Hari Sabtu baru ni hari jadi Anja yang ke 24...besau dah anak bujang Auntie tuh. Macam biasa, tak de apa-apa celebration pun. Sejak dia orang melangkah alam dewasa, langsung dia orang tak nak sambut b/day-b/day ni. Hanya setakat ucapan "happy birthday" dan makan-makan anak beranak.
Masa dia orang anak-anak dulu, rajin jugak Auntie buat 'party' b/day ni.(kalau boleh di panggil party) Masak-masak kueh atau mee goreng, beli kek, beli belon, panggil kawan anak-anak. Itu semua hanya setakat dia orang darjah 6, lepas tu semua dah tak mau. Malu kata mereka.
Kali ni, kesian pulak Auntie dengan Si Anja ni. Pepagi lagi Auntie bangun dan siap sedia dengan bahan-bahan nak masak nasi dagang. Sehari sebelum tu Auntie dah rancang. Resipi di cilok dari internet. Ikan tongkol dah dibeli.Lebih kurang sejam siap sedia nasi dagang Auntie, percubaan pertama. menjadi jugak rupanya.Yang penting Cik Din kata lulus!
Bila Anja ke meja makan, dia macam terkejut
..."eh? sapa bagi nasi dagang ni?"
" Mak masak daa...untuk b/day kamu.." "eh?..hari ni satu haribulan sebelas ke?...laaa...hari jadi Se rupanya"...kata Anja. Tak tahu le, dia betul tak ingat atau buat-buat tak ingat.
Lepas makan Auntie dan Cik Din ke pasar pulak. Dah beli berbagai barangan dapur, kami masuk pulak komplek PKNS* Auntie nak beli ubat. lepas tu, Cik Din kata elok jugak kita beli KFC untuk celebrate b/day Anja. Auntie ok sajalah. Tak payah nak masak lagi. Best.
Hari Ahad pulak Auntie makan kenduri.Kawan kawinkan anak dia. Auntie terpikirlah jugak...bila gamaknya Anja nak kawin?? Kalau ikutkan usia, muda lagi, tapi dah boleh...Tapi, kalau nak ikutkan persiapan.....oooo...jauh lagi daripada bersedia tu.
Nak dirikan masjidl ah katakan. Semua kena elok dan kukuh. Bukan saja di segi kewangan. Kematangan fikiran. Persedian lahir batin.Hukum hakam semua mesti tahu. Ilmu berumah tangga kena arif. Nak kawin bukan setakat ada duit saja, maklumlah nak jadi ketua keluarga. Besar tanggung jawab tu.
Bila Auntie tanya dia, dia kata belum sedia. Awek pun belum ada. Siannn...tak de sapa ke yang minat dengan anak bujang ku ini??
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Monday, November 03, 2008
Friday, October 31, 2008
Batu Karang
Dah seminggu blog tak berupdate. Tak sibuk mana pun. Malas saja.
Minggu lepas hari Sabtu, dengan izin Allah, Auntie, Cik Din dan Jim berangkatlah menuju ke Kuantan atas maksud nak ziarah MIL yang menjalani pembedahan membuang batu karang.
Macam biasalah, plan nak berangkat awal, tapi sudahnya jam 9.00 barulah bergerak. Sampai Kuantan dah hampir jam 12.00 Terus saja cari spital yang dimaksudkan. Memang betul-betul terletak di tengah-tengar bandar, berdekatan dengan Mall...tah apa ke namanya mall tu.
Kami terus je naik ke wad dia...isyyy..sangkaan Auntie meleset sama sekali, ingatkan spital ni surelah lawa dan nyaman, maklumlah spital swasta...tapi...arghhh... spital PUJ jauh lebih cantik. Jangan mareeeee..!mungkin sebab bangunan lama dan masih banyak yang belum di upgrade.
Masuk je bilik...pun sama juga. Almari pun macam almari kat rumah jenis tahun 80 an punya dengan satu 2 seater sofa yang dah separuh lunyai.
Ramai kat dalam bilik tu. MIL terbaring atas katil, lemah saja. Yang lainnya ada atas sofa, atas kerusi malas dan juga atas tikar yang dibawak dari rumah.
Untung MIL Auntie ni. Anak ada 13. Hanya Cik Din dan sorang adik pompuan yang tak tinggal di sana. So, apa lagi, penuh berhimpun kat dalam bilik sempit tu.
Alhamdulillah, MIL nampak OK, cuma pening katanya.
First time Auntie tengok batu batu karang yang dibuang tu...ingatkan dia dah hancur, rupanya tidak, besar batunya, lebih kurang sebesar guli batu, guli yang putih tu..atau kata depa besar ibu jari kaki! bulat je...hitam macam majun! Batu tu tersembunyi dalam hempedu. So, hempedu pun doktor buang jugak.
(....saka ke tuh?? )
Alhamdulillah, petang tu jugak MIL dapat balik ke rumah. Auntie pun berangkat pulak menuju rumah MIL kat Pekan. Tidur semalaman dan esoknya lepas breakfast kami pun balik semula ke KL, BBB.
Itu sajalah ceritanya.
This weekend nak pi makan kenduri pulak...

Friday, October 24, 2008
Bomoh
Bomoh atau dukun, masih relevant dalam penghidupan kita orang Melayu walau pun zaman dah jauh berubah. Masih ramai yang setia menggunakan khidmat bomoh. Malah, masih ada yang langsung tak percaya dengan kaedah perubatan moden.
Bagi Auntie pulak, nak kata tak percaya tu, tak lah jugak. Mana tahu satu hari perlu pulak perkhidmatan mereka. Tak boleh nak cakap eksyen kan?? Sungguh pun perubatan moden dah begitu pesat dan bertambah canggih, namun ada kes-kesnya yang masih perlu di rujuk kepada bomoh.Macam kes yang berlaku kat sebuah sekolah Agama di Pahang baru-baru ni. Yang tu tak boleh panggil doktor, kang dengan doktor-doktor pulak tak sedar diri maracau!
Seingat Auntie, ada beberapa kali Auntie dibawa berjumpa bomoh oleh arwah ayah Auntie. Itu zaman kecik-kecik dulu.Kebetulan, zaman itu, kat pekan kecil yang kami huni memang tak ada langsung kelinik swasta yang boleh dikunjung untuk mendapatkan rawatan.
Kelinik Gomen pulak, menjadi phobia bagi kebanyakkan orang Melayu zaman itu. Mungkin di sebabkan cara doktor, jururawatnya dan lain-lain k/tangan hospital yang tak friendly menyebabkan ramai yang lebih suka berubat sendiri. Ramai yang pilih untuk beli ubat Cina (senseh) saja.
Seingat Auntie jugak, kalau setakat demam biasa ni, mana ada pergi kelinik pun. Mak Auntie akan bagi makan serbuk Cap Kaki* Tiga* je, sakit gigi pun makan tu jugak. Kalau luka, sapu je minyak gamat. Sakit perut, sapu minyak angin. Sakit perut cirit-birit, minum je teh kelat. Kalau kena beguk, sapu je nila kat bawah dagu tu. Sakit mata, mak bagi makan serbuk Cap* Burung Bangau*....he!...he!...mujarab pulak tuh! :-)
Hari Ahad lepas, kami terima call dari SIL bagi tahu yang MIL Auntie sakit, dah 4 hari tak boleh nak buat apa. Sakit dalam perut menyucuk-nyucuk, katanya. Dipujuk nak bawa ke kelinik (gomen), mati-mati dia tak ndak. Takut. Tak tahu apa yang ditakutkan. Dia kata kalau bawak ke pusat rawatan berbayar dia nak, kalau tidak, biarlah nak jadi apa pun.
Rupa-rupanya, salah sorang daripada BIL, (adik Cik Din) dah bawak dia berjumpa bomoh. Tak tahan tengok mak dalam kesakitan.
Nak tahu apa kata bomoh tu??...mula-mula dia tanya, ada tak sesapa yang sakit dalam keluarga, jadi dia orang pun bagi tahu yang Tok (Mak kepada MIL) sedang sakit, sakit tua benarnya, umur dah 90 lebih. Telinga dah tak dengar, mata pun dah rabun. Dah tak boleh berjalan sendiri, hanya berbaring saja.
" psstt..saka orang tua tu dah masuk ke dalam badan mak kamu, tuuuu yang dia sakit sangat, Tok kamu nak lepas kan pada dia..." kata bomoh tu.
Itu lah yang diberitahu pada Cik Din. Apa lagi, marah lah Cik Din...sepatutnya bawak periksa dengan doktor dulu, kalau tak jalan barulah kot nak berubat secara traditional pulak, pandangan Cik Din macam tu.
Jadi, pada hari Isnin, adik-adik Cik Din sepakat bawak MIL ke salah satu pusat rawatan swasta yang ada kat Kuantan tu. Periksa sana, periksa sini, teropong sana, teropong sini, akhinya setelah di x-ray, discan bebagai, kata doktor MIL mengidap sakit batu karang, dah besar batunya, menanti masa untuk pecah saja. Operation perlu dibuat dengan segera! Ha, berbeza dengan apa kata bomoh!...isyyy...bomoh tu belajar kat pergunungan mana gamaknya? jauh benau lari faktanya. :-)
So, semalam tepat jam 9.30 pagi MIL, dengan iringan doa kami adik beradik menjalani pembedahan bagi membuang batu karang. Alhamdulillah, kini dia dah sedar dan dah boleh tersenyum. Alhamdulillah!.
Insyaallah Auntie dan keluarga akan balik ke Kuantan esok untuk menziarah dia. Syukur!

Monday, October 20, 2008
Penat makan
Sejak berpindah balik ke BBB, telah 3 kali Auntie mengalami gangguan bekalan air. Kali pertama pada tahun 2006 (rasanya). Sebab diberi adalah kerana pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tadahan. Ia mengambil masa hampir 10 jam.
Kali kedua baru-baru ini, beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan, mengambil masa hampir40 jam kerana pihak itu juga sedang menjalankan kerja-kerja menggantikan paip lama dengan yang baru.
Terbaru, sekali lagi gangguan berlaku kerana paip besar yang terletak di Dengkel pulak pecah, akibat pengambilan/pengorekan pasir (katanya).
Memang, ketiadaan air sangat mengganggu. Satu kerja pun tak boleh nak buat. Macam terberenti semua aktiviti kat rumah. Nasib baiklah Auntie dah tak de budak-budak kecik kat rumah. Tapi, budak-budak besar pun tentunya nak guna air jugak, kan. Setakat nak makan tak pe lagi, boleh saja gi makan kat kedai, tapi kalau dah satu kawasan air tak de, kedai pun tutup. Nak bisnis macam mana kan? Begitulah pentingnya air.
Dalam sinki dah penuh pinggan mangkok tak bercuci. Mesin basuh penuh dengan kain-kain tak berbasuh dah melimpah keluar. Bilik air dah mula berbau dek kerana tak cukup air nak disimbah setelah selesai hajat. Badan dah mula rasa melekit. Mandi ala kadar je. Berjimat air tangki. Malah, hari Sabtu tu Auntie terpaksa mandi stail P.Ramlee je....cuci muka gosok gigi. Kami terpaksa keluar cari makan. Auntie ke KL ada urusan. Lepas tu, ada pulak jemputan makan-makan hari raya di BBST.
Dari KL, kononnya terus je nak ke BBST, tapi Si Jim mati-mati takmo ikut Auntie dengan Cik Din, so, kami terpaksa singgah balik rumah dulu. Singgah kejap, alhamdulillah air dah ada setelah sejak hari Kamis petang kering kontang. Elok kami melepasi tol Bangi, hujan pulak turun dengan lebatnya. Jalan agak kabur. Kami berdua pulak dok bersembang rancak...sedar-sedar kami dah terlepas pulak simpang nak masuk ke Nilai!...tu dia, apa nak buat bukannya ada U-turn, nak tak nak, ha, terlepas sampai ke tol Seremban!! adui!...makan angin sesaja, mengabiskan minyak dan duit tol saja, nasib baik le cuma RM4.60..
Berpatah balik semula, nasiblah tak jauh, dalam 15 km kot...sampailah kami ke tempat dituju...sunyi je rumahnya, ingatkan orang semua dah balik, rupa-rupanya majlis start pukul 2, kami pulak sampai ngam-ngam pukul 2. :-)
Cik Din, siap-siap warning dengan Auntie " psst...jangan cakap kita dah terbabas ke Seremban"
Biasalah orang lelaki, benda-benda macam ni pun nak malu....Auntie angguk saja, dan tak buka cerita pasal terbabas as promise...keh!..keh! dia tak tahu, Auntie tulis kat blog!!!
Perut tengah lapar, apa lagi, Auntie terus je makan..he...he...makanan pun sedap-sedap...sup makroni makan dengan roti, & mee sup serta kueh-kueh. Keropok lekor pun ada.
Terima kasih le Syidah & suami. Sampai ke rumah pun Cik Din masih teringat dengan keenakan mee tu, Syidah.
Sempat jugak bertemu Sya. Riuh rendah kami sembang, maklum lama tak jumpa.
Hari Ahad pun ada satu lagi jemputan makan-makan. :-) Kali ni kawan ofis pulak. Menunya nasi jagong dan kurma ayam serta laksa Johor...semua sedap.
Selesai makan terus je balik. Solat zohor dan tido. Penat sungguh rasanya. Penat makan!

Wednesday, October 15, 2008
Sembang Raya
Tak habis lagi cerita raya rupanya.
Tiap kali kita balik kampung beraya, tentunya ramai sanak saudara yang kita jumpa Sahabat handai juga tak kurang. Yang dah lama tak jumpa bertemu semula. Ada yang lansung kita tak jangka. Dulu muda kini dah tua.
Dulu solo, kini dah ramai yang follow! (kat belakang....)
Berbagai ragam. Yang balik bawak Mercs ada, yang balik bawak BMW pun ada. Ramai jugak yang naik bas Transnational. Semua bawak famili, ada juga yang sendiri.
Bila berjumpa berbagai cerita yang disembangkan. Hilai ketawa bertali arus. Ada masa macam serius.
Di pagi raya yang ke4, seorang kawan lama yang sungguh lama tak bertemu datang bertandang. Rumah dia betul-betul bertentangan dengan rumah mak Auntie. Kalau Auntie jumpa dia memang tak kenal, lain benar rupa dia the last time kami bertemu.
Dia memang dah berjaya. Memegang jawatan tinggi dalam sektor awam.
Tu Auntie memang tahu.
Yang Auntie tak tahunya adalah cara dia bersembang. Auntie dan adik Auntie yang melayan dia macam nak tergelak pun ada, tak sangka dia macam tu.
Punya le berlagak!! asyik lah cerita pasal dia pergi meeting sana sini, cerita pasal dialah yang meluluskan itu ini!, cerita pasal staf dia semua hormat kat dia...cerita kalau meeting chairmannya orang 'kecil' saja dia tak akan attend...arggggggggh!!Yang kelakar tu, asyik cerita pasal diri dia je...kami hanya mampu angguk pala macam burung belatuk ! ...habis nak buat macam mana? tak dan nak celah pun!!! Auntie dah rasa tak selesa terus minta diri konon kata nak mandi. Adik ipar Auntie pulak temankan adik Auntie sembang dengan dia. Auntie pulak langsung tak muncul sampai dia keluar rumah.
Kata adik Auntie, bila keluar je dia terpandang kereta MyVi ..." ooo..you pakai MyVi je?" Adik Auntie senyum dan angguk saja...so what??? koman sangat ke pakai MyVi? (adik Auntie yang baru hilang kete tuh...) Orang macam ni, dia selalu ingat dia saja yang hebat, sebab dia hanya tahu diri dia saja. Sebabnya bila bersembang, dia langsung tak tanya khabar kita dan apa kita buat. berjela-jela dia cerita tentang pencapaian dia saja. Dia tak tahu orang lain punya pencapaian. Kalau kita bagus, tak payah cakap, orang pun tahu.
Satu lagi yang kelakar, dia boleh dok cerita pasal dia naik kapal terbang pi sana sini...he!...he!...macam kita tak pernah naik...adui!...kelakar sungguh!..siannnn dia. ;-(
Jadi, pada hemat Auntielah, kita ni bila bersembang tu pandai-pandailah bawak topik. Suaikan dengan keadaan. Tengok dengan sapa kita bersembang tuh.Rasanya orang tak minat pun nak tahu tentang kerja kita, tentang agenda dalam meeting yang kita pergi...orang peduli apakan?...faham pun tidak. Apa perlu faham pun...kan ke kita balik beraya...
Kalau sembang dengan Pak Cik yang lulus darjah tiga zaman Jepun, yang seharian bertungkus lumus di kebun sayur, lebih afdalnya kita cerita pasal sayur, baja, biji benih. Tak payahlah kita pi bagi tahu dia tentang pasaran di Wall Street yang kata nya dah merudum. Pening kepala dia nanti.
Kalau dengan Auntie pulak, sesuai sekali cita pasal kesihatan, masakan, anak-anak, ubat dan vitamin. :-) Janganlah cerita pasal saham, bon, investment, forex whatnot..tak faham Auntie. Itulah kelemahan Auntie, tu pasal bila ada teman blogger nak jumpa, Auntie rasa takut, rasa malu, rasa rendah diri.Takut kang orang cerita fasal kangaroo yang dia tengok masa vocation kat Gold Coast, Auntie pulak cite pasal Auntie tengok kera kat Tanjung Bunga...mana sesuai kan? Orang cita pasal shopping kat London, Auntie pulak cite pasal shopping kat Nilai 3....orang cite pasal mutiara dari South Sea, Auntie hanya gigit jari, mutiara Auntie hanya mutiara tipu-tipu beli kat Jalan TAR.
Petang pulak, abang sepupu yang dah lama tak ketemu datang bertandang bersama isterinya. Kakak ni bukan main ramah mesra maklum lama tak jumpa. Tapi, sebaik saja dia duduk, tak habis-habis dia cerita pasal anak dia...pot-pet-pot-pet..anak dia gitu anak dia gini...langsung dia tak tanya Auntie anak berapa ke, dok kat mana sekarang ke??...langsung tarak!
Isehmen!...anak orang lain pun berjaya jugak kan anak orang lain pun jadi lawyer jugak, tak payahlah beria-ia sangat, baru sehari dua anak dia dapat kerja. Sebagai mak tentulah dia gembira, Auntie tumpang gembira juga. Tapi kalau dah non-stop asyik cite tu je...boring jugak.
Yang letih tu...ayat-ayat macam ni.." anak Akak yang lawyer tu..." sebut jelah nama dia...anak dia cuma dua orang, takkan kita tak ingat kot?? lain lah kalau anak 12 orang!
Hemmm...tak tahulah, mungkin anak Auntie tak de yang jadi lawyer, kalau tidak harus macam tu jugak...ntah-ntah...teruk lagi kot??

Tuesday, October 14, 2008
Makan-makan.

Dah menjadi tradisi agaknya kita yang tinggal di KL dan sekitarnya sebaik saja habis beraya di kampung bermulalah pulak beraya di bandar...tak habis-habis dengan makan, makan dan makan.
Setakat ni, Auntie baru menghadiri satu "open-house" saja. Jemputannya dah ada lima, tiga dah berlalu, tak pergi. Dua lagi akan datang, belum tahu lagi nak pergi ke tidak.
Jiran-jiran terdekat Auntie pun ada yang dah buat acara makan-makan ni. Hari Sabtu lepas, hari kami berdua ke Kl tu, petangnya jiran sebelah rumah menjemput makan. Makcik tu benarnya hanya jemput kaum kerabat menantunya, tapi jemput juga Auntie..mungkin sebab aroma masakanya memenuhi ruang dapur Auntie jugak, terpaksa le ajak kan?
Malamnya, Cik Din dok tanya Auntie, bila pulak Auntie nak ajak jiran-jiran ni datang? Kalau biar dia orang datang sendiri, tentunya tak de apa juadah yang nak di hidangkan. Auntie memang serba salah. Satu, Auntie tak pandai masak, takat makan sendiri oklah..yang keduanya, Auntie ni bukannaya boleh berdiri lama-lama dan banyak bergerak, kang lutut bengkak pulak sendiri jugak yang tanggung.
Pagi Ahad tu, lepas Subuh, eh, rasa macam ok je. Sihat pulak weh! so, dalam kepala berangan nak masak laksa, boleh jugak jemput jiran nanti.
Tengok dalam fridge, ada daun bawang, ada daun salad, timun pun ada, cili merah pun belana (banyak). Auntie ambil semua tu siap potong sebagai ulam nanti. Bila Cik Din turun nak pergi exercise, Auntie minta dia belikan laksa dulu. Dia macam terkejut...nak panggil jiran ke? boleh ke buat?...kang nanti sakit pulak...katanya. Auntie kata, ok kot...tapi you kena tolonglah apa yang patut. Dia setuju.
Selepas sejam dia balik, dia bawak sebungkus nasi lemak untuk Jim (Anja, malam nya tido di Cheras) dan dua bungkus lontong untuk b/fast.
....dan tiga bungkus laksa.....3 kilo ikan sadin, ikan kembung ada, tapi tak berapa elok, dia kata. terus Auntie rendam laksa tu dulu.
Lepas makan rehat, selak paper hari Ahad kejap. Lepas mandi kami ke mini market cari lagi bahan-bahan basah untuk persediaan memasak ni.
Sampai rumah, Auntie masak agar-agar dulu. Agar-agar santan daun pandan.
Rebus ikan. Cik Din tolong siapkan isi ikan dan blender. Dalam hati, "not bad juga partner aku nih....boleh diharap" kejap je dah siap kuah laksa. Agar-agar pun dah keras.Auntie SMS adik Auntie..." mai rumah ada makan2 ptg ni. Kalau nak lunch datang awal...ada gulai nenas ikan masin" Sesambil tu masak pulak gulai nenas, masak nasi seperiok. Rebus telur masin. Cadang nak masak sambal petai.Tak jadi!
Helper Auntie yang ke dua, Jim. Tugas dia siapkan meja. Hidangkan kueh yang dah tinggal separuh balang tu..ada le dalam 5 jenis kot + 2 jenis kacang Ok lah tu...
Dalam pukul 4....all set. Adik Auntie Cik Wan sampai dengan isteri dia...dalam hujan yang agak lebat. Depa balik cepat sebab nak kejar gi open hause lain pulak.Errr...depa bawak sebalang kuh tart...yeyyyy! Thank Q. :-)
Semua dah terhidang, tetamu belum dijemput. He...he!...SMS saja. "Jemput ke rumah, ada makan" Satu jiran selesai makan, SMS pulak jiran yang lain...gitulah cara Auntie, tak le penat melayan.
Lepas maghrib, 2 jiran lagi akan datang. By jam 10 malam, selesai.
Oh...letih jugak rupanya...tapi happy! jam 11, semua beres. Naik tido.
Esoknya bangun....tu diaaa..lutut sudah bengkak!...pinggang pun macam nak putus ! telan pain killer sebelum ke ofis.Kat ofis pun dah macam nak demam. Tapi tak demam pun. Manja rupanya badan Auntie ni! :-)
Monday, October 13, 2008
Mee Bandung
Pagi Sabtu, rumah Auntie agak sunyi. Awal lagi Auntie dan Cik Din dah bangun. Cik Din macam biasa pergi exercise ke trek berdekatan. Auntie pulak sibuk dengan urusan dapur, buat air, basuh pinggan, lap cermin tingkap, mesin kain. Auntie dengan Cik Din nak makan roti bakar saja, so, kena tunggu Cik Din balik dulu baru buat. Anja dengan Jim, Cik Din akan belikan nasi lemak. Depa dua orang ni masih tido lagi.
Siap je mesin kain, Jim turun , dah smart dah..siap bergel rambut dia, rupanya dia nak ke KL...lupa pulak Auntie. Nak tengok wayang kat Time Square katanya. lepas dia b/fast, Cik Din hantar dia kat hentian bas. Beberapa orang kawan dia dah tunggu...Cik Din kata semua pemuda cilik tu bergel rambut memasing!!! (jaman dulu mana ada gel...)
Lepas kami b/fast dan baca paper...dah tak tahu apa nak buat...boring lah pulak pakcik dengan makcik...so, Cik Din kata why not kita gi KL...cari Mee Bandung Muar????...so, off we went. Tinggal Anja sorang...nanti petang baru dia nak keluar.
Ada satu gerai ni, yang kami selalu pergi pekena mee atau nasi campur dia...tu yang selalu dok teringat kalau lama dah tak pergi. To be exact...bertentangan dengan AmBank, belakang JJ Taman Maluri.
Sebaik sampai dah pun time lunch. Mulanya kami ingat gerai tu masih tutup...sebab macam tak de orang...selalunya gerai ni penuh apa lagi kalau lunch time. Rupanya, buka, tapi hanya ada dua tiga orang je...kata budak pelayan tu..."orang gi open-house kot, Kak"
Cik Din order mee Bandung yang di idamkan, Auntie pulak berbelah bagi, mee Bandung ke, nak makan nasi?? Lastnya Auntie op for nasi...tak tahan tengok kari telor ikan dia...yummmy-yummmyy! sungguh la menggoda... :-)....ada pulak pucuk betik...adui!! memang Auntie makan tak hingat anak!!!
Selesai makan " love-bird" yang tak berapa nak muda, berpegangan tangan menuju ka JJ pulak. Lepas raya baru nak tengok-tengok kasut, baru nak try-try baju....anyway tak beli pun...
Auntie lama menghabiskan masa kat Wat**n...tengok-tengok supplement, belek-belek skin-care. Adalah beberapa items yang Auntie beli. Cik Din ke bahagian lain. Tu yang best...puas le Auntie membelek itu ini...lepas tu, termasuk le pulak ke optikal shop pulak...tanya-tanya lebih kurang, ada discount pulak...he...he....terus je periksa mata...kebetulan spek yang ada ni dah macam tak banyak membantu, tiap kali nak membaca kena buka spek, dah kabur. Dah beberapa kali benarnya Auntie survey nak buat spek, tapi, aduhai...reganya sungguhlah tak sesuai dengan budget Auntie.Kebetulan, lepas raya ni, ada pulak belen-belen duit raya...tu yang terus jadi.
Selesai urusan spek, kami sekali lagi ke gerai makan tadi, tapau pulak nasi untuk Si Anja yang dok SMS Auntie kata dia lapar...Dalam pukul 2.30 sampai rumah, just nice untuk solat zohor.
Hari ni, mak oii, letihnya. Semalam Auntie panggil jiran-jiran beraya ke rumah.Auntie masak laksa dan buat desert saja. Tu pun letih gila macam nak tercabut pinggang. Nasib baik Cik Din dan Jim banyak membantu.
---------------------

Friday, October 10, 2008
Hari Raya..
Kepada yang meninggalkan komen di entry lepas Auntie ucapkan terima kasih.
Auntie dah pun mula bekerja semalam 9/10/08. Sepatutnya dah kerja pada hari Rabu, tapi terlajak pulak sampai hari Kamis.
Puas rasanya beraya pada tahun ini, bukan le kerana berziarah dari rumah ke rumah, tapi hanya melepak di rumah mak Auntie, bersantai-santai bersama adik beradik. Auntie balik kampung sehari sebelum raya. Maka dapat lah berbuka puasa bersama mak pada hari akhir puasa tu. Kami sampai sejurus sebelum waktu berbuka. Adik Auntie dah pun siapkan juadah berbuka dan juga juadah untuk hari raya.
Daging masak hitam orang Perak, kuah kacang, nasi impit dan laksa asam untuk raya. Auntie masak nasi tomato sebaik saja kaum lelaki pergi solat sunat raya.
Memang best raya tahun ini, apalah lagi tahun ni giliran Auntie balik kampung sendiri.Rumah mak Auntie yang tak besar mana tu penuh dengan anak cucu. Auntie terpaksa sewa bilik hotel. Cik Din dan Anja tidur di hotel yang hanya lima minit berjalan kaki dari rumah mak Auntie. Bilik hotel tu hanya untuk mandi manda dan tidur saja.
Hari Raya ke dua, Cik Din, Anja dan En. Amir dah balik ke KL sebab Anja dah kena masuk kerja pada hari raya ke 3. Auntie dan Jim balik kemudian menumpang Adik Auntie yang kat Cheras tu......he!....he!...Auntie dapat lesen besar!!
Hari raya ke 3, Cik Mat (adik Auntie yang kat Ipoh tu) dah balik ke Ipoh isteri dia Cik Nani nak raya dengan kerabat dia pulak. Di sebelah petangnya adik Auntie Cik Wan (yg.dok Cheras tu) sampai dengan isteri dia Cik Mal dari Penang (Cik Mal orang Penang, depa raya sana dulu).
Hari Raya ke 4, kami adik beradik pergi pulak makan kenduri kawin anak Kak Biah (sepupu Auntie) ...kampung berdekatan je...kendurinya tak berapa meriah...mungkin sebab raya kot...tapi kami tetap meriah sebab dapat jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Ramai abang-abang dan kakak-kakak saudara Auntie yang dah bercucu cicit. Bila bersembang tentunya berkisah hal keluarga dan anak pinak saja.
Hari Raya ke 5, kami bertandang ke rumah adik Auntie yang duduk di taman berdekatan dengan rumah mak pulak.
Hari ke 6, bangun pagi dan bersiap-siap nak balik ke KL dah...awal jugak kami bertolak...takut terserempak dengan kesesakan jalanraya. Sebelum neneruskan pejalanan sempat Auntie menziarah kubur arwah ayah Auntie.
Alhamdulillah...syukur...sempat kita berharai raya tahun ini, insyaallah tuhan panjangkan usia kita semua semoga kita dapat lagi beraya di tahun depan. Amin.

Monday, September 29, 2008
SELAMAT HARI RAYA!
Hai, Auntie masih ada kat ofis ni. Sunyi je...ramai yang dah bercuti. Ikutkan esok, Auntie masih belum cuti, tapi, Auntie tukar plan le pulak. Baik cuti saja, kat ofis orang semakin kurang...ntah-ntah esok langsung tak de orang...takut weh dok sensorang.
Dah terasa sesangat suasana Hari Raya...lagu raya berkumandang.
Tahun ni giliran Auntie balik ke kampung sendiri.Yeyyyyyyyy!! rumah mak kita, mana nak sama dengan mak orang...kan??? Mak Auntie tentu happy sebab tahun ni anak dia semua balik ke rumah dia.
Selalunya adik Auntie yang tinggal dengan mak akan sediakan segala juadah di pagi raya. Dia ni rajin memasak. Katanya tahun ni dia nak masak laksa untuk makan pada hari raya. Auntie pulak cadangnya nak masak nasi tomato.
Sejak ayah Auntie dah tak ada, rumah kami tidak le semeriah dulu. Dulu arwah ayah akan panggil geng-geng masjid beraya ke rumah sebaik saja selesai solat raya. Lepas tu yang ramainya budak-budak. Letih melayan kerenah budak-budak.Yang penting bagi mereka koleksi duit raya.
Auntie sejak kecil tak pernah dibenarkan untuk beraya dari rumah ke rumah, kecuali kalau mengikut mak ayah saja. Masa tu, budaya memberi duit raya pun belum sepopular sekarang. Yang Auntie dapat, hanya dari mak ayah saja...kalau nasib baik ada rejeki, dapatlah daripada mak saudara/ayah saudara atau pun kenalan mak/ayah.
Paling gumbira beraya sebagai kanak-kanak adalah mendapat baju raya dan kasut raya. Selalunya dapat 2 pasang. Hari pertama sepasang baju kurung(baju Melayu untuk budak lelaki)...pakai sampai malam hatta sampai tidur pun dengan baju tu!!!
Hari ke dua, baju gown (Budak lelaki pakai seluar pendek dengan kemeja atau T-shirt)....bukan main le sukanya..pakai stokin tarik sampai lutut!! baju ni pun pakai sampai malam jugak!
Kasut raya pulak, paling 'vogue' kasut "Bata"....megah bukan main dah...
Satu lagi, masa rayalah mak bagi pakai gelang, rantai dan subang emas.....melaram sakan lah....esok nak raya, malamnya siap pakai inai!! gitu le jaman-jaman dulu.
* aiseh, mana lah Cik Din ni....kata nak balik awal....
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN " dari Auntie kepada semua penggunjung blog ini.

Friday, September 26, 2008
Bersiap-siap.
Auntie masih belum cuti lagi. Isnin dan Selasa minggu depan, insyaallah, masih datang ke ofis lagi. Mungkin hari Selasa, balik awal sikit.
Petang ni, ofis dah agak sunyi, ramai yang dah cabut balik. Katanya nak balik kampung dah. Banyak benda belum settle. Belum pack baju lagi. Begitu lah setiap tahun, setiap kali menjelang hari raya. Ramai yang ambil kesempatan balik awal.
Auntie pun belum habis kemaskan barang2 yang patut di angkut balik kampung. Sebelum balik kena pastikan rumah yang ditinggalkan juga sudah dikemas, nanti, bila balik semula lepas habis beraya di kampung tak teruk nak mengemas lagi. Semalam Cik Din dah pergi buat service kereta dia. Tukar 2 bijik tayar depan dengan yang baru...kopak juga hampir empat ratus lebih, buat balancing, buat tu, buat nih....berterbangan duit2 ke poket cina kedai tayar tuh!
Lepas ofis semalam macam biasa Auntie melilau cari makanan untuk berbuka puasa.Hari hujan pulak tuh!...dah tak ramai yang berniaga..peniaga pun mungkin bersiap nak balik kampung.
Lepas berbuka, Auntie berkemas rumah, sapu sana, sapu sini. Lap sana, lap sini. Keluarkan beg-beg baju, susun-susun baju untuk di bawak balik beraya.
Susun-susun balang kueh. Keluarkan pinggan mangkok dari tempat persembunyiannya. Basuh dan lap. Siap sedia untuk tetamu yang mungkin akan datang ke rumah selepas habis beraya di kampung.
Yang sedihnyaaaaaaaaaa.....Auntie belum jugak ada baju raya...uwaaaaaa!!!!

Monday, September 22, 2008
Baju raya, kasut raya
Kita dah masuk pasa terakhir bulan Ramdan . Hanya tinggal seminggu saja lagi. Rasanya baru semlam kita dok wish one another Selamat Menyambut Puasa dan kini sibuk pulak dengan Selamat menyambut Aidil Fitri.
Mungkin ramai dah settled dengan persiapan hari raya ni. Baju anak-anak semua dah ada, baju sendiri, baju partner, kueh-mueh dan lain-lain.
Auntie masih lagi terkial-kial mencari baju untuk anak bujang Auntie yang dua orang tu. Si Anja cari sendirilah. Baju sendiri pun belum dapat lagi. Cik Din pulak tak kisah sangat. Dia dah ada beberapa helai baju Melayu yang dia tempah sebelum raya lagi. (baju saja). Dia akan pasangkan baju tu dengan kain pelikat yang Auntie belikan di Kota Bharu dan Bandung tak lama dulu.
Dah berapa kali buat survey, akhirnya hari Sabtu baru ni, kami pergilah ke beberapa shopping mall untuk cari baju Jim dan kalau ada baju Auntie sekali. Untuk En. Amir, cadangnya Auntie nak suruh dia beli sendiri kat Shah Alam, nanti Auntie bank-inkan duitnya. Si bujang ni cerewet yang amat... nanti ada saja yang tak kena kalau Auntie belikan.
Puas jugak kami tiga beranak melilau mencari baju Melayu Jim. Dia nak baju saja jugak. Nasib baiklah pusing punya pusing terjumlah, harga pun boleh tahan, kain nya pun elok, cuma kala saja dah tak de pilihan. Yang ada merah menyala, kuning raja dan purple. Jim pilih yang merah. Kali pertama nak pakai baju Melayu Teluk Belanga. Memula tu dia kata takmo, macam baju pompuan, katanya....lepas Auntie ayatkan dia sesikit, dia pun setuju. So, settled. Tak kan le baju Melayu sehelai je kan?...nak jugak t-shirt sehelai dua.Auntie malas nak ikut ke tingkat 2. Jim pergi dengan ayahnya saja sementara Auntie boleh le cari-cari baju sendiri pulak.Baju memang banyak berbagai fesyen, rambang mata weh...belek sana, belek sini, satu pun tak kena dengan cita rasa Auntie. Tak beli jugak akhirnya. :-)
Dalam setengah jam, kami bertemu semula. Jim sengeh-sengeh. Dah dapat sehelai t-shirt. Tapi,...off all the t-shirts....dia pi beli jersey bola pasukan Chelsea.......arghhhhhhhh....baju raya le tu!!!! itu yang dia minat, apo nak di kato. Marah pun tak guna. Sabo jelah mak dia....
Nak cari kasut pulak. Benarnya dia takmo kasut...instead dia kata "boleh tak mak beli selipar je...senang!...adui!! raya setahun sekali dia nak selipar je...ni yang buat rasa nak sekeh je kepala dia. Ayah dia kata, tak pe beli saja, kebetulan selipar dia pun dah macam nak tercabut je. Dalam dok memilih selipar tu, Jim lesap..hemmm rupa-rupanya dia membelek boot bola!...." mak, kalau tak payah beli kasut raya, beli boot ni bole???"....ha...rupanya, itulah sebanya dia macam tak kisah nak beli kasut raya...aduhaiiii! Malas nak layan.

Thursday, September 18, 2008
Ada Beza...
Puasa dah masuk hari yang ke 18. Sekali pun Auntie belum berbuka di luar. Ada juga belek-belek iklan yang rancak mencanangkan buffet buka puasa masing-masing. Mak ai! mahalnya?...ada yang sampai RM 100 sekepala. Ya Rabbi! tu nak makan ke na melantak??
Kalau Auntie nak pergi sekeluarga dah tentu kena siap duit RM 500 + +....gila!! Bagi Auntie sekepala RM30 atau RM40 pun dah kira mahal. Membazir. Tapi, rakyat Malaysia ni ramai yang banyak duit, walau pun depa bising masa harga minyak mula naik dulu.
Katanya dewan makan di hotel-hotel tetap penuh, tetap happenning dengan acara buka puasa ni.
Di bulan puasa ni sebenarnya, banyak mana lah sangat yang kita boleh makan time berbuka tu. Masuk air dua tiga teguk, karipap sebijik, kurma tiga bijik dah kenyang. Masuk pulak nasi. Belum berbuka, bercadang nak tambah dua kali, bila berbuka, jenuh nak ngabiskan sepinggan.
Berbuka di hotel ni memang bergaya...memang ada style, memang ada kelas yang tersendiri. Auntie berangan jugak nak try berbuka style buffet ni...nak cari hak murah...ada ...dah jumpa, tapi belum tahu lagi bila nak pergi.
Telah diwar-warkan reganya hanya RM15 saja 1 kepala. Kira ok lah tuh...dekat dengan rumah pulak tu...l..tokey dia bekas orang TV3#
Ni nak cerita pasal raya pulak. macam biasa Auntie kat ofis ni ada saja orang datang sedekah kurma la, kek la, kueh raya la....alhamdulillah! rezeki bulan puasa.
Kejap ni tadi Auntie terima satu Goody beg yang berisi 2 kotak biskut raya dan satu paket muruku. Satu ofis dapat tau. Orang sedekah. Alhamdulillah.
Cuma, ada masa tu Auntie rasa terkilan jugak, apa pasal yang memberi selalu memberi ikut ketogori, ikut ranking... biskut yang di beri berbeza, bos-bos dapat biskut yang kelihatannya lebih menarik...bukan le Auntie nak jeles...Auntie pun boleh beli sendiri...nampak sangat cara tak berapa betul. Allah tetap bagi pahala yang sama. Tak gitu?? Oppsss puasa .....!
(Ahhhh ngomel pulak makcik ni)

Tuesday, September 16, 2008
"Cuti"
Cerita sahur ni macam-macam pesen kan. Membaca beberapa komen yang diberi untuk entry Auntie semalam memang kelakar.
Tentang parent Sya yang stict dengan waktu sahur. Ya, mak Auntie pun stict pasal sahur ni, walaupun dia langsung tak kisah untuk kejutkan Auntie dan adik perempuan Auntie untuk menolong dia sediakan makan. Yang kami tahu, bila bangun semua dah ready, tinggal nak suap ke mulut saja. Auntie memang rasa guilty sangat, tapi...he!...he!...buat bodoh sajalah.
Sehingga Auntie habis belajar barulah Auntie bantu mak untuk persiapan bersahur. Yang tak bestnya, mak Auntie ni tetap 'paksa' Auntie dan adik perempuan Auntie tu bangun bersahur jugak walau pun kami 'bercuti'..." malu! kalau budak lelaki tahu hangpa ada 'period' ( dia tak le kata period...)"
Jadi, mau tak mau, terpaksa la bangun juga dan bersahur lah jugak!
Di siang hari pulak, kalau tak puasa, mak Auntie hanya benarkan kami minum air saja....sorok-sorok lagi sementara dia jadi mak guard tengok-tengok kalau-kalau adik-adik lelaki atau ayah Auntie ke terdatang ke dapur atau lalu lalang.
Begitu jugak dengan solat, terutama waktu maghrib....kalau tak boleh solat, mak suruh kami dok dendiam dalam bilik, konon-konon solat le.
Gitu le mak Auntie. Sekarang bebudak pompuan ramai yang dah tak ada rasa malu kalau sedang 'bercuti' selamba je cakap " I period le"
Sehingga sekarang pun Auntie masih terikut cara dia. Anak-anak Auntie selalu jugak tanya Auntie bila Auntie ganti puasa.." bila pulak mak tak puasa, masa bulan puasa, tak pernah pun tak puasa?" He!...he!...makan sorok-sorok le. Bulan puasa takkan nak makan siang hari macam di bulan puasa kan...takat minum dan makan sebijik dua kueh dah memadai.
Hari ni hari jadi mak Auntie yang ke 80. Alhamdulillah! semoga Allah terus panjangkan usia dia dan beri kesihatan yang baik padanya.
Selamat Berbuka.

Monday, September 15, 2008
Makan Sahur
Yang paling seronok berpuasa adalah masa berbuka. Masa tu rasa satu kejayaan bagi kita setelah seharian menahan diri dari makan minum dan lain-lain yang membatalkan puasa.Bagi Auntie, masa sibuk menyiapkan juadah berbuka pun rasa seronok juga.
Sejak sekian lama menjadi isteri dan ibu, Auntie jugak rasa seronok menyediakan juadah untuk makan sahur....cumanya...masa nak bangun tu agak berat sikit...bila dah bangun, kejap saja dah siap juadah atas meja. Selalunya untuk makan sahur tak perlu nak sedia berbagai, cukup apa yang ada belen berbuka tadi. Kalau rasa macam tak mencukupi, tambah je dengan telur dadar ke, telur masin ke...susah susah sangat, Auntie masak je nasi goreng.
Yang susahnya waktu sahur ni nak kejutkan anak-anak teruna Auntie..Auntie siap hantar SMS kat depa tuh...malas nak naik tangga....kenkadang depa boleh balas pulak SMS tu..."lima minit lagi mak" he!...he!...zaman canggeh-manggeh. masa diorang kecik dulu, senang je, Auntie pikul sorang-sorang ke meja makan. Ada yang makan, tapi mata terpejam. Cik Din pulak, tak banyak masalah, dia akan turun sendiri, sambil menjengok bilik anak-anak samada dah turun atau tidak. Masa makan sahur senyap sunyi...moyok je semua...tak de apa cerita. Auntie saja yang kadang-kadang buka cerita yang kurang dapat perhatian....
Cerita-cerita pasal sahur ni, makan sahur tadi sedap pulak. Balen masak lemak nenas, ikan pekasam goreng dan tempe goreng berlada..hemmm...alhamdulillah!
Lepas sahur, gosok baju sambil nonton Macam2 Aznil...mandi, solat dan bersiap-siap ke ofis.
Selamat berbuka.

Monday, September 08, 2008
Persiapan Raya
Hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa, ada orang tulis kat entry dia, hari ni dah masuk hari ke 9. Tak pe lah, tersilap le tu.
Hari ni Auntie dah takmo tulis menu dah...kang boring pulak.
Dua hari ada kat rumah, ada saja yang nak di buat. Hari Sabtu sepanjang hari cuaca suram, matahari tak kelihatan.Auntie dah mesin kain berround-round, tak semua dapat disidai bawah shade.Alhamdulillah, hari Ahad, hari panas sikit, kering jugak lah kain-kain tu.
Semalam Auntie keluar survey-survey baju raya. Kalau untuk baju Auntie memang banyak le, rambang mata jadinya, tapi nasib baik le dah tak banyak fesyen dapat Auntie gayakan. Ye lah, dah berusia ni kena suluh-suluh diri juga bila membeli pakaian. Dah lama Auntie nak beli kain (skirt labuh) yang berwarna hitam, yang lama tu dah dipakai bertahun sampailah zipnya dah rosak, kainnya pun dah berbulu.Susah jugak nak cari yang berkenan dihati. Banyak yang berfesyen ala-ala orang muda. Banyak yang stail melekap kat badan dan berpotongan ala-ala ikan duyung....tak sesuai untuk Auntie. Sales girl yang melayan tu, bukan main lagi mengayat Auntie suruh ambik yg ikan duyung tu...akhirnya dapat le sehelai sebagai mana yang berkenan.Sesuai le dengan orang macam Auntie.
Rupanya, bila dah berusia ni nak beli pakaian pun agak susah, tak kena gaya kang macam badut je. mMngkin bagi sesetengah orang tak kisah sangat, tapi tak tahu kenapa Auntie selalu takut nampak 'terlebih'. Yang sahnya insyaallah Auntie akan datang lagi ke kedai tu nak beli baju kurung...memang lawa-lawa, harga pun boleh tahan juga.
Oleh kerana Auntie tak de anak pompuan, Auntie tak le risau sangat dengan pakaian anak-anak. Anja beli sendirilah, dia dah kerja. En. Amir dan Jim ayah depa akan belikan nanti. Langsir ke, perabot ke, yang sedia ada saja. Kueh-kueh dah order bebera jenis biskut kegemaran anak-anak.
Dalam orang mengeluh kata harga barang naik, semua naik, shopping kompleks tetap sesak dengan orang membeli belah....tunggulah lagi dua minggu lagi bila orang gomen dapat gaji+bonus...sesaknya akan berganda.
Hari ni nak masak apa???...ntah le, asam pedas semalam ada lagi. Mungkin beli saja kot.

Friday, September 05, 2008
Puasa hari ke4
Assalamualaikum,
Dah hari ke 5 kita puasa kan? Alhamdulillah, cuaca pun tak berapa panas. Tapi, Auntie ni bila keluar ofis baru lah perasan cuaca panas kita tidak. Macam semalam, keluar saja lift, Ya Rabbi, hujan rupanya, terpaksalah tunggu Cik Din kat lobi.Lobi ni, selalunya kami tak guna sangat kecuali emergensi macam semalam. Yang bawak kereta akan turun ke parking lot dan drive dari situ. Yang guna lobi hanya yang pakai driver, atau yang menunggu driver.Auntie pulak guna lobi bila hari hujan saja senang, malas le nak berpayung-payung dalam hujan tunggu Cik Din.
Oleh kerana hujan, tak de le singgah mana-mana, terus je balik rumah.
Dari pagi lagi Auntie dah cadang nak turun ke kefe ofis Auntie, nak jenguk juadah berbuka. Depa ada jual lauk dan kueh-kueh.
Dalam pukul 11.45 gitu Auntie turun. He!...he!...ramai rupanya ibu-ibu menapau makanan! Auntie ni benarnya nak survey-survey kueh,...tapi end-up emebeli 2 keping Murtabak sdan seketul ayam masak black papper. Sekeping Murtabak RM2/- ayam RM2.50....masih ok kan?
So, menu hari ke 4.
Menu berbuka
i) Belen kari daging (see...dah berhari belum jugak habis)
ii) Sambal tumis terung.
iii) Ikan kembung goreng (2 ekor saja...tu pun habis sekor saja)
iv) Ayam masak blck paper- untuk Jim ( tapau dari kefe saja)
v) Sambal belacan + tomato
vi) Bendi rebus...nak di colek dengan sambal belacan. :-)
Menu sampingannya
i) Teh O limau
ii) Milo ais untuk Jim
iii) Murtabak (yang di beli di kafe
Menu sahur
Oppssss!...mak terlewat bangun !!!
So, nasik goreng dengan telor mata saja....+ neskefe panas..oklah tuuu!
Selamat berbuka!

Wednesday, September 03, 2008
Puasa hari ke 2
Hari ke 2 puasa.
Letih sungguh jadi orang pompuan ni..bangun sahur sejak jam 4.00 pagi lagi nak sediakan makanan untuk keluarga bersahur.Lepas sahur dah nak bersiap-siap ke ofis pulak.
Ramai yang datang ofis awal dari biasa. Ramai yang tukar time masuk kerja sempena puasa, boleh balik awal sikit untuk persediaan berbuka pulak.
Semalam hari ke dua puasa, dah kena kerja...nasib baik Auntie tak banyak kerja sangat, tapi, aduh! asyik mengantuk je...kelopak mata rasa berat je...nak tertutup je.
Menu hari ke 2
i) Kari daging
ii) Sayur bendi goreng
iii) Ikan bawal goreng
iv) Ayam masak kicap - untuk Jim.
v) Sambal tomato & ulam timun
Menu tambahan.
i) Teh tarik.
ii) Milo ice - untuk Jim.
iii) Roti hot-dog - untuk Jim.
iv) kueh lopis..ihsan dari jiran, alhamdulillah!!!
v) Dough-nut segera....he!...he!...tak sempat nak di goreng.(hari lain sajalah..)
Menu sahur
i) Kari daging yang dihangatkan semula.
ii) Telur masin.
iii) Telur dadar
iv) Burger, telur separuh masak, untuk Jim.
Hari ni belum tahu lagi nak masak apa, yang pastinya, mudah ringkas dan cepat.

Tuesday, September 02, 2008
Ramadan datang lagi.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah Ramadan datang lagi, Alhamdulillah Auntie masih dapat bersama di bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan barakah.
Di permulaan Ramadan tahun lepas Auntie melalui episod cemas dan tidak keruan. Kalau yang kenal Auntie dan biasa mengikuti blog Auntie tentu masih ingat bagaimana risaunya Auntie takala menghadapi ujian Allah. Namun, semua sudah berlalu, hanya syukur pada Allah yang dapat Auntie ucapkan.
Kali ini, kita sambut bulan puasa dalam keadaan yang berbagai...krisis kenaikkan harga minyak dan jugak huru hara politik. Sebagai rakyat biasa, Auntie hanya dapat berdoa, semoga keadaan pulih kembali. Alhamdulillah juga, berkat bulan Ramadan, kami orang gomen diberi bonus, walau pun tak sebanyak yang orang swasta dapat.
Tahun ini, nampaknya kita sambut puasa dengan relaxnya...sebab kita dapat cuti.
Persiapan buka puasa dihari pertama ala kadar saja. (langkah berjimat tuh!)
Menu hari pertama:-
i) Ayam masak merah - 2 ketul saja, untuk Jim
ii) Ikan selar masak berlada 1 ekor yang agak besar.
iii) Sayur lemak gobis campur carrot.
iv) Ikan cencaru bakar.
v) Sambal mangga dan air asam
Menu Tambahan:-
i) Teh O limau, panas
ii) Milo Ais- Jim sorang.
iii) Jemput-jemput Udang campur taugeh dan kucai.
iv) Buah Kurma.
Menu bersahur
i) Sambal tumis telur.
ii) Daging goreng.
iii) Sayur lemak gobis(balen masa berbuka)
iv) Dua keping roti Gardenia hijau- Untuk Auntie
v) Teh tarik (kurang manis)- Auntie, Cik Din, Anja.
vi) Milo panas untuk Jim.
Sekian. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Wednesday, August 20, 2008
Learning English.
Entry lepas Auntie cerita serba sikit pasal cikgu yang ngajar masa kursus BI...kalau nak di ikutkan banyak lagi nak cerita pasal dia...tapi kenangkan takut jadi termengumpat lak...so, tak pe takat itu saja cerita pasal dia.
-----------------------
Di bawah ini adalah di antara dialog-dialog/ayat-ayat yang di ucapkan semasa latihan dalam kelas BI tu.....ada jugak yang Auntie dengar somewhere, cuba hayati.
i) I going to office on the car...
ii) I work here 2000 years old.....
iii) Yesterday I cook village chicken.....
iv) my wife darling me.....
v) I supervise my bos...(keh!keh!...dia pulak yg. supervise bos dia)
vi) I eat my friend in the cafe
.....dan semalam sekali lagi tatkala sedang menonton Ezora, sub-tittlenya tertera...."don't talk in circle"!!! Adui!!

Tuesday, August 19, 2008
Pasal Kursus lagi daa..
Lama tak update. Malas!!
--------------------------------
Kursus Bahasa Inggeris dah berlalu hampir 2 minggu. Kalau nak di ikutkan belajar bahasa ni mau makan masa berbulan untuk fasih. Yang Auntie hadir kursus ni adalah untuk mencukupkan qota kursus. Tapi, ok jugak kan?...Kursus ni sebenarnya untuk peserta yang memang langsung tak pandai berbahasa Inggeris. Lebih kepada mereka yang bekerja di frontdesk.
Mulanya bos Auntie tergelak bila Auntie bagi tau Auntie nak pergi kursus tu. " Buat apa you nak pergi...tu untuk mereka yang tak tahu BI"....." tak pe lah...sekarang I tengah free, lagi pun cuma 3 hari saja" kata Auntie. Dia kata OK.
He!...he! hari pertama introduction diri memasing....adui! sakit perut menahan supaya tak tergelak....rupanya ramai bebudak ofis ni bukan saja depa tak boleh bercakap Inggeris, membaca pun kereng....depa main baca ikut bunyi macam baca Bahasa Melayu...sungguh le menggelikan hati.Tapi tak pe le...bebudak ni semuanya bersemangat nak belajar. Lepas 3 hari selesai le kursusnya dan dapat lah sijilnya. :-).
Penceramahnya sorang saja. Dari pagi sampai petang tengok muka dia (boring yang amat).
Cara dia ajar, bagi Auntie...ok ok sajalah. TAPI, dia ni rupanya jenis yang perkauman...yang membuatkan Auntie rasa resah...tak tahu le bebudak tu faham ke tidak..rasanya depa faham juga, sebab dia ni kejap cakap Melayu kejap cakap omputih.
Dia ni keturunan Pakistan* tapi dia kata bukan, dia mengaku dia keturunan Partan...keturunan Jenghis* Khan*, keturunan dia tiada yang berkulit gelap, semua putih bersih lawa dan segak, hidung mancung, mata berbagai warna...dia saja tak hensem (dia mengaku). Orang Melayu tak lawa katanya, dia tak suka orang yang berkulit gelap....dan "I hate Benggali* Singh* " Laaaaa...apa kes le dia ni. Nasib baik le dalam kumpulan kami tu tak de India atau pun Benggali* yang ada , selain Melayu , sorang Cina Sabah dan sorang Siam Kedah.
Yang nak tergelak tu, nota yang dia bagi kat kami langsung tak de suasana Malaysia. Contoh nama, tak de pun nama Ahmad ke, Guna ke, Chong Wei ke,....yang ada semua nama kaum kerabat dia yang pada Auntie agak melucukan, contohnya Oma*r S*wati, Baybar A*li, A*khbar K*han, Siti Marbala, Hasena, Banazer. Kalau nama tempat pulak, Kabul, Kandahar, Lahore dan seangkatan dengannya. Yang nak tergelak tu, satu ditanya berjela-jela dijawabnya habis segala sejarah Khub*lai Khan pun timbul....Aduh!
Di penghujung kursus tu, pandai pulak dia merayu kat kami supaya bagi kat dia komen yang membina, kalau tidak susah dia nak cari makan...he!...he!...tau pun takut.
----------------------------------------
Cerita minggu lepas.
Hari Isnin datang ofis macam biasa. Tah kenapa lutut kiri buat hal.Sakit pulak.
Auntie ambil cuti saja dari hari Selasa sampai Jumaat, rehat kat rumah.Best pulak dok kat rumah, apa lagi ada Sukan Olimpik....tak gerak le makcik dari depan TV tu...he!...he!
Ni dah start keje semula. Tak sibuk mana, ramai yang ka MAHA bertugas. Sapa belum pergi lagi boleh le pergi...dah dekat nak habis dah kang nyesal.

Subscribe to:
Posts (Atom)