin, diikuti dengan Uztaz Asri yang Auntie tak kenal cuma tahu saja. Tak jugak die hard fans dia, tapi ntah kenapa, bila dapat tahu dia meninggal, air mata berderai pulak!...pelik ye? Tapi, kena redho, insan baik dan mulia, tentunya berada di tempat yang mulia juga, insyaallah.
Sabtu dan Ahad lalu macam biasa, Auntie kat rumah saja. Hari Ahad, ada kawan lama ajak kemajlis kawin anak dia. Beratnya nak pergi..Auntie tak kenal isteri dia, dia pulak tak kenal Cik Din Auntie. Majlis di rumah pengantin pompuan. Anak dia lelaki. Dia ajak ikut rombongan dia ke rumah pompuan... Majlis kat rumah dia, sah le Auntie tak pergi sebab dibuat di KB, Serambi Mekah. Macam tau tau je...pagi Ahad tu perut Auntie meragam. Asyik keluar masuk kamar kecik.
Lastnya terpaksa SMS kawan tu kata tak dapat pergi. Dah membawa ke tengahari Cik Din pulak tak sedap badan...tau-tau temperaturenya dah naik mendadak. Sah dia demam. Terbaring le dia dari siang sampai malam. Dia dapat MC 2 hari.
Sebagai isteri yang setia (errr...dan terpaksa..) Auntie pun turut tak ke ofis. Dah tunang kita sakit, tak kan nak ke ofis jugak kan??...sapa pulak nak tengokkan makan minum dia, kalau tak makcik sorang ni....
Duduk kat rumah, bukan lah bererti rehat bagi seorang wanita (walau pun wanita separuh abad)
Macam-macam harus dibereskan. Memula Auntie mesin kain baju, sesambil tu atas dapur bubur untuk orang sakit sedang melegak. Siap sidai kain, cuci kipas pulak...habuk yang bertempek dah berkilo-milo...sakit jugak rasa badan.
Jam 2, naik ke atas, bawa makanan dan ubat-ubat untuk orang sakit. Panas agak reda setelah paginya dah telan ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk. Menjelang petang, orang sakit dah boleh senyum....alhamdulillah...panas dah kurang banyak, cuma pening-pening saja lagi.
Malamnya En. Amir pulak panas badan. Sorang lagi demam. Tinggal Auntie saja yang belum demam ni. Jim dan Anja dah demam 2 minggu lepas.
Pagi Auntie ke ofis macam biasa. Sampai ke meja.....tuuuuuuu diaaaa, baru sehari tak datang file bertimbun!!...sabo je lah......pasal le bos tak pas kat orang lain???? kalau depa cuti, kita tolong, pasai apa kita cuti tak de yang boleh tolong????...sah le makcik sorang ni terrer buat kerja!! arghhhhhh!!!!! (pikir makcik sambil perasan bercampur gerammm...)
Bebudak pompuan kat ofis becok bercerita pasal kisah majlis kawin ostaz sorang ni. Hemmm...dah jodoh depa nak buat lagu manakan. Kita jangan dok sibuk2 sangat...kang kita pulak lagi teruk buat kat orang. Kita selalu rasa kita betul..rupanya adakala kita jugak buat silap...tak boleh le nak kata.."lantak le apa orang nak kata"....tak semua kes kita boleh kata macam tu dik non.
Semoga depa bahgia....kepada yang rasa terkeciwa tu, insyaallah mudah-mudahan Allah gantikan yang lebih baik.

Monday, July 27, 2009
No Komen lah!
Assalamualaikum,
Minggu lalu terkejut kita dengan kematian Allahyarham Yasmin Ahmad. Tak sangka cepat dia pergi. Jika kita renungkan betapa pendeknya penghidupan kita di dunia ini. Tengah segar-segar, tengah idea berkobar semangat membara, tiba saja masa, tak boleh ditahan, tak boleh dihalang lagi bernoktahlah satu kehidupan. Yang sakit menderita dah lama, masih diberi peluang untuk hidup, semua ini adalah rahsia Allah. Tak tercapai dek akal kita.
Al-Fatihah untuk mereka yang pergi semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
---------------------------------
Kawan Auntie telefon nak datang ofis, nak bagi kad kawin. Jam 12.30, dia dah ada kat bawah, takmo naik, tak tahu mana satu entrance dan parking pun dia tak jumpa. Auntie turun jumpa dia. Kami sembang dalam kereta je. Tengok le kad saya tu, tengok le gambo bakal menantu saya tu..hemmm ada gambo pengantin kat kad tu. Anak dia pompuan....errr.. tapi, maplenya nampak macam sikit berusia...memang le, dalam 40an...anak saya 20an...orang luar negara...asal dari Latin !Amerika, cakap Spanish ...wow!!....jodoh adalah juga ketentuan Allah.
No komen lah!
----------------------------------
Kat ofis pulak, kawan Auntie bercerita, mak dia pergi makan kenduri dengan berat hati, sebabnya......kenduri pada hari Ahad, tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pengantin pompuan
.
.
.
.
.
.
.
terbersalin pada hari Jumaat malam atas katil pengantin, dua hari sebelum majlis!
Sian keluarga pengantin....
Nak kena komen ke??
Tak payah le kot....sama-samalah kita pikir. Donia hari ini!

Tuesday, July 21, 2009
Berbagai...
Assalamualaikum!
Tuuu diaaaaa....! dua minggu yang lepas, Auntie kat ofis ni macam dah tak bernafas, bukan lah pasal serangan jantung atau kena asma, tetapi, bersilat berkungfu mengadap tugas-tugas yang semua di tagged dengan slip "SEGERA".
Alhamdulillah, semua telah dibereskan dengan jayanya. Bos Auntie pergi meeting semalam untuk mempersembahkan apa yang telah Auntie siapkan. Harap-harap semuanya ok. Bos Auntie ni memang 'detail' orangnya. Setiap tugasan mesti lengkap. Kalau boleh dia nak lebih daripada apa yang diminta. Bagi Auntie pulak yang dah berpengelaman bekerja dibawah seliaan bos pompuan (...errr..mahap cakap le kebanyakkannya cerewet) taklah rasa tertakan sangat cuma, mengejarkan masa yang begitu pantas berlalu.
----------------------
Bulan Julai pun dah sampai penghujungnya. Dah tak lama kita akan menyambut Ramadhan pulak. Insyaallah, semoga Allah panjangkan usia kita untuk berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya pulak. Lepas raya ramai pilak yang akan berangkat ke Mekah.
Auntie pun belum lagi ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah. Duit tetap dikumpul untuk tujuan mulia itu, tetapi....macam biasalah, bila simpanan dah nampak macam baik je...dahhh ada saja hal lagi yang datang. Perasaan rindu untuk ke sana dah sangat terasa, tapi tak tahulah entah bila akan sampainya. Bagi yang dah sampai, syukur pada Allah, bagi yang akan pergi lagi....lambai-lambahlah Auntie sama semasa di sana.
----------------------
Apa??...diet?...macam dah boring le dengan diet-mayet ni, lagi kita kontrol, lagi dia naik...cis!...insyaallah harap bila berpuasa nanti, dapatlah turun atau kurang kg tuh... ntah-natah naik lagi ada kot... he!!..he!!
----------------------
Nampaknya, walaupun puasa dah hampir menjelang, majlis kenduri kawin masih ada. Setakat ini, Auntie dah ada dua undangan, satu pada 8 Ogos, dan satu lagi 9 Ogos. Tak nyempat dah tunggu lepas raya para pengantin ni.
-----------------------
Sejak kebelakangan ni, Auntie susah betul nak lena bila malam. Mata tu ngantuk, tapi tak tahu kenapa, puas dipejam, haram tak lelap. Haha, bila siang mula lah mata nak tertutup je, apa lagi bila kat ofis ni dah tersengguk-sengguk le pulak,.
Malam tadi, alhamdulillah tak le teruk sangat, rasanya belum menjelang tengah malam Auntie dah terlena. Sebelum tido tu Auntie call mak Auntie, sian dia masih sakit-sakit sendi, dah makan ubat berbagai...sakit tua pun ya jugak.
Pagi ni adik Auntie kata mak nampak cergas dan ceria sikit, mungkin selepas Auntie call dia, dia rasa terhibur, hendaknya macam tulah.
Semoga mak Auntie cepat sihatnya.

Wednesday, July 08, 2009
Kehidupan
Salam semua,
Dah rajin ke hari ni??
Isyyy...sapa kata Auntie malas??...Auntie malas mengup-date blog saja. :-)
Yang lenlain tu walau malas pun kena gak buat. Nanti sendiri juga yang kena buat. Maklum Auntie ni tiada bibik yang membantu. Harap suami..aaaaaaa...bantuannya gitu-gituan saja. Kalau kata tak membantu langsung tu bohong pulak namanya. Anak-anak pun gitulah jugak. Tak boleh le nak harap 100% kalau depa dapat uruskan diri sendiri, tak sepah-sepahkan rumah pun dah kira membantu, betul tak.
He!...he!...oleh yang demikian, makanya, barulah Auntie terperasan yang Auntie ni dah beberapa hari tak menyapu rumah....astaga!!! Hall kat rumah Auntie tu stagnant je....dok macam tu jugak dah berminggu-minggu...tak de sapa pun yang elehkan itu ini, cuma kenkadang paper bertaburan atas lantai saja.
Ha, kain baju yang siap dibasuh semua dah berlipat...(errr...yang semalam belum lagi, ok?)
Masak-memasak? boleh dikatakan beres je. Sekarang Auntie dah tak sibuk nak nonton drama petang kat TV3. "Matahari" dah habis. Nak tengok "Manjalara" dulu dah tengok, lagi pun cerita dia tak le bagus, takat membuang masa sajalah kalau tengok sekali lagi. Merapu je.
So, petang balik ofis je, Auntie memasak le apa yang patut...masak ala-ala saja untuk anak-anak. Auntie dengan Cik Din makan roti dengan buah saja. Kadang-kadang tak masak bila bebudak takmo makan. Nak makan benda lain, beli sajalah.
Ooo...pasal diet Auntie? macam biasale, puas jugak menahan perasaan kurangkan makan, tak makan nasi waktu malam dan tengahari, minum banyak air, resultnya???...hemmm hampeh, jarum penimbang tu tak bergerak pun!...(isyy...penimbang rosak gamaknya)
Bila usia dah menjelang senja ni, memang susah betul nak turunkan kg-kg yang melekat kat badan ni. Rasanya, dari hari ke hari Auntie semakin 'montok' Mungkin jugak gejala menupouse..kan ke Auntie dah buang segala organ kewanitaan Auntie, makanya supply segala hormon dah tak ada... oohhh sedih... uwaaaaaaaaa!
Ahhh....itu semua adalah putaran hidup. Setiap orang akan mengalaminya. Janji hati mau gumbira. Sentiasa berpikiran terbuka, sentiasa positif, hidup mesti diteruskan selagi hayat masih ada.
Sekian bebelan untuk kali ini.

Monday, July 06, 2009
Malas
Salam semua,
Haa....lama je Auntie mendiamkan diri. Dua minggu lepas memang Auntie tersangat sibuknya. Sungguh pun gitu, Auntie sempat juga melompat dari blog ke blog. Kalau tak baca blog, akan tumpullah pulak pemikiran Auntie ni. Nak memblog pulak...ya ampunnn...malasnya.
Hari ni pun malas jugak....ok, lain kali jelah Auntie up-date. :-)
Sekian.

Wednesday, June 17, 2009
Pemergian seorang kenalan.
Susah betul nak cari masa nak memblog nih...takat baca blog memang mudah. Nak up-date kena tunggu mood dan mesti ada bahan untuk ditulis, betul tak?
Ok, cerita kenduri belum habis lagi.
Hari Sabtu malam, Auntie pun pergilah ke majlis kenduri sepupu Auntie. Mak dia adalah adik mak Auntie yang bongsu. Adik berlainan emak. Jadi, makcik Auntie ni muda dari Auntielah. Dia buat kat satu hotel area Kg. Baru. Majlis bermula pukul 8.00 malam, ketibaan para tetamu. Dah majlis macam ni, nak kena tunggu dewan penuh dulu, tunggu pulak pengantin , baru boleh bismillah...Auntie sekeluarga duduk satu meja dengan sepupu Auntie sekuarga. Nasib baiklah semeja dengan sedara...perut kami dah lapar, nak makan majlis belum bermula... he!...he!...kami buat selamba je, kami bukalah dulu plastik hidangan buah-buahan dan makan dulu.
Lebih kurang jam 9.00, baru le ada bacaan doa, ucapan mak pengantin, slide show bio-data kedua pengantin, lepas tu barulah makan. Menu macam biasalah...lauk pengantin macam selalu.
Majlisnya ringkas saja maklumlah majlis sebelah pengantin lelaki.
Lepas makan salam-salam pengantin kami pun balik.
Hari Sabtu nak datang ni, ada satu lagi majlis kenduri kawin, kawan ofis punya. Hari Ahad pulak jiran dekat rumah pulak ada majlis. Rasanya bulan ni almost every weekend ada kenduri kawin.
Hari ni pulak, seorang lagi kenalan Auntie meninggal dunia. Innalillah hi wainna ilai hirojiun...pernah satu ofis masa kat ofis KL dulu. Dia meninggalkan seorang isteri dan 3 anak remaja lelaki. Sian tengok isteri dia, dah lemah longlai. Dia terkejut sesangat atas pemergian suaminya sebab suaminya meninggal dalam masa sedang bercakap dengan kawan di telefon. Telefon ditangan terlepas, dia pun habis nyawa. Nasib baiklah isteri ada disisi.
Auntie baru balik dari menziarahi jenazahnya yang di bawa ke Masjid Putra Putrajaya. Dimandi, dikafan dan disembahyangkan disitu kemudian terus di bawa ke perkuburan di Precint 20.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Al-Fatihan...

Thursday, June 11, 2009
Pengantin
Hampir seminggu berlalu. Blog tak juga berup-date. Makcik tengah sibuk.Macam-macam nak kena bereskan. Minggu lepas bos-bos ramai tak ada. Ada yang bercuti ada yang pergi seminar. Ada yang dua-dua sekali.
Auntie tetap macam Auntie dok kat ofis, siapkan kerja. Ingatkan bila bos tak ada, kita boleh relax sikit, tapi, relax apakebendanya...kerja menimbun.
Ramai yang bercuti sempena cuti sekolah. Auntie cuti jugak last week pada hari Kamis.. Cuti sehari saja sempena Cik Din nak service kereta. Dia malas nak nganto Auntie, so, terpaksalah cuti. Kebetulan Auntie ada urusan jugak dengan bank, so, lepas settled service kereta, terus je ke bank kat Putrajaya. Kejap je urusannya dah selesai. Dah tak tahu nak kemana, so off we went to Alamanda..he!..he!..the one and only shopping mall kat PUJ.
Tak tahu jugak apa nak buat kat Alamanda tuh...Cik Din jumpa barber shop terus masuk. Auntie jenjalan sorang-sorang sementara dia gondolkan kepalanya. Masuk keluar tiap kedai, tak tahu apa nak beli. Last-last, satu apa pun tak beli. Perut dah lapar. Ingat nak makan je kat situ..tapi, rasanya lebih baik makan kat satu restoren Pak Cik Kelantan di Bangi just opposite the post office, lagi sedap. 2 orang makan tak sampai pun RM 20.
Memang betul, dah selesai makan Cik Din bayar RM15.50 sahaja. Kami makan ikan kembong bakar (yg. besar) sekor, sup tulang semangkok (boleh makan 2 orang) kuah kari yang tersangatlah sedapnya, sayur-sayur dan juga kerabu perut. Kami minum air sirap limau..Alhamdulillah...kenyang yang amat. Kenyang sampai malam. Syyyy...jangan gelak...weekend Auntie boleh balun apa saja yang rasa nak makan, hari lain...makan sikit saja dan nasi is a no, no,.... :-) untuk dua orang bujang yang kat rumah tu, Auntie tapau saja. Lauk dia orang, apa lagi kalau bukan lauk ayam percik kegemaran kalau makanan dari kedai Pak cik Kelantan ni.
Week end (hari Sabtu) kami ke Pekan Pahang. Kenduri kawin sepupu Cik Din. Sesambil tu dapatlah jenguk-jenguk mak mertua dan lain-lain kaum kerabat Cik Din. Malam sebelum pergi tu, adalah acara memaksa anak-anak untuk ikut sekali...yang berjaya dipaksa cuma En. Amir dan Jim...Si Anja gagal di paksa! puas le Cik Din memberi kata dua...haram diendahkan...katanya dia kena siapkan report sebelum hari Isnin, dia nak ke ofis hari Sabtu tu...Cik Din gave-up akhirnya. Anja dah jadi buluh, bukan senang nak dikelentongkan.
Dua beradik yang berjaya dipujuk untuk ikut macam happy saja. Sampai Petrol station Auntie belikan berbagai jajan untuk depa buat exercise mulut dalam perjalanan yang memboringkan tu.
Auntie pulak asyik terlena saja, mengantuk sungguh, mungkin sebab malam sebelum tu tidur lambat sebab dok bereskan hal r/tangga dulu. Mesin kain, gosok baju, kemas dapur, mop lantai dan segala bendanya.
Hemmm...orang lelaki apa tahu???...hemmm tak pe lah...dia bawak kereta kan ?...Auntie relax pulak. :-)
Kami berhenti sekali saja. Cuma ke toilet. Kami ambil jalan melalui Paluh Inai. Jalan kampung yang agak lenggang berbanding jalan besar menuju Kuantan.
Dalam pukul 12 thg. kami pun sampai. Lenggang je. Ingatkan silap hari..he!...he!...nampak kemah je, kami pun happy. Memang orang belum ramai yang datang. Sempat le gebang dengan tuan rumah dulu. 12.30, tetamu dah mula ramai. Nasib baik cuaca tak le panas sangat. Kebetulan pulak ada pokok-pokok yang meredupkan lagi kemah-kemah tu.
Makan time...! Auntie pun ambik pinggan..wah!!! bestnya....menu lain sikit kali ni...nasi puteh, tak de nasi merah atau kuning. Kerabu perut dengan taugeh. Ikan masin, sambal kuini & sambal belacan yang super pedas menyengat...ulam timun, ulam raja, kacang botol, pucuk pegaga. Kari daging dan opor daging......kurrrrr...semangat...ramai yang berbisik..."..hemmmm sedapppnyaa..." Auntie makan tak pandang kiri kanan dah, apa lagi perut tengah lapar. Rasa macam nak tambah, tapi, sabo je lah..... Rasa macam berkelah le pulak...... :-)
Selesai makan pengantin pun keluar, serba hijau. Pengantin lelaki sampai tepat pukul satu, terus saja ke meja pengantin. Adalah dua tiga orang kerabat di Raja Pahang yang datang.
Penganti berseri tidak terperi*
Cantik lawa Raja Sehari
Dalam hati berbunga-bunga *
Bagai pinang dibelah dua
Impian sudah menjadi nyata *
Semoga pengantin sentiasa sejahtera
Melayari hidup bersama-sama*
Insyaalah kekal bahgia.
Lepas makan kami berehat di rumah Mak Cik Din, sembang lebih kurang solat dan pejam-pejam mata barang sekejap.
Dah hilang penat, kami bergerak ke Kuantan pulak...lebih tepatnya kami ke Gerai Pak Soh di Sg Lembing untuk makan satar. Dah agak lama kami tak pekena satar ni. Memang kat sinilah satar yang terrrrsedap. Gerai ni di buka dalam pukul dua membawa ke malam. Tak terkatalah kami makan satar, penuh satu meja. Tapau pulak kat Si Anja yang tinggal. Auntie beli juga keropok leko untuk bawak balik.
Lebih kurang maghrib, alhamdulillah kami selamat sampai rumah.
Psst...rupanya, Pakcik Cik Din (tuan kenduri) ada tapaukan kari daging dan opor...he!...he!...Auntie tak tahu pun...apa lagi, Auntie tinggal masak nasi sajalah. Patut le Cik Din beria-ia takmo singgah makan dikedai. Lepas makan, kami tido jelah...badan letih.
Esoknya Auntie pergi kenduri ke BBST pulak. Kawan baik Auntie kawinkan anak dia. Dua orang sekali di kawinkan. Anak dia lelaki. Tak sempat pun tengok pengantin. Lepas makan terus je balik, tak tahan panas. Peluh turun dari pala terus ke kaki rasanya!. Menu dia ada sikit ke lainan.. Nasi jangung sambal sotong kering....memang sedap....ayam goreng berempah, rendang daging dan acar buah.
Dua hari berturut-turut makan kenduri. Timbangan yang dah mula nampak menurun, naik semulalah gayanya.
Hari Sabtu malam, insyaallah mak sedara Auntie pulak mengawinkan anak dia. Dia buat kat satu budget hotel kat Chow Kit.
Kita tunggu apa kisahnya nanti.
Wasallam adanya.

Friday, June 05, 2009
Kenduri lagi
Salam sejahtera semua....
Sah le Auntie semakin malas. Tapi dengan kudrat yang ada..he!...he!...hari ni dikuatkan juga semangat untuk mengupdate blog yang di sayangi ini. (Ceh!)
Alhamdulillah, program diet Auntie berjalan seperti yang di rancang. Malam tak makan nasi atau makan yang berat. Sambil tengok " Matahari" yang bermula jam 6.30 ptg, sambil minum teh cicah biskut kering...lepas maghrib, makan buah mangga (sekarang musim mangga...kan?) minum air kosong & tidur. Dah nak masuk 2 bulan dah macam ni. TAPI.....bila tengok cermin, dok macam tu jugak...dok rendang cam tu jugak. Bila naik penimbang...apasal tak de beza pun..??? Cis!..buang karan!...buang karan! Tak pe...tak pe...jangan putus asa!
----------------------------
Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Rumah Auntie penuh lengkap ahli keluarga. Semua anak ada. En. Amir balik bercuti sambil tunggu result. Bila cuti, Auntie lebih letih, lebih banyak benda kena buat. Bangun pagi selain sedia b/fast, nak kena sedia makan t/hari jugak...isyyy!....kalau ada anak pompuan tentu tak payah fikir benda ni. Mungkin bila sampai rumah semua dah beres, kain baju siap berlipat, nasi terhidang di meja. Apa nak di kata...Auntie ada anak bujang saja..(Alhamdulillah...kalau tak de langsung, lagi susah).
Cuti tak ke mana ke??...setakat ni tak kemana pun. Anak-anak dah besar panjang, manalah depa suka nak berjalan ikut kita. Kita pulak tak nak le tinggal depa kat rumah bersendirian....Raya Hindu le depa kalau mak ayah tak de.
Semalam Auntie cuti sehari. Cik Din nak servis kereta. Auntie pulak ada urusan dengan bank.
Lepas selesai servis kereta, kami terus ke bank di Putrajaya, lepas tu singgah ke Alamanda....pusing sana, pusing sini, masuk-keluar kedai, satu apa pun tak beli...last-last pi makan nasi kat satu gerai Pak Cik ni...best pulak makan kat situ...kebetulan pulak Auntie dah beberapa minggu tak makan nasi .....berseleralah pulak. :-)
Sepatutnya Auntie cuti lagi hari ni....tapi asyik dok ingat ada satu lagi tugas belum selesai....Auntie pun cancel cuti dan datang kerja pulak. Cis!...macam rajin je..... sampai ofis, Bos Auntie pulak cuti.....jadi, kerja tu tak dapat dibereskan jugak. :-(
Esok. Yeyyy...nak gi makan kenduri. Kali ni jauh sikit. Adik sepupu Cik Din akan kawin....di Pekan Pahang...jauh le...kan? Dua tahun sudah si kakak yang kawin. Sedap masakan orang sana. Lain lah sikit daripada menu kenduri di KL yang boleh dikatakan sama saja dari kenduri kawin ke satu kenduri kawin . Balik-balik nasi beryani/minyak, dalca, ayam goreng, ayam merah, rendang,acar buah. Boring!!! Negeri Pahang ni dia fames dengan opor danging...betul ke orang Pahang??? (Cik Din kata yes.....psst...dia orang Pahang) Harap-harap kenduri kali ni, tuan rumah panggil tukang masak dulu juga.
Psst....Auntie tak tahu le kat tempat lain...tapi...(syyyy...nak gosip sikit...) Auntie dok perati le kan....
tiap kali ada kenduri kendara kat Pekan ni, selalunya sanak saudara yang datang kenduri, bila lepas makan sibuk dok minta lauk kenduri nak bawak balik...kenduri belum lagi selesai. Ada tu, dengan selamba pergi cedok sendiri lauk-pauk kat tempat orang masak. Entahlah, kata Cik Din selalunya begitulah...sampai kena adakan orang untuk 'guardkan' makanan supaya tak kehabisan sebelum kenduri selesai. Tak tahulah mungkin keluarga lain tak buat kot....Kesian tuan rumah yang pening kepala takut tak cukup lauk. Harap-harap kenduri kali ini, tabiat begitu dah tak ada lagi.
Macam-macam tabiat manusia ni.

Wednesday, May 20, 2009
Tak de beza......
Assalamualaikum,
Aduhai!!!!!....blog Auntie ni macam hidup segan mati tak mau...nyawa masih ada, nyawa-nyawa ikan kekdahnya.
Maaf le kalau datang masih lagi dengan cerita lama. Ha, ni baru ada sikit mood untuk buat entry baru.
Tiap hari agak sibuk dengan tugasan harian. Rupanya susah jugak nak memantau orang dewasa ni...degil-degil belaka........
Kebelakangan ni sibuk kita bercakap pasal selsema binatang tu...ha, kena jagalah kesihatan, jangan malas nak pergi buat pemeriksaan. Auntie tahu, kalau orang pompuan, selalunya tak banyak masalah, tapi, kalau orang lelaki, memang depa berat sikit nak pergi jumpa doktor...contohnya, Cik Din, kalau demam telan penadol, selsema telan penadol, sengah-sengal badan pun telan penadol......asyik le dengan penadaol. Bila Auntie sound suruh ke kelinik, terus saja kata dah ok.
Berbalik pada Auntie pulak. Wah! sekarang ni Auntie bukan main relax lagi kat rumah...sampai je dari ofis, salin-salin baju, mandi dan solat, pas tu terus je relaxxx...bestnya...pukul 6.30 ptg. tengok drama Akasia, sekarang drama Matahari...ahhh...sedap ceritanya, lebih sedap dari Spa Q....he...he..., dulu Auntie asyik dengan cerita Philppine dan Brazil. Sekali sekali Auntie ikut juga drama Indon, tapi drama yang logik-logik le...yang magik mengarut tu tak lah Auntie tengok, buang masa saja.
Sekarang ni, Auntie dengan Cik Din tak makan malam. Kami makan ringan-ringan saja. Makan biskut cicah air atau makan buah-buahan saja. Auntie cuma masak untuk Jim dan abangnya Anja. Depa ni, menunya senang saja....balik-balik ayam merah, ayam goreng. So, Auntie boleh le masak 2 hari sekali... selamattt.. kalau hari ada pasar malam, Auntie beli sajalah apa yang dia orang rasa nak makan. Auntie akan masak macam biasa bila hujung minggu.
Kat ofis Auntie ni pun dah ramai geng yang mula mengurangkan makan, dalam erti kata yang lain, dah mula berdiet...baik pompuan mau pun budak lelaki. Macam-macam depa ambil...ada yang minum teh hijau, teh ling zhi, yang berduit lebih tu, depa beli le makanan diet yang mahal-mahal tu. Maka, Auntie yang tak berduit ni hanya mampu mengamalkan minum banyak air kosong, dan kurangkan makan. Boleh??...agak-agak mau ke kurus??
Pssttt...dah hampir dua bulan tau Auntie langsung tak makan nasi waktu malam, cuma dok cicah biskut dengan milo dan makan buah. Siangnya, minum air, minum air...tengah hari makan sayur saja. TAPI.......kalau ada orang belanja makan, Auntie belasah saja....hemmmmmmm...rejeki jangan di tolak, kata orang tua-tua. So, sesapa nak belanja Auntie makan jangan le pulak segan dan silu...ok?...no problem Auntie on saja!...
Resultnya??....tuuuu...yang lemah tu.....macam tak de beza pun!!! macam buang karan saja..adui!

Thursday, May 07, 2009
Al-Fatihah
Balik dari kelinik, Auntie dapat call dari sorang kawan, Kak, Ropiah dah nazak, ada kat HKL.
Kurrrr, semangat. Ropiah ni jauh lebih muda dari Auntie, manis, soft spoken orangnya. Auntie taklah begitu rapat dengannya, tapi kerap juga bertegur sapa bila bertemu kat surau atau pun kat koridor ofis (masa ofis kat KL dulu).
Dia bertugas sebagai kerani kat salah satu unit kat ofis kami. Sebelum tu, dia jadi pembantu kepada seorang Jurutera yang ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Jabatan kami. Jurutera ni pulak, kebetulan pernah jadi pensyarah Auntie masa Auntie belajar dulu.Usia beliau tak panjang, meninggal setelah hampir 3 tahun bertarung dengan kanser payudara.[ Al-Fatihah untuk Hjh. Arpiah]
Dah 3 tahun dia pergi, dan hari Isnin lalu jam 4.30ptg, Ropiah yang pernah bekerja dengannya pulak menjejaki beliau setelah menderita sakit yang sama sejak setahun lalu.[ Al-Fatihah untuk Ropiah ]
Apa yang sangat dikesali, arwah Ropiah tidak mendapatkan rawatan dihospital, kecuali hingga hampir ke saat akhirnya. Dia lebih bergantung kepada rawatan alternatif.
Termenunglah sejenak Auntie, mengenangkan kenkawan yang pergi, apa lagi mereka yang lebih muda dari Auntie sendiri...singkatnya hidup kita di dunia ini.

Tuesday, May 05, 2009
Rawatan
Semalam Auntie tidak terus ke pejabat, sebaliknya kami terus saja ke Klinik Kesihatan. Ada appoinment dengan doktor. Sepatutnya dah lama Auntie kena pergi, tapi asyik ngelak-ngelak dan tangguh-tangguh.
Sejak hampir 2 tahun kebelakangn ini Auntie dah mula ada hyper tension, Melayu kata darah tinggi. Ianya mula di kesan semasa Auntie nak menjalani pembedahan kali pertama pada penghujung November 2007. Sebelum tu tak pernah le BP naik mencanak macam tu, malah kerap kali doktor kata Auntie punya pressure sangat rendah. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, dah dapat tahu, boleh lah dikawal dengan mengambil ubat dan menjaga diet.
Paling tinggi dia naik sampai 170/100. Mahu tak mahu, Auntie kenalah buat pemeriksaan berkala pulak. Setakat ini, doktor hanya prescribed sejenis ubat saja untuk ditelan setiap malam, dan jaga makan katanya.
Alhamdulillah, bacaan semalam adalah 130/80. Kalau boleh nak bagi dia turun sikit lagi, dan maintain.
Kami ke klinik agak awal juga walau pun appointmentnya pukul 9.00 pagi. Sampai je, dah ramai orang, semua tempat duduk dah hampir penuh.Maklum lah klinik Kerajaan, bayar cuma RM1, untuk orang awam, manakala k/tangan Kerajaan tak payah bayar kalau bawak GL. Kerani kat kaunter ada 3 orang, misi ada dua orang. Nampak sibuk bukan main, tapi tak tahu mana silapnya, proses panggil nama slow lebih daripada siput...ramai yang dah merungut. Yang darah tinggi, semakin tinggi lah darahnya.
Dah hampir sejam menunggu barulah giliran Auntie. Sabo jelah...rawatan percuma gitulah kekdahnya. Rasa nak marah hilang, bila bertemu doktor yamg manis dan berbudi bahasa. Tulah gamaknya darah pun turun dengan segera.
Selain Auntie, Jim pun ikut juga jumpa doktor. Matanya tiba-tiba merah menyala bila bangun pagi. Lepas pemeriksaan, dia diberi 3 hari MC. Senyum je dia.....
Pemeriksaan seterusnya insyaallah pada bulan September nanti. Kena pergilah...usia dah semakin lanjut, kena berbnaik sangkalah dengan klinik dan spital. :-)

Thursday, April 30, 2009
Kota Bharu, Bandaraya Islam.....katanya..
Lama Auntie tinggalkan blog ini. Suka hati Auntie lah kan??. Sejak akhir-akhir ni memang dah rasa malas beno nak up-date blog. Bukan saja malas nak mengupdate, nak menjengok blog pun malasnya! tapi, Auntie rajin pulak merayau-rayau mencari blog-blog baru untuk tatapan.
Banyak yang happening pada bulan April ni. Eh?...esok dah masuk bulan Mei, cepatnya masa berlalu.
Awal April, dari 5hb. April hingga 10hb. April Auntie ke Kota Bharu. Kali terakhir ke sana pada tahun 2006. Tak banyak yang berubah...cuma lebih banyak bendera bulan yang berkibar... :-)
Bagi orang pompuan, sebut je Kota Bharu, mak ai....suka le sangat. Dalam otak tak de lain dah, terbayang Pasar Siti Khadijah* terbayang Wakaf Cik Yeh, terbayang Rantau Panjang dan jugak Pengkalan Kubur. Auntie pun sama lah jugak....tapi terbayang sajalah...walau pun dah sampai, tidak le "guling-guling" bershopping. Bagi Auntie, mana-mana pun sama saja. Kalau ada 'pitih' beres belako!!
Auntie ke KB sebab berkursus...(dah tua pun masih gi kursus juga) rugi kalau tak gi sebab semua ditanggung beres. Kalau nak kursus secara private mau juga ratus-ratus bahkan boleh cecah ribu-ribu jugak nak bayar fee nya. Tempat kursusnya di pusat latihan jabatan kami di Panji. Jauh juga Panji ni dengan KB, naik 'private sapu' dia charge RM10 . Dari air-port RM23/, kalau teksi air-port, kalau yang haram tu RM20/
Kursus pertama tu, Kursus komputer....Montage Production Using Macromedia Flash And Adobe Photoshop. Auntie memang mengambil peluang belajar benda ni...kan ke dah dekat nak pencen, at least ada sesuatu yang Auntie boleh buat nanti atau setidak-tidaknya menambah ilmu. Memang seronok sangat belajar benda ni, nasib baiklah Auntie ni tidaklah 'buta' sangat dengan komputer, walau pun terhegeh-hegeh, sedikit sebanyak masuklah lah juga apa yang di ajar tu...cuma kena banyak praktis.
Kursus kedua pulak....haaa....Kursus Persediaan Pencen untuk bakal Pesara...memang sesuailahkan...hemmm..sedih jugaklah rasanya...dahhhh nak pencen rupanya Auntie ni... :-(
Memang banyak perkara yang dibincangkan. Kami juga diberitahu apa-apa faedah yang akan diterima bila pencen nanti. Selain dari tu, kami juga didedahkan dengan berbagai bidang yang mungkin boleh diceburi bila dah tidak bekerja nanti.
Itu pasal kursus. Tak payah cerita banyak, nanti boring pulak.
Ha...apa Auntie beli???...macam biasa le...beli selai dua tudung, selai dua kain batik sarung. Serunding daging dan keropok ada kawan lama bagi...alhamdulillah.
Macam Auntie kata tadilah, KB ni tak banyak berubah...orang-orangnya tetap mesra ramah tamah.
Auntie terkenang Pak Zawi. Dalam hati rasa macam menyesal pulak tak kontek dia. Tapi...isyyyy....berani ke Auntie ????....takut tu tidak lah...tapi, lebih kepada maluuuu! auw!! Mungkin lain kali kalau ada peluang, insyaallah dapat jumpa dengan Pak Zawi.
Tak banyak tempat yang dapat Auntie pergi. Sempatlah ke Pasar Siti Khadijah* dan Wakaf Cik Yeh* dan sempat juga pi makan di restoren nasi ulam...Kawan Auntie pulak belanja Auntie makan di restoren terapung dan juga restoren New Horizon.
Sepanjang disana makan siangnya disediakan bagi kami peserta kursus. Makan malam saja yang terpaksa dicari diluar.
Hemm...entah bila nak sampai lagi ke Serambi Mekah ni...

Thursday, April 09, 2009
Pecah pala!
Assalamualaikum!
Bersiaran dari Panji Kota Bharu, Kelantan.
Dah masuk hari ke lima kat sini. Last day kursus. Dah lama tak duduk dalam kelas dan fokus kat apa yang diajar menjadika Auntie rasa kematu!....semalam hari yang agak tough...'pecah kepala' rasanya, tapi, habis kelas ada kawan datang jemput bawak pergi makan.....wa...wa...wa....!!! best!....makan tak hinggat!....pecah perut le pulak!!!
Opppsss...kelas dah nak start!
...jumpa lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)