Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah.

Dah ramai yang buat entry pasal kemangkatan Ke Bawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar. Auntie ni, walaupun bukan orang Johor, tetap terasa sedih dan sayu. Dan pada hari Sabtu, bermula dari jam 11 pagi, Auntie 'berkemah' depan TV untuk mengikuti upacara permakaman hinggalah selesai. Rasanya ramai yang lain pun tak lepas peluang untuk mengikuti upacara ini.

Sedikit sebanyak, Auntie terasa jugak ada kaitan dengan Negeri Johor ni, mana tidaknya, Auntie menghabiskan usia awal remaja di Negeri Johor selama 5 tahun. Setiap kali ada perhimpunan sekolah Auntie bersama rakan yang lain menyanyikan lagu Negeri Johor...bukan sekali...kalau tak silap, setiap hari Ahad (Dulu Johor, Ahad sekolah...)..sepanjang lima tahun di sana.

Setiap kali ada pembesar negara melawat Johor, kami juga dijemput untuk berbaris di sepanjang jalan menuju istana mengibar bendera Johor. Jadi Sultan Johor bukanlah asing bagi kami. Tiga puteri baginda YM Tengku Kamariah, YM Tengku Zabedah dan YM Tengku Azizah bersekolah bersama kami. YM Tengku Kamariah adalah classmate Auntie semasa di tingkatan 2. Masa tu dia orang ni baru balik ke M'sia dari Australia. Banyak kenangan manis Auntie bersama YM Tengku Kamariah...semuanya masih Auntie simpan bersama kenangan lalu. Sayangnya, gambar kenangan kami hilang entah kemana.

Yang pergi tak kembali. Patah Tumboh Hilang berganti.

Salam takziah untuk keluarga Di Raja Johor dan rakyat Johor.

Al-Fatihah.

Thursday, January 21, 2010

Yang cantik, yang kaya dan popular....

Masa Auntie budak-budak dulu (mungkin juga hingga membawa ke zaman remaja) Auntie rajin sangat menyimpan keratan gambar-gambar wanita cantik dan kaya lagi popular pada zaman tu. Rasanya ramai jugak orang lain yang mempunyai hobi macam ni. mungkin jugak, orang sekarang dah tak kenal pun sapa mereka ni.



















Tahu sapa dia ni?












...yang ni pulak gambar dia masa kini kot...dia ni memang jelita sangat. Susah pulak nak dapat gambo dia.

Dan yang ini.....
















Yang ni takkan tahu pulak?

















Yang ni pun semua orang tahu....

Ada beberapa orang lagi yang Auntie tak dapat gambarnya....
Pssstttt......tak de idea apa nak cerita lah ni....


Friday, January 15, 2010

Datin M

Membaca blog Mrs.N pagi ni, rasa sebak juga. Kawan dia yang segar sihat dan manis dalam keadaan kesihatan yang agak serius. Auntie termenung sejenak, memikirkan betapa mudahnya penyakit datang menyerang.

Dalam terpikir-pikir tu, satu panggilan masuk ke telefon Auntie. "Kak dah dapat berita ke?.....kawan baik Kak, Datin M kena kanser"....terkedu sekejap. Datin M ni memang boleh dikatakan rapat dengan Auntie. Kami dah kenal hampir 30 tahun. Masa tu Auntie belum lagi kawin. Dia juga masih seorang gadis, 3 tahun lebih muda dari Auntie. Baru dapat kerja di ofis Auntie. Abangnya, kelas mate Auntie masa kat Politek dulu. Kebetulan Abang dia juga satu ofis dengan Auntie. Abang dia mulanya bercadang nak adiknya tinggal bersama Auntie. Tah kenapa tak jadi pulak.

Dipendekkan cerita, kami terus menerus menjadi kawan maklumlah satu ofis. Walau pun Auntie dah kat Putrajaya, perhubungan kami tak putus. Kami tetap berhubung. Sekali sekala berjumpa.
Sebagai kakak, Datin jadikan Auntie tempat dia mengadu dan berkongsi kegembiraannya.

Memang dia sangat bertuah, punya suami yang baik, berjawatan tinggi, hensem pulak tu. Datin pun memang lawa orangnya. Puteh gebu. Anak Datin hanya sepasang. Dah berkerja pun. Pendek kata hidup dia memang bahagia. Nak apa pun dapat. Dah sampai ke merata tempat di dunia.

Auntie hantar SMS pada Datin, sekadar bertanya kabar sebaik saja selesai bercakap dengan kawan yang membuat panggilan tadi. tak sampai beberapa saat. Datin call Auntie. Tenang saja suara dia dihujung talian. Auntie rasa sebak tapi, tahan saja.
Alhamdulillah, dah dapat cerita sebenar dari mulut dia. Alhamdulillah, dia telah pun selamat menjalani 2 pembedah, satu untuk membuang benjolan di atas breast sebelah kanannya, dan satu lagi untuk membuang kelenjar di bawah arm-pit. Alhamdulillah sekali lagi, ianya baru stage 1.
Auntie hanya dapat memberi kata-kata peransang sebagai motivasi untuknya. Dia tenang saja. Insyaallah dia akan berangkat ke Mekah dua minggu lagi untuk mengerjakan Umrah. Menurut Datin, dia akan menjalani kimo selepas Raya Cina nanti.

Friday, January 08, 2010

Letihnya....

Salam semua,

Minggu pertama tahun baru ni agak meletihkan juga. Dari hal-hal rumah tangga ke hal-hal di pejabat.

Macam biasa bila hari bekerja, setiap pagi Auntie sibuk sangat, terutamanya waktu pagi. Masa berlalu begitu pantas, sedar-sedar dah hampir time untuk keluar rumah menuju pejabat.

Sejak Jim habis sekolah, En. Amir pulak dalam fasa mencari pekerjaan, tiap pagi Auntie kena memasak untuk breakfast dan makan tengahari untuk depa berdua ni. Sekali sekala, jika terlewat, Auntie tinggalkan saja duit belanja dan pepandailah depa cari makan.

Jika tinggalkan duit, faham-faham sajalah...breakfast saja untuk dua orang boleh cecah 7 atau 8 RM, begitu jugak dengan lunch. Kalau masak tu adalah jimat sikit dan depa boleh makan bertambah dan berulang mentara tunggu Auntie balik pejabat. Nak tak nak, Auntie pastikan juga memasak makanan sendiri.
Ada masa Auntie masak siap-siap malamnya. Kadang-kadang, kita dah masak malam, bila bangun pagi, lauknya dah habis, jadi terpaksa juga memasak subuh-subuh tu.

Memang setiap pagi Auntie macam lipas kudung...dah siap masak baru mandi dan solat...kerapnya tak sempat pun nak calit bedak ke muka...dah pakai baju, capai tudung, capai hand beg, masuk kereta...ada sekali tu, kasut pun terpakai sebelah lain, sebelah lain! nasib baik ada spare sandal dalam kereta.

Ada masa tu nak 'melabur' pun terpaksa tahan.... :-)

Dalam perjalanan ke pejabat, barulah boleh tarik nafas lega, relax lah dalam 15-20 minit mentara nak sampai....sesambil pulak calit-calit bedak, calit-calit lip stick & pakai tudung.
Adakalanya, sampai pejabat, dalam lift, bila terpandang cermin, baru terperasan, tudung pun dipakai terbalik!!!

Nasib baik juga Auntie ada supir......yang setia di sebelah ...... :-)

Selalunya Auntielah orang yang paling awal sampai....nombor satu sokmo!...pejabat senyap sunyi. Memula dulu takut juga...pepagi rasa meremang bulu tengkok..berbagai cerita Auntie dengar, kenkadang terdengar jugak orang berdehem-dehem...tapi orangnya tak ada..he!...he!..dalam rasa seram tu, Auntie buat derk saja. Ambil Quran dan baca. La ni, insyaallah dah tak ada rasa apa-apa lagi. Alhamdulillah!..

Kerja memang banyak. Letih rasanya. Tak habis-habis.

Dalam pada tu.....sebelum kerja bermula...sempat lagi buat entry!

Oh ya, Jim dah seminggu lebih bekerja. Alhamdulillah nampak gayanya dia ok saja. Beberapa hari ni dia kerja malam. Masuk pukul 11, habis pukul 7 pagi esoknya. Sebagai mak, Auntie rasa kesian le pulak....tapi buat selamba saja, biar dia tahu susah, biar dia belajar erti kehidupan.
He!...he!...gaji belum dapat lagi, dia dah pasang angan-angan!! macam-macam nak dibuat dengan duit gajinya nanti. Suka hati dialah.

Thursday, January 07, 2010

Hutang Budi.

Salam tahun baru semua.

Kita masih berada di minggu pertama 2010. Masih barulah. Ini entry pertama untuk tahun ini.
Azam baru???...ahhhh...azam lama pun masih tak tertunai.

Azam yang akan terus Auntie buat dengan gigihnya tahun ini ialah untuk melangsaikan segala hutang-hutang yang ada sebelum tahun berakhir. Tak kiralah, hutang besar ke hutang kecil ke. Hutang rumah dengan gomen akan langsai tahun depan sebaik saja bersara.
Hutang kad kredit tak banyak mana...
Hutang kereta Cik Din langsaikan.
Hutang kedai mamak...elek!..
Hutang...pinggang mangkok...elek!
Hutang tupperware...punnnn...taraak..
Hutang barang kemas?...hutang perabot?....tarakkk...juga...

He!...he!...ropanya...tak banyak hutang Auntie ni. Harap-harap, insyaallah, bila bersara tak de dah nak hutang apa-apa lagi. Insyaallah, tiap bulan dapat duit pencen bersih. Kad kredit pun akan dikansel saja bila langsai semua.

Mungkin hutang yang satu ini sajalah yang susah nak dilangsaikan.........>>>>>>>> hutang budi!

Pisang emas bawak belayar,
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas, boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

Wednesday, December 30, 2009

Erti penat...


Salam semua,


Insyaallah, esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Tirainya akan dilabuhkan dan tahun 2010 akan menjelma. Syukur pada Allah kita semua masih menghirup udaraNya dan usia kita akan terus bertambah. Yang pergi takkan kembali, hidup mesti diteruskan.

Kita dah siap sedia ke???
Tak seperti tahun-tahun yang berlalu, Auntie dah tak payah nak sibuk-sibuk bersama ibubapa yang lain ke sekolah...anak-anak semua dah tamat sekolah dah...Jim dah selesai SPMnya. En. Amir relax-relax sambil meninjau-ninjau peluang pekerjaan. Anja pulak sibuk dengan kerjayanya. Auntie dan Cik Din pulak menghitung hari untuk bersara.
Semalam, adalah hari pertama Jim mula bekerja. Dia begitu teruja bila mendapat panggilan untuk memulakan kerja. Auntie memang memberi galakan. Biarlah dia berdikari, biar dia tahu bukan senang nak jadi senang, dan bukan mudah untuk menyara kehidupan.
Di sinilah Jim mula bekerja semalam.
Kelakarlah jugak rasanya. Balik kerja semalam, Auntie dan Cik Din terus mengintai dia kat Store tu....he!...he!...kesian le pulak tengok dia terbongkok-bongkok menyusun barang kat shelf. Dia tak nampak kami pun... :-)
Dalam pukul 6, dia habis kerja, sampai rumah, nampak benar dia keletihan....he!...he!...baru dia tahu...apa ertinya penat bekerja...


Monday, December 21, 2009

Akiqah ke Nikah??

Salam semua....salam 1 Malaysia!

Cuaca masih lagi tidak menentu. Tiga hari cuti hujung minggu dihabiskan dengan sidai kain, angkat kain. Bila yang disidai dah kering, ganti pulak dengan yang baru dibasuh. Pagi macam nak panas sampai petang, tapi hujang turun di tengahari membawa ke malam.

Asyik angkat kain sidai kain, boring jugak. Itu aktiviti hari Jumaat. Hari Sabtu pulak Auntie luangkan masa untuk memenuhi undangan. Dua majlis perkahwinan, satu majlis Aqiqah (yg. dah macam majlis Akad nikah...)

Majlis perkahwinan di Taman Lestari, Sri Kembangan. He!...he!....walau pun tak jauh mana dari BBB...sesat barat jugaklah mentara nak jumpa rumah pengantin. Sabo jelah...bapak penganti draw map ke rumah dia macam semua orang dah tahu.

Selesai bersantap, terus pulak berkejar ke Pinggiran Putera, jemputan P-Nut pulak. Yang ni kira tak lah penin...Mak P-Nut draw map ngalahkan pelukis pelan.
(....pppsssttt...eleh, kalau area Putrajaya, no hal lah kan....tempat Auntie dok pi mai, pi mai hari-hari.. :-)

Dari jauh kami dah nampak berderet kereta. "Ni kenduri kawin ke?" tanya Cik Din. " Ntah le...katanya, Aqiqah.....tak kan le menikah?...Najmi belum baligh....Tokey yg. menikah???

oooopppsss ya ampun...!

Anyway, tuan-tuan dan puan-puan sekalian., memang ramai tetamunya. Kat depan sekali kambing ke, kibas ke yang sedang dikipas. Juadah berbagai. Nasi dengan lauk pauk, bubur kacang, kueh-kueh, juling mata Auntie. Sayangnya perut dan separuh penuh.
Dalam ramai-ramai tu, Auntie ternampak kelibat wanita jelita....rasa macam Zar, tapi, Aduh! malu pulak nak tegur, kang silap orang pulak. Setelah diconfirmkan dengan P-Nut, memang si jelita itu adalah Zar... lain kali Kak janji akan tegur, ok.

Perut dah kenyang, hujan renyai-renyai, Auntie dan Cik Din minta diri. Ingat nak ke satu lagi majlis, tapi, dah tak sanggup dah...terus je balik rumah...letih rasa badan. Letih makan!!!

Thursday, December 17, 2009

Total Knee Replacement.

Ingatkan musim hujan dah beransur pergi, rupanya tidak weh!


Petang semalam semasa nak bersolat Asar, hujan dah lebat diikuti dengan dentuman guruh kilat macam orang nak berperang. Dengan berdindingkan cermin kami nampak jelas kilat sambung menyabung...seram jugak rasanya.


Selesai solat, Auntie bersiap-siap untuk balik. Selesailah tugas kat ofis. Sebaik sampai di lobi, Cik Din pun sampai. Terus kami tuju ke Hospital Putrajaya untuk melawat adik ipar Auntie (adik Cik Din) yang baru saja menjalani pembedahan lutut pada hari Isnin lalu. Kes dia ni, macam kes Auntie jugak. Dia dah nampak ok berbanding hari sebelumnya. Dah kurang sakit katanya.


Suami dia Cik Gu Mat dah balik ke KL (Pahang) Insyaallah esok dia akan datang semula. Rozie ditemani oleh anak gadisnya, Dida, yang sedang bercuti. Untung dia ada anak pompuan. Masa Auntie menjalani pembedahan dulu....takde yang tunggu... :-( Tapi, memang Auntie langsung tak rasa sunyi, maklum orang macam Auntie yang suka bercakap sentiasa ada saja teman.

Nurse ada, doktor ada, pesakit pun ramai, ha semua jadi kawan.



Sebaik saja Auntie masuk ke wad Rozie, seorang nurse manis menegor Auntie "eh rasa macam pernah tengok?"....apalak tak pernah tengoknya, dialah yang dok merawat Auntie masa Auntie di wad dulu....melihatkan Rozie terlantar begitu, teringat pulak masa Auntie sakit dulu, cuma Auntie bersaorangan dalam bilik.


Hari Jumaat lepas, Auntie ada appoinment. Buat x-ray lutut dalam berbagai pose...depa nak tengok keadaan besi yang 'diimplant' dulu, alhamdulillah semua ok. Bila tengok x-ray lutut kiri....ha...ha....doktor sudah bagitahu....yang tu pun kena buat implant juga....bila nak buat tu??...

....ada berani??...Auntie cakap dengan doktor, "nantilah.....sekarang rasa ok saja...kalau dah sakit nanti...saya sedialah...."


Mai kita tengok gambo pembedahan tu.... isyyy serammmmm kannnnn!












































Kalau tengokkan gambo-gambo ni, memang tak sanggup rasanya nak melaluinya lagi...pembedahan memakan masa selama 6 jam! dalam keadaan sedar.

Tuesday, December 08, 2009

Balik Kampung

Minggu lepas Auntie bercuti 4 hari. Cuma kerja pada hari Isnin. Dah lama cuti, rasa amat liat nak ke ofis apa lagi ujung-ujung tahun ni, ramai yang bercuti. Ofis pun lenggang je.

Auntie balik kampung.......seorang diri dengan menaikki bas. Hemmm...lama sungguh tak travel sorang diri naik bas ni, adalah hampir 10 tahun. Rasa excited jugak nak naik bas ni, ngalahkan pertama kali nak naik k/terbang! Jaman sekarang ni dah banyak yang mudah. Beli tiket tak payah lagi ke counter tiket, beli je kat station minyak Petrona* pada tarikh berangkat, pergilah ke stesyen bas. Bas Auntie beroperasi dari Jalan Duta.

Macam biasalah......jarang sangat orang kita ni menepati masa...sebab tu selalu rugi. Sepatutnya bergerak jam 9.00 pagi, time tu, bas baru terhegeh-hegeh sampai ntah dari mana. Basnya...aduiiii!....uzur beno gayanya, kotor pulak tu, tahi burung bertempek kat badan dia, kalau habuk ni toksah cakap le...gamaknya dah sebulan tak mandi bas tu.
Penumpang pun semua nampak happy bila bas sampai. walau pun bas buruk.Masing-masing sibuk menyimpan beg di perut bas, sambil tunggu pintu bas dibuka. Alih-alih beberapa orang mekanik sibuk pulak membuka enjin bas dan mengetuk sana sini, sambung wayar tu, wayar ni....
kalau lagu ni, bila pulak nak bergerak?? Auntie pun pergi tanya...katanya ada sedikit kerosakan pada sistem aircond....(aircond tak sejuk) adalah dalam 1/2 jam dok merepairnya.
Kami pun naiklah...nasib baiklah kondisi dalam bas tidak seteruk diluar. Bersih, kerusi pun kira ok. ....so, betullah kata orang putih, don't judge a book by it's cover...he!...he!

Driver pun ok, bawak bas dengan cermat, tak laju, dan tak perlahan sangat...nyaman saja.

Boleh dikatakan, hampir separuh bas di penuhi dengan orang Cina dan Thai (Thai Malaysia). Partner Auntie seorang pesara guru berbangsa Thai yang akan turun di Baling Kedah. He!..he!...dia ni ramah tamah orangnya, apalagi, kami bersembang berbagai isu, sedar-sedar dah sampai Ipoh. Ntah lorong mana driver ni bawak kami. Yang Auntie perasan macam kawasan perindustrian. Ada banyak kilang. Oh...betullah, Tasek nama tempat ni. Rupanya, driver ni, pi sambung repair aircond tadi..... Laaaaaaa! Ada lah dalam 1/2 jam lagi kot. Nasib baiklah Auntie dapat kawan Makcik Siam ni...tak habis-habis dia pot-pet. :-)

Akhirnya Auntie sampai ke destinasi jam 3 ptg. (sepatutnya pukul 12.30-1.00) He!...he!...best jugak naik bas ni rupanya!

Apasal pulak Auntie naik bas sensorang?? Oh... Auntie bukan merajuk atau membawa diri...tidak!...Auntie balik kampung kerana ada majlis kawin anak buah (anak adik) Cik Din tak dapat ikut sama sebab Jim sedang bergelut dengan SPM.... tak kan nak tinggal dia sensorang kat rumah. Anja pulak memanjang balik malam. Tulah sebabnya. :-)

Sekali sekala bersaorangan rasa seronok jugak...macam boleh kembangkan sayap he!...he!

Majlis kenduri esoknya. Berjalan lancar dan meriah sekali.Jemputan bukan main ramai lagi. Yang tak dijemput pun ramai jugak yang datang, rezeki tu......hingga jam 2.30 petang segala lauk pauk habis licin tak de belen langsung. Alhamdulillah!!

Monday, November 23, 2009

Maid

Antara kita, ramai yang ada maid, dan masih ramai yang tidak ber maid macam Auntie ni.
Dah nak masuk 30 tahun berumah tangga ni, belum ada sorang maid pun yang Auntie gajikan.
Kalau ada pun cumalah sekajap sangat. Itu pun tak boleh dikira maidlah sebab dianya adik Cik Din yang datang sekejap membantu menjaga anak sulong Auntie Si Anja.

Asalnya dia sendiri yang offer diri nak membantu. Adalah dalam 10 bulan kot. Adik Cik Din ni memang tip-top. Rajin yang amat, macam lipas kudung. Tak pandai nak dok diam, ada saja kerja yang nak dibuatnya. Mungkin dia boring duk sorang-sorang kat rumah, akhirnya dia surrendered dan minta nak balik kampung. Itulah sekali Auntie ada pembantu.

Walau pun tak pernah experience ada maid sendiri, Auntie pernahlah dijaga oleh maid-maid mak Auntie masa kecik-kecik dulu. Zaman itu, bezanya maid adalah orang tempatan. Macam sekarang jugak kerenah maid-maid ni. Seingat Auntie, mak Auntie pun ada ramai maid. Bukan lah dalam satu masa, tapi silih berganti. Antara yang masih Auntie ingat ialah Kak Som, Kak Ton, Tok Su dan jugak Mak Cik Ton.

Berbagai ragam jugak dia orang ni. Dek kerana masa tu Auntie masih budak lagi, Auntie tak lah ambil pusing sangat masalah ni, mak dan arwah ayah Auntie sajalah yang pening pala dengan kerenah depa. Auntie tak tahu apa. Tahu-tahu dah berganti orang baru.

Masa mudanya mak Auntie seorang guru sekolah. Rumah kami pulak dekat je....jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai rumah. Pendek kata, bebudak sekolah dok baca buku pun kami di rumah boleh dengar. Dari sekolah, sambil mengajar (gamaknyalah) mak Auntie dapatlah juga memerhati ke arah rumah.
Ada masanya, waktu rehat, mak sempat jugak berkejar balik rumah tengok anak-anak. Mak ada bercerita yang Auntie selalu saja di arah oleh maid membuat kerja rumah, masa umur Auntie dalam 5 atau 6 tahun. Selain dikerah mendukung adik-adik, Auntie jugak disuruh sidai kain, angkat kain di ampaian, membasuh pinggan mangkok, membersih longkang. Bayangkan, usia baru 5 tahun dah buat semua tuh. Auntie pulak jadi pembantu maid tak bergaji. Auntie tak ingat pun peristiwa itu.

Dan itu jugaklah antara penyebab maid itu diberhentikan.

Ada juga antara maid yang, bila mak kat sekolah, dia boleh melaram dengan baju-baju mak yang kat dalam almari.

Tok Su pulak seorang tua yang lurus bendul dan pekak...he!...he!...dia ni cergas dan sangatlah rajin dan pembersih orangnya. Pantang dia kalau rumah bersepah. Habis segala periok belanga di sental berkilat. Kami anak-anak pulak buat hal suka menyakat dia dan akhirnya dia merajuk nak balik rumah dia.

Dah ramai maid silih berganti, mak pun dah letih dengan perangai dia orang. Bila adik bongsu dilahirkan, kami dah tak ada maid lagi, adik dihantar ke rumah jiran dan yang lain tu pepandailah jaga diri sendiri. :-)

Kini, usia Auntie dah masuk senja, badan pun rasa tak larat dan perasaan malas tu pulak sentiasa ada. Balik kerja rasa penat. Rasa macam nak cari maid.

Auntie selalu jugak bayangkan, alangkah bahagianya kalau segala urusan rumah tangga di selesaikan oleh orang lain. Balik kerja dah tersedia minuman petang, malam lepas maghrib dah terhidang makan malam. Esok pagi turun saja breakfast dah tersaji.Hemmmmm.....bahagia kan??

Malam tadi, jam dah hampir pukul 11.00 malam...dalam rintik hujan musim tengkujuh, angin dingin menyapa muka, tiga lagi penghuni rumah dah pun berbaring di tempat tidur, Auntie terbongkok-bongkok menyidai kain di ampaian.....aduila, aduila......sayu rasa hati......!

:-( ..... :-( ..... :-(

Friday, November 20, 2009

Ceramah.

Assalamualaikum,

Baru pukul 8.45 pagi. Ofis ni dah sunyi sepi. Yang wanita nya hampir 95% dah berangkat ke Alamanda. Ada pertandingan Bowling antara bahagian. Auntie tak boleh nak diambil kira...dah tak boleh nak aktif lagi. Kalau boleh pun rasanya idak le Auntie nak turut serta. Badan dah besar, takut kang, terguling masuk longkang, bola pulak terpelanting ke belakang. Haru!

Apa nak buat??...Pukul 9.30 nanti ada ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam - ceramah bulanan yang di adakan di setiap pejabat kerajaan. Penceramah yang di jemput adalah Y.Bhg Ustaz Fauzi Mustapha, ustaz Al-Kuliah tu. Insyaallah Auntie akan melapangkan masa untuk ceramah tu.
Auntie memang suka dengan ceramah ustaz ni, malah boleh dikatakan setiap hari dok denganr ceramah dia di radio dalam perjalanan ke pejabat setiap pagi.

Majlis ilmu ni kena pergilah jugak untuk santapan rohani, maklum kita ni insan biasa yang perlu selalu dingat-ingatkan.

-------------------

p/s: pssst...baru dok belajar nak tukar-tukar gambo untul profile tu...tu gambo Auntie jaman muda dulu...32 yang lalu!

Wednesday, November 18, 2009

SPM bermula.

Assalamualaikum,

He!...he!...dah rasa malu le pulak nak masuk blog sendiri. Lama tak buat entry....
Sejak kebelakangan ini, memang le teramat sibuk dengan tugas-tugas kat ofis ni. Nak update entry ni kena fokus, kalau fokus lari, terus entry tak menjadi. Walau bagaimana pun, aktiviti blog hopping tetap macam biasa. Bila rasa penat buat kerja, melencong sekejap.

Hari ini SPM bermula. Auntie macam biasa lah bangun pagi sokmo. Auntie jengok bilik Jim untuk perlahankan kipas. Sejuk-sejuk ni, kipas dia tetap full blast. Baru jengok, dia dah sapa Auntie.."hai makkk...laaa dah terjaga rupanya budak ni. " tak boleh tido la...risau..

Jim akan ambil SPM, sejak tiga bulan kebelakangan ini, adalah nampak dia buat persediaan. Pelajarannya sederhana saja. Auntie pun tidaklah mengharap apa-apa. Sungguh pun gitu Auntie tetap memanjatkan doa beribu-ribu untuk nya. Mudah-mudahan dia dapat kejayaan setakat kemampuannya. Amin.

Kepada anak-anak kita semua, kita doakanlah kejayaan mereka.

Friday, October 30, 2009

Derma

Sekarang ni, mana-mana kita pergi, kita boleh nampak berkeliaran ' tukang minta derma'.
Selalunya mereka ini terdiri daripada anak-anak sekolah (kalau bersekolah le) yang berusia sekitar 12, 13, 14, 15 tahun. Tak kurang juga yang lebih dewasa, malah yang masuk kategori warga mas pun ramai. Baik lelaki, mau pun wanita.

Kita yang nak hulur derma pun jadi macam serba salah. Nak hulur ke, nak buat derk saja.
Masa dulu Auntie selalunya hulur le jugak, apa lagi bila dia orang ni dok hulur surah-surah Al-Quran. Rasa macam bersalah kalau tak derma seringgit dua.

Sekarang ni pulak, dermanya atas tiket nak bantu anak yatim, tak pun nak bina masjid atau surau, nak bantu orang Pelastin, bantu orang Selatan Thai, orang Islam Rohingya. dll.
Ada satu grup ni pulak, nak minta bantuan perubatan. Nak bedah jantung, nak bedah buah pinggang, nak bedah bijik mata, nak beli kaki palsu dan sebagainya.

Genuine kah tujuan mereka ini? Ini yang menjadi tanda tanya kita semua. Kadang tu, kita kat kedai makan baru nak suap, depa bagi salam dan tunjukkan surat "tunjuk sebab" Adui!
Kalau kanak-kanak yang datang, kesian le jugak, serba salah kita dibuatnya....nasib-nasib le. Kalau mood Auntie bagus, jatuh le seringgit dua, kalau tidak, buat derk sajalah.

Penggunaan kanak-kanak bagi tujuan minta derma ni patut dihentikan. Banyak yang kata ada sendikit disebalik semua ini. Ada juga yang buat tektik menjual buku. Dikerahnya bebudak ni menjual buku, ke pejabat-pejabat dan dimana tempat ramai orang. Kesian budak-budak ni. Pernah juga dia orang datang ke ofis Auntie, Auntie tanya adik sekolah tak?..saya sekolah petang, ini adalah salah satu daripada ko-korikulum..macam mana datang?...Ustaz hantar dengan van, nanti Ustaz akan jemput la. Dah b/fast? belum..Ok, macam ni, makcik takmo beli buku tu, anak makcik semua dah beso, dah tak baca buku Sang Kancil....mai ikut makcik ke kantin, kita makan....
Sian...ceria nampak muka mereka (2 budak lelaki dalam 12 tahun) Auntie bayangkan depa macam anak Auntie. Auntie tanyalah nak makan apa. Apa2 pun boleh, so, Auntie belanja depa makan nasi lemak dan minum milo ais. Laju je depa makan. Kesian, katanya anak yatim. Wallahualam.

Ada sekali tu pulak, Auntie ternampak sebuah kete besau apakenamanya capnya kete tu..Alfard, Alfasad..gitu le lebih kurang menurunkan beberapa orang buta dan pengiring untuk minta sedekah kat beberapa restoran yang berdekatan. Orang buta pun dah bersekongkol dengan depa ni...kita tak tahu lagi...buta sungguh ke???....Kesian orang yang betul-betul buta yang memang menyara keluarga dengan menjual tisu bakul dan sebagainya.

Masa Auntie kat ofis lama dulu, orang awam memang senang sangat nak masuk. Sapa-sapa pun boleh. Maka boleh dikatakan setiap minggu ada sajalah yang datang untuk tujuan kutipan derma ni. Bayangkan kalau seminggu 3 kali datang sebulan dah berapakan?? kalau yang betul-betul memerlukan tak pe le. Kalau yang kelentong saja?
La ni pulak, bila pungut derma ada resit, jangan nak kedekut nak bagi RM1, tak de dibuat RM1 punya resit. Paling rendah RM5. Pelik!...kan? bukan ke sedekah tu ikhlas?? Suka hati kita le nak bagi berapa....?

Pernah le juga Auntie dengar ceramah daripada seorang Ustaz popular ni (sedikit masa dulu, sekarang dah jarang nampak) dia kata, " kita ni, kalau nak derma berkira sangat, tanya itu ini, tanya mana surat izin bebagai, kalau nak bagi, bagi sajalah..." Bagi Auntie kita patut tanya jugak, duit kita punya, maka kita kena tahu mana perginya duit kita. Kang dia pi beli dadah atau pi buat aktiviti tak senonoh macam mana?? Senang-senang kita hulur, akan menggalakkan lebih ramai lagi orang macam tu.

Jangan tak tahu, sekarang orang luar negeri pun dah ramai datang ke M'sia Permai ni nak kutip derma. Baru-baru ni satu mamat bermata kelabu dengan berjubah putih datang menghampiri Auntie nak minta derma..oh!..tengokkan kehensomannya, cairlah jugak makcik..nasib baik teringatkan pakcik yang ada kat sebelah...kami tunjuk 'no' sign saja. Kalau betul kita nak derma, ikut sajalah saluran yang betul insyaallah selamat.

Satu peristiwa yang tak dapat nak dilupakan masa kat ofis lama dulu, boleh dikatakan kerap sangat satu Achi ni dengan kusut masai datang minta duit kat kami. Bila nampak dia masuk ofis, kalau sempat lari, kami lari masuk toilet. Dia ni, kalau kita bagi seringgit dia bising marah, apa lagi kalau kita buat derk saja siap dia maki hamun. Sungguh memalukan. Dia memang licik, dia akan masuk ke ofis kami bila jaga kat pondok bersebelahan gate tu leka atau meninggalkan pondok tu.

Yang kelakarnya, kawan Auntie pernah terserempak dengan dia berbaris kat Maybank...haruslah dia nak masukkan 'pendapatan' dia...

Wednesday, October 28, 2009

Bersara.

Sedar-sedar hari ini dah pun sampai penghujung bulan Oktober. Minggu depan dah masuk bulan November, kemudian Disember dan berakhirlah tahun 2009.

Semakin pantas masa berlalu. Auntie pun dah tak sabar rasanya menunggu masa untuk bersara. Semoga Allah memanjangkan usia dapat pulak menikmati waktu santai tanpa rasa tertekan mengejar masa setiap pagi untuk bekerja. Lama dah berulang-alik dari rumah ke ofis, dari ofis ke rumah...dah hampir masuk ke tahun yang 33! Dah letih rasa badan ni.

Minggu lepas Auntie dah pun terima surat daripada Bahagian Sumber Manusia meminta Auntie untuk melengkapkan beberapa borang dan membuat salinan-salinan dokumen berkaitan diri. Ini semua adalah untuk tujuan persaraan nanti. Antara dokumen yang diperlukan adalah

1. Salinan k/pengenalan sendiri
2. Salinan k/pengenalan suami
3. Salinan K/pengenalan anak di bawah usia 18 serta salinan sijil lahirnya.
4. Salinan surat nikah.
5. Salinan surat cerai (jika berkaitan)
6. Salinan penyata pendapatan.
7. Salinan penyata cukai
8. Salianan m/hadapan buku bank.
9. Salinan penyata pinjaman perumahan.
10. Alamat tetap apabila bersara.

Semua di atas telah pun disiapkan. Rasa macam excited pulak. Rasa macam dah tak sabar.

Setelah sekian lama bekerja, sampai jugak penghujungnya insyaallah.
Ramai kawan sebaya Auntie yang mengambil option untuk bersara pada usia 58. Buat diri Auntie dah cukup rasanya. Di ofis ni pun dah tak ramai yang sebaya dengan Auntie. boleh dikatakan dah hampir 95 peratus dipenuhi dengan pegawai muda, semuanya yang dah boleh di panggil anak-anak. So, eloklah Auntie berundur diri. Bagi peluang kepada yang muda membina kerjaya mereka pulak.

Ramai yang tanya, tak takut boring ke nanti? Bagi Auntie, pandai-pandailah menggunakan masa
Jangan pikir-pikir sangat.

Friday, October 16, 2009

Majlis Raya.

Assalamualaikum,

Harapnya malam ini berakhir sambutan majlis hari raya untuk tahun ini. Insyaallah, dipanjangkan usia, tahun depan ada lagi.

Malam ini, majlis hari raya akan diadakan diperkarangan rumah Auntie macam tahun-tahun yang lepas. Pot-luck style. Auntie dah target nak masak nasi lemak dengan lauk sambal sotong kering. Senang dan cepat dimasak. Balik kerja nanti terus letak nasi dan tumis sambal sotong, rebus telur, potong timun dan goreng ikan bilis. Dah. Selalunya tak payah nak masak banyak-banyak pun. Setakat satu periok.(Rice cooker size medium tu) Mula-mula, rasa macam nak goreng mee, tapi dah dua tahun berturut-turut dok goreng mee, kang jiran perasan pulak...macam tahu nak masak benda lain. Mungkin nanti Auntie tambah pulak dengan buah-buahan..

Yang telah lepas, majlis kami ni macam meriah juga. Kami tak pasang kemah pun. Masing-masing bawak kerusi meja dan susun bawah sinaran lampu TNB je.... :-) ok apa??...samar-samar..disamping sinaran bulan dan jugak bintang. Harap-harap tak hujan le. Kebetulan jugak. lorong belakang rumah Auntie pun buat majlis juga...ha, tambah meriahlah nanti. Kalau-kalau ada sesapa terlalu kat area tu, jemput le singgah, join sekali.

Monday, October 12, 2009

Jamuan Raya 2009.

Bacaan doa sebelum majlis bermula.

Assalamualaikum,

Dah 3 minggu raya berlalu. Nak cerita raya pun macam dah tak ada mood. So, tengok sajalah gambar-gambar ini sempena majlis jamuan raya kat ofis Auntie yang dibuat hari Isnin minggu lepas. Selain daripada jamuan raya, kami juga sambut b/day.


Birthday Cakes

........yang menyambut b/day...........
The Gentlemen.


The Ladies.............


Baru nak ready... Baju Melayu hitam. Big Bos, Dato'A, yg. baju biru tu...Datin A.
.....yang sebelah Datin A, .....errr...sapa tah....



...masih ramai yang tak masuk lagi nih..

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA


KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI

SELAMAT HARI RAYA &
MAAF ZAHIR BATIN.

DRP: AUNTIE & FAMILI
NORDIN - Cik Din
AZYAN - Auntieyan
ANJA - Alif Abd. Naser*
EN. AMIR - Amer Abd. Hakim**
JIM - Adeb Abd. Nadzim***

Assalamualaikum,
Puasa dah sampai ke penghujungnya. Dah terasa suasana hari Raya. Ofis dah mula lenggang. Ramai dah mula bergerak meninggalkan kota menuju destinasi mesing-masing.

Auntie masih lagi bekerja hari ini. Hemmm...mentang-mentang la dah nak habis puasa, boleh terbabas pulak pagi ni, terlewat bangun, nasib baik ada sikit masa untuk hangat-hangat makanan, kalau tidak harus le tak bersahur.

Persiapan raya kali ni macam biasa jugak, ala kadar saja. Tak de langsir baru, tak de perabot baru, atau kueh mueh penuh kabinet. Yang ada kelainannya ialah, tahun ni Auntie dan Cik Din ada baju raya!!!! yeyyyy... selalunya kami berdua tak de baju raya, pakai saja apa yang ada.
Tahun ni juga kali pertama Anja dan Jim ada baju Melayu yang ditempah khas. Selalunya beli saja yang dah siap. En. Amir pulak, dah dibeli kain untuk buat baju dia tak berkenan warna pulak, nak tempah dah tak sempat, so, Auntie beli sajalah yang dah siap.
Tahun ni giliran berhari raya di kampung Cik Din...senyum je dia maklumlah.....
Auntie tak kisah sangat dah memang rutin untuk kami. Insyaallah lepas bersahur esok, (kononnyalah!) kami akan berangkat. Rasa excited jugak...he!..he! mungkin kami akan beraya 2 hari di sana, kemudian balik ke rumah. Rest semalam, kemudian kami akan beraya di kampung Auntie pulak selama 2 hari jugak.

Auntie ni, kueh raya pun hanya ada dua jenis...tengok lah, kalau ada kesempatan, malam ni nak gi cari...mana tahu ada orang lelong ke. Kalau tak ada, ha, itu lah saja yang akan di sajikan.
So, sapa yang akan travel hari ni , malam ni, esok ke...hati-hati lah dijalan raya. Insyaallah jumpa lagi kita.

Friday, September 04, 2009

Kueh Raya.

Esok dah masuk 15 Ramadan. Dah 14 hari kita berpuasa barulah ada kesempatan masuk blog sendiri.

Harap yang masuk ke blog ni sihat walafiat dan tekun menjalani ibadah puasa yang hanya setahun sekali.
Hari ni Auntie rasa begitu lapar...uhhhh...sakit rasa ulu hati. Mungkin sebab Auntie telan sebijik pain killer masa bersahur pagi tadi. Selalunya ok saja...puasa ni bukan satu masalah pun.

Tak tahu kenapa puasa kali ni selera makan sungguh berkurangan walau pun rasa macam nak makan banyak, tapi bila masuk air saja dah rasa macam tak selera dah.

----------------

Ramai yang dah mula nak membuat kueh raya. Masa anak-anak masih kecil dulu, boleh dikatakan Auntie ni rajin jugak buat kueh raya. Tidaklah banyak jenis, setakat dua atau 3 macam saja. Memang kalau kita buat sendiri lebih menjimatkan dan rasa pun kita sendiri lah yang tahu.
Kat ofis Auntie ni, belum puasa lagi sample kueh dah sampai untuk di order. Satu pun Auntie tak order. Tak tahu le, setakat ni belum ada cadangan nak buat sendiri. Pssstt...nak buat apakebendenya?????...oven pun tak de!!! Cik Din cadangkan Auntie beli saja oven...isyyy...semuanya nak dibeli masa ni...? Adui!
Rasanya, bila keadaan terdesk nanti, main kueh tunjuk sajalah jawab nya!
Selamat berbuka. :-)

Thursday, August 20, 2009

Don't Play-play!

Alhamdulillah....Cik Din dah tak demam lagi begitu jugak dengan En Amir.

Sana sini orang demam, hospital & kelinik penuh dengan orang nak dapatkan rawatan kerana diserang demam ni. Pelik jugak rasanya mangsa H1N1 ni banyaknya orang kita, (rasanyalah...tak pulak Auntie tahu angka sebenar) mungkin terjadinya wabak ini Allah nak ingatkan kita semua yang dah terlena dibuai mimpi-mimpi indah.

Banyak benda-benda yang melanda dunia sekarang...yang jelek dan yang pelik. Antaranya :-
Yang lelaki suka dengan lelaki. Yang pompuan bernafsu dengan pompuan.
Yang pompuan nak jadi lelaki dan sebaliknya.

Manusia melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa bersalah, malah berbangga pulak.
Bebaru ni ada dua kelahiran yang ganjil...bayi berkepala dua. Perasaan kita pun dah tak keruan.
Sedih ke? terkejut ke?...takut?..seram??? Entah lah.

Berbalik kisah orang demam kat rumah Auntie... nasib le kami tak ramai kat rumah tu...Auntie dengan Cik Din saja yang share bilik. Bujang tiga orang tu ada bilik masing-masing. So, masa Cik Din demam, Auntie kuarantinkan dia dalam bilik tu begitu jugak si En. Amir. Depa pakai topeng, walaupun dalam rumah. Alhamdulillah tak lama depa demam.
Dalam kita sibuk dengan penyakit flu babi ni, ada pulak pihak nak kaut untung....topeng yang kita langsung tak terpikir nak beli tu dah naik harga sampai sekeping RM1/ kelinik pun kedekut taik idung masin....depa bagi sekeping je. Bukan itu saja...kos rawatan pun naik juga. Selalunya kat area rumah Auntie, kalau takat demam harga rawatan dalam RM25-30 saja...

Cik Din kena bayar RM30...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk dan MC dua hari.
En. Amir pulak kena bayar RM56...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak dan MC 2 hari . Hanya lebih satu item saja, bezanya sampai RM26 ???gila ape???? kelinik berlainan, kelinik yang Cik Din pergi masih belum buka masa Cik Din bawa En. Amir. Memang terasa sangat mahalnya. Tapi apa nak dikata, bayar sajalah...

Auntie dengan famili ni, kalau tak terpaksa, memang kami akan ke kelinik kerajaan saja...tunggu sajalah sejam dua...nak ubat free kan...ubat pun lebih kurang sama saja...cuma kalau kelinik kerajaan dia kasi Panadol, pergi kelinik berbayar depa bagi Uphamol...kalau kita beli sendiri reganya dalam RM2.50....disebabkan penyakit yang sedang merebak ni, terpaksalah kita ngadap doktor dan check apa yang patut, tak bolehlah main hantam ambik ubat sesuka hati je.

Kepada semua, jagalah kesihatan masing-masing...cuci tangan, bersihkan persekitaran. Don't play-play!!

Tuesday, August 18, 2009

Semoga bahgia....

Lama tak up-date. Dah macam nyawa-nyawa ikan blog ni, mungkin kena virus H1N1 gamaknya.
Rasa macam perlu di kuburkan saja. Bila dipikir balik, biarkan saja dia koma lebih baik dari terus mati..

-------------

Banyak kejutan sejak kebelakangan ni. Memula MJ meninggal, kemudian Yasmin, diikuti dengan Uztaz Asri yang Auntie tak kenal cuma tahu saja. Tak jugak die hard fans dia, tapi ntah kenapa, bila dapat tahu dia meninggal, air mata berderai pulak!...pelik ye? Tapi, kena redho, insan baik dan mulia, tentunya berada di tempat yang mulia juga, insyaallah.

Sabtu dan Ahad lalu macam biasa, Auntie kat rumah saja. Hari Ahad, ada kawan lama ajak kemajlis kawin anak dia. Beratnya nak pergi..Auntie tak kenal isteri dia, dia pulak tak kenal Cik Din Auntie. Majlis di rumah pengantin pompuan. Anak dia lelaki. Dia ajak ikut rombongan dia ke rumah pompuan... Majlis kat rumah dia, sah le Auntie tak pergi sebab dibuat di KB, Serambi Mekah. Macam tau tau je...pagi Ahad tu perut Auntie meragam. Asyik keluar masuk kamar kecik.
Lastnya terpaksa SMS kawan tu kata tak dapat pergi. Dah membawa ke tengahari Cik Din pulak tak sedap badan...tau-tau temperaturenya dah naik mendadak. Sah dia demam. Terbaring le dia dari siang sampai malam. Dia dapat MC 2 hari.
Sebagai isteri yang setia (errr...dan terpaksa..) Auntie pun turut tak ke ofis. Dah tunang kita sakit, tak kan nak ke ofis jugak kan??...sapa pulak nak tengokkan makan minum dia, kalau tak makcik sorang ni....

Duduk kat rumah, bukan lah bererti rehat bagi seorang wanita (walau pun wanita separuh abad)
Macam-macam harus dibereskan. Memula Auntie mesin kain baju, sesambil tu atas dapur bubur untuk orang sakit sedang melegak. Siap sidai kain, cuci kipas pulak...habuk yang bertempek dah berkilo-milo...sakit jugak rasa badan.
Jam 2, naik ke atas, bawa makanan dan ubat-ubat untuk orang sakit. Panas agak reda setelah paginya dah telan ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk. Menjelang petang, orang sakit dah boleh senyum....alhamdulillah...panas dah kurang banyak, cuma pening-pening saja lagi.
Malamnya En. Amir pulak panas badan. Sorang lagi demam. Tinggal Auntie saja yang belum demam ni. Jim dan Anja dah demam 2 minggu lepas.

Pagi Auntie ke ofis macam biasa. Sampai ke meja.....tuuuuuuu diaaaa, baru sehari tak datang file bertimbun!!...sabo je lah......pasal le bos tak pas kat orang lain???? kalau depa cuti, kita tolong, pasai apa kita cuti tak de yang boleh tolong????...sah le makcik sorang ni terrer buat kerja!! arghhhhhh!!!!! (pikir makcik sambil perasan bercampur gerammm...)

Bebudak pompuan kat ofis becok bercerita pasal kisah majlis kawin ostaz sorang ni. Hemmm...dah jodoh depa nak buat lagu manakan. Kita jangan dok sibuk2 sangat...kang kita pulak lagi teruk buat kat orang. Kita selalu rasa kita betul..rupanya adakala kita jugak buat silap...tak boleh le nak kata.."lantak le apa orang nak kata"....tak semua kes kita boleh kata macam tu dik non.

Semoga depa bahgia....kepada yang rasa terkeciwa tu, insyaallah mudah-mudahan Allah gantikan yang lebih baik.